Arissa Daniel - 18
BAB 18

SENYUMAN Daniel semakin lebar. Agaknya sudah sampai ke telinga. Dia bersandar di kerusi empuknya di bilik pejabat. Kepala terdongak memandang siling. Rasa sangat puas! Puas bila dapat membalas dendam walaupun apa yang berlaku pada malam itu hanya dia saja yang tahu. Sengaja dia tinggalkan gadis itu tanpa seurat benang dengan harapan gadis itu akan bersedih bila menyangka mahkota berharganya sudah diragut. Jari telunjuknya diperhatikan lagi. Luka di jari sudah menjadi parut dan darah yang mengalir di luka itulah yang dijadikan bukti untuk perangkap gadis itu. Rasa cinta dan sayang pada gadis itu sebenarnya yang membuatkannya bertindak sebaliknya. Walaupun menyedari, gadis itu adalah anak kepada musuh mendiang ayahnya, namun cintanya yang mula bersemi tidak akan dikotori dengan tindakan dendamnya.

Selepas gadis itu pengsan, dia hanya melihat seketika tubuh milik gadis itu. Cuba ditahan nafsu yang mula bergelojak. Selama ini dia tidak

pernah menyentuh perempuan melayu. Tak sangka, gadis yang telah membuat hatinya bergetar adalah anak kepada musuh ayahnya sendiri!

I will get you, one way or another... Daniel senyum lagi. Masih terbayang tubuh gadis itu. Sengaja dia biarkan gadis itu tanpa seurat benang dengan harapan gadis itu akan menganggap dirinya sudah ditebuk.

Daniel belek balutan luka di jari telunjuknya. Balutan itu dibuka perlahan. Kesan darah dari luka di jarinya jelas kelihatan. Malam tadi, dia sengaja menghiris jarinya dengan pisau. Darah dicalitkan pada cadar. Biar gadis itu menganggap itu adalah darah dari seorang anak dara yang sudah dirosakkan. Dia tidak akan bongkar semua itu selagi gadis itu belum menjadi miliknya yang sah walaupun dia terpaksa memeluk Islam!

Selama ini dia tidak pernah merasa perasaan seperti itu dan hidupnya hanya untuk berseronok tetapi sejak kenal gadis itu, hatinya bagai diusik untuk menghormati perempuan yang selama ini dianggap sebagai barang pemuas nafsu. Mungkin perasaannya yang mula sayang pada gadis itu menyebabkan dia tidak sanggup merosakkan gadis itu. Mungkin juga dengan cara itu, dia dapat memiliki gadis itu walaupun secara memaksa!

Foto di dalam sampul surat itu akan digunakan untuk mengugut Tan Sri Johari nanti dan dia akan gunakan untuk memutuskan pertunangan gadis itu dengan Tuah. Begitu cekap Robin dan Gagak menyiasat hal itu. Sekali lagi Daniel mengukir senyum. Dia meneruskan kerjanya yang tertangguh semalam. Fail projek kilang kosmetiknya dibuka. Ada perkembangan yang baik. Mungkin dua bulan lagi produk kosmetik keluaran syarikatnya akan berada di pasaran.

Sekeping sampul surat dibuka. Surat dari kilang kosmetiknya di Korea itu mengarahkannya melakukan double check ke atas analisa bahan kosmetik sama ada dari segi kimia mahupun mikrobiologi sebelum produk itu dipasarkan.

Hmm..seems like I have to do the analysis on my products here. Which lab should I choose Daniel buka laman sesawang Jabatan Standard Malaysia. Matanya meliar mencari senarai nama makmal yang telah mendapat pengiktirafan akreditasi ISO.

Hmm...not bad.. Matanya tertancap pada nama JN Biotech dengan nama saintis sekali.

Should I go for this lab Daniel masih berkira-kira. Masih berfikir makmal mana yang dipilih untuk melakukan analisa ke atas produk kosmetiknya nanti. Kalau dia hantar ke makmal JN Biotech pun, mereka tidak tahu yang aku ni anak kepada Datuk JB! Matanya melirik pada foto di atas meja.

