KHAIRUL kembali ke pejabat selepas menemui pelanggannya. Sebelum itu dia dan Harlina sempat makan tengah hari bersama di sebuah restoran mewah.
Sepanjang laluan ke biliknya, dia bersiul gembira. Bahagia kerana dapat menggembirakan isterinya.
Hai, bang! Menang loteri ke tegur Kamal, rakan sekerja. Kamal mengetuai cawangan di tempat lain.
Khairul berhenti di hadapan rakan karibnya itu.
Tiba-tiba Khairul sendawa kuat. Semua kakitangan yang mendengarnya tertawa melihat telatah pengarah mereka.
Ish, kau ni tak sopan betul, marah Kamal.
Hati tengah senang kawan.
Mari ke bilik aku. Ada hal aku nak cakap dengan kau. Khairul menepuk bahu Kamal. Mereka berpapasan memasuki bilik Khairul.
Kau ke mana tadi Kamal mengulang semula soalannya.
Aku makan dengan orang rumah akulah. Untung orang ada isteri ni. Lepas tu aku pergi jumpa orang dari Syarikat Dunia Bersatu. Hari ini aku gembira, urusan dengan Dunia Bersatu selesai dan aku dapat gembirakan hati isteri tersayang.
Alah, aku tak hairanlah.
Sebut pasal orang rumah ni, bila kau nak kahwin. Kau nak tunggu apa lagi. Rumah dah ada, kereta ada, rumah sewa pun ada. Bini kau nanti tinggal cuci kaki saja tau.
Susah.... Kamal menggeleng kepala.
Susah apa pulak
Susah nak cari perempuan yang boleh dijadikan isteri. Zaman sekarang ni ramai yang mate rialistik. Kalau first date pun tengok dulu ada kereta ke tak. Lelaki yang belum kahwin bukan memilih tapi takut tengok wanita sekarang ni, keluh Kamal. Dia memang nak tamatkan zaman bujang namun setiap perempuan yang dikenalinya pasti ada saja masalah yang timbul antara mereka.
Kau kan mampu beri apa yang mereka nak, balas Khairul.
Aku bukan seperti kau, Khairul. Aku nak isteri yang sederhana. Pandai serba-serbi. Kalau isteri aku tak berpelajaran pun tak apa. Aku boleh terima. Pada aku, cukuplah aku yang bekerja. Isteri aku duduk rumah, jaga makan minum aku
dan anak-anak. Sambut aku balik tiap-tiap hari, jaga aku bila aku sakit, didik anak-anak aku sebaik mungkin. Tu saja.
Kau terlalu mengharap, Kamal. Mana ada perempuan yang terlalu sederhana dan cukup serba-serbi di dunia ni. Ramai perempuan sekarang yang bekerja.
Itu aku tahu. Aku bukan nak perempuan yang terbaik. Aku sendiri ada kelemahan dan keburukan yang orang perempuan pun tak suka. Biarlah apa yang ada pada aku, tapi dia tak ada. Dan biarlah apa yang aku tak ada tapi dia ada. Jadi, suatu perhubungan itu akan saling lengkap-melengkapi. Aku juga nak isteri yang bukan saja boleh terima aku tapi juga keluarga aku. Restu itu yang paling penting.
Khairul terpana mendengar kata-kata Kamal. Dia tak sangka rakannya mempunyai fikiran yang jauh ke hadapan berbanding dirinya.
Dahlah, tak payah cakap hal ni lagi. Aku dah tak nak sentuh. Ada jodoh, adalah. Kau kata tadi ada hal nak cakap, apa dia
Hm, entahlah. Aku dah lupa. Esok kalau aku ingat, aku beritahu kau.
Okey, aku pergi dulu. Kamal menutup pintu bilik dengan perlahan.
Khairul tersandar lemah di kerusi. Dia kembali terfikir akan kata-kata Kamal.
NURUL berdiri di jendela melihat bintang-bintang di langit. Dia memerhatikan bintang yang paling terang sinarnya. Lalu beralih kepada bintang yang paling malap cahayanya. Dia mengira itulah bintangnya. Kemalapan yang mengiringi perjalanan hidupnya.
