PAGI yang dingin tetapi cerah di Genting Highlands, tetap aman dengan percaturan warga dan pengunjungnya meniti awal hari yang indah. Walaupun, manusia agak ramai kerana musim percutian yang panjang, namun tiada sebarang huruhara atau kecelaruan yang terjadi. Keamanannya, selaras dengan ketenteraman yang dilalui oleh rakyat Malaysia yang sedikit pun tidak terancam walaupun sering dihujani permasalahan yang ditimbulkan oleh anasir luar yang tidak bertanggungjawab. Mujur sekali, rakyat di sini tidak tetarik untuk mempercayai propaganda yang disebarkan oleh mereka. Kerana itulah, negara ini tetap aman dan dicintai ramai pelancong. Di sana-sini, restoran-restoran dan gerai-gerai makan ala-warung ataupun medan selera yang telah disediakan oleh pihak pengurusan, sudah dipenuhi oleh orang ramai yang mahu menikmati sarapan pagi.
Begitu juga dengan rombongan percutian dari Tajul Holdings itu. Kesemua pekerja dan keluarga mereka sudah menghuni meja masing-masing untuk menikmati hidangan yang disediakan. Masing-masing kelihatan amat gembira sekali ketika menikmati makanan mereka. Hari ini, telah tersusun pelbagai program untuk mereka penuhi. Rata-ratanya amat gembira sekali dengan percutian kali ini. Hanya Elly sahaja yang masih bermuram durja. Dia tidak berselera untuk makan kerana sedari semalam, fikirannya hanya tertumpu kepada Alyssa. Sehingga sekarang, dia masih gagal menjejaki lokasi rakan baiknya itu. Dan yang paling menjengkelkannya, apabila Tuan Fahreen juga gagal untuk dihubungi atau menghubunginya bagi bertanyakan perkhabaran tentang Alyssa itu. Ke manakah agaknya Alyssa menghilang Mengapakah dengan tiba-tiba, dia lesap begitu sahaja Persoalanpersoalan itu bermaharajalela bermain di kotak fikirannya, sejak malam tadi.
Ya Allah, di mana sahaja dia berada, aku harap agar dia sentiasa selamat,
doa dan harapannya di dalam hati.
Hai Elly, seorang saja nampak. Ke mana perginya sahabat awak yang bernama Alyssa tu Dah ghaib ditelan penunggu Genting ke
sapa satu suara yang begitu dikenali dan dibencinya, iaitu Che Ros.
Mengapalah perempuan kerek itu harus muncul ketika fikirannya sedang bercelaru memikirkan Alyssa Orang seperti Che Ros itu, bukannya mengurangkan masalah, menambahkan lagi adalah. Kerjanya tak habis-habis, nak menggiat orang sahaja. Dia tidak dapat membezakan yang mana satu bergurau, yang mana satu serius dan yang mana satu cara untuk bergaul dengan manusia dengan cara yang lebih baik.
Bercakap tu biar beralas sikit, Che Ros. Jangan main ikut sedap mulut saja. Takut-takut nanti, rabak pula mulut tu dikoyak orang,
sindir Elly, sedikitpun tidak menoleh ke wajah yang amat dibencinya itu. Che Ros tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Elly itu. Dia tahu Elly berniat menyindirnya ataupun tidak suka dengan soalannya tadi. Tetapi sudah menjadi resmi Che Ros, selagi dia tidak dapat apa yang dia hendak tahu selagi itu dia tidak akan berhenti bertanya. Kerana itu, dia amat dibenci oleh persekitaran kerjanya. Lagipun, Elly tidak wajar memberikan jawapan sedemikian kepadanya kerana baginya taraf dan kedudukannya dalam syarikat lebih penting dan hebat dari pekerja bawahan seperti Elly.
Hei Elly, kamu sedar tak kamu sedang berbicara dengan siapa sekarang
tingkah Che Ros mula memperingatkan persoalan yang sama setiap kali keinginannya cuba dicantas.
Saya pembantu peribadi kepada Tuan Fahreen. Secara tidak langsung, saya adalah orang yang kedua penting selepas Tuan Fahreen. Jadi, kamu tidak wajar untuk meninggikan suara ataupun menyindir saya. Sedar sikit kedudukan kamu yang hanya sekadar kerani biasa itu.
Saya peduli apa, Che Ros tu pembantu Tuan Fahreen ke, ataupun teman wanitanya sekali pun. Yang pentingnya, kita sama-sama makan gaji. Di mata Tuan Fahreen, kita ni semua sama saja. Sama-sama kuli batak dia. Jangan nak perasan lebihlah, Che Ros oi!
jawab Elly. Dia terus bangkit lalu meninggalkan perempuan itu terkebil-kebil sendirian. Che Ros cuba menghalang langkah Elly itu dan menjerit-jerit memangilnya,
Tunggu dulu Elly, kamu belum menjawab soalan saya. Elly! Elly!
Namun jeritan Che Ros itu langsung tidak dipedulikan oleh Elly. Malas dia hendak menunggu lebih lama lagi di situ kerana takut mengundang pertengkaran pula. Lebih baik dia meneruskan usahanya menjejaki Alyssa daripada dia melayan perempuan gila itu. Che Ros yang masih bengang terasa mahu menjerit sekuat-kuatnya kepada Elly. Berani sungguh dia kurang ajar dengan Che Ros. Che Ros tidak dapat menerima keadaan itu. Kalau boleh, dia mahu dihormati dan disanjungi oleh kesemua warga Tajul Holdings. Tetapi, dia lupa, bahawa kriteria yang dimilikinya sedikit pun tidak mampu menambat hati rakan-rakan sekerjanya untuk belajar menyukainya. Arul yang pada mulanya, memerhatikan sahaja komunikasi Che Ros dan Elly itu, bangkit lalu menyapa Che Ros,
Che Ros, sebenarnya, Elly tu bimbang sebab kawannya, Si Alyssa tu, hilang sejak semalam. Yang hairannya, Alyssa yang hilang tetapi mengapa pula Tuan Fahreen yang tidak muncul-muncul lagi, pagi ni Bukankah dia sepatutnya berada di sini untuk memberikan ucapan sebelum bermulanya sarapan pagi Saya rasalah mungkin semalam mereka dating kut, sebab itulah kedua-duanya lesap, pagi ni.
Arul tidak mahu menunggu perkataan balas dari Che Ros, lalu terus berlalu. Namun, kata-katanya itu, sudah cukup kukuh untuk meninggalkan keresahan di dalam jiwa Che Ros. Fikiran Che Ros tiba-tiba jadi gelisah, apabila mengenangkan kebarangkalian kebenaran kata-kata Arul itu. Cemburunya dia! Sementara itu di bilik Tuan Fahreen, Alyssa berasa amat berat untuk membuka matanya. Kelesuan yang dirasainya pagi itu, dirasakan lebih teruk dan berbeza sekali dari pengalaman-pengalamannya yang lepas. Bukannya dia tidak pernah mabuk yang berlebihan sebelum ini, tetapi mengapa kali ini tubuhnya dirasakan begitu longlai dan terbeban sekali. Walau bagaimanapun, dia tetap mengagahkan dirinya untuk membuka biji matanya. Perlahan-lahan kelopak matanya diselak dan perkara pertama yang dilakukannya adalah melihat keadaan sekelilingnya. Namun begitu, dia amat terkejut apabila mendapati dirinya bukan berada di kamar hotelnya. Dia lantas merasakan kelainan pada tubuhnya juga.
Dan, apabila dia menyelak selimut yang membaluti tubuhnya itu, dia jadi semakin terperanjat dan hampir menjerit. Ya Allah, dia langsung tidak berpakaian! Alyssa bingkas bangun dan cuba mencari apa-apa sahaja yang boleh dipakainya, ketika itu. Serta-merta, kelesuan untuk bangkit tadi hilang dan dia menjadi segar semula. Nasibnya baik, apabila terlihatkan satu pijama mandi terletak betul-betul berhampiran dengannya, seperti ada orang yang tolong meletakkan untuknya di situ. Tanpa berfikir panjang, dia terus mencapai pijama itu untuk membaluti tubuhnya. Seketika kemudian, Tuan Fahreen muncul sambil menatang secawan kopi dan telur separuh masak, untuk disajikan kepada Alyssa. Jarang-jarang dapat melihat, orang sehebat Tuan Fahreen memberikan perkhidmatan sebegitu kepada insan lain. Selalunya, orang gaji Tuan Fahreen yang menyediakan segalagala untuknya. Tetapi demi Alyssa, dia sanggup merendahkan martabatnya, semata-mata untuk memenangi hati wanita tersebut. Alyssa yang menjadi bertambah kaget apabila melihat kehadiran Tuan Fahreen di situ, terus menyerbu Tuan Fahreen dengan persoalan-persoalannya,
Tuan! Kenapa tuan berada di sini Macam mana saya boleh ada di sini Apa yang tuan dah buat dengan saya Mengapa keadaan saya sebegini
Tuan Fahreen hanya tenang mendengar soalan yang bertalu-talu dari isterinya itu. Dia lalu meletakkan sajian yang ditatangnya sebentar tadi, berhampiran dengan Alyssa. Kemudiannya, dia cuba memegang bahu Alyssa bagi menenangkannya. Tentunya sekarang, Alyssa sedang bingung memikirkan keadaan dirinya itu.
