Mencari Kiblat Cinta - 170
Pembunuh abang Firdaus ada dengan abang sekarang. Bukan Kak Nira yang bunuh abang Firdaus, tapi Aliff. Sambung anak muda itu seraya tunduk.

Filman tersentak. Brek kereta ditekan mengejut lalu keretanya singgah di bahu jalan. Dia menoleh memandang Aliff yang baharu sahaja mengeluarkan kata-kata yang tak mampu dipercayainya.

Apa yang Aliff merepek ni Nada suara Filman keras dan melengking..

Aliff yang tikam abang Firdaus sampai mati. Kak Nira dipenjarakan sebab dia cuba melindungi Aliff selama ini. Manusia berdosa yang abang cari itu ada di hadapan abang sekarang ini. Tutur Aliff sayu.

Filman tak mampu berkata apa-apa lagi. Lidahnya kelu. Suaranya bisu. Debaran di dadanya bertukar menjadi badai yang terus melambung hati dan seluruh perasaannya. Untuk seketika, jarum jam yang berdetik dalam ruang masa itu kini pegun. Dia seperti tidak mampu mendengar apa-apa lagi. Segalanya samar dan kabur! Sukar dipercayai!

Berjam-jam lamanya dia cuba menyelesaikan tugasan yang diberi pensyarahnya. Sebaik kerja yang dibuat dalam bentuk Microsoft Word itu disimpan dalam pendrive nya, Najla mengeluh kebosanan. Hendak keluar, dia tidak ada teman untuk diajak berlibur. Niat hatinya mahu mengajak Aliff menemaninya petang itu terbantut apabila Filman dan Aliff keluar bersama-sama sebentar tadi. Entah ke mana agaknya destinasi kedua-duanya

Spoil! Rungut Najla semakin bosan. Laptop Filman yang baru dibeli bulan lepas dibelek-belek dengan wajah muram. Dia menekan menu video untuk mencari kalau-kalau Filman menyimpan apa-apa lagu atau filem yang boleh ditonton untuk mengisi masanya yang terluang. Namun menu itu tidak ada banyak pilihan kecuali beberapa video yang tidak bernama. Tanpa berfikir panjang dia memainkan video tersebut.

Sebaik suara pertama singgah di pendengarannya, Najla mula tertarik. Masa terus berdetik dan Najla mula pegun di hadapan laptop milik Filman itu. Wajahnya berubah secara drastik. Imej-imej yang tidak jelas itu mula membuatkan tubuhnya gementar.

Prangg!! Najla terkejut besar lalu menoleh. Di muka pintu biliknya, ibunya Tengku Saida berdiri dengan dulang yang kelihatan kosong. Ada gelas berisi oren berderai di kakinya, lalu mengotori permukaan lantai tersebut.

Ma ! Najla gelisah. Tiba-tiba Tengku Saida tersungkur jatuh, membuatkan Najla terkesima. Cepat-cepat dia meluru ke arah ibunya yang sudah mengongoi seperti anak kecil.

Bunyi daun pintu dihempas kuat mengejutkan Tengku Amar. Dia tergamam melihat kelibat isterinya muncul di biliknya. Tiba-tiba sahaja wanita itu datang ke pejabatnya, apa mahunya Wajah Tengku Saida yang masam mencuka memahatkan tanda tanya di hatinya.

Kenapa awak ada kat sini Soalnya ingin tahu.

Tengku Saida tidak menjawab, sebaliknya mendekati suaminya lebih dekat.

Ada apa-apa yang berlaku di rumah Teka Tengku Amar mulai bimbang.

We need to talk.

Saya tengah sibuk ni.

Now! Bentak Tengku Saida.

Tengku Amar terkulat-kulat. Selama ini belum pernah dia melihat angin Tengku Saida yang membahang begini. Apa yang tak kena dengan isterinya itu kali ini

Tengku Amar mengeluh kecil lalu menutup laptop di hadapannya. Wajah berang Tengku Saida kini ditatap serius. Dia sudah bersedia mahu mendengar apa yang mahu diperkatakan wanita itu.

Apa halnya sampai awak tak boleh tunggu saya di rumah Yang awak marah-marah ni kenapa Soal Tengku Amar ingin tahu.

Saya kecewa dengan awak bang. Bisik Tengku Saida sebak.

Tengku Amar tercengang. Kecewa Apa maksud isterinya berkata demikian

Beritahu saya sesuatu bang, budak perempuan tu tak bunuh Firdaus kan

Kali ini Tengku Amar terpempan. Pantas wajah isterinya dicerlung tajam. Jangan nak mengarut. Memang dia yang bunuh Firdaus. Awak jangan termakan pujuk si Filman tu. Dia dah kemaruk dengan budak tu sampai sanggup ingkar cakap-cakap saya. Bentak Tengku Amar.

******

Bang, kenapa dengan awak ni Airmata Tengku Saida hampir tumpah. Hatinya benar-benar lumat mendengar cakap-cakap suaminya.

Kenapa apa dengan saya Tengking Tengku Amar enggan mengalah.

Sampai bila awak nak macam ni bang Sampai bila awak nak menafikan yang Danira tak bunuh Firdaus Yang bunuh anak saya ialah lelaki-lelaki yang muncul dalam rakaman video tu. Mereka yang bunuh Firdaus, bukannya Danira.

Wajah Tengku Amar berubah.

Awak cakap apa ni Rakaman video apa yang awak maksudkan

Saya dah tengok video tu bang. Ada dalam laptop Filman. Disebabkan video tu lah, Danira dibebaskan bukan

Video tu tak membuktikan yang dia tak bersalah. Selar Tengku Amar mulai gelisah. Hatinya tertanya-tanya kenapa rakaman itu boleh sampai ke tangan Filman.

Sebenarnya abang tak boleh terima kenyataan yang Firdaus mati kerana dibunuh bukan Abang tahu fasal video tu tapi abang tetap berkeras tuduh budak tu dengan pelbagai tuduhan. Abang lempang dia walaupun dia dah bersih dari tuduhan.

bersambung

Bab akan datang:

Adakah mereka dapat melihat dengan jelas lelaki-lelaki yang bunuh Firdaus itu