SEAWAL lima setengah pagi, Felisha sudah bangun. Usai solat subuh, dia capai beg pakaiannya yang diletak di tepi katil. Malam tadi, dia sudah siap berkemas. Pakaiannya diperiksa semula.
Hmm..semua dah ada. Beg pakaiannya ditutup semula. Dia melangkah ke dapur menyediakan sarapan pagi.
Hmmsedapnya bau!Hanim muncul di muka pintu dapur.
Kau tak kerja ke hari ni Felisha menoleh. Hanim masih dalam baju tidur.
Kerja tapi aku pergi lambat sikit. Kau masak apa Hanim mendekati Felisha yang sedang menggoreng nasi.
Nasi goreng. Tolong bancuh air kopi sayang. Felisha senyum.
Hmm..dah bersayang la pulak. Ni mesti dah jatuh cinta kat Fariz tu. Tak pun, Fariz dah jatuh cinta kat kau. Hanim ketawa mengekek. Dia buka kabinet atas dapur dan mencapai botol serbuk kopi.
Dua-dua bukan. Felisha letak nasi goreng semangkuk besar di atas meja.
Hanim hanya senyum kelat. Yalah tu! Kekau masih ingat mamat baseball cap tu
Felisha diam. Hatinya memang masih utuh untuk lelaki misteri itu.
Kau makanlah ya. Aku dah tapau ni. Simpan sikit untuk Wa. Aku pergi dulu. Felisha bergegas ke bilik semula. Dia kemudian turun bersama beg pakaian.
Eh, kau nak ke mana dengan beg besar ni Hanim jenguk ke ruang tamu.
Oh ya, lupa pulak. Aku nak ke Cameron Highlands petang ni. Aku bermalam di sana dua tiga malam. Nak cari bunga untuk kedai aku tu. Kau jaga diri baik-baik tau! Jangan bawa balik jantan pulak dalam rumah ni! Kirim salam aku untuk Wa! Felisha senyum.
Oi cik Felisha Zainuddin, cakap tu baik sikit. Aku ni gadis pingitan tau! Bantal kecil atas sofa dah hempuk tubuh Felisha.
Felisha ketawa sambil menuju ke keretanya.
SAMPAI di kedai bunga, Felisha bergegas mengemas mana yang patut. Bunga disusun cantik atas rak. Ainul sudah sedia di situ.
Ainul, akak ada bawa nasi goreng. Marilah makan. Felisha keluarkan dua bekas Tupperware nasi goreng.
Pagi itu begitu berselera Ainul menjamah nasi goreng Felisha. Banyak cerita yang dibualkan bersama.
Hello.
Serentak Felisha dan Ainul mendongak. Seorang gadis cantik yang agak seksi tercegat di situ.
Err..how can I help you Felisha bingkas bangun.
Saya datang ni nak jumpa cik Felisha. Gadis itu berpeluk tubuh. Masih berdiri di situ.
Saya Felisha. Ada apa errcik..
Melissa. Call me Lissa.
Okey..cik Lissa nak jumpa saya kenapaFelisha pandang gadis itu atas bawah. Rambut agak keperangan, wajah bujur sireh dan berkulit putih.
Skirt paras lutut dengan baju merah hati ketat tanpa lengan.
Saya dengar bukan main lagi awak baik dengan Puan Suraya Sampai Puan Suraya tak hiraukan langsung saya ni. Awak pakai jampi apa sampai Puan Suraya percayakan awak
Felisha membuntang. Tergamam dengan kata-kata Melissa. Datang bagai ribut, alih-alih nak cari gaduh!
Maaf, saya tak kenal cik Lissa. Dan saya tak faham apa kaitan cik Lissa dengan Puan Suraya. Felisha sedikit rasa terganggu. Siapa dia ni Dah la datang kedai aku, tuduh aku macam-macam pulak!
Saya bakal isteri Fariz. Untuk pengetahuan awak jugak, saya dan Fariz sudah lama kenal. Kami satu course di universiti. Rasanya saya pernah nampak awak di kampus dulu. Awak budak tahun dua ambil jurusan perakaunan kan Melissa berkerut kening.
Felisha pandang Melissa tak berkelip. Maknanya Melissa ni senior aku la!
Ya tapi saya tak kenal cik Lissa.
