Aku, Dia Dan Somtam - 18
BAB 18

ZARA, terima kasih! Anis senyum.

Sama-sama! Kau jangan ambil hati pasal abang aku tu. Dia memang macam tu! Izara berkali-kali memujuk Anis.

Tak apa. Aku tak ambil hati pun. Aku pun tak ada apa-apa perasaan pun kat dia. Terima kasih. Anis melemparkan senyuman hambar.

Eleh, kau saja cakap macam tu tapi sebenarnya kau suka kat Imran kan Izara kenyit mata. Senyuman lebar terukir di bibirnya.

Anis senyum kelat. Malas nak layan. Nanti panjang pula cerita cinta yang tak pernah wujud. Honda Accord Izara memecut laju meninggalkan kawasan rumahnya. Kakinya mula melangkah masuk ke rumah. Pintu masih berkunci.

Hmm..mana pulak dia orang ni keluar Anis mula membuka pintu. Memang betul, tiada sesiapa di rumah.

Hari itu, Anis seorang diri di rumah. Bosan dengan kerja tesis yang memeningkan otak, dia mula mengemas. Dari bilik hingga seluruh rumah. Segala habuk dan sampah dibuang. Perabot pula disusun kemas mengikut cita rasanya.

Hmm..barulah nampak kemas! Anis tersenyum puas. Sekitar rumah diperhati sekali lagi. Semuanya sudah tersusun cantik. Lagi pula, dia memang bercadang untuk terus tinggal di rumah itu walaupun bila sudah tamat pengajian.

Sepanjang hari itu Anis mengemas rumah seorang diri. Dia pandang jam bulat di dinding. Sudah hampir masuk waktu maghrib. Kelibat Sarah dan Zarina masih tidak kelihatan. Anis mendekati tingkap. Mengintai ke arah luar laman. Kereta Zarina masih tidak kelihatan.

Agaknya tidur rumah saudara kut Anis jenguk pula ke jalan menuju ke jalan besar.

Azan dari masjid berdekatan mula berkumandang. Dia segera membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib. Sementara menunggu masuk waktu Isyak, kitab suci Al Quran dibaca.

Seusai solat isyak, Anis menyambung kembali menyiapkan tesis yang sudah draf terkahir. Tidak banyak yang perlu ditambah.

Hanya tinggal edit mana yang tidak perlu dimasukkan dalam tesis. Bibirnya mula mengukir senyum sebaik terpandang mesej dari Jay.

JS > Ganggu awak ke

Mawar Putih > Tak

JS >Maaf kalau saya ganggu awak. Saya nak luahkan rasa hatisaya dah buntu. Jiwa saya memberontak. Saya nak berubah tapi saya belum cukup kuat lagi.

Mawar Putih >Awakuntuk berubah memang banyak dugaan. Jika awak rasa kusut, ambillah wudhuk. Cuba niatkan dalam hati..ingin mencari ketenangan. Buat solat sunat. Lepas tu barulah perlahan-lahan fikirkan cara untuk menyelesaikan kekusutan itu. Otak akan terus berserabut jika kita masih tak tenang.

JS > Err..wudhuk dan solat tu buat jiwa tenang ke

Mawar Putih > InsyaAllah..yakinkan dalam hati. Lepas tu tanamkan dalam hati..aku nak berubah. Bir positif. Datang je benda negatif..cepat-cepat tangkis..

JS >Saya rasa..saya terlalu banyak dosa. Solat entah ke mana. Saya pernah terpengaruh dengan kawan..maksud saya suka pergi ke kelab malam tapi saya tak minum. Pergaulan

bebas walaupun tak sampai berzina. Banyak dosa yang saya telah buat. Allah masih terima taubat saya ke

Mawar Putih > Alhamdulillahterharu saya dengan pengakuan berani awak. Allah maha menerima taubat. Maha Pengampun.

Allah lagi suka jika hambaNya bertaubat dengan sungguh-sungguh.