Apa yang tuan dah buat dengan saya, ha
jerit Alyssa dengan tiba-tiba, meleraikan sentuhan Tuan Fahreen di bahunya itu. Tuan Fahreen yang turut tersentak dengan jeritan Alyssa itu, cuba lagi untuk menenangkannya,
Alyssa, maafkan abang. Keadaan Alyssa terlalu teruk semalam, sewaktu kami menyelamatkan Alyssa dari cengkaman Fir dan Nisya. Alyssa ingat tak yang Alyssa hampir jadi mangsa mereka
Apa yang telah terjadi semalam Apa yang mereka dah buat dengan saya, tuan Saya telah diperkosa ke Ya Allah, bagaimana saya nak lalui segala-galanya itu Mengapa mereka begitu kejam sehingga sanggup memperlakukan saya sedemikian rupa,
tangis Alyssa lagi. Alyssa tiba-tiba, terjelepuk jatuh di atas sofa berhampirannya. Dia merasakan bahawa masa depannya sudah gelap sama sekali. Selama ini, dia telah bergaul dengan manusia-manusia durjana yang berhasrat untuk menjahanamkan masa depannya. Selain dari itu, dia turut berasa malu dengan Tuan Fahreen. Mahukah lelaki itu menerimanya lagi, sedangkan dia tahu bahawa diri Alyssa sudah diselaputi noda dan dosa. Namun, apa yang mampu dilakukannya lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Jika dahulu dia mendengar nasihat dari Elly dan Kak Rozi, sudah tentu hidupnya tidak berantakan seperti sekarang. Kini, menyesal pun tidak berguna lagi. Aibnya sudah tebal berinci-inci, terutamanya terhadap Tuan Fahreen. Sekarang, tiada gunanya lagi hendak mempertahankan perkahwinan mereka. Mungkin, ini adalah masa yang tepat untuk Alyssa menuntut Tuan Fahreen supaya menceraikannya, walaupun kontrak perkahwinan mereka belum mencecah tiga tahun lagi. Tentunya, Tuan Fahreen punya alasan yang kuat untuk dengan sendirinya, membatalkan perjanjian itu. Tuan Fahreen yang gusar melihat kegelisahan Alyssa itu, lantas mendekatinya lagi, lalu berkata,
Alyssa, bawa bertenang. Tolong jangan fikir yang bukan-bukan. Sumpah, dengan nama Allah, Alyssa tidak dirogol oleh manusia jahanam itu, semalam. Maruah Alyssa sebagai seorang perempuan suci, masih terpelihara, sehingga ke hari ini.
Habis tu, mengapa saya berkeadaan macam ni
Semalam, kami sempat menyelamatkan Alyssa dari menjadi mangsa rogol Tauke Ang itu,
cerita Tuan Fahreen.
Habis tu, bagaimana dengan gambar-gambar saya yang ada di tangan mereka itu Mesti mereka akan sebarkan di internet hari ini, gara-gara marah dengan saya. Malunya, satu Malaysia akan tahu nanti, siapa saya yang sebenarnya,
rintih Alyssa lagi.
Tidak Alyssa, mereka tidak akan berani melakukan sedemikian. Abang telah dapatkan kesemua gambar Alyssa dan memberikan amaran yang keras kepada mereka. Mereka hanya mencari nahas, kalau berani menentang abang. Lagipun, abang sudah beritahu mereka, siapa Alyssa dan ikatan yang ada antara kita. Maafkan abang, kerana terpaksa berterusterang dengan mereka, demi kepentingan Alyssa,
terang Tuan Fahreen lagi. Alyssa terdiam seketika mendengar penjelasan Tuan Fahreen itu. Entah mengapa, dia sedikit pun tidak berasa marah kepada Tuan Fahreen yang memecahkan rahsia pernikahan mereka itu, apa lagi kepada orangorang seperti Nisya dan Fir. Alyssa percaya, Tuan Fahreen punya alasan yang kuat untuk itu. Lagi pun, pendedahan itulah yang telah mennyelamatkannya dari menjadi mangsa buaya-buaya ganas seperti Tauke Ang dan konco-konconya. Namun, apabila menyelidiki keadannnya ketika itu, Alyssa jadi bertanya lagi,
Habis tu, kenapa saya berkeadaan tidak berbaju begini
Alyssa, semasa di bawa ke mari semalam, keadaan illusi Alyssa begitu tinggi sekali. Alyssa khayal akibat diberikan dos ubat pengkhayal yang berlebihan. Alyssa langsung tidak sedar, apa yang Alyssa lakukan, ketika itu. Abang cuba hendak menyedarkan Alyssa, lantas abang merendam Alyssa di dalam air dengan harapan ia dapat membantu Alyssa sedar dan menjadi waras kembali,
Tuan Fahreen bersuara lembut.
Tetapi, dugaan abang meleset sama sekali. Keadaan jadi tambah parah, apabila Alyssa mula menggigil kesejukan yang amat melampau. Demi menyelamatkan Alyssa, abang terpaksa menggunakan cara lain untuk memberikan kepanasan segera kepada tubuh Alyssa, supaya kembali normal. Abang tidak mahu, semua orang, terutamanya rakan-rakan Alyssa tahu akan perkara ini. Ini akan mengaibkan Alyssa. Akhirnya, abang menggunakan tubuh abang sendiri untuk menyelamatkan keadaan Alyssa ketika itu. Abang rasa tak salah kan, lagi pun tiada dosanya kerana kita adalah suami isteri yang sah,
sambung Tuan Fahreen. Entah mengapa, hati Alyssa berkata-kata bahawa ada perkara lain yang belum diberitahu oleh suaminya itu. Dia berteka-teki, pasti ada lagi perkara yang terjadi kerana dia merasakan kelainan pada tubuhnya, terutama pada bahagian sulitnya. Renungan tajam Alyssa, sudah cukup untuk memaksa Tuan Fahreen mengakui sesuatu. Sesuatu perkara yang bakal menimbulkan kemarahan pada Alyssa nanti. Namun, dia harus mengakuinya segera kerana bimbang kalaukalau perkara yang dilakukannya malam tadi, bakal membuahkan hasil. Dia tidak mahu Alyssa terperanjat pula dan terus-menerus menyalahkannya.
Alyssa, maafkan abang. Abang hanya manusia biasa, yang punya naluri dan nafsu sebagai seorang lelaki. Abang telah tewas dengan janji abang sendiri. Abang sendiri yang meniduri Alyssa kerana tidak dapat menahan beban godaan itu,
akui Tuan Fahreen.
Tak guna!!
jerit Alyssa lagi, lantas menolak Tuan Fahreen dari cuba memelukinya.
Saya tak sangka, tuan sanggup menggunakan kesempatan terhadap diri saya. Pada mulanya, saya fikir tuan ini adalah wira yang menyelamatkan saya dari perangkap syaitan. Ruparupanya, tuan pun sama macam mereka.
Alyssa, tolong jangan samakan abang dengan mereka. Abang ini adalah suamimu yang sah,
pinta Tuan Fahreen.
Tidak! Bagi saya, tuan sama sahaja dengan mereka. Cuma, tuan lebih bijak kerana menggunakan alasan status kita. Tuan sengaja buat begitu, untuk perangkap saya buat selama-lamanya, kan Saya tahu, tuan sememangnya punyai niat untuk tidak menceraikan saya selepas tamat tempoh tiga tahun itu. Tuan sengaja perangkap saya. Saya benci tuan!
Tuan Fahreen terkedu dengan kemarahan Alyssa itu. Sesungguhnya, dia benar-benar kecewa kerana masih gagal menakluk hati wanita pujaannya itu. Dia hanya mampu melihat Alyssa meninggalkannya, tanpa mampu berkata apa-apa. Tiba-tiba, terbit kekesalan dihatinya kerana terlalu menurut kehendak nafsunya semalam. Kehendak yang akhirnya menjarakkan lagi hubungan mereka berdua. Di luar, Elly yang masih resah dengan kehilangan Alyssa, melangkah kaku menuju ke biliknya. Dia tidak punya perasaan untuk menyertai program yang telah diatur pihak pengurusan. Baginya, kehilangan Alyssa telah membenam keghairahannya di dalam percutian kali ini. Tiada kegirangan lagi, hanya duka yang bersarang di benaknya, ketika itu. Ketika membuka pintu bilik hotelnya, Elly mendapati Alyssa sudah pun kembali ke bilik mereka. Hati Elly menjadi lega dan dia mampu tersenyum semula. Namun, dia jadi gundah semula apabila melihat air muka Alyssa yang kelat dan langsung tidak menoleh ke arahnya.