Memanglah. Awak tu budak skema pakai cermin mata besar. Jalan tak pandang kiri kanan. Dahlah pakai tak semenggah! Awak pernah langgar bahu saya dulu. Kalut! Masa tu saya sedang berjalan berdua dengan Fariz. Saya nak ikut cara awak Memang tak aar! Saya dan Fariz rapat masa di kampus dan sampai sekarang pun. Jadi saya harap awak bukan perempuan yang suka ambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Melissa pandang sekitar kedai Felisha.
Aik! Macam mana aku tak perasan dia ni Felisha teringat memori di kampus dulu. Memang itu gayanya dulu. Jalan pun menining je, tak pandang kiri kanan. Sengaja pakai macam tu, tak nak pelajar lelaki kacau! Itu juga idea dari abang Fakrul sebenarnya.
Ainul mula minta diri. Tak mahu masuk campur dalam urusan peribadi orang lain.
Apa maksud awak Felisha mula pening.
Puan Suraya baik dengan awak. Jangan pulak awak ambil kesempatan nak goda Fariz pulak. Saya dan Fariz bakal bertunang tak lama lagi. Melissa berlalu pergi.
Felisha masih terkebil-kebil di situ. Memerhati Melissa melangkah pergi meninggalkan kedainya. Dia duduk semula di kerusi.
Kenapa Puan Suraya tak pernah cerita pada aku pasal Lissa Kenapa dia layan aku macam menantunya sendiri Felisha sudah bingung.
Perasaannya sudah berkecamuk.
Kaksiapa tadi Datang-datang je nak marah kat akak. Ainul pegang bahu Felisha. Cuba pujuk.
Errentahlah Ainul. Akak dah rasa keliru sekarang ni. Dahlah..Ainul buatlah kerja. Bunga untuk dihantar pukul sebelas nanti dah siap Felisha buka buku pesanan. Pukul sebelas nanti dia kena hantar bunga dahlia dan bunga daisi.
Dah kak. Ainul segera mengambil empat jambak bunga yang dipesan dan dimasukkan ke dalam kereta Felisha.
Err..Ainul jaga kedai ya. Akak kena pergi Cameron Highlands petang nanti. Akak mungkin bermalam di sana tiga malam. Kalau ada penghantaran bunga, Ainul upah je Fauzi, budak yang selalu hantar barang ke kedai kita. Nanti catat semua tu dalam buku pesanan. Felisha capai kunci kereta. Dia jeling jam di pergelangan tangan. Sudah hampir sepuluh pagi.
Baik kak. Jadi lepas hantar bunga ni, akak tak masuk kedai la Ainul tutup pintu kereta belakang.
Tak kut. Akak terus ke sana. Okey Ainul. Akak pergi dulu. Jaga kedai baik-baik. Felisha masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan.
Sepanjang perjalanan, tak henti Felisha berfikir tentang Melissa. Jadi selama ni Fariz memang ada kekasih la. Kenapa Puan Suraya sibuk nak suruh aku jadi menantunya Bingung macam ni!
Eh, mana alamat ni Felisha berhentikan kereta di bahu jalan. Alamat yang disalin atas nota kecil diperhatikan sebentar. Melilau dia mencari papan tanda nama jalan seperti yang ditulis.
Keretanya membelok ke kanan jalan memasuki kawasan perumahan mewah. Liar matanya mencari nombor rumah. Kereta diberhentikan di depan kawasan rumah banglo putih berbumbung biru.
Yang ni agaknya. Tapi macam senyap je. Felisha keluar dari perut kereta. Nombor Kamalia dihubungi sekali lagi.
Cik Felisha dah sampai Laung Kamalia dari anjung rumah.
Felisha senyum. Nasib baik betul. Kalau tak, buat malu je tadi. Terjenguk-jenguk halaman rumah orang.
Alhamdulillah..masuklah dulu. Kak Tie! Tolong angkat bunga ni. Laung Kamalia kepada seorang wanita yang agak berumur. Mungkin dalam lingkungan 40-an.
Felisha membuntuti Kamalia ke ruang tamu. Bunga yang dipesan tadi disusun dalam pasu bunga yang sudah tersedia diletakkan di penjuru ruang tamu.