JS > Err..macam mana nak bertaubat Saya rasa sangat berdosa. Saya ingin kembali kepadaNya.

Mawar Putih >Buatlah solat sunat taubat. Bertaubat nasuha.

JS > Taubat nasuha tu apa

Mawar Putih > Taubat yang sungguh-sungguh. Menyesal dan tidak akan mengulangi lagi semua dosa yang dibuat dulu.

JS > Oh.

Mawar Putih >Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).ni dalilnya.

JS > Err..saya teringin nak jadi macam awak..banyak ilmu tapi yalah..orang macam saya ni tak ada siapa yang sudi mengajar.

Mawar Putih > Ilmu tak kenal siapa. Mencari ilmu tu wajib bagi orang yang tak tahu. Ada banyak cara, melalui buku-buku Islamik, ceramah di masjid atau surau tapi seeloknya berguru secara formal dengan ustaz atau ustazah. Macam saya, saya masuk kumpulan usrah di masjid di kawasan rumah saya ni.

JS > Hmmnampaknya awak banyak pengalaman dalam hal ni. Terima kasih. Saya cuba usahakan.

JS >Maaf ya sebab kacau awak...

Mawar Putih > Tak apa..saya senang berbual dengan awak. Kalaulah dia juga seperti awak

JS > Dia

Anis terdiam. Nampak sangat otaknya terlalu memikirkan Imran..

Mawar Putih > Errdia tu kawan saya..

JS > Lelaki ke perempuan

Mawar Putih > Maaf..boleh tak kita cerita hal lain..

JS > Hmmmacam ada sesuatu yang tak kena je

Mawar Putih > Tak ada apalah..

JS > Betul ni

Mawar Putih > Betul..saya ok

JS > Kalau awak ada masalah, saya sedia mendengar. Mana tahu saya boleh bantu

Mawar Putih > Entahlahmungkin benar pepatah mengatakanbenci tapi suka.

JS > Hmmsoal perasaan rupanya

Mawar Putih > Saya selalu berdoa agar hati saya tidak dikawal oleh nafsu. Tapi bila ada rasa pelik ni, saya lemah. Betapa syaitan bertepuk tangan melihat musuhnya mengikut telunjuk mereka.

Mawar Putih > Awak pernah jatuh cinta

JS > Hmmsoalan itu terlalu subjektif..kenapa

Mawar Putih > Dulu saya bahagia . Dikelilingi teman yang memahami. Saya hidup gembira. Tiada apa yang perlu difikirkan tapi

Anis tidak sanggup meneruskan luahan hatinya. Fikirannya buntu.

JS > Im waiting..

Mawar Putih > Hati saya kini ada benda lain yang menghuni. Dulu saya hanya dengar cerita dari teman, cinta itu mengasyikkan..tapi bukan bagi saya.

JS > Maksud awak

Mawar Putih > Bukan saya minta tapi ia hadir sendiri dengan izin Allah. Tapi dia tu

Anis pandang lagi skrin. Lama. Entah mengapa dia meluahkan perasaannya pada Jay. Lelaki yang tidak pernah dikenali dan tidak pernah dia jumpa.

JS > Kenapa dengan dia

Mawar Putih > Mungkin Allah telah takdirkan untuk saya merasa cinta yang pahitAllah nak uji saya, sejauh mana saya boleh handle rasa itu. Adakah saya mengikut telunjuk syaitan atau berlandaskan jalan tuhan. Bila rasa begitu, saya mengharapkan jodoh saya seorang lelaki yang boleh membimbing saya ke jalan syurga.

JS > Awak belum jawab soalan saya..kenapa dengan dia

Mawar Putih > Diaentahlah..saya ni macam pipit yang ingin mendekati enggang. Awak faham bukan

JS > Jadi maksud awak..dia tu seorang yang berharta, ada rupa, digilai ramai perempuan Begitu

Sekali lagi Anis tergamam dengan tekaan Jay. Jay seolah mengikuti kisah hidupnya.

