TRAGEDI TSUNAMI DAN GEMPA BUMI - 17
Esok Tahun Baru 2005, alangkah seronoknya merayakan tahun baru dengan berbagai aktiviti hiburan dan pesta riang ria tanpa batasan, bergaul sesama muda mudi, konsert, lumba haram, bergembira, overnight serta gurau senda di tahap dewa barulah puas dan memenuhi cita rasa serta naluri muda.

Namun desakan naluri itu terbantut kerana kerajaan telah mengharamkan segala aktiviti hiburan dan sambutan tahun baru sebagai menghormati mangsa bencana tsunami. Inilah dinamakan perasaan kemanusiaan yang perlu dihadapi dan diselami bersama. Mungkin jawapan mudah adalah itu masalah mereka Kenapa ia harus dikongsi bersama.

Ingatroda sentiasa berputar. Mangsa yang dipilih tidak mengira lokasi, status dan keturunan. Tsunami tidak pernah meminta kebenaran. Ia akan menjadi tetamu yang tidak diundang. Ia tidak mempunyai perasaan dan rasa belas. Tamparannya amat kuat, permukaan bumi akan dibasuh dan digerudi serta dibersihkan seperti mesin rumput meratakan padang.

Kalau bernama manusia jangan hanya pada namanya. Milikilah rasa kemanusiaan dan simpati serta simpati pada mangsa bencana. Hulurkan apa yang boleh untuk meringankan beban mereka kerana itu bukan pilihan mereka. Apa yang anda perlu buat adalah ringankan beban yang sedang dipikul oleh mangsa.

Countdown sepatutnya dihentikan jauh lebih awal lagi kerana ia bukan sahaja membazirkan tetapi meruntuhkan moral remaja. Kita tidak membina generasi masa depan yang kuat dan berkualiti melalui aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.

Ramai yang kecundang pada malam tahun baru. Tak perlu dihuraikan apa yang berlaku kepada mereka yang diserang histeria pada detik 12 malam dan diikuti dengan berbagai keseronokan yang tidak melampau.

Tahun baru tetap akan datang tanpa sambutan yang meniru cara barat itu. Azam seharusnya disemai dengan doa dan tekad untuk menjadi warga yang mempunyai visi yang jelas. Warga yang berjiwa besar serta menyiapkan diri untuk menggantikan generasi silam.

Anak remaja itu majoritinya mempunyai ibubapa dan penjaga. Mereka perlu dibimbing dan diawasi agar tidak tersasar cara hidup mereka. Matematiknya mudah! Masing-masing menjaga anak masing-masing maka majoritinya terjaga.

Generasi bersantai dan sentiasa leka akan merugikan negara. Apa yang kita lihat hari ini perlu diubah. Jangan kita terlambat kerana ia sentiasa boleh dimulakan. Biar Countdown bukan untuk tahun baru tetapi bagi melepasi garis mula untuk berubah. Jana dan bina dari sekarang.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu. Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Surah Al Baqarah ayat 120

Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka.

Tengok saja disekeliling kita ... Contohnya, haribulan. Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka 21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang Makna AD ialah "Anno Domini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku saya dan "Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai ".... beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan." Nauzubillah .... Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti di atas.

Sebab itulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu. Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof al-Qardhawi dan ulama-ulama contemporary bahawa menyambut 31 Dis bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya boleh membawa kepada MURTAD. Nauzubillah. Sesugguhnya yang baik itu adalah dari Allah swt dan yang kurang serta salah dan silap adalah dari kelemahan saya sendiri.