Masuklah dulu. Jangan segan. Sementara tunggu tetamu datang ni, jemputlah makan dulu. Kamalia tarik tangan Felisha ke arah meja panjang di sudut ruang tamu dekat dengan dapur. Pelbagai makanan sudah tersedia di situ.
Errtak apalah cik Lia. Saya baru je makan nasi goreng pagi tadi. Masih kenyang lagi ni. Felisha senyum kelat.
Alah..tak sudi ke
Bukan tak sudi, betul saya dah kenyang. Okeylah, saya makan benda ringan je.Felisha capai mangkuk kecil puding mangga. Cuba ambil hati tuan rumah.
Cik Felisha duduk dulu ya. Saya nak ke bilik sekejap. Buatlah macam rumah sendiri. Kamalia menapak ke tingkat atas.
Felisha duduk di sofa sambil menikmati puding mangga. Pandangannya beralih pada sekitar ruang tamu. Mana semua orang ni Takkan aku sorang je tetamu dia
Maaf, ni kawan Lia ke
Felisha mendongak. Seorang wanita yang agak berumur menegurnya sambil tersenyum.
Err..yaya.. Felisha letak mangkuk puding mangga di atas meja sofa dan menghulur tangan ingin bersalam.
Makcik ni mak Lia ke Felisha berbahasa.
Ya
Felisha angguk.
Duduklah dulu. Makcik nak sambut tetamu tu.
Felisha pandang ke arah pintu utama. Seorang demi seorang tetamu mula sampai. Jam di dinding rumah sudah hampir dua belas setengah tengah hari. Patutlah.
Hmm..apa aku nak buat kat sini Dah la aku tak kenal siapa dia orang ni. Aku jual bunga je.. Felisha letak mangkuk puding mangga di tempat yang disediakan untuk bekas yang telah digunakan. Dia menapak ke arah air minuman. Tengah hari macam ni, tekak pun terasa haus semacam.
Ramai tetamu sudah mula memenuhi ruang tamu. Felisha berdiri di sudut ruang tamu yang agak terselindung dari pandangan.
Eii..kenapalah aku tercampak kat sini pulak ni. Nak balik, ramai sangat berborak kat muka pintu tu. Felisha jenguk ke arah pintu. Para tetamu tak putus-putus datang. Matanya melilau mencari ruang yang boleh dibolosi. Kamalia pula dari tadi masuk bilik, tak keluar-keluar.
Eh, mengapa dia ada kat sini Terbeliak Felisha melihat kelibat seseorang yang dikenalinya. Dia cuba sorokkan diri dari lelaki itu.
Eh, ni gambar dia ni.. Sekeping bingkai foto jatuh ke lantai. Felisha capai dan letak semula di atas meja kecil yang penuh dengan foto-foto keluarga.
JadiKamalia ni siapa Felisha pandang ke tingkat atas. Kebetulan Kamalia sudah turun. Cantik dengan baju gaun labuh warna mutiara dengan tudung berona sama.
Majlis apa sebenarnya ni Felisha sudah bingung.
Semua mata menala ke arah Kamalia yang menuruni anak tangga ke ruang tamu.
Felisha hanya memerhati dari jauh. Agak tersorok tempatnya berdiri sekarang ni. Begitu mesra Kamalia dan lelaki dalam foto itu berborak.
Felisha menelan liur. Tercengang melihat kemesraan mereka berdua.
Jadi selama niKamalia tu.. Sekali lagi Felisha bingung. Dia jeling lelaki yang berborak dengan Kamalia. Nampak jelas lelaki tu terpaksa senyum.
Dia tak suka ke Felisha intai dari celah tetamu. Jelas di muka lelaki itu ada riak tidak senang. Mukanya sudah kemerahan.
Jadidia nak ajak aku ke sini la sebenarnya.. Felisha melangkah perlahan melintasi celah-celah tetamu meninggalkan majlis itu.
Sha!
Felisha berpaling. AdoihKamalia nampak aku ke
Sha! Nak balik dah ke Kamalia melangkah laju ke arah Felisha yang sudah berada di muka pintu.
Err..ya.. Felisha senyum kelat. Matanya menala pada lelaki di sebelah Kamalia.
Felisha Awak buat apa kat sini Tajdid terkejut. Felisha dipandang tak berkelip.