Eh beb, engkau dah balik Ke mana engkau semalaman, ha Puas aku cari engkau di merata-rata tempat. Sampai aku terpaksa minta tolong dari Tuan Fahreen, tahu tak
tanya Elly. Alyssa langsung tidak menjawab pertanyaan sahabatnya itu. Dia sibuk memberikan perhatian kepada barang-barangnya. Bagasinya sedang disusun rapi untuk diusung keluar dari tempat itu. Elly yang kesal kerana pertanyaannya tadi tidak berjawab, lantas bertanya lagi apabila melihatkan Alyssa begitu sibuk mengemaskan kain bajunya seperti hendak pulang,
Engkau nak ke mana pula ni, beb Sibuk berkemas berbagai. Engkau nak check-out dah, ke
Yes Elly, aku nak check-out. Sekarang!
Elly yang terperanjat dengan jawapan ringkas Alyssa itu, terus bertanya lagi,
Kenapa dengan kau ni, beb Sudahlah semalam, engkau hilang dengan tiba-tiba. Pagi ini pula, engkau nak check-out dengan tiba-tiba Aku tak fahamlah dengan engkau ni. Sebab-musababnya engkau hilang semalam pun, aku tak tahu lagi. Ini dah timbul lagi satu persoalan pula dalam kepala otak aku ni, sebabnya, yang engkau nak check-out awal ni.
Alyssa hanya berdiam diri dengan bebelan sahabatnya itu. Dia tidak pasti, sama ada dia perlu menjawab atau menceritakan segala-galanya kepada Elly ataupun tidak. Namun, Elly tetap mendesak untuk mengetahuinya. Ketika Alyssa sudah betul-betul mengusung bagasinya berhampiran dengan pintu bilik, Elly segera menarik pergelangan tangannya untuk cuba menyelidiki lagi.
Beb, cubalah jangan nak berahsia lagi dengan aku, kali ini. Dah beberapa kali, engkau tewas apabila menyelesaikan masalah engkau sendiri. Aku tak mahu engkau tersungkur lagi. Aku sayangkan engkau, beb. Engkaulah satu-satunya sahabat baik aku, dunia dan akhirat. Aku berharap sangat, dapat berkongsi segala masalah dan suka duka engkau. Engkau masih tak percayakan aku, ke
pujuk Elly yang tidak betah melihat kegelisahan sahabat karibnya itu. Alyssa dapat merasakan kasih sayang dan perhatian Elly terhadapnya, melebihi segala-galanya. Dia bersyukur kerana mempunyai sahabat sejati sepertinya. Tidak seperti Nisya dan yang lain-lainnya. Mereka itu semua, hanya mahu menggunakan kesempatan yang ada pada dirinya. Selama ini pun, Elly yang banyak mengetahui segala rahsia hidupnya. Jadi, tidak salah rasanya untuk dia bercerita lagi dengan teman baiknya itu. Dengan linangan air mata, Alyssa mula membuka ceritanya,
Semalam, aku telah didatangi oleh Nisya dan Fir.
Apa Si syaitan dua ekor tu cari engkau sampai ke sini Mana mereka tahu yang engkau ada di sini Engkau tak apa-apa, kan Beritahu aku, apa yang telah mereka lakukan pada engkau,
soal Elly, cemas.
Mereka ugut aku dengan gambar-gambar porno aku. Mereka rakamkan gambar-gambar itu, ketika aku bermalam di rumah Nisya, suatu ketika dahulu. Mereka cakap, yang mereka akan sebarkan gambar-gambar aku di internet, kalau aku tak mahu ikut arahan mereka. Aku dipaksa melayan pelanggan mereka, sehingga ke ranjang,
terang Alyssa. Suara Alyssa mula tersekat-sekat kerana tangisannya. Elly turut berasa kesal kerana Alyssa sudah terperangkap dengan kawan-kawannya yang jahat itu. Sebagai sahabat sejati, dia harus membantu sedaya mungkin untuk mengeluarkan sahabatnya itu dari kepompong kejahatan mereka.
Aku tak sanggup nak bayangkan apa yang telah terjadi pada engkau semalam. Tolonglah beritahu aku yang engkau tidak dinodai oleh manusia-manusia tak guna tu. Aku dah tak sanggup lagi dengar cerita penderitaan hidup engkau. At least, please tell me that there must be a good luck in your life, beb,
ujar Elly. Matanya sudah menampakkan jernihan-jernihan yang mula berkaca. Alyssa mengerti perasaan Elly yang sering terpaksa berkongsi duka dengannya. Dia tidak pernah berniat untuk menyusahkan Elly tetapi dia banyak bergantung kepada pertolongan sahabatnya itu untuk meredakan tekanan dan seterusnya menjurus kepada penyelesaian kepada setiap permasalahannya. Elly adalah teman untuk dia bertekak, bersenda dan meluah perasaan. Jika tiada Elly, hidupnya seakan tiada cahaya, persis suatu lukisan indah yang tiada berwarna. Kalau boleh, dia mahu berkongsi dengan Elly dalam segala hal. Maka dengan berat hati dia harus meneruskan ceritanya kerana Elly kelihatan begitu terdesak sekali untuk menuntut penjelasannya. Alyssa tidak mahu Elly terus resah dan meneka dalam kesamaran.
Aku selamat, beb. Janganlah engkau bimbang. Tuan Fahreen dan orang-orangnya dapat menyelamatkan aku dari tangan mereka. Dia juga telah memberi peringatan keras kepada mereka, supaya tidak mengganggu hidup aku lagi,
terang Alyssa, bagi meredakan kekalutan di wajah sahabatnya itu.
Syukur alhamdulillah, beb. Aku tahu, Tuan Fahreen pasti akan berhasil mencari engkau semalam. Tak sia-sialah, aku beritahu dia pasal kehilangan engkau,
ucap Elly pula, dengan penuh kesyukuran kerana Alyssa terselamat dari malapetaka itu. Kelegaan di wajah Elly, tidak dapat melenyapkan kegundahan pada perasaan Alyssa. Dari redup pandangan mata Alyssa itu, Elly masih dapat melihat kemarahan dan kekecewaan. Dia mengesyaki bahawa sesuatu perkara telah terjadi yang mungkin telah merubah hidup sahabatnya itu. Elly lantas bertanya lagi,
Beb, kenapa aku tengok, engkau masih tidak tenang Apa relevannya tindakan engkau untuk meninggalkan tempat ini, sekarang Sepatutnya, engkau mesti rasa lebih gembira untuk teruskan percutian ini. Apa lagi, setelah suami engkau sendiri menjadi hero engkau, malam tadi, kan
Tidak, kali ini aku tak akan sekali-kali maafkan dia. Dia sudah memanfaatkan kelemahan aku, semalam. Engkau tahu tak beb, dia telah ambil kesempatan untuk merogol aku ketika aku sedang khayal. Aku dah tak suci lagi. Apa yang harus aku lakukan sekarang Aku benci dia, benci sangat-sangat,
jelas Alyssa sambil menangis. Melongo Elly dengan cerita sahabat baiknya itu. Nampaknya, kejadian Alyssa diperkosa oleh Tuan Fahreen, lebih meruntun perasaan sahabatnya itu, dari halnya dianiayai oleh Nisya dan Fir. Seolaholahnya, Alyssa mahu menjatuhkan hukuman yang keras terhadap dosa besar yang telah dilakukan oleh suaminya itu.
Beb, engkau tak boleh kata Tuan Fahreen tu rogol engkau. Kalau engkau bawa perkara ini ke tengah pun, engkau susah nak menang, beb. Tuan Fahreen tu, suami engkaulah. Tapi, apa buktinya yang dia dah rogol engkau, sedangkan tadi engkau beritahu aku yang engkau sedang khayal ketika itu
Aku tahulah, sebab aku dapat rasakan kelainan pada tubuh badan aku sendiri. Lagi pun, dia sendiri dah mengaku yang dia lakukan perkara terkutuk tu pada aku, malam semalam. Sebab itu, dia bersungguhsungguh minta maaf dari aku,
bentak Alyssa lagi.
Elly sebenarnya, sudah mulai kagum dengan suami sahabat baiknya itu. Bagi Elly, Tuan Fahreen sememangnya seorang lelaki yang budiman kerana berani mengakui perbuatannya sendiri, walaupun pada hakikatnya perlakuannya itu, langsung tidak salah di sisi agama. Lagi pun, sudah agak lama Tuan Fahreen menunggu saat-saat untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Malahan, Elly mula mengesyaki, Tuan Fahreen sebenarnya amat mencintai isterinya. Kerana itulah, dia sanggup melakukan apa sahaja, demi kebahagiaan dan kebaikan Alyssa. Cuma, mungkin caranya silap kerana melakukannya ketika Alyssa di bawah kesedarannya. Tetapi, jika Alyssa berada dalam keadaan normal, mungkin peluang itu tidak dapat dikecapi oleh Tuan Fahreen. Kini, Tuan Fahreen telah berada di tempat yang betul tetapi pada waktu yang salah. Kasihan pula kepada Tuan Fahreen kerana segala-galanya seperti serba-salah kepadanya. Hendak diluah, tidak termampu, tetapi jika disimpan pula, bakal menggelodakkan kalbu.
Aku benci sangat dengan dia sekarang. Aku tak kira, setelah apa yang berlaku, aku tak akan teragakagak untuk menuntut cerai dengan segera dari dia. Biarlah apa yang akan terjadi nanti,
sambung Alyssa yang masih berkeadaan marah-marah. Mendengarkan itu, Elly terus mengusap belakang sahabatnya itu bagi menenangkannya.