Mawar Puith > Ya..Macam tulah..setiap hari saya berdoa agar cinta dan rindu saya untuk Allah dan Rasul. Saya sematkan dalam hati bahawa cinta manusia tidak kekal. Cinta Allah lebih abadi.Saya berusaha untuk tidak terjerumus ke dalam cinta yang sia-sia.

Pernah saya berdoa semoga Allah membuang rasa cinta itu dari hati saya kerana saya terlalu inginkan seorang suami yang boleh sama-sama menuju ke syurga. Bukan keseronokan cinta yang meleleh dan lembik diri.Ada ketikanya saya berdoa semoga Allah beri hidayah kepadanya untuk berubah menjadi muslim yang baik.

JS > Tak hairan jika lelaki seperti itu menjadi perhatian. Saya tak salahkan awak jika awak juga jatuh cinta pada dia. Samalah lelaki, lelaki juga akan mudah jatuh cinta pada wanita yang cantik, bergaya dan berharta..setengah kes. You know what I mean. So, semua tu sudah lumrah manusia.

Mawar Putih >Seboleh mungkin saya ingin mengelak dari terus melakukan dosa hati. Saya ingin mendidik hati saya ke arah yang diredhai Allah. Tak salahkan untuk kita memilih

JS > Memang tak salah. Malah itu yang sebenarnya patut dilakukan. Macam awakterus terang, saya suka awak. Orang yang boleh sama-sama belajar ilmu agama dan berdiskusi. Ciri-ciri awaklah yang sebenarnya dicari oleh lelaki. Bukan hanya melihat pada rupa.

Mawar Putih > Tak semudah itu kita boleh suka seseorang hanya kerana kata-kata. Sesiapa saja boleh menutur kata yang indah tapi tidak semua yang mampu merealisasikan apa yang diucap. Awak kena siasat dulu siapa dia, sikap dia yang sebenar dan siapa ibu bapanya. Awak macam mana

JS > Macam mana apa

Mawar Putih >Pernahkan awak terfikir untuk mencari dan menyiasat gadis idaman awak secara yang dibenarkan oleh Islam

JS >Hmm..saya memang sedang menyiasat sekarang ni..

Mawar Putih > Ya Jadi awak dah ada buah hati la

JS > Ya! Awak! Sebab saya suka awak!

Mawar Putih > Sekali lagi awak buat lawak.

JS > Tak! Saya serius. Saya juga berhak memilih bakal isteri saya. Biarlah bakal isteri saya itu juga mempunyai hati dan perasaan yang boleh nmembawa ke syurga. Sekarang ni saya mengaku saya suka sikap awak. Saya suka cara awak dan saya suka awak! I wish I will be your husband to be.

Anis renung jawapan Jay. Jumpa pun tak pernah!

Mawar Putih > Pandai awak bergurau.

JS > Saya tak bergurau..saya boleh agak sikap awak dengan cara awak berkata-kata. Saya boleh rasa awak seorang yang sopan dan ada ilmu agama. Kalau dari segi rupa tu..saya tak bolehlah nak teka. Jumpa nanti baru tahu..

Mawar Putih > Jadi rupa juga menjadi ciri pilihan awak

JS > Saya tak kata macam tuada rupa tapi tak ada akhlak, nak buat apa

Mawar Putih > Ditakdirkan jodoh awak dengan wanita yang kurang dari segi paras rupa, awak terima

JS > Ya! Jika dia ada budi pekerti yang baik, ada ilmu, why not

Mawar Putih > Alhamdulillah

JS > Awak ni kategori tu ke

Anis senyum. Biarlah Jay berteka-teki. Tak baik memuji diri sendiri. Riak nanti.

Mawar Putih > Saya gadis biasa saja..tak ada apa yang nak dibanggakan..apatahlagi rupa.

JS > Awak terlalu merendah diri. I can feel that you are gorgoues!

Anis senyum lagi. Pandai-pandai Jay meneka.

