Danira baru melepasi pintu keluar di bangunan belakang kelab malam itu tatkala dia tiba-tiba mendengar satu bunyi das tembakan dilepaskan. Langkahnya tiba-tiba terhenti. Segala macam perkara buruk mula terlintas di fikirannya. Ya Allah! Apakah Cobe sudah mati dibunuh lelaki kurus itu
Dia terduduk lemah. Hilang segala kudrat dan tenaganya yang mengebu-gebu sebentar tadi. Kenapa semua ini harus berlaku terhadapnya
Dalam keadaan cemas begitu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Danira tersentak. Dia dapat merasakan nasibnya akan berakhir seperti Cobe. Dia akan mati tidak berkubur. Hidupnya akan berakhir sebelum dia sempat bersatu dengan Naufal. Sebelum dia sempat memandang Filman dan Melia buat kali terakhir. Sebelum dia sempat membalas jasa Pak Maidin, Mak Minah, Joshua dan Kamila yang sentiasa berbudi dengannya. Ya ALLAH! Jika ini yang KAU takdirkan untukku, aku sudah bersedia untuk menyerah pada segala ketentuanMU.
Kak Nira! Namanya dilaung lantang.
******
Dadanya hangat. Suara yang singgah di gegendang telinganya membuatkan dia lekas-lekas berpaling. Melihat kelibat anak muda itu, dia semakin bingung. Naufal Di belakang adiknya itu, dia melihat kelibat Filman pula. Kenapa kedua-duanya boleh berada di sini Bukankah Cobe mengatakan Joshua yang akan menantinya
Naufal Danira masih bingung.
Ya, ini Naufal kak. Kami datang selamatkan kakak. Aliff mengangguk. Cuba menyakinkan gadis itu yang seperti tidak percaya melihat kehadirannya.
Kelopak mata Danira berlinangan air jernih. Melihat Danira tersengguk-sengguk menahan sebak, dia segera merangkul tubuh anak gadis itu. Cuba menenangkan perasaan Danira yang tegang. Di belakang bahu Aliff, mata Danira terpandang Filman yang sedang memerhatikannya. Dia tahu dia harus membuat banyak penjelasan terhadap lelaki itu. Tapi mampukah dia
Kita kena tinggalkan tempat ni. Tiba-tiba Filman bersuara. Cuba meredakan suasana yang kelihatan emosi. Dia masih ingat ingat kata-kata Umar tentang The Polka Dots. Kelab malam yang menutup pekung pengedararan dadah terbesar di dalam negara. Tempat itu seperti bom jangka. Bila-bila masa sahaja ia boleh meledak dan memuntahkan lahar yang boleh meragut nyawa mereka semua.
Seperti yang diduga, beberapa orang lelaki muncul di lorong belakang bangunan itu. Menyedari kehadiran lelaki-lelaki itu, Danira tergaman. Dia segera memegang tangan Aliff.
Naufal kena pergi dari sini. Suruh Danira cemas.
Kakak. Aliff bingung.
Mereka cuma mahukan kakak. Mereka takkan apa-apakan Naufal. Filman, tolong bawa Naufal pergi. Pintanya bagaikan merayu. Dia benar-benar tidak sanggup mahu membahayakan nyawa Naufal.
Filman tidak menjawab. Matanya segera meratah wajah lelaki-lelaki bertubuh besar yang kini mengepung mereka. Wajah lelaki-lelaki itu seperti tukang pukul. Semuanya berbadan besar dan berwajah garang. Namun dia tidak gentar. Sejak berusia belasan tahun, dia sudah mempelajari sedikit sebanyak ilmu silat. Dia yakin dia mampu melindungi Danira dan Aliff. Namun apabila melihat lelaki-lelaki itu mengeluarkan senjata api dan mengacukannya ke arah mereka, keyakinannya mulai goyah.
Seorang lelaki muncul di kalangan lelaki-lelaki tukang pukul itu. Danira terpanar. Melihat senyuman lelaki itu menghala ke arahnya, dia semakin tidak keruan.
Kau mungkin sangka kau akan terlepas. Well jangan berangan sayang. Cobe dah tak mampu lindungi kau lagi. Getus Faruk seraya ketawa besar. Darah yang masih melekat di pinggir bibirnya dikesat dengan ibu jarinya.
Danira terkedu. Nama Cobe yang dicanang lelaki itu membuatkan dia merasa bersalah. Kalau bukan kerana mahu melindunginya, lelaki itu takkan mati sia-sia.
Di sisi Danira, Aliff mengerutkan dahinya. Lelaki yang sedang berkata-kata di hadapannya itu dipandang tidak berkelip. Entah kenapa wajah lelaki itu seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Sejurus kemudian, wajah Aliff berubah pucat. Lelaki itu!
Kau! Terkeluar perkataan itu dari bibir Aliff tanpa disedari. Serentak mata Faruk beralih arah. Melihat seraut pandangan tumpah ke wajahnya, Faruk mengecilkan matanya. Dia cuba meneliti wajah itu lebih teliti. Ingatannya berputar ligat, cuba menyelidiki di mana dia pernah melihat wajah itu suatu ketika dahulu.
Aliff, kenapa ni Filman bertanya, hairan melihat wajah Aliff yang pucat lesi.
Aliff kenal dia bang.
Kata-kata Aliff membuatkan Filman dan Danira tergaman. Faruk tiba-tiba ketawa besar. Setiap pasang mata kini tertumpu ke arah lelaki itu.
Aku pun tak sangka aku masih ingat kau. Kau budak yang pernah kerja dengan aku dulu bukan Aku ingat kau dah mati, rupa-rupanya kau masih hidup. Selar Faruk.
bersambung