Sabar beb, jangan bertindak melulu sebegini. Aku tak mahu engkau menyesal di kemudian hari nanti. Lagi pun, menurut perjanjian, kontrak perkahwinan engkau dengan Tuan Fahreen masih sah sehingga tiga tahun. Engkau tak boleh batalkan kontrak itu dengan sewenang-wenangnya.
Ah, aku tak peduli semua tu. Walau apa pun yang terjadi, keputusan aku bulat. Aku tak akan terima lelaki seperti itu untuk menjadi teman hidup aku. Aku tetap akan tuntut cerai pada dia, dengan segera!
bentak Alyssa lagi.
Jangan bertindak ikut perasaan, beb. Takut memakan diri engkau sendiri. Tuan Fahreen itu, orang yang berpengaruh dan dia boleh lakukan apa sahaja untuk menghalang prosiding tuntutan cerai tu. Fikirkan tentang diri engkau sendiri, beb. Lagi pun, engkau tak bimbang ke, kebarangkalian yang engkau bakal hamil setelah berhubungan dengannya,
pujuk Elly yang turut cuba meredakan kemarahan sahabat baiknya itu. Kenyataan Elly itu, barangkali sudah cukup untuk memberi kebimbangan terhadap Alyssa. Namun, wanita sekeras Alyssa tidak mungkin berganjak dari keputusannya untuk terus membenci Tuan Fahreen. Mungkin sebelum ini, hatinya sedikit terdetik untuk menyukai suaminya itu. Namun, setelah apa yang berlaku, dia jadi tepu untuk melunaskan kemaafan terhadap lelaki itu. Malahan, amarahnya mula menggunung semula.
Engkau jangan cuba hendak menakutkan aku, beb. Kalau pun benihnya tumbuh dalam rahimku sekalipun, aku tetap tidak akan berpaling kepadanya. Aku rela buang kandungan itu nanti. Kalau dah bapanya aku benci, keturunannya juga, aku tak suka,
kata Alyssa dengan keceluparan yang keluar dari mulutnya.
Masya-Allah, engkau sedar tak dengan apa yang engkau katakan ini, beb Tolonglah, jangan gandakan dosa-dosa engkau. Bergegar bumi ini bila engkau sebut pasal pengguguran haram itu. Aku cuma mahu engkau berfikir berkali-kali sebelum mengambil sesuatu tindakan. Aku tak kata yang engkau akan hamil dari kejadian itu, tetapi sekurang-kurangnya, berfikirlah secara rasional. Kalau Tuan Fahreen itu mahu, sudah lama dia boleh paksa engkau, tahu tak Sepatutnya, engkau siasat intention Tuan Fahreen berbuat sedemikian, bukan buat tuduhan melulu padanya,
nasihat Elly. Dia tidak mahu Alyssa terusmenerus melakukan kesilapan bodoh. Kali ini, Alyssa pula yang bingung dengan sikap Elly. Mengapa dia membantah rancangannya kali ini Selalunya, Ellylah yang akan menjadi penyokong kuat akan segala keputusannya. Apakah Elly juga, sudah berjaya disogok oleh lelaki berduit seperti Tuan Fahreen, sehinggakan dia berasa seolah-olah Tuan Fahreenlah, yang teraniaya dalam hal tersebut. Walhal, dia yang lebih merasakan keperitannya.
Eh beb, aku musykillah dengan engkau ni. Sekarang ni, aku nak tanya, engkau ni sahabat aku ataupun balaci Tuan Fahreen Apa yang dia dah buat dengan engkau, sampaikan engkau bersungguhsungguh menasihati aku supaya tidak meninggalkannya Padahal, engkau tahu apa masalah aku dengan dia, kan Aku nak ingatkan engkau beb, jangan sekali-kali engkau terpedaya dengan tipu muslihat dia. Aku dah terkena dan peritnya aku tanggung sampai ke hari ini. Aku tak rela, jika sahabat aku sendiri cuba nak menambah kepedihan itu, dengan menyebelahinya,
luah Alyssa dengan geram.
Beb, aku tetap sahabat engkau dan sampai bila-bila pun, engkau tetap aku utamakan berbanding dengan yang lain. Sebagai sahabat aku rasa, aku berhak membetulkan apa yang salah dalam diri engkau, supaya engkau tidak terus tersesat. Aku sayangkan engkau beb, tapi tolonglah berfikir secara waras, sebelum engkau bertindak mengikut perasaan marah engkau. Jangan main-mainkan hukum agama, beb. Cukuplah selama ini, kamu berdua bersandiwara dengan hukum perkahwinan engkau itu,
nasihat Elly bertalu-talu lagi.
Aku dah lama gila dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan dalam hidup aku ini. Kenapa harus aku Aku yang terbeban dengan segala masalah yang timbul ini dengan salasilah hidup aku yang bercelaru dan perjalanan hidup yang penuh dengan pancaroba. Aku dah tak tahan dengan semua ini, beb. Aku ingin lari dari segala-galanya,
jerit Alyssa. Elly yang tidak sanggup mendengar rintihan Alyssa, lalu memeluk sahabatnya itu.
Mengucap, Alyssa. Jangan salahkan takdir hidupmu, beb. Allah telah menyusun jalan yang indah untukmu dan kerana itulah dia pertemukan kau dengan Tuan Fahreen. Ada hikmah yang tersembunyi di sebalik ini semua. Jangan buruk sangka dengan nasib dirimu sendiri. Aku sentiasa berdoa, semoga suatu ketika nanti engkau akan kecapi kebahagiaan engkau setelah apa yang engkau lalui selama ini.
Ratapan dan tangisan mereka berterusan beberapa ketika di bilik itu, lebih-lebih lagi rintihan dan keluhan Alyssa. Di dalam hatinya, dia berasa kesal kerana telah menyalahkan takdir hidupnya sendiri. Dia sendiri tidak sedar, bahawa dia telah menuturi perkataan yang boleh menggoncang akidahnya. Dia kesal dengan kesilapan itu dan berdoa semoga Tuhan mengampuni dosa yang tidak disengajakannya itu. Ini semua terjadi, akibat dari kemarahan yang melampau terhadap Tuan Fahreen. Mengapa dia harus melakukannya dalam Alyssa tidak sedar, sedangkan dia mampu memintanya jika dia mahu. Tidakkah Tuan Fahreen tahu, bahawa bibit-bibit kasih sebenarnya telah mulai tumbuh dalam hatinya. Hanya, dia tidak terdaya untuk menyemai perasaan itu nanti, apabila mengenangkan perjanjian dan maruahnya yang dimeterai dalam suatu perjanjian gila. Dan, ini semuanya adalah akibat dari perbuatan mamanya sendiri. Namun, tidak pantas rasanya jika dia terusmenerus membebankan salah itu terhadap arwah di sana. Dia sudah pergi, maka biarlah dia mengecapi ketenangan hidupnya di alam sana, selepas merentasi pelbagai derita di dunia ini.
Maafkan aku, beb. Aku harus pergi sekarang, sebelum orang itu mencari aku di sini. Buat sementara ini aku tak sanggup untuk bertentang mata dengan dia.
Akhirnya, Alyssa melangkah keluar juga, meninggalkan Elly kembali sendiri di kamar hotel itu. Kali ini Elly seolah-olah tidak punya kuasa untuk menghalang langkah sahabatnya itu. Mungkin, lebih baik Alyssa pergi dari terus-menerus membenci Tuan Fahreen setiap kali berhadapan dengan lelaki tersebut. Elly hanya tunduk memandang ke lantai, sehinggalah bunyi tapak kasut dan desiran bagasi yang ditarik bersama, hilang dari pendengarannya. Namun, memang benar bagai diduga Alyssa, bahawa Tuan Fahreen pasti akan datang mencarinya di kamar tersebut. Tidak sampai sejam kemudian, pintu loceng kamar tersebut ditekan orang. Tuan Fahreen sudah terpacul di depan pintu. Elly hanya memandang tenang lelaki tersebut, berpura-pura tidak tahu akan perkara yang telah terjadi antara pasangan itu. Biarlah mereka sendiri yang mencari jalan penyelesaian antara mereka nanti. Dia sudah menasihati apa yang patut kepada Alyssa.
Maaf tuan, kalau Alyssa yang tuan cari, dia sudah tiada di sini. Dia dah check-out hampir sejam yang lalu,
beritahu Elly, tanpa perlu menunggu Tuan Fahreen bertanya lanjut. Terpancar jelas kehampaan di wajah Tuan Fahreen. Dia terlewat seketika, bunga yang dipujanya sudah pergi berterbangan di bawa angin. Kekesalan yang cuba diadunya pada si dia, tidak kesampaian apabila si dia telah terlebih dahulu pergi, membawa hatinya yang luka. Tuan Fahreen sedar bahawa dia telah melakukan perkara yang begitu menyakitkan dan mengecewakan Alyssa. Mengapakah dia sedayus itu kerana sanggup meniduri gadis itu tanpa sedar dan tanpa kerelaannya. Benar jugalah kata Alyssa, bahawa dia telah memanfaatkan keadaan Alyssa ketika itu sebaik mungkin. Bacul sungguh perbuatannya, malam tadi. Kelakuannya sudah mencincang lumat perasaan Alyssa. Perbuatan yang sudah membunuh sentuhan hatinya terhadap wanita itu. Walaupun, mungkin ramai beranggapan perbuatannya itu tidak salah, namun dia tidak mampu menipu dirinya sendiri.