Dad..l love you. Im happy right now.. Daniel melihat foto mendiang ayahnya di atas meja.

Sekejap lagi dia ada temujanji dengan pelanggan di sebuah restoran. Memang itu sikapnya jika setiap kali ingin berjumpa rakan bisnes, dia lebih suka memilih restoran mewah daripada hotel. Suasana santai dan menikmati makanan sangat sesuai untuknya berdiskusi soal bisnes.

MERCEDES hitam 7 series dipecut laju ke arah KLCC. Dia sudah berjanji akan berjumpa dengan pelanggan di sebuah restoran terkemuka di situ.

Daniel melangkah ke ruang Concourse. Dia capai telefon bimbitnya dari dalam poket seluar. Sempat menghubungi Gagak. Dia perlu berhati-hati. Gagak mesti sentiasa di sampingnya. Kemungkinan untuk Tan Sri Johari membalas dendam semula adalah cerah. Tidak mustahil gadis itu akan memberitahu kejadian malam itu kepada Tan Sri Johari. Jadi dia perlu bersedia bila-bila masa.

Laju langkah Daniel menuju ke restoran Madame. Kebetulan pelanggannya kali ini berbangsa cina, jadi dia memilih restoran yang menyediakan makanan cina.

Hello Sir, welcome to Madame. How many people Seorang pelayan sudah menunggunya di ruang legar depan restoran.

Two! Daniel senyum.

Pelayan restoran itu menunjukkan tempat duduk kepada Daniel. Daniel hanya mengikut arah yang ditunjukkan pelayan tadi. Dia duduk di meja di penjuru restoran. Senang untuknya berbincang dengan pelanggan nanti tanpa gangguan dari pelanggan restoran lain memandangkan meja itu tersorok sedikit dari meja lain.

Sementara menunggu rakan bisnesnya sampai, sempat Daniel melayari laman sesawang di telefon bimbitnya. Masih mencari makmal yang sesuai untuk penganalisaan produk kosmetiknya nanti. Sesekali dia jenguk ke pintu masuk restoran. Tidak nampak lagi kelibat Mr. Alvin Chia, rakan baru dalam bisnes perabot.

Puas menunggu dia melihat sekitar restoran. Hari ini tak ramai pelanggan yang datang menikmati juadah tengahari di situ. Matanya tertancap pada sesorang yang sangat dikenalinya, Datuk Mustafa!

Lama Daniel memerhati Datuk Mustafa di situ.

Huh! So obvious! Bukan dia tak tahu tempat ni tak halal. Kalau dia boleh buat penipuan duit ayah aku, benda kecik macam ni tentu dia tak kisah langsung! Daniel faham sangat dengan dunia perniagaan. Kebanyakannya tidak menghiraukan halal haram. Janji apa yang diingini tercapai.

Just wait and see Datuk Mustafa.. Daniel mengetap bibir. Dendamnya masih belum selesai. Nelissa yang menjadi mangsa rakus nafsunya hanyalah sebuah permulaan dendamnya.

This is just the beginning.. Daniel senyum. Dia masih memikirkan apakah tindakan yang perlu dilakukan kepada Tan Sri Johari dan Datuk Mustafa.

Mr. Alvin Chia yang ditunggu sudah mula muncul. Daniel mula berjabat tangan. Mereka mula berbincang sambil menikmati makanan yang sudah dipesan dari tadi.

Ok! Mr. Alvin! Hope we can have pleasure time next time!Daniel sekali berjabat tangan. Perbincangan tadi menampakkan hasil positif.

Daniel hanya memerhati Mr. Alvin Chia meninggalkan restoran. Sekali lagi matanya tertancap pada Datuk Mustafa yang bergelak ketawa dengan seseorang.

Bennett Daniel menelan liur. Masih keliru. Lama dia merenung Datuk Mustafa dan Bennett berbual sambil menikmati makanan.