Mustahil Nurul boleh tidur dalam keadaan masa depan yang di hujung tanduk. Esok adalah penentu hidup matinya. Hari demi hari akan tertulis sejarah yang dia bakal menjadi isteri yang hanya di atas sehelai kertas sahaja. Nurul kembali merenungi nasib diri. Bila tersedar, dia mengambil wuduk dan berteleku di atas sejadah mengerjakan solat hajat. Terbayang di matanya wajah-wajah insan yang amat dirindui. Berselangseli wajah Anis, arwah ayah dan ibu memenuhi ruang mindanya. Air mata Nurul runtuh walau digagahi untuk tidak sesekali menyerah kalah.
Ya Allah, jika benar jalan yang kupilih ini, redakanlah. Jika salah jalan yang kupilih ini, tunjukilah. Gerakkanlah hatiku agar tidak me lupakan-Mu. Lindungilah diriku agar dapat men dampingi-Mu. Kuatkanlah diriku agar dapat menghadapi ujian-Mu. Jernihkanlah fikiranku agar sentiasa tawakal kepada-Mu, doa Nurul dengan bersungguh-sungguh.
Setelah selesai solat, tergerak hatinya untuk menitipkan sepucuk surat kepada Iwan. Di saat ini, Nurul amat memerlukan seseorang menjadi tempat untuk diluahkan segala yang terpendam. Satu demi satu ayat ditulis, namun tidak ada satu pun yang berjaya ditulis dengan baik. Semuanya Nurul keronyokkan seperti punahnya masa depan dia sendiri. Nurul takut seandainya setiap kata yang ditulisnya akan mengeruhkan keadaan dan membuatkan hubungannya dengan Iwan menjadi renggang. Nurul tidak mahu itu berlaku. Namun, dia tidak mahu selamanya menipu Iwan.
Sebenarnya, dia dan Iwan telah rasmi menjalinkan hubungan istimewa setelah beberapa kali bertemu. Lelaki itu kerap menelefonnya dan memberikan Nurul kata-kata semangat.
Setelah siap, Nurul melipat surat itu dengan penuh hati-hati. Lama diperhatikan alamat rumah Iwan. Nurul telah memilih sampul berwarna merah jambu agar Iwan tahu dirinya kesunyian dan mendambakan ketenangan dan keceriaan dalam hidupnya. Dia tidak mahu memikirkan reaksi Iwan apabila lelaki itu membaca isi surat yang penuh dengan titisan air mata ini. Biarlah hatinya dapat merasai kesedihan dan kepiluan yang saling bertubi-tubi menghempap dada Nurul.
Nurul memejamkan mata walaupun mindanya masih memikirkan hala tuju masa depan hidupnya. Dia bangun dan menuju ke sudut dinding memerhati kalendar yang tersangkut di situ.
Sudah lima bulan Nurul menjadi penghuni rumah besar ini. Selama tempoh itu juga, dia berusaha berkelakuan baik agar tidak dipandang serong oleh Harlina dan Khairul. Nurul tidak mahu mereka memikirkan hal-hal yang buruk terhadapnya. Namun lain pula jadinya. Dia bukan sahaja tetap dipandang buruk, malah dianggap pula sebagai orang gaji.
Berkali-kali perut Nurul berbunyi menahan lapar. Nurul hanya menyapu minyak angin untuk meredakan kesakitan yang ditanggung. Bukan dia sengaja tidak mahu makan, tetapi suasana di rumah ini seakan menjerut leher. Tekaknya seperti tercekik setiap kali dia mengunyah makanan.
Sejak bergaduh dengan Harlina tempoh hari, Nurul sudah berhenti daripada melakukan kerja-kerja rumah. Dia tidak lagi mengemas, mem basuh dan memasak. Dia tidak mahu lagi dianggap sebagai orang gaji di rumah itu. Akibatnya, dia sendiri tidak berasa senang hati. Makanan yang disuapkan ke mulut terasa pahit. Tilam yang selama ini menjadi alas pembaringan terasa seperti batu kerikil yang mengasak tajam ke segenap tubuh. Berkali-kali Nurul membetulkan kedudukan tubuh agar lebih selesa.