Maaf, saya minta diri dulu. Felisha ingin melangkah tapi dihalang Kamalia.
Tunggu! Saya sengaja jemput awak ke majlis saya ni. Sebenarnya saya nak kenalkan dengan bakal suami saya, Tajdid. Kamalia jeling manja ke arah Tajdid di sebelahnya.
Felisha membuntang. Bakal suami Matanya beralih pula pada Tajdid.
Eh, apa awak cakap ni Kita kawan je la. Tajdid menidakkan kata-kata Kamalia.
Awak tak ingat ke, kita pernah berjanji akan mengikat tali pertunangan sebaik pulang dari Jordan Kamalia merenung Tajdid.
Bila saya janji Tajdid sudah berkerut kening. Matanya menala pula pada Felisha yang masih berdiri kaku di depannya.
Errmaaf. Saya pergi dulu. Saya ada kerja lagi nak buat. Lia, terima kasih kerana jemput saya. Dan tahniah untuk awak berdua. Felisha tergesa-gesa meninggalkan rumah banglo putih itu dengan hati bengkak.
PULANG dari rumah Kamalia, Felisha terus ke rumah mama. Perasaannya sudah tunggang terbalik. Hari ini saja dua berita gempar diterima.
Jadi, maknanya Fariz dan Tajdid tu masing-masing dah ada buah hati la. Hmm..kalau macam ni, lagilah susah aku nak Fariz tu jatuh cinta kat aku. Tak apa, sekurang-kurangnya selamat la aku!Felisha senyum sendiri.
Apa yang sengih-sengih ni
Felisha menoleh. Mama sudah tersenyum sambil melabuhkan punggung di sebelah Felisha.
Eh, mama. Tak sedar Sha. Felisha cium tangan mama.
Kata nak pergi Cameron Highlands Mengapa masih tercegat kat sini lagi Puan Bainun senyum.
Memang nak pergi sekejap lagi. Tadi, Puan Suraya call. Dia kata nak jemput Sha kat sini. Ikutkan hati, Sha nak pergi sendiri. Tidur kat hotel macam yang papa suruh tu. Felisha teringat kata-kata amaran Melissa.
Masalahnya Sha seorang diri kat sana. Kalau kat rumah opah Fariz tu ramai la jugak. Mama bimbang kalau jadi apa-apa nanti.
Felisha mencebik. Kalau kat rumah opah lagilah. Fariz tu bukan boleh percaya sangat. Ada saja benda yang dia nak suruh aku buat!
Mama jangan bimbang. Sha boleh jaga diri. Felisha pegang tangan mama.
Ha..tu macam bunyi hon kereta tu. Puan Bainun jenguk ke laman.
Felisha menapak malas ke laman. Toyota Camry milik Fariz sudah sedia menunggunya di situ.
Mama, Sha pergi dulu. Felisha mencium tangan mama.
Hati-hati.
Felisha mengangguk. Sepanjang perjalanan, Felisha tidak banyak berbicara. Fikirannya masih teringat pada kata-kata Melissa semalam.
Sesekali matanya memandang Puan Suraya dan Fariz silih berganti. Alia pula tersengih di sebelahnya.
OPAH sudah sedia menunggu di anjung rumah. Tersenyum.
Opah! Alia berlari ke arah neneknya yang mula menapak ke kereta.
Alhamdulillah..selamat sampai. Opah peluk Alia yang sememangnya manja sejak dulu.
Opah, kami ajak sekali kak Sha. Alia senyum lebar. Matanya menala ke arah Felisha yang sedang melangkah ke anjung rumah sambil menjinjit beg.
Sha sihat Opah usap kepala Felisha sebaik Felisha mencium tangannya.
Felisha hanya angguk. Kali ini kedatangannya ke kampung Cermai itu tidak seperti dulu. Tidak lagi ceria dan teruja. Malah rancangannya untuk membuatkan Fariz jatuh cinta padanya juga turut diketepikan.
Fariz cepat-cepat meluru masuk ke dalam rumah. Puan Suraya geleng. Kali ini, Encik Mustafa tidak ikut sama.