Apa kaitan Bennett dengan Datuk tu Daniel masih berfikir. Jelas dia melihat kemesraan Bennett dengan Datuk Mustafa. Takkan Datuk Mustafa semesra itu dengan orang lain Dengan Sharif, anak sendiri pun dia tak macam tu. Ada apa-apa ke

Hmm..

Daniel mula memanggil pelayan restoran untuk bil. Selesai membayar, dia mula melangkah perlahan ke muka pintu restoran. Sengaja dia lalu di depan meja Datuk Mustafa dan Bennett.

Hi! Sengaja dia menegur.

Datuk Mustafa dan Bennett serentak mendongak.

Daniel senyum kelat. Nampak sangat muka dua orang tu pucat. Jadi tidak syak lagi telahannya. Something is not right!

Err..hi! Daniel! Come join us! Bennett mula bangun dan senyum. Bahu Daniel dipaut.

No thanks! Daniel senyum. Dia jeling Datuk Mustafa yang turut tergamam.

Have a good day! Daniel mula beredar dari situ. Sebelum melangkah keluar, dia sempat menoleh sekali lagi. Jelas dia melihat keduanya masih tergamam.

Aku harus siasat siapa Bennett sebenarnya.. Daniel perlahan menapak keluar dari restoran.

Daniel menapak ke lif. Sementara menunggu lif, dia mula menatap skrin telefon bimbit. Melihat jadual dan temujanji yang perlu dihadiri. Semua itu sentiasa ada dalam telefon bimbitnya walaupun Sherry tidak pernah lupa mengingatkannya pasal segala temujanji dan mesyuarat.

Sebaik pintu lif terbuka, dia menapak masuk. Tengahari macam itu memang ramai yang memenuhi pusat beli belah Suria KLCC. Penuh dalam lif. Daniel terpaksa berhimpit-himpit.

Aduh!

Daniel berpaling. Dia sedar tadi dia telah terpijak kaki seseorang. Gadis itu tunduk sambil menggosok kaki. Dia tidak mendengar dengan jelas butir kata gadis itu yang membebel sendiri. Mungkin gadis itu marahkannya.

Err..miss..sorry. Daniel mula minta maaf tanpa menoleh ke arah perempuan itu. Keadaan berhimpit.

Pintu lif mula terbuka. Daniel segera menapak keluar. Dia menapak ke ekskalator menuju ke tempat letak kereta.

Err..hello sir! Youve left your handkerchief! Sir! Hello!

Daniel menoleh ke belakang. Nelissa

Arissa tergamam. Niatnya untuk pulangkan sapu tangan lelaki tadi mula terbantut.

Daniel senyum. Entah kenapa hatinya berdetak kuat setiap kali memandang wajah gadis itu. Dia cepat-cepat melangkah naik dan turun semula mengikut ekskalator lain.

Aik! Mana dia ni Daniel garu kepala. Gadis itu sudah lesap. Melilau dia mencari sekitar Concourse.

Laju dia melangkah sebaik terpandang Arissa sedang laju menuju ke arah taman Suria KLCC.

Wait!

Arissa berpaling. Tangan Daniel sudah melekat di lengannya.

Kau nak apa lagi Arissa sudah menyinga.

I thought you wanna give me that. Daniel pandang sapu tangan di tangan Arissa.

Arissa campak sapu tangan ke muka Daniel dan terus berlalu pergi.

Nelissa!!

Arissa berpaling sekali lagi. Patutkah aku beritahu kepada jantan tak guna ni yang aku bukan Nelissa

Look! Im not Nelissa!! Arissa mengetap bibir. Suaranya tegas.

And who are you really Daniel senyum sinis. Ternyata gadis di depannya begitu keras dan tegas. Nampaknya kemarahan gadis itu jelas terpancar di wajah.

Arissa semakin geram. Kerana salah faham, dia menjadi mangsa kerakusan nafsu Daniel.