Dia sememangnya menyalahkan dirinya sendiri, atas segala kekecewaan yang dirasai Alyssa. Dia punya beribu cara lagi untuk memenangi hati Alyssa, namun dia tekad mengambil kesempatan pantas itu. Kini, hanya waktu yang menjadi penentu keadaan, sama ada hubungannya dengan Alyssa akan kekal dingin seperti dulu atau menjadi bertambah runcing. Tuan Fahreen tidak melihat akan apa-apa tuah yang bakal ditimbanya dari kejadian itu. Semuanya, sia-sia belaka. Tuan Fahreen merasakan, dia perlu pulang ke Kuala Lumpur dengan segera untuk menyusuli Alyssa. Dia bertekad untuk menerangkan segala-galanya, yang terbuku di hatinya selama ini. Namun begitu, dia masih buntu akan caranya untuk mendekati Alyssa semula. Kini, dia pasrah akan segala permintaan yang bakal dikemukakan oleh Alyssa kelak. Semoga, permintaan itu nanti tidak membakar jiwanya dengan lebih marak lagi. Temujanji untuk keluar bersama teman sepejabatnya, Sabtu, berjalan dengan lancar. Roziana sudah tidak mampu lagi untuk menolak pelawaan dari duda yang memujanya bertahun-tahun lamanya itu. Sebelum ini, acapkali Roziana mencipta seribu macam alasan untuk tidak menerima ajakan lelaki tersebut. Dan sekerap itu jugalah, Sabtu kecewa dibuai lara.
Walau bagaimanapun, hari itu kecewanya terubat jua kerana akhirnya Roziana bersetuju untuk menemaninya menonton wayang di kompleks belibelah terkemuka di ibu kota, Mid Valley. Roziana berasa agak canggung untuk masuk ke pawagam, apa lagi tiket cerita wayang yang ditempah Sabtu membawa kisah percintaan muda mudi. Boleh dikatakan, rata-rata penonton yang berada di sekelilingnya terdiri daripada remaja dan mereka yang sedang dilamun cinta. Rasanya, tak sesuai untuk mereka berdua. Namun, demi menjaga hati Sabtu yang telah berhabisan wang untuk membeli tiket wayang tersebut, diturutinya juga kehendak lelaki itu memasuki panggung. Ketika berbaris memasuki panggung, Roziana terdengar satu pasangan berbisik sesama sendiri, tetapi biji butirnya terlalu jelas kepada pendengarannya. Nyata sekali, pasangan tersebut sedang melayan bualan mengenai dirinya dan Sabtu. Bukan kutukan, tetapi suatu salah faham.
Yang, cuba you tengok pasangan yang di depan kita ni, romantik sangat, kan Dah berumur macam ni pun, tapi masih boleh keluar berdua-duaan, menonton wayang cinta lagi. Esok, kalau kita dah tua pun, I nak kita kekal romantik macam mereka. Mesti mereka tu dah lama berkahwin, kan
Itulah antara ayat yang dibisikkan oleh sang teruna kepada gadis pujaan hatinya itu. Pada mulanya, Roziana berasa agak geram kerana pasangan tersebut, telah salah dalam menafsir hubungan sebenarnya dengan Sabtu. Mustahil mereka tidak dapat membezakan hubungan suami isteri dan rakan biasa. Tetapi akhirnya, Kak Rozi sedar bahawa mereka berdua itu hanyalah pasangan muda yang masih mentah dalam menelaah bidalan hidup manusia yang berpasangan dalam berhubungan. Lucu juga, bila mana dia dan Sabtu boleh dijadikan pasangan contoh, walhal mereka langsung tidak punyai pertalian selain dari rakan satu tempat kerja.
Memang benar bagai diduganya, cerita yang dibentangkan di layar tersebut, sama sekali tidak menarik minatnya untuk terus menonton. Bukannya ceritanya tidak menarik, cuma garis faktor usia dan pemikiran yang berbeza, membataskan segala-galanya. Dalam usia-usia sepertinya, Roziana merasakan dirinya tidak sesuai untuk disogokkan filem-filem cinta remaja ala-ala Ali Setan ataupun filem aksi ganas ala-ala KL Gangster. Dunia sedemikian bukan lagi dunianya. Hidupnya kini, hanyalah kerja, rumah dan Alyssa sahaja. Manakala yang lain-lain, dianggapnya tidak begitu penting sama sekali. Begitu juga dengan hubungannya bersama Sabtu. Roziana hanya memandang sepi kepada lelaki yang begitu berminat sekali untuk menjadi penghuni kamar hatinya itu. Dia beranggapan bahawa hubungan mereka itu sekadar hiburan ringan yang menjadi rencah keceriaan di pejabatnya. Dia sama sekali tidak berminat untuk mentransformasikan hubungan itu kepada ikatan hati yang lebih rapat dan intim. Berbeza dengan Sabtu, Roziana merupakan wanita Melayu terakhir, yang menjadi pujaan hatinya. Harinya dirasakan tidak lengkap tanpa kehadiran perempuan itu.
Dan setiap kali, jika Roziana hilang secara tiba-tiba, Sabtulah orang yang paling panik dan mencarinya di sekitar pejabat, ibarat bapa hilang anak. Kasihnya kepada Roziana mengalahkan lautan yang dalam dan ribuan relungan bendang. Selama ini, dia hanya menunggu kata putus atau lampu hijau dari Roziana sahaja untuk masuk meminang. Namun, dolak-dalik Roziana selama ini, acapkali menimbulkan kekecewaan di hatinya. Mereka akhirnya, keluar juga dari panggung tersebut sebelum sempat ceritanya habis. Selagi tidak keluar dari situ, selagi itulah Roziana merengek-rengek dan mengugut Sabtu. Ugutnya, jika Sabtu tak mahu keluar dari situ dengan segera, dia akan keluar sendiri dan terus pulang. Mahu atau tidak, Sabtu terpaksa menuruti juga kehendak pujaan hatinya itu, walaupun perasaannya amat berat untuk meninggalkan filem tontonannya itu. Dia sebenarnya sedang asyik melayan paparan cinta yang dihidangkan dalam filem tersebut. Roziana berasa begitu lega sekali, apabila dia lolos untuk keluar dari panggung tersebut sebelum sempat ceritanya tamat. Dia langsung tidak faham dengan mesej dan tema yang cuba dipaparkan dalam filem tersebut. Ini mungkin disebabkan, kosentrasinya tidak ada langsung kepada filem tersebut, ditambah pula dengan perasaan tidak berminat.
Kasihan juga kepada Sabtu, tetapi dia langsung tidak mampu untuk menunggu lebih lama lagi. Boleh naik beku otaknya, apa lagi dengan kedinginan dan kemalapan suasana di dalam panggung tadi. Dia sebenarnya, tidak tahan dengan cuaca dan takut akan kegelapan. Sebab itu dia rimas ketika berada di dalam sana. Apa yang diharapkannya, moga Sabtu mampu mengerti situasinya ketika itu. Sabtu pula, cuba memujuk dirinya untuk membiasakan diri dengan segala kerenah Roziana. Dia sendiri bertekad untuk lebih memahami dan mengetahui kesukaan dan kebencian Roziana. Walaupun kecewa dengan perangai Roziana sebentar tadi, dia bersabar sahaja. Mungkin tempat sedemikian, tidak begitu sesuai dengan jiwa wanita itu. Lain kali, dia akan cuba untuk menyelami minat Roziana dengan lebih mendalam lagi, jika diberi kesempatan. Mereka melanjutkan temujanji mereka yang hampir rosak sebentar tadi, dengan makan malam bersama di sebuah restoran kegemaran Sabtu. Roziana menuruti sahaja memandangkan perutnya juga sudah mulai terasa lapar. Kali ini, dia pasti tidak akan membantah pelawaan Sabtu kerana tidak mahu mengecewakan hati lelaki yang berjiwa romantis itu. Mereka menikmati makan bersama dalam suasana yang agak romantis juga. Sabtu cuba mengambil peluang itu untuk lebih menyelami jiwa dan perasaan Roziana.
Aku minta maaf, Sabtu, tentang hal tadi. Aku bukannya mengada-ngada bila ajak kau keluar dari panggung ketika ceritanya belum habis lagi. Bukannya apa, cuma, cerita-cerita sebegitu rasanya sudah tidak sesuai dengan jiwa tua aku ini,
ujar Roziana memulakan bicara, ketika Sabtu sedang enak menikmati juadahnya. Sabtu terhenti makan, lantas dia terus memandang kepada wanita yang sedang berbicara dengannya itu.