MALAM itu mereka menjamu selera dengan hidangan makan malam berlaukkan ayam kampung, sayur kangkung goreng belacan, sambal mangga dan ikan bilis. Fariz menambah sampai tiga pinggan. Felisha pula hanya menguis-nguis sisa nasi dalam pinggan. Terasa terpaksa menelan butir nasi masuk ke dalam perutnya.
Sha, tambahlah lagi. Sikit je makan Opah hulur mangkuk nasi dan lauk pauk dekat dengan Felisha.
Err..terima kasih. Saya dah kenyang. Felisha senyum hambar.
Jangan sampai kena penyakit aenorexia sudahlah. Badan cekeding bukannya cantik pun, Fariz menyampuk. Dia jeling Felisha yang sudah kemerahan mukanya. Sweet juga rupanya minah ni..ada iras seseorang yang pernah dikenali dulu.
Aenorexia Opah berkerut kening.
Opah..aenorexia tu, penyakit gangguan makan yang disebabkan kerana seseorang obses tentang berat badannya dan makanan yang mereka makan. Dia dah kurus tapi masih fikir dia gemuk. Alia menambah.
Fariz sengih. Pandai jugak adik aku ni. Ingatkan ambik jurusan sains matematik kat universiti hanya tahu kira-kira je.
Oh...macam tu ke..ish! Teruk kalau macam tu. Sha, makan banyak sikit. Tak apa, kalau gemuk pun, Fariz ni tetap nak nikah dengan Sha.Opah sua lagi mangkuk nasi kepada Felisha.
Fariz tersedak. Nasi dalam mulutnya sudah tersembur terkena baju Felisha.
Ish! Nak sembur pun biarlah kat dinding ke, lantai ke, ni baju aku jadi mangsa Gumam Felisha sambil menjeling tajam Fariz yang duduk betul-betul berhadapan dengannya.
Opahkan Riz dah cakap. Riz dan dia ni tak ada apa-apa. Macam mana kami nak nikah Fariz meneguk air sampai habis satu gelas.
Riz, habiskan makan tu dulu. Lepas makan kita bincang di ruang tamu. Puan Suraya cuit lengan Fariz. Riak opah sudah berubah.
FARIZ bersandar malas di sofa. Fikirannya sudah kusut. Felisha dijeling seketika. Gadis itu asyik tunduk dari tadi. Kenapa dengan dia ni Dulu bukan main nak mengurat aku tapi sekarang ni macam dah masuk angin keluar asap.
Riz, opah nak tanya sikit. kamu kena jawab dengan jujur. Betul ke kamu sukakan Felisha Opah duduk rapat dengan cucu lelakinya.
Opah..dah berapa kali Riz beritahu opah. Riz tak pernah sukakan dia ni. Kami jumpa secara kebetulan. Jadi tak mungkin Riz nikah dengan dia.
Malam tu, kami terkurung dalam bilik. Masa opah tengok kami berpeluk tu pun sebab kami tak sengaja. Terjatuh atas lantai. Mama dan opah sudah salah faham. Cubalah faham Riz opah. Fariz pegang lembut tangan opah.
Felisha macam mana
Felisha mendongak. Opah sudah merenung tajam ke arahnya. Aduhapa aku nak jawab ni Kalau aku kata tak suka, rancangan aku akan berkubur. Kalau aku kata suka pulak, memang aku kena nikah dengan Farizlah jawabnya.
ShaSha suka tak Fariz ni Puan Suraya pula bertanya.
Alia dari tadi asyik melihat Fariz dan Felisha silih berganti.
Err..opah..makcik, saya sebenarnya sukakan Fariz sejak kali pertama jumpa tapi saya tak berani nak luahkan sebab saya tahu dia tak pernah sukakan saya. Felisha tergagap-gagap. Gerrr..berani gila kau Felisha berterus terang macam tu
Apa Fariz menelan liur. Matanya dah membulat melihat Felisha yang mula tunduk. Kau sukakan aku Biar betul minah ni! Atau..kau sengaja nak mainkan aku
Dengar tu Riz. Felisha dah mengaku. Elok nikah dengan orang yang sukakan kita. Hidup kita akan bahagia nanti. Opah mula senyum. Matanya melirik pada Felisha yang sudah kemerahan.
Fariz bingkas bangun. Dia menjeling tajam ke arah Felisha. Berani kau mengaku depan keluarga aku. Jangan harap aku nak sambut cinta plastik kau tu!