Mawar Putih > Can we talk other topics

JS > Nak lari la ni

Mawar Putih >Macam mana dengan rancangan awak nak merantau

JS > Oh itumasih ada niat lagi tapi keadaaan sekarang ni tidak mengizinkan.

Mawar Putih > Apa pun saya sokong awak. Pahala bagi orang yang ingin menuntut ilmu sangat besar apatahlagi ilmu itu adalah ilmu akhirat. Saya sentiasa doakan awak.

JS > Terima kasih. Doakan untuk saya. Saya ingin menjadi seorang muslim yang baikdan saya nak awak jadi isteri saya, boleh

Mawar Putih > Kita ni bukan di Amerika. Saya ada orang tua. Kena tanya mereka..betul tak.

JS > Hmm..macam dah ada green light..Ok..saya minta diri dulu. Tak baik kacau awak selalu.

Mawar Putih > Tak apa. Terima kasih kerana mendengar luahan hati saya.

JS > No problem..:)

Lama Anis merenung skrin komputer. Menatap kembali perbualannya dengan Jay di alam maya. Hatinya mula rasa sayu dan terharu. Rahmat Allah terasa mula menyimbah insan bernama Jay. Berbual di alam maya dengan Jay membuatkan rasa sakit hatinya pada Imran hilang sebentar. Ternyata Jay dan Imran adalah dua watak yang berbeza. Walaupun dia belum pernah jumpa Jay tapi sekurang-kurangnya Jay ada adab ketika berbicara. Tidak seperti Imran yang hanya tahu menyakitkan hatinya saja setiap kali bersua.

Ya Allah..ampunkan dosaku. Jangan lalaikan aku dalam cinta yang sia-sia walau aku tahu cinta itu juga kurniaan dariMu

SARAPAN disediakan ala kadar. Roti bersalut telur digoreng dengan sedikit mentega. Satu teko kopi o panas dibancuh cukup untuk mereka bertiga yang menghuni rumah dua tingkat itu. Anis jeling jam.

Hmm..masih awal. Hari ni aku kena hantar tesis aku. Harap kali ni pensyarah aku terimalah. Dah penat dah aku edit. Anis mengunyah roti perlahan.

Cahaya matahari yang mula menerjah ruang tingkap yang terbuka. Suara burung yang bertenggek di hujung dahan pokok kelapa jelas kedengaran di cuping telinga Anis. Mendamaikan. Saat begini, terasa tenang melihat kebesaran Allah. Macam burung, tenang menjalani kehidupan. Berpagi mencari rezeki dan pulang juga awal ke sarangnya.

Hoi! Berangan!

Roti di tangan Anis terjatuh ke atas meja. Anis berpaling ke arah Sarah dan Zarina.

Korang ni..tak reti nak bagi salam ke Tengok habis roti aku jatuh. Membazir saja. Anis ambil semula roti yang terjatuh tadi dan menyapunya dengan hujung jari sebelum menyuap semula ke mulut.

Eii! Kotornya! Zarina mencebik. Dia mengambil sekeping roti goreng dalam pinggan.

Meja ni aku lap tiap hari. Tak ada kotornya! Anis terus mengunyah dengan penuh selera. Baginya tidak menjadi masalah.

Kau perli aku eh Zarina jeling Anis yang masih mengunyah roti.

Aku tak maksudkan macam tu. Dah kau tak lekat kat rumah. Anis jeling pula Sarah yang masih menguap.

Eh Anis, kau dah hantar tesis akhir kau Sarah menuang kopi o panas ke dalam mug.

Hari ni. Kejap lagi aku nak ke kampus. Kau nak ikut

Malaslah! Sarah sengih. Kopi o panas dihirup perlahan.

Ina, kau macam mana Anis pandang pula Zarina yang sudah dua keping roti dibedalnya.

Macam mana apa

Study kau. Bukan ke kau ada praktikal Anis angkat kening melihat Zarina yang tidak serius dalam pelajaran.