Dari pembaringannya, Nurul dapat melihat dengan jelas kerlipan bintang di awan. Hembusan bayu menghembus perlahan melalui jendela yang sengaja dibuka. Alangkah bahagianya jika dia menjadi bintang. Bercahaya terang bagi mene
rangi alam fana. Menjadi pujaan teruna dan dara sebagai lambang cinta. Namun, pendirian Nurul kadang-kala goyah. Dia tidak mahu menjadi bintang kerana terpaksa membahagiakan orang lain tanpa memikirkan diri sendiri. Keseorangan dan kesepian, tiada teman di sisi untuk menemani. Semua bintang seakan saling menjauhi. Tiada tem pat mengadu, tiada upaya menahan diri untuk saling disayangi, dibelai dan dicintai.
Akukah bintang itu tanya Nurul sendirian.
KHAIRUL mengeluh. Fikirannya sarat dengan masalah ibu dan isterinya. Ditambah dengan kerenah kakitangannya yang sering mengambil cuti kecemasan. Buntu dia mencari jalan untuk membebaskan diri daripada bebanan sebegini. Bila duduk bersendirian teringat pula cerita-cerita yang dibawa oleh Kamal, rakan baiknya.
Benarkah
Kenapa
Apa alasannya
Bermacam-macam persoalan menerjah kotak fikirannya. Akhirnya, Khairul mengambil keputusan untuk bertanya pada Harlina saja. Itulah cara yang paling mudah dan jawapan yang mungkin berasas yang mampu di perolehnya. Hello, sayang....
Hello, bang. Ada apa
Ni, abang nak tanya. Nurul tu pernah kerja di Syarikat Moxion, ke
Mana abang tahu
Kerja kat syarikat tapi kenapa nak jadi pak sang gup pulak Perempuan jenis apa tu Khairul meluahkan rasa tak puas hatinya.
Harlina tidak mampu menjawab pertanyaan Khairul. Rasa cemburu meluap-luap dalam dirinya kerana tidak menyangka Khairul akan mengambil tahu perihal Nurul.
Mana abang dapat cerita ni Abang upah orang untuk selidik latar belakang perempuan tu, ya Soalan Harlina berbaur cemburu.
Abang tak ada upah siapa-siapa. Kamal yang beritahu abang.
Eh, dia tahu ke pasal perempuan tu Harlina terkejut. Mustahil Kamal mengetahui perihal Nurul melainkan kalau dia atau Khairul yang beritahu.
Kamalkan pengarah di Moxion. Nurul itu pekerja di sana, sahut Khairul.
Kecilnya dunia ni, keluh Harlina.
Abang ada cerita tentang Nurul. Tapi sayang jangan cepat melatah pula. Abang beritahu yang Nurul tu orang gaji kita. Abang rasa ada sesuatu yang Nurul cuba sembunyikan dari kita. Ada dia beritahu sayang kenapa dia terima tawaran sayang tu
Tak, Lina tak pernah tanya pun. Pada Lina persetujuan dia tu dah cukup jelas dan tak perlu Lina ambil tahu hal peribadi dia. Nanti lain ceritanya.
Harlina, Lina kena ambil tahu semua tu. Kalau dia ambil dadah, layak ke dia lahirkan anak untuk abang Boleh jamin ke yang anak kita nanti sihat walafiat
Abang jangan nak takutkan Lina. Dia perempuan baik-baik, percayalah!
Itu sekadar luaran. Luaran tu tak menjamin yang dalaman juga baik. Kita tak boleh tertipu dengan sandiwara manusia. Zaman sekarang ni manusia sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan apa yang mereka inginkan, nasihat Khairul. Dia tak mahu isterinya tertipu.
Abang, Lina yakin dia bukan seperti yang abang sangka. Harlina resah. Namun hatinya me no lak kata-kata yang baru diucapkannya itu.
Baik, abang sentiasa percayakan sayang. Tapi ingat, segala yang berlaku di kemudian hari, bukan bawah tanggungjawab abang!
Kata-kata terakhir dari Khairul menyebabkan Harlina kehilangan keyakinan diri.