Maaf! Saya tak boleh terima awak. Jadi, keputusannya tetap sama. Antara kita ada titik nokhtah. Fullstop! Fariz menapak ke bilik.
Felisha masih tunduk. Dia kemudian melihat Fariz yang sudah menapak ke bilik. Eii!! Aku pertaruhkan air muka aku semata-mata nak suruh kau simpati dan mula jatuh cinta pada aku tapi kau hina aku Fariz! Tak apa! Lagi aku nak buat kau jatuh cinta dengan aku!!
Opah, makcik, saya masuk tidur dulu. Esok saya kena ke Cameron Highlands. Ada kerja sikit. Felisha turut minta diri.
Ya la. Sha jangan pulak ambil hati dengan Fariz tu. Tahulah opah nak buat apa nanti. Sha jangan risau. Fariz tu tetap akan nikah dengan Sha. Opah senyum.
DALAM bilik, Felisha hempas tubuhnya atas katil. Kata-kata Fariz tadi cukup membuatkan hatinya panas. Nampaknya dia terpaksa mengundur diri dari meneruskan rancangannya.
Aku pun tak hinginlah nikah dengan kau! Felisha genggam tangan.
Beg pakaian dikemas semula. Segala pakaian dimasukkan ke dalam beg. Mulai esok aku akan bermalam di hotel.
Telefon bimbitnya berdering kuat. Melalak lagu Pesan Cinta dari Afgan.
Huh! Tak berani la tu nak bersemuka dengan aku. Main telefon bagai! Felisha jeling di skrin. Nama Fariz tertera di situ.
Awak nak apa sayang Felisha cuba senyum. Dalam hatinya cukup meluat!
Nak jumpa Malam ni Apa Felisha jenguk ke tingkap. Fariz sudah menunggu di tepi tangga batu. Cepat-cepat dia mengenakan tudung semula dan menapak keluar.
Awak nak apa
Fariz menoleh. Kalau ya pun duduklah dulu. Takkan nak laung macam tu. Nanti dia orang bangun!
Felisha melangkah perlahan ke arah Fariz dan duduk jauh sedikit dari Fariz.
Cakaplah! Nanti orang nampak kita berdua malam buta kat sini, tak pasal-pasal awak kena nikah dengan saya.
Awak nak ke Felisha pandang sekitar laman. Hanya terang dengan cahaya bulan mengambang. Terasa seram sejuk.
Betul awak sukakan saya Selamba Fariz tanya Felisha. Wajah Felisha ditenung seketika. Dalam cahaya bulan terang macam tu, wajah gadis itu cukup terserlah ayu. Hmmmacam ada iras gadis misteri yang aku suka dulu..
Errbetullah. Apa awak ingat saya main-main Felisha menelan liur. Suaranya tersekat-sekat. Berlakon kenalah pandai!
Sejak bila
Kan saya dah cakap tadi, sejak kita pertama kali berjumpa. Kata-kata Felisha sudah kelam kabut.
Hmm..maksud awak sejak awak langgar motosikal saya dulu Fariz renung Felisha yang sudah mula pucat.
Felisha angguk.
Betul niTanya Fariz lagi. Riak Felisha seperti menyembunyikan sesuatu. Aku tak percaya minah bunga ni..
Felisha angguk lagi.
Kenapa baru sekarang awak mengaku Fariz masih tak puas hati. Riak Felisha seperti menipu.
Kerana saya tahu awak tak pernah sukakan saya dan awak sendiri kata yang awak tak akan jatuh cinta dengan saya. Jadi buat apa saya nak mengaku Felisha tunduk. Aduhjanganlah dia perasan yang aku sekarang ni sedang berlakon tahap amatur!
Saya tak percaya. Awak buat semua tu supaya opah saya suruh kita bernikah kan Fariz bingkas bangun.
Terpulang tapi saya memang sukakan awak. Tapiawak jangan bimbang. Mulai esok saya akan jauhkan diri saya dari awak. Saya tak akan ganggu hidup awak. Semoga awak bahagia dengan Melissa. Selamat malam. Felisha turut bangun. Dia menapak semula ke bilik.
Fariz hanya pandang Felisha yang sudah hilang dari pandangannya. Melissa