Remember this name! Aku Arissa Lee Badlisha! Dan aku bukan anak Tan Sri Johari Nasir! Huh! Nampaknya dendam kau belum lagi berbalas kan! Arissa ketawa sinis sambil berlalu pergi. Puas hati melihat riak muka Daniel yang terbeliak tadi.

Daniel hanya memerhati Arissa berlalu pergi. Jelas di telinganya gadis itu kenalkan diri Arissa Lee Badlisha.

Arissa Lee Badlisha Jadi..dia saintis tu Daniel menelan liur. Tergamam seketika.

DANIEL segera ke tempat letak kereta. Kereta dipecut laju menuju ke pejabat semula. Sepanjang perjalanan, dia masih berfikir kata-kata Arissa tadi.

Tiba di pejabat, Daniel terus sahaja buka fail projek Bioremediasi yang masih disimpan di bilik pejabatnya. Fail yang sempat disalin dari thumbdrive yang diseludup dari makmal JN Biotech dulu melalui orang dalam. Tidak sempat dia melihat sampai saat ini.

Lama maklumat di dalam fail itu digeledah. Satu persatu carta organisasi makmal itu dibaca.

So, its true that she is...Arissa Lee Badlisha.. Daniel perhati betul-betul gambar yang terpampang pada carta itu. Memang sah gambar gadis yang disalah anggap sebagai anak gadis Tan Sri Johari Nasir itu adalah orang lain!

Then.. who the hell is Nelissa

Daniel menapak ke tingkap bilik pejabat yang menghala ke arah panorama Kuala Lumpur. Nampak jelas bangunan KL Tower dan KLCC Tower.

Fikirannya masih kusut. Serabut.

Oh my god.. Daniel menekup muka.

Daniel menapak semula ke meja. Dia duduk sambil kepala mendongak melihat siling.

Arissa..so..thats your real name..oh my.. Daniel meraup muka. Jiwanya mula kacau.

Im sorry...Im so sorry... Sekali lagi Daniel menekup muka. Tunduk termengguk di meja. Rasa cinta pada gadis itu sudah tentu akan dibalas dengan rasa benci meluap oleh Arissa nanti.

Hari itu perasaan Daniel tidak tenteram. Semua kerja yang dibuatnya dirasakan serba tidak kena.

Dia segera menghubungi Robin dan Gagak. Kemudian dia hubungi pula Sherry.

Sherry! Ill be away for one week. Please arrange for my flight to Korea tomorrow. Any appoitment, please put into next weeks schedule. Daniel interkom sekretarinya.

Langkah Daniel laju menuju ke tempat letak kereta. Dia perlu jumpa Robin dan Gagak.

TIBA di tempat yang dijanjikan, Daniel terus mendapatkan Robin dan Gagak yang sudah menunggunya di lobi hotel. Dia mula melabuhkan punggung di sofa di situ.

Weve made a mistake. Kita salah orang! Daniel hempas sekeping kertas atas meja. Kertas yang mengandungi carta organisasi JN Biotech.

Salah orang Gagak terbeliak.

Daniel angguk.

Robin turut melihat kertas di tangan Gagak.

That girl was not Tan Sris daughter. Daniel perhatikan kedua orang suruhannya.

Tapi masa majlis keraian di rumah Tan Sri malam tu, saya sendiri nampak Tan Sri Johari kenalkan perempuan itu pada tetamu. Gagak mula tidak faham. Jelas dia melihat perempuan itulah yang berada di dalam majlis itu malam itu.

Are you sure Daniel jeling Gagak yang sudah berkerut kening.

Err..sorry bos. Kami ingat itu anak Tan Sri Johari sebab dia yang bawa kereta Fair Lady putih tu hari tu.. Robin tunduk. Rasa takut pada Daniel yang bakal bertindak di luar jangkaan.

So..whats our plan Tanya Robin. Rancangannya kali ini gagal. Damn it!