Aku tak marah dan sedikit pun tak kecil hati dengan engkau tadi. Tetapi, aku rasa pelik dengan sikap engkau selama ini. Engkau tak rasakah, untuk lakukan sesuatu bagi mengubah situasi diri engkau dan persepsi engkau terhadap lumrah hidup
Bingung seketika Roziana dengan persoalan yang diutarakan oleh Sabtu, sebentar tadi. Dia kurang mengerti akan maksud yang tersirat disebaliknya. Selama ini, dia senang dengan keadaan dirinya. Roziana tidak merasakan adanya kepincangan di dalam kehidupannya kini.
Sabtu, aku rasa engkau ni terlalu banyak memerhatikan aku. Sebab itu, engkau terlalu betah membuat telahan engkau sendiri. Padahal, aku yang lebih mengerti tentang diriku sendiri. Well, aku happy dengan kehidupanku sekarang. Aku rasa perfect dan tidak apa-apa lagi yang perlu aku lakukan untuk mengubahnya. Kau sendiri tahukan, bahawa aku ada kerjaya, rumah, kereta dan wang aku sendiri. Yang pentingnya, aku boleh teruskan hidup tanpa menyusahkan orang lain,
ucap Roziana, bagi menyangkal telahan Sabtu terhadap dirinya.
Aku mengaku, memang engkau ada kesemuanya itu, Rozi. Pada zahirnya, yes, hidup engkau dah perfect. Tetapi, itu hanya pada pandangan mata kasar sahaja. Sedangkan, engkau sendiri harus sedar bahawa masih ada lagi banyak rongga-rongga yang belum di isi dalam kehidupanmu, seperti...
Seperti kahwin Atau teman hidup
pantas sahaja Roziana memaku kata-kata Sabtu di situ. Terlalu cepat Roziana menangkap maksud yang bakal diungkapkan oleh Sabtu itu. Dia sudah masak dengan perangai Sabtu yang sering membangkitkan soal pacar hidup dengannya, cuma belum terlalu serius sebelum itu kerana tidak punya banyak kesempatan. Perbualan dengan Sabtu tadi, sentiasa bermainmain di fikiran ketika dia memandu pulang dari Mid Valley, malam itu. Roziana tidak menyangka, Sabtu yang dikenalinya hanya sebagai seorang yang sederhana dan gila-gila itu, mampu mengutarakan pendapat tentang hidup dengan begitu bernas sekali. Walaupun menyedari bahawa Sabtu ada menyimpan perasaan terhadapnya, tetapi bagi Roziana, apa yang diperkatakan Sabtu itu adalah pendapatnya tentang hidup dan keluarga. Tiada sedikit pun dia melontarkan soal perasaannya ketika berbicara tadi. Entah mengapa, Roziana jadi suka pula dengan keperibadian yang dimiliki Sabtu itu. Pendapat Sabtu itu, sedikit sebanyak mampu mengetuk pintu hati wanitanya.
Kekosongan pasti akan dirasainya, saat Alyssa bakal mengusung bagasinya untuk meninggalkannya, suatu ketika nanti. Roziana tiba di rumahnya tepat jam sebelas malam. Dia terkejut apabila mendapati rumahnya terang-benderang. Seingatnya, dia tidak menyalakan sebarang lampu ketika keluar dari rumahnya petang tadi. Jadi, bagaimana lampunya boleh terpasang dengan sendirinya. Roziana mengesyaki ada orang sudah memasuki rumahnya, tetapi yang peliknya tombol pintunya masih kekal sempurna, tanpa sedikit pun kesan dibuka dengan paksa. Maknanya, orang yang memasuki rumah tersebut pastinya punyai kunci penduanya sendiri. Apabila memasuki tuang tamunya, Roziana berasa lega apabila mendapati Alyssa sebenarnya telah pulang dan menyalakan lampu.. Walau bagaimanapun, dia berasa agak hairan kerana sepatutnya percutian yang disertai Alyssa itu, belum lagi berakhir. Mengapakah Alyssa pulang sebegitu awal Hati kecil Roziana mula terdetik bahawa pastinya ada kejadian yang telah berlaku sehinggakan memaksa Alyssa untuk pulang cepat.
Tak sangka akak yang Lyssa pulang sebegini cepat. Akak ingatkan, siapa tadi. Bukankah Family Day tu suppose to be empat hari tiga malam. Hari ini baru hari kedua, but youve already home, my dear,
persoalan yang diajukan oleh Roziana memang sudah diduga sejak mula lagi oleh Alyssa.
Semua orang dah balik jugakah Mana Elly Selalunya, kalau balik dari mana-mana bersama Lyssa, mesti dia akan lepak atau bermalam di sini dulu.
Berat mulut Alyssa untuk menjawab pertanyaanpertanyaan itu. Dia sudah penat hendak menceritakan lagi Setiap kali dia cuba membuka mulutnya itu, setiap kali itulah hatinya terdetik rasa benci dan dendam.
Elly masih ada di Genting, Kak Rozi. Family Day tu masih berjalan seperti biasa mengikut jadualnya. Cuma, Lyssa saja yang ambil keputusan untuk pulang terlebih awal,
beritahu Lyssa dengan nada malas sahaja.
Tapi, kenapa Lyssa tak sihatkah
soal Roziana sambil tangannya menyentuh dahi Alyssa bagi memastikan dia tidak sakit. Alyssa lantas menepis tangan Roziana dari dahinya, seraya berkata,
Lyssa okey, Kak Rozi. Akak tak perlu risau. Lyssa cuma tak ada mood saja untuk terus berada di sana, itu saja.
Jawapan yang diberikan oleh Alyssa itu, gagal memuaskan hati Roziana. Alyssa seperti ada menyembunyikan sesuatu darinya. Walaupun mulutnya menyatakan tiada apa-apa, tetapi raut sugul wajahnya menceritakan sebaliknya. Kalau tidak, masakan dia boleh pulang seawal begini. Sedangkan, Alyssa begitu gembira sekali ketika hendak berangkat ke Genting, semalam. Akhirnya, Alyssa mengambil keputusan untuk masuk tidur sahaja, bagi mengelakkan soalan-soalan lanjutan dari Roziana. Roziana masih termangu-mangu memandang Alyssa berlalu dengan wajah kelatnya. Roziana berasa tidak puas hati langsung dengan situasi sebegitu. Apa pun yang terjadi, dia harus mendapatkan Elly bagi menuntut penjelasan. Roziana sempat mengelamun seketika memikirkan tentang Alyssa, sebelum terdengar pintunya diketuk seseorang. Siapa pula yang tidak diundang, tiba-tiba muncul pagi-pagi sebegitu. Kebiasaannya, Elly seorang sahaja yang menjadi tetamu tetap di rumahnya. Tetapi, Elly masih berada di Genting. Roziana melangkah ke muka pintunya. Dia harus menyambut tetamu yang tiba di rumahnya itu kerana salam sudah pun diberikan menandakan tetamunya itu orang yang beradat dan bertatasusila. Rasarasanya, seperti suara itu kepunyaan orang yang agak dikenalinya, namun begitu dia harus memastikannya terlebih dahulu.
Assalamualaikum, Kak Rozi. Maafkan saya kerana mengganggu pagi-pagi begini,
ucap sang tetamu, sebaik sahaja pintu dibuka oleh tuan empunya rumah. Terbeliak mata Roziana menyaksikan kemunculan Tuan Fahreen di depan pintu rumahnya. Dia tidak menyangka bahawa lelaki itu, akhirnya sampai juga untuk pertama kali ke rumahnya. Ini tidak lain dan tidak tidak bukan, semata-mata kerana Alyssa. Di sisinya, terselit sejambak bunga yang dipercayai Roziana, bakal dipersembahkan buat Alyssa. Tanpa membuang masa lagi, Roziana mempersilakan Tuan Fahreen untuk menjengah ruang tamunya. Tidak manis rasanya membiarkan insan terhormat seperti Tuan Fahreen itu, untuk menunggu lebih lama di luar rumah. Lagi pun, dia bukannya orang lain, suami kepada Alyssa.
Sebenarnya Kak Rozi, tujuan saya datang ni adalah sebab...
terkunci seketika kata-kata Tuan Fahreen di situ. Dia agak malu untuk berbicara lanjut dengan Roziana. Dia pasti bahawa Roziana sudah tahu mengenai halnya dengan isterinya itu. Walau bagaimanapun, Roziana berlagak biasa sahaja, tidak mahu menerjah lebih jauh ke dalam masalah pasangan tersebut.
Tuan, Alyssa ada dalam biliknya. Tuan tunggu sebentar, nanti saya panggilkan dia,
ucap Roziana cuba meredakan kekakuan Tuan Fahreen itu. Dia lantas beredar ke bilik Alyssa, untuk memakluminya mengenai kehadiran Tuan Fahreen itu. Roziana berharap agar Alyssa sudah pun bangun dan bersedia menerima kedatangan suaminya itu. Dengan perlahan, Roziana membuka pintu bilik Alyssa. Mujurlah Alyssa sudah pun bangun. Dia sengaja mengurungkan dirinya di dalam bilik kerana lebih senang bersendirian.
