M. BUTTERFLY - 18
Beijing. 1961- 63

Gallimard bergerak ke arah song yang sedang duduk di atas sofa lalu baring di ribanya. Song mengelus rambut Gallimard.

GALLIMARD: (kepada audiens) 2 tahun yang seterusnya, 62 dan 63, rutin hidup aku dan butterfly sama je. Kami akan mulakan dengan makan manisan-manisan yang dia sediakan, kemudian dengan lembut dia akan mintak izin dengan aku dulu. Kalau aku setuju, dia akan mulakan sentuhan-sentuhannya yang ajaib tu, dengan jari-jarinya, dengan bibirnya, dengan bermacam-macam cara yang tak dapat aku terangkan. Tapi bukanlah itu saja. Kebanyakan masanya, kami akan berbual. Dan topic utamanya, hidup aku. Dan dia akan dengar cerita aku tu dengan penuh minat dan penuh tekun. Kualiti tu yang aku rasakan begitu mahal sekali ada pada dia. (song masih di situ apabila Helga masuk dan bercakap dengan gallimard)

HELGA: Rene, tadi aku ke klinik Dr. Bolleart.

GALLIMARD: Kau sakit

HELGA: Tak lah. Saja. Aku pergi untuk dapatkan nasihat dia je.. pasal apa yang kita bincangkan tu.

GALLIMARD: Kan aku dah cakap, sabar.. Kenapa kau nak pergi jumpa doctor pulak Tak ada apa yang dia boleh buat pun. Kita ni yang kena terus cuba.

HELGA: Aku mintak maaf lah tapi doctor cakap tak ada masalah dengan aku.

GALLIMARD: Ha! Kau nampak tak Boleh tak kau jangan macam ni..

HELGA: Rene, dia kata kau patut datang sekali. Dia kata dia kena periksa kau jugak.

GALLIMARD: Untuk apa Untuk dengar dia cakap sebenarnya kita berdua ni tak ada masalah

HELGA: Rene, aku tak mintak banyak pun dari kau. Aku mintak sekali ni je. Jom lah kita pergi sekali. Lepas tu apa pun yang kau nak buat, terpulanglah pada kau.

GALLIMARD: Cakap-cakap kau ni macam nak menuduh aku je yang tak sihat, tak mampu.

HELGA: Bukanlah. Tak terniat pun aku nak cakap macam tu. Kalau misal katanya, dia tak jumpa apa-apa masalah dengan kita berdua, kita carilah jalan penyelesaian untuk itu. Tapi kenalah pergi jumpa dia dulu.

GALLIMARD: Kalau kau dah yakin yang dia takkan jumpa apa-apa masalah dengan kita berdua, nak buat apa kita pergi. Kita terus cuba je lah. Macam biasa.

HELGA: Tapi sekurang-kurangnya kita tau jawapannya. (senyap) aku mintak maaf. (Helga mula mahu bergerak keluar)

GALLIMARD: Kau betul-betul nak aku jumpa dia

HELGA: Kalau kau betul-betul serius nakkan anak lah. Kita dah tak banyak masa dah rene. Kalau kau betul-betul serius, kau akan pergi. (Helga keluar)

GALLIMARD: (kepada song) Aku ni bukan kolot, butterfly. Tapi entah, aku tak ada hati langsung nak pergi. Mengarut. Sekarang ni pun aku dapat rasakan tuhan akan ketawakan aku kalau aku gagal.

SONG: Tak tau lah, tapi aku rasa ini masalah orang-orang Barat macam awak. Semuanya nakkan penjelasan sama rata. Kalau dah isteri awak tak mampu mengandung, kenapa pulak awak yang kena pergi jumpa doctor

GALLIMARD: Nak buat macamana..dia dah pergi jumpa dah pun.

SONG: Dan disebabkan jawapan tak memihak pada dia, sekarang awak pulak yang nak menanggungnya Kan ada cara lain..

GALLIMARD: Cara yang macamana

SONG: Di sini, kalau seorang lelaki tu tak dapat anak dari isterinya, dia akan dapatkan dari perempuan yang lain.

GALLIMARD: Maksud awak Butterfly, saya belum boleh kahwin dengan awak lagi..

SONG: Bukan itu maksud saya walaupun secara praktikalnya, saya ni dah jadi isteri awak pun..

GALLIMARD: Awak nak ke mngandungkan anak saya

SONG: Saya ingatkan awak tak akan tanya soalan tu pada saya..

GALLIMARD: Tapi..karier awak..

SONG: Ah.. karier,karier lah. Budaya kita tak sama, rene. Memanglah saya sayangkan karier saya tapi apa yang lebih saya cinta Tentulah awak dan awak yang ada dalam saya nanti. (senyap) tapi awak kena janji dengan saya, tolong jangan pergi jumpa doctor tu. Siapa dia yang nak menghukum lelaki yang saya cinta ni Saya tau lah nak membezakan siapa lelaki yang betul-betul lelaki, siapa yang bukan.. (Song keluar)

GALLIMARD: (kepada audiens) Dah tentu aku tak pergi jumpa doctor tu. Aku tak rasa ada lelaki yang sanggup pun.