Sungguh! Saya selalu terbayangkan hantu berbaju putih melayang di luar tingkap bilik tidur saya semasa kecil dan juga bila dah besar panjang. Bertahun saya tidur dengan langsir tertutup rapat kerana takut.
Sejak kecil, memang saya tak suka pergi ziarah orang yang meninggal. Kalau kena paksa pergi pun, saya pastikan yang saya tidak melihat langsung jenazah orang yang mati itu. Pergi ke kubur lagi lah no-no bagi saya. Saya selalu terbayangkan zombie merangkak keluar dari lubang kubur. Kelakarkan Sigh!...
So, dalam salah satu daripada chit-chat saya dengan Wise Owl, dia berkata kepada saya bahawa menguruskan jenazah orang yang meninggal itu adalah salah satu daripada Fardu Kifayah. Sebagai Muslim, kita harus mempelajari cara-cara menguruskan jenazah orang yang sudah meninggal. Saya memandang Wise Owl, terkebilkebil. Terkedu kejap! Saya pun bertanya, Err..nanti roh orang mati tu akan ikut saya balik ke dan kacau saya kalau saya tolong mandikan mayat itu Wise Owl menjawab sambil tersenyum, Tidak sister. Percayalah, semua akan OK nanti.
Hhmmmm saya masih belum yakin jadi saya bertanya sekali lagi, Pasti tiada hantu yang akan terbang di luar tingkap saya malam nanti Wise Owl tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Memang saya katakan bahawa tahap kesabaran Wise Owl dengan saya adalah amat tinggi
Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang menghadiri jenazah sehingga jenazah itu disembahyangkan, maka dia seolah-olah mendapatkan satu qirat (qirat adalah kinayah bagi ganjaran pahala yang sangat banyak) dan sesiapa yang menghadirinya sehingga jenazah itu dikuburkan, maka dia mendapat dua qirat. Sahabat bertanya: Apakah dua qirat itu Baginda SAW bersabda:
Seumpama dua gunung.
Riwayat Muslim
Jadi, mengikut nasihat Wise Owl, saya membuat keputusan untuk mengikuti kursus pengurusan jenazah bagi Muslimah. Ia dianjurkan oleh seorang wanita yang agak berumur dan comel. Sister A, mempunyai banyak pengalaman dalam menguruskan jenazah wanita. Kami diajar bagaimana untuk memandikan mayat . Walaupun sudah menjadi mayat, kita harus mandikan mayat itu dengan penuh hormat dan lembut, seolah-olah dia masih hidup. Jangan terlalu banyak gerakan mayat itu. Kita tidak boleh sama sekali berkasar dengan cara kita mengendalikan mayat tersebut. Adalah lebih baik sekiranya, ahli keluarga si mati sendiri yang memandikan mayat tersebut.
Seorang anak boleh memandikan bapa atau ibunya dan seorang isteri boleh memandikan suaminya dan sebaliknya. Bagi anak-anak, janganlah delegate mandikan mayat ibu atau bapa kita kepada orang lain. Ini saja masa untuk kita balas jasa mereka. Ini memandikan mereka dengan penuh lembut dan kasih sayang, seperti mana mereka memandikan kita semasa kita kecil dahulu.
Kemudian, kami diajar cara-cara untuk menggunting kain kapan dan mengikat kain kapan pada mayat.
Kursus tersebut sepatutnya bersambung pada minggu hadapannya tetapi Sister A tidak dapat datang kerana harus pergi menguruskan jenazah seorang wanita yang baru meninggal. Sister A menelefon saya dan mengajak saya untuk turut serta menolongnya.
Errrk! Boleh ke Saya takut saya pengsan jer dalam bilik mandi mayat tu nanti. Semasa dalam kursus, kita telah menggunakan patung jadi taklah seram sangat, tetapi ni mayat betul.
Saya pun berfikir, Sister A dah minta tolong, jika boleh tolong, saya kena pergi tolong. Pengsan atau tidak, itu perkara kedua. Yang penting, saya mesti cuba.
Saya pun pergi ke masjid yang diberitahu, Sister A, di mana jenazah ditempatkan. Bila saya sampai, Sister A terus sedang memotong kain kapan. Dia mengajak saya pergi ke bilik mandi untuk mandikan jenazah. Saya pun pergi ke bilik mandi dan terus menolong Sister A. Satu perkara yang perlu diingat ialah kita harus menjaga aurat si mati. Kita tidak boleh dedahkan auratnya. Mayat mesti sentiasa dalam keadaan tertutup dan tertib. Kalau nak cuci bahagian tertentu, kita hanya seluk di bawah kain tertutup dan gosok secara lembut. Kita harus mengendalikan mayat tersebut seperti mana kita sendiri mahu dilayan. Kita juga tidak boleh mendedahkan sebarang aib atau kecacatan yang terdapat di atas tubuh mayat tersebut kepada orang lain kelak.
Setelah selesai, kami teruskan alihkan mayat tersebut ke bilik lain untuk mengkafan mayat tersebut.
Sebenarnya, jika sesuatu perkara itu harus dibuat, otak kita akan terus secara automatik membuatnya tanpa berfikir panjang. Saya hanya mengikut sister A tanpa berfikir panjang. Tak sempat pun nak berfikir kerana kami ingin selesaikan pengurusan jenazah tersebut dengan segera.
Keseluruhan proses pengurusan jenazah tersebut mengambil masa lebih kurang sejam sahaja. Sukacita dimaklumkan bahawa saya tidak pengsan di bilik mandi atau menjerit melihat mayat tersebut. Perasaan takut saya pun hilang ketika itu. Saya sedar bahawa ianya satu proses yang mana setiap dari kita akan lalui suatu hari kelak. Saya seronok pulak kerana dapat tolong Sister A pada hari itu. Satu pengalaman yang humbling dan menyedarkan kita bahawa maut boleh datang bila-bila masa sahaja. Bila ajal dah sampai, segala milik dunia akan ditinggalkan dan apa yang dibawa adalah 3 helai kain kapan putih, ke liang lahad.
Satu perkara yang perlu saya stress kat sini ialah, jangan tunggu lama untuk uruskan jenazah. Uruskan secepat mungkin dan kemudian kebumikan. Janganlah simpan jenazah lama-lama.
Diriwayatkan daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Segerakanlah pengurusan jenazah kerana jika jenazah itu baik maka sudah sepatutnya kamu menyegerakannya. Jika sebaliknya maka jenazah itu adalah keburukan yang kamu letakkan (lepaskan) dari leher-leher kamu (dari tanggungjawab kamu).
Riwayat Muslim
Malam itu, saya tidur dengan tenang tanpa gangguan atau mimpi buruk tapi langsir tingkap masih saya tutup rapat. Saya terasa gembira kerana berjaya conquer perasaan takut saya. Kalau ada peluang, insya-Allah, saya akan volunteer lagi.