Alyssa mari keluar, dik. Ada tetamu istimewa yang menunggu di luar,
beritahu Roziana.
Siapa kak
Guess who Tuan Fahreen is here for you, Alyssa,
jawab Roziana dengan senyum meleretnya. Kali ini, Alyssa pula yang benar-benar terkejut. Dengan tidak semena-mena, hatinya menjadi panas semula. Kemarahan yang semalam, bangkit menjadi bara. Berani sungguh Tuan Fahreen muncul di hadapannya, kala hatinya terendam seribu kebencian terhadap lelaki itu.
Apa dia buat di sini Kak Rozi, tolong beritahu dia yang Lyssa tak berminat untuk bertemu dengan dia,
bentak Alyssa tiba-tiba.
Jangan begitu, dik. Kasihan dia, pagi-pagi lagi dah sampai ke mari, semata-mata untuk bertemu dengan Lyssa. Keluarlah jumpa dengan dia, walaupun sekejap. Tak baik hampakan harapan orang tau. Apa lagi, orang itu adalah suamimu sendiri, dik,
pujuk Roziana. Alyssa berasa jijik apabila mendengar perkataan suami yang disebut oleh Roziana itu. Dia tidak yakin bahawa lelaki seperti Tuan Fahreen, mampu menjadi seorang suami yang baik dan sempurna. Harta dan kedudukan yang dimiliki oleh jutawan muda itu, tidak mampu menjadi kayu pengukur kepada kewibaannya sebagai seorang suami. Tuan Fahreen telah membeli perkahwinan mereka dengan wang dan mustahil, kerelaan dan kasih sayang, bakal wujud dalam kehidupan seperti itu.
Kak Rozi tolong sampaikan pada dia, bahawa Lyssa tak berminat untuk berkomunikasi dengan lelaki hipokrit seperti dia. Suruh dia pergi saja dari sini. Lyssa benci sangat pada dia,
jawab Alyssa dengan nada suara yang agak tinggi.
Slow down sikit Lyssa, takut didengari oleh Tuan Fahreen nanti,
pinta Roziana.
Tak perlu, Kak Rozi. Biar dia tahu yang Lyssa betul-betul marah dan benci pada dia. Lyssa akan segera menuntut cerai dari dia. Lyssa dah tak peduli lagi dengan kontrak perkahwinan dan sebagainya. Kalau dia nak kemukakan saman sekali pun, Lyssa tak peduli sama sekali,
bentak Alyssa terus-terusan. Tanpa mereka berdua sedari, Tuan Fahreen sudah pun berdiri berhampiran dengan muka pintu bilik Alyssa. Dia telah mendengar segala kemarahan dan keluh kesah Alyssa itu. Dia juga tahu, bahawa Alyssa kini terlalu benci kepadanya dan agak mustahil untuk wanita itu menerimanya sebagai seorang suami lagi. Segala ikhtiarnya untuk menjadikan Alyssa sebagai permaisuri hidupnya, bakal hancur berderai.
Tak perlu marahkan orang, sehingga membuahkan kebencian yang membuak-buak, Lyssa. Tuan Fahreen itu adalah suami Lyssa sendiri,
pujuk Roziana.
Jangan paksa dia menyukai apa yang dia benci, Kak Rozi. Nanti jiwanya tersiksa. Saya hanya mahu dia menerima saya dengan ikhlas hati,
sampuk Tuan Fahreen, sekali gus mengejutkan Roziana dan Alyssa. Mereka berdua tidak menyangka bahawa perbualan mereka, sudah didengari oleh Tuan Fahreen. Roziana berasa serba-salah pula dengan Tuan Fahreen. Namun, dia mengambil keputusan untuk tidak masuk campur dengan permasalan ini. Dia percaya, Tuan Fahreen lebih bijak menangani masalahnya dengan Alyssa. Roziana lantas beredar dari situ dan membiarkan pasangan itu bersendirian. Tuan Fahreen meletakkan jambangan bunga ros yang dibawanya bersama tadi, di atas meja tulis berhampiran dengan tempat Alyssa berdiri. Alyssa hanya mengerling jambangan bunga tersebut tetapi masih tetap membelakangkan Tuan Fahreen. Dia masih tidak sudi untuk memandang lelaki itu.
Alyssa, abang sedar, sukar untuk Alyssa memaafkan abang. Abang terima apa sahaja keputusan Alyssa selepas ini. Walaupun penceraian yang Alyssa tuntut, abang tidak akan membantah ataupun mendakwa Alyssa kerana melanggar kontrak. Mungkin sudah suratan jodoh kita hanya sampai di sini. Tetapi, sebelum abang melepaskan Alyssa, ada perkara yang perlu Alyssa tahu. Perkara yang sebenarnya atas sebabmusabab abang menikahi Alyssa secara paksa. Perkara yang abang sembunyikan dari pengetahuan Alyssa, selama ini,
Tuan Fahreen bersuara dengan perlahan dan tenang. Dahi Alyssa berkerut, dia kurang mengerti akan maksud yang bakal disampaikan oleh Tuan Fahreen itu. Dia lantas menoleh seolah-olah menuntut penjelasan selanjutnya. Hatinya berdebar-debar akan kemungkinan cerita yang bakal didengarinya kali ini, merupakan suatu kejutan lagi kepadanya. Terlalu banyak kejutan yang terjadi dalam hidupnya, sejak akhir-akhir ini.
Abang mengaku bahawa hati abang sudah lama terpaut kepada Alyssa, semenjak pertama kali bersua muka dengan Alyssa. Tetapi, abang pendamkan sahaja perasaan tersebut kerana abang mahu mengenali keperibadianmu dengan lebih mendalam lagi. Abang mahu, Alyssa menerima abang seikhlas mungkin dan bukan seperti wanita-wanita lain yang lebih mendaulatkan harta kekayaan abang. Malah, abang yakin, Alyssa berbeza sama sekali dengan mereka semua. Walau bagaimanapun, niat suci abang terhadap Alyssa mula jadi terbatas apabila abang mendapat tahu bahawa Alyssa adalah anak kandung kepada arwah Pak Cik Yuyu,
cerita Tuan Fahreen.
Pak Cik Yuyu Siapa Pak Cik Yuyu, tu Mengapa tuan cakap yang saya ni anak kandung dia Untuk pengetahuan tuan, papa saya bernama Sulaiman Bakhtiar!
tegas Alyssa.
Arwah Pak Cik Sulaiman Bakhtiarlah, Pak Cik Yuyu yang sebenarnya. Itu adalah nama timangannya ketika di zaman kanak-kanak dahulu sehinggalah remaja. Sebenarnya, arwah papa Alyssa itu adalah adik angkat kepada arwah ayah abang. Walaupun hanya saudara angkat, namun hubungan mereka amat akrab sekali sehinggalah usia mereka menjengah dewasa. Tetapi, hubungan mereka terputus apabila Pak Cik Yuyu mendapat tahu kedudukan sebenarnya, yang hanya sebagai anak angkat dalam keluarga itu,
ujar Tuan Fahreen sambil memandang wajah Alyssa. Satu lagi kejutan buat Alyssa. Dia sedikit pun tidak menyangka bahawa, selama ini dia mempunyai talian persaudaraan dengan Tuan Fahreen, walaupun hanya hubungan saudara angkat. Alyssa terpaku seketika. Rupa-rupanya, terlalu banyak rahsia yang mendalangi kehidupannya selama ini.
Pak Cik Yuyu kecewa apabila mengetahui yang dia hanya anak angkat kepada keluarga kami. Selamanya, dia mengetahui bahawa arwah atuk adalah ayah kandungnya. Tetapi, apabila arwah atuk berterus-terang kepadanya akan hal yang sebenarnya, dia jadi malu kepada diri sendiri. Dia malu kerana dia hanyalah anak yatim yang tidak tentu asal usulnya, lalu diambil sebagai anak angkat oleh keluarga arwah atuk. Semenjak hari itu, Pak Cik Yuyu berubah sikap. Dari seorang anak yang baik dan lemah lembut, dia menjadi kasar dan suka memberontak, sehinggalah menimbulkan kemarahan pada arwah atuk.
Tidak, arwah papa bukan seperti apa yang tuan sebutkan ini. Dia seorang yang baik hati dan penyayang, berbeza sekali dengan tuduhan tuan bahawa dia kasar dan suka memberontak. Saya rasa, tuan tentu tersalah orang kerana karektor keduaduanya berbeza sama sekali. Lagi pun, bagaimana tuan boleh pasti akan perkara ini, sedangkan tuan sendiri tidak pernah kenal dan bertemu dengan arwah papa, kan
sangkal Alyssa, yang tidak bersetuju dengan tuduhan Tuan Fahreen terhadap arwah papanya itu. Tuan Fahreen hanya menggelengkan kepala, ternyata sekali benar telahan Alyssa yang dia sememangnya tidak pernah mengenali arwah papa Alyssa secara peribadi. Tuan Fahreen hanya mengenali arwah Sulaiman Bakhtiar melalui penceritaan arwah ayahnya dan dari surat yang dititipkan oleh arwah setelah kematiannya. Di dalam surat tersebut telah menceritakan segala perkara yang mengundang persengketaan antara arwah Sulaiman Bakhtiar bersama keluarga angkatnya, di mana akhirnya Sulaiman sendiri yang mengambil keputusan untuk membawa diri.