Get me the real Tan Sris daughter! This time, straight to my house in Bangsar. I know what to do.. Daniel mula beri arahan.

Gagak dan Robin mengangguk faham.

And one more thing...be careful. I will not be around for one week. You two know what to do. When Im coming back by next week, I hope that girl is already there. Daniel mengingatkan Gagak dan Robin.

BALIK dari berjumpa Gagak dan Robin tadi, Daniel terus pulang ke rumah. Tadi, Zarul menelefonnya banyak kali mengajaknya ke Hard Rock Cafe. Lepak-lepak di sana. Terpaksa ditolak.

Dia termenung di balkoni bilik yang mengadap panorama Kuala Lumpur. Bintang yang berkerlipan di langit sungguh cantik. Cuaca pula agak panas ketika ini. Pohon hijau yang banyak di sekeliling jalan cukup menarik matanya. Pandangannya dihala pula ke arah jalanraya yang nyata tidak pernah lengang dengan kenderaan. Bagai Kuala Lumpur tidak pernah tidur. Tidak seperti di Edinburgh, lebih tepat lagi di selatan bandar Edinburgh, ibu negara Scotland yang terkenal dengan keindahan bangunan yang unik dan klasik. Cuaca sejuk yang kadangkala mencecah suhu 2 darjah celcius dan disusuli hujan renyai. Namun tetap bangga bila tempat sendiri dijadikan tempat penggambaran cerita fiksyen terkenal adaptasi dari novel penulis terkenal J.K Rowling, Harry Potter!

Lama Daniel melayan perasaan di situ. Tersentap seketika dengan kejadian di KLCC tadi. Gadis itu berkata benar. Dia yang salah anggap. Tapak tangan kanan diletakkan di dada. Terasa jantung berdegup kencang. Teringat foto yang diambil semasa ke Pulau Nami dulu.

Daniel menapak semula ke meja. Kamera dicapai dari laci meja. Sejak balik dari Pulau Nami dulu, kamera itu tidak berusik. Dia segera sambungkan USB ke komputer di atas meja. Semua foto yang dirakam semasa di Pulau Nami ditatap seketika. Sesekali Daniel senyum.

What a silly boy! Daniel kata pada diri sendiri sebaik melihat tingkahnya yang dirakam oleh Zaki semasa di laluan pokok yang popular di situ.

Entahlah dia sendiri tidak pasti. Menurut pengunjung yang datang ke situ, di situlah tempat dijadikan tempat penggambaran drama popular Korea suatu waktu dulu. Ah, mana aku tahu semua tu. Hidup aku hanya tahu pasal bisnes!

Satu persatu foto yang dirakam dulu ditatap.

Hmm..shes so gorgeous.. Daniel menopang dagu. Matanya tidak lepas dari melihat foto Arissa yang duduk anggun di bangku sambil wajah menala ke kiri. Sempat juga dia merakam potret gadis itu yang cuba menangkap tupai yang tiba-tiba melompat di atas bangku.

So cute! Daniel ketawa seorang diri. Tenang melihat foto Arissa yang pada pandangannya sangat fotogenik!

Dia segera simpan semua foto itu dalam satu fail dan dimasukkan ke dalam thumbdrive dan tripod. Minggu depan dia akan kembali lagi ke Pulau Nami. Terasa tenang melihat keindahan pulau itu.

Lampu bilik ditutup dan lampu di tepi katil dibiarkan menyala. Semua pakaiannya sudah dikemaskan. Daniel menapak ke katil. Kepalanya disandarkan ke kepala katil. Wajah putih kemerahan Arissa terbayang di ruang mata.

Alunan merdu lagu Korea dari corong radio sungguh mendayu-dayu. Terbuai-buai perasaannya melayan lirik lagu dari drama Korea Full House itu. Bibirnya turut sama menyanyi walaupun tidak faham bahasa Korea kecuali bahagian lirik bahasa Inggeris.

Arissa..I think Im in love with you.. Daniel peluk bantal.