Waktu itu, perlawanan bercorak kalah mati, dan India di jadual bertemu Perancis di saingan awal.
Cuma masa itu, para pemain India, majoritinya lebih selesa berkaki ayam tanpa memakai sebarang kasut atau but bola. Meskipun diminta oleh para pegawai perlawanan, para pemain India tetap juga berkaki ayam.
Mereka tewas tipis 1-2 dengan gol India itu disumbangkan oleh Sarangapani Raman.
Dua tahun selepas itu, India telah dijemput untuk menyertai Piala Dunia 1950 di Brazil, selepas Burma, Indonesia dan Filipina menolak jemputan FIFA. India diletak sekumpulan dengan Itali, Paraguay dan Sweden.
Namun sebaik sahaja keputusan undian selesai, skuad kebangsaan India telah menarik diri dari menyertai kejohanan. Antara asbab penarikan diri adalah kos pengangkutan yang terpaksa mereka tanggung, kurangnya tempoh persiapan seterusnya tidak dapat membentuk pasukan yang mantap. Selain itu juga, dikatakan India lebih memandang tinggi acara bola sepak di Sukan Olimpik berbanding di Piala Dunia.
Ada juga yang membuat andaian bahawa skuad India menarik diri setelah FIFA melarang para pemain bola sepak ketika itu bermain sekadar berkaki ayam. Ia suatu perkara yang tidak digemari oleh para pemain India, kerana mereka lebih selesa berkaki ayam.
Lantas India pun tarik diri.
Sejak itu, memang India tidak berapa pandang kejohanan