Maafkan abang, Alyssa. Abang tidak berniat untuk memburuk-burukkan arwah papa Alyssa. Memang benar, abang tidak pernah bertemu dengannya dan arwah sendiri tidak tahu yang abang ini adalah anak saudaranya. Abang cuma mengenalinya sedikit sebanyak dari apa yang arwah ayah abang ceritakan. Tetapi Alyssa, sebenarnya segala perkara yang terjadi hanyalah satu salah faham antara mereka. Arwah atuk telah terpedaya dengan fitnah orang yang menghasutnya untuk membenci anak angkatnya itu. Kerana kecewa dengan arwah atuklah, Pak Cik Yuyu telah keluar dari rumah dan membawa diri. Tiada sebarang khabar dikirimkannya selepas itu. Dia langsung tidak menoleh ke belakang lagi, padahal arwah atuk menderita rindukannya sehinggalah ke akhir hayatnya.
Arwah atuk sebenarnya adalah seorang yang penyayang. Malah, dia tidak pernah membeza-bezakan kasih sayang antara anak kandung dan anak angkatnya itu. Sebelum meninggal, dia ada berpesan kepada arwah ayah abang, untuk mencari Pak Cik Yuyu sehingga bertemu dan memberikannya apa-apa yang sudah diwasiatkan untuknya.
Alyssa dapat melihat air mata Tuan Fahreen mula bergenangan di kelopak matanya. Ternyata sekali, lelaki itu sedih kerana terpaksa menceritakan perihal dua orang kesayangannya yang telah tiada lagi di dunia ini. Namun, kerana amanah dan wasiat dan demi untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada Alyssa, kehibaan itu tetap digagahinya juga.
Tetapi, arwah ayah juga telah gagal untuk menjejaki Pak Cik Yuyu. Lalu, amanah itu telah ditinggalkan kepada abang, untuk meneruskan tugas menjejakinya. Ternyata, abanglah yang telah ditakdirkan untuk bertemu dengan arwah Pak Cik Yuyu dan keluarganya. Segalanya bermula, apabila Elly menyerahkan profail Alyssa, semasa memohon kerja tempoh hari. Abang sendiri telah terbaca profil tersebut dan mengesyaki Alyssa adalah legasi arwah Sulaiman Bakhtiar. Sengaja abang rahsiakan dahulu dari pengetahuan Alyssa kerana abang harus memastikan yang abang tidak tersilap orang,
sambung Tuan Fahreen dengan panjang lebar. Patutlah, mudah sahaja dia mendapat kerja yang dipohonnya di Tajul Holdings tempoh hari, fikir Alyssa. Pada mulanya, Alyssa menyangka dia dapat jawatan berkenaan kerana Elly. Rupa-rupanya, Tuan Fahreen sendiri yang memilihnya kerana pertalian yang wujud antara mereka berdua. Nyata sekali, Tuan Fahreen menggunakan kesempatan itu bagi mengawasinya setiap masa.
Walau apa pun, saya tetap tak boleh terima akan apa yang tuan telah lakukan terhadap saya. Mengapa tuan guna cara ini untuk mengikat saya kepada tuan Sedangkan, tuan berpeluang untuk membantu saya, tanpa apa-apa balasan yang di luar kerelaan saya. Tuan seharusnya berterus-terang dengan saya sejak dari mula lagi,
sungut Alyssa, masih tidak berpuas hati.
Sayang, abang terdesak untuk melakukan ini semata-mata untuk menyelamatkanmu. Ketika abang sudah hampir dekat dengan keluarga Alyssa, abang mendapat berita bahawa Pak Cik Yuyu sudah meninggal dunia. Dan, mama Alyssa dibebani dengan hutang yang menggunung dengan beberapa orang ah long.
Teman lelaki mama Alyssa adalah seorang yang tidak berhati perut. Dia sewenang-wenangnya mencagarkan Alyssa untuk dijadikan pelacur antarabangsa. Abang percaya, jika abang tidak mengikat Alyssa dengan ikatan perkahwinan ini, Alyssa akan jadi mangsa sindiket pelacuran tersebut. Kerana itulah, abang terpaksa mengadakan perjanjian mengarut itu bersama mama. Tujuan abang hanya satu untuk menyelamatkan masa depan Alyssa. Abang tidak rela, maruah wanita yang abang cintai, tergadai begitu sahaja.
Kali ini, air mata Alyssa pula yang bergenangan. Dia tidak sangka bahawa mamanya sanggup mempertaruhkan masa depannya, semata-mata untuk melepaskan dirinya sendiri. Sekali pun arwah mama tidak menyayanginya, janganlah rosakkan masa depannya sebegitu rupa. Nasib baik ada Tuan Fahreen, kalau tidak, mungkin dia sudah mati dibunuh oleh lintah-lintah darat tersebut. Tuan Fahreen seakan-akan boleh membaca perasaan geram Alyssa terhadap mamanya. Walau bagaimanapun, Tuan Fahreen tidak mahu Alyssa terus menerus membenci mamanya itu.
Alyssa, tolonglah jangan salahkan arwah mama lagi. Abang tahu, dia sayangkan Alyssa. Dia sendiri yang datang bertemu dan merayu pertolongan abang, semata-mata untuk membebaskan Alyssa dari cengkaman buaya-buaya tersebut. Sebab itu jugalah, dia bersetuju sahaja dengan syarat abang untuk menikahi Alyssa dengan segera. Dia rela jika Alyssa membencinya, asalkan Alyssa selamat,
beritahu Tuan Fahreen lagi.
Bagaimana tuan boleh mengenali mama, sedangkan tuan berjaya menjejaki keluarga kami pun melalui saya Mengapa baru sekarang tuan nak ceritakan semua ini kepada saya
desak Alyssa yang masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Tuan Fahreen. Tuan Fahreen segera menggenggam kedua tangan Alyssa, lantas berkata,
Sayang, Abang Mat yang telah mempertemukan abang dengan arwah mama. Ketika itu, mama benar-benar sedang dirundung malang, dan perlukan pertolongan. Abang terpaksa mendahulukannya kerana ianya turut bersangkutan dengan Alyssa. Soal mengapa baru sekarang abang beritahu segala-galanya kepada Alyssa, sebenarnya terpulang kepada Alyssa untuk menganggapnya seperti mana. Tujuan abang hanya satu kerana abang cinta dan sayangkan Alyssa. Abang minta maaf kerana merahsiakan segala-galanya. Abang tidak sanggup kehilanganmu.
Hati Alyssa mulai tersentuh dengan pengakuan dari Tuan Fahreen itu. Entah mengapa, tiba-tiba sahaja dia terfikir bahawa Tuan Fahreen benar-benar ikhlas terhadapnya. Namun, keyakinannnya belum cukup kuat lagi. Alyssa masih perlu masa untuk memikirkan segala-galanya.
Tuan, tolonglah pulang dulu. Jangan paksa saya buat keputusan sekarang,
pinta Alyssa cuba menjarakkan tubuh Tuan Fahreen darinya. Kata-kata Alyssa itu, ada benarnya. Tidak guna memujuk lagi, andainya yang empunya diri sudah tidak sudi lagi. Niat di hati Tuan Fahreen, sesungguhnya mahu mempertahankan ikatan perkahwinannya dengan Alyssa, supaya tidak kecundang. Namun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Sekarang, dia pasrah dan hanya mampu berdoa ke hadrat-Nya agar memulihkan perasaan Alyssa yang sudah terluka. Buruk dan baiknya nanti, pasti akan diterima dengan hati yang terbuka, kalau sudah itu takdir-Nya. Dengan longlai, langkah diatur meninggalkan Alyssa. Hati Tuan Fahreen tertusuk dengan seribu sembilu. Niat ikhlasnya tidak dapat dibaca dan cintanya tidak dapat di nilai oleh wanita pujaannya. Dia sudah melakukan segala-galanya namun sia-sia.
Tuan,
sapa Roziana dari belakang, menghentikan langkah Tuan Fahreen yang hampir keluar dari pintu rumah tersebut. Tuan Fahreen menoleh ke arah Roziana yang memandangnya penuh simpati. Roziana tidak dapat menyembunyikan rasa simpatinya terhadap anak muda itu.
Berikan Alyssa sedikit masa, tuan. Dia sedang keliru dengan masalah yang bertimpa-timpa. Kak Rozi percaya, suatu hari nanti kasih sayang tuan pasti akan mendapat balasan yang sewajarnya dari Alyssa. Jodoh kalian, terlalu kuat untuk dileraikan. Sesungguhnya Allah tidak akan menghampakan harapan hambanya yang bersabar. Alyssa pasti akan pulang ke pangkuan tuan,
ujar Roziana memberi peransang kepada Tuan Fahreen. Kata-kata itu, sedikit sebanyak mendatangkan kelegaan di hati Tuan Fahreen. Alangkah indahnya, andainya Tuhan memakbulkan doa dan harapan Roziana juga.