Ada..malaslah aku nak ikut. Aku sebenarnya tak suka TESL ni. Mak ayah aku yang suruh. Ikutkan hati, aku suka jadi Dania! Zarina sengih. Sudah tiga keping roti ditelan.

Dania Serentak Anis dan Sarah bertanya.

Tulah korang, Dania pun tak tahu! Asyik dengan buku je! Dania tu nama watak dari drama Awan Dania la! Aku nak jadi pramugari! Senyuman Zarina semakin lebar.

Oh Anis mengangguk.

Tapi aku rasa jadi cikgu lagi bagus. Mendidik anak bangsa banyak pahalanya. Anis menambah.

Cikgu hanya sesuai untuk orang macam kau je. Macam aku ni, aku lebih suka kerja glamour. Macam pramugari, boleh terbang free ke mana-mana pun! Zarina kenyit mata.

Habis tu, kalau dah suka pramugari, buat apa kau ambik TESL Sarah pula mencelah. Tidak faham dengan sikap Zarina.

Mak aku yang suruh. Katanya perempuan elok jadi cikgu. Aku terpaksa tahu tak.

Ina..kau jangan rasa terpaksa. Mungkin ada hikmahnya mak kau suruh kau jadi cikgu. Bukan apa..selalunya seorang ibu lebih tahu sikap anaknya. Anis cuba berhikmah menegur Zarina.

Jadi maksud kau..aku ni tak sesuai jadi pramugari

Tak juga. Cuma apa yang aku nak kata, mana tahu bila kau jadi pramugari kelak, kau lupa diri, lupa tuhan. Kau tahulah profesion pramugari macam mana. Aku tak kata kerja pramugari tu tak baik. Orang yang membawa kerja tu yang tidak mengikut syariat. Anis berhati-hati menutur kata.

Jadi kerja cikgu tu mengikut syariat Zarina tidak puas hati dengan kata-kata Anis.

Aku tak kata macam tu. Apa jua pekerjaan pun jika kita jaga aurat, pergaulan dan ibadah, insya-Allah, rezeki kita berkat. Anis cuba bermanis muka. Bimbang perbincangan tak rasmi itu mendatangkan perbalahan nanti.

Eh Anis, cuba kau fikir. Kerja sebagai pramugari tu kena pakai skirt, tak pakai tudung, pakai makeup. Jadi mana aku nak ikut syariatnya Dah itu kehendak syarikat. Zarina masih pertahankan pendapatnya.

Pilihan di tangan kita. Kalau kita pentingkan iman dan syariat, kita akan cuba cari kerja yang menuju ke arah itu. Macam pramugari, kau masih boleh ikut syariat. Aku tengok ada yang pakai tudung. Anis pandang mata Zarina yang mula tidak senang dengan kata-katanya.

Yang pakai tudung tu kerja kat kaunter je. Mana ada yang pakai tudung bila kerja dalam flight.. Zarina menghabiskan kopi o dalam mug.

Ada..kalau kau betul-betul nak syariat, kau boleh pohon jadi pramugari untuk jemaah haji. Anis senyum. Masih terbayang wajah bersih dan sopan pramugari yang menguruskan jemaah haji sewaktu dia menghantar kedua orang tua abang Razman dulu.

Sudahlah! Tak habis cakap dengan kau ni! Zarina mula beredar.

Tengoklah tu! Payah nak dengar nasihat! Sarah yang hanya diam dari tadi mula bersuara.

Biarlah. Kita doakan saja dia berubah. Kita tak boleh berkeras dengan dia. Semakin liar jadinya. Anis senyum hambar. Nyata teman serumahnya yang satu ni cukup mencabar minda dan emosi.

Anis mengambil beg sandangnya dan somtam yang telah dibuat malam tadi. Dia melangkah perlahan ke arah perhentian bas. Somtam perlu dihantar awal ke gerai makcik Senah. Selepas itu dia perlu ke kampus pula.