Elok sahaja enjin kenderaannya dimatikan, kelamkabut dia keluar mendapatkan Adwan yang kekal dengan riak yang sama. Janganlah Adwan buat hal. Marah-marah dia tanpa usul periksa.
Maaflah lambat. Amanda ada kat kedai tadi. Nak excuse pun susah, dia lekapkan kedua-dua tapak tangan dan dibawa ke dada tanda minta maaf. Bibirnya melorek selebar-lebar senyuman.
Adwan mendengus. Dia hadiahkan jelingan tajam pada Qaireen yang berdiri betul-betul di depannya.
Tak payah nak sengih-sengih. Tak jalan. Nak kata sekarang ni zaman batu bukan. Zaman teknologi dah canggih. Tak reti-reti nak telefon ke, text ke, WhatsApp ke Penat saya tunggu. Tinggal tak tumbuh ekor aje tau, marah yang berkumpul dalam dada, senafas dia hembus pada Qaireen.
Ala, bukannya awak kena berdiri pun sepanjang masa tunggu saya. Awak duduk, kan Qaireen tarik muka.
Dia bukannya saja-saja nak datang lambat ke sini. Tak sangka Amanda bertunggu tangga dekat kedai. Selalunya temannya itu pulang awal. Ini semua Akid punya pasal. Sibuk sangat nak buat surprise untuk Amanda. Sudahnya dia juga yang susah. Terpaksa menahan hati kena marah dengan Adwan.
Ni siapa yang patut merajuk sebenarnya Saya ke awak, Qaireen Adwan jongket kening.
Tengok Qaireen tarik muka buat rasa amarahnya terbang melayang. Tak sampai hati pula nak marahmarah si dia. Karang tak terpujuk pula kalau wajah tu dah menjeruk rasa macam asam kecut.
Playboy Pencen pandai merajuk ke Qaireen tersenyum semula. Nak tergelak bila mendengar Adwan cakap macam tu.
Saya memang tak reti nak merajuk kalau dengan awak, Qaireen. Saya tahu nak bermanja aje. Adwan tersenyum. Sebelah mata turut dikenyitkan.
Gatal. Qaireen menggeleng.
Dia bergerak ke keretanya semula. Pintu sebelah penumpang dibuka untuk Adwan. Menanti Adwan di situ yang melangkah berhati-hati dengan tongkatnya. Dia letakkan tongkat yang dihulurkan Adwan kepadanya sebelum Adwan masuk ke dalam kereta. Diletakkan di tempat duduk belakang. Dia kemudian berlari anak ke pintu sebelah pemandu.
Wheel chair Qaireen jongket kening. Baru perasan yang Adwan tidak menyuruh dia masukkan kerusi roda yang selalu lelaki ini gunakan untuk memudahkan pergerakannya.
No need. Kaki saya dah kuat sikit ni. Kalau asyik duduk atas kerusi roda tu takut lambat pulih. Adwan tersenyum.
Okay. Up to you. Qaireen jongket bahu.
Kunci diputar. Enjin kereta dihidupkan. Baru hendak bergerak, terdengar ketukan pada cermin tingkapnya. Dia menoleh ke kanan. Nampak Datin Afia tersenyum di luar. Cermin tingkap diturunkan.
Aunty, dia turut tersenyum.
Tangan dihulur untuk bersalam dengan wanita anggun itu. Memang dia terlupa betullah perkara yang satu ini. Semuanya salah Adwan. Sibuk sangat melayan amarah lelaki itu sampai terlupa adab orang Melayu bila bertandang ke rumah orang.
Along lupa bawa ubat-ubatan dia ni. Suruh dia makan. Selalu sangat skip makan ubat. Datin Afia menghulurkan beg plastik berisi ubat-ubatan Adwan.
Qaireen mengambilnya dan diletakkan di atas dashboard. Dia menjeling Adwan di sebelah. Menggeleng dia bila Adwan tersengih sambil menunjukkan isyarat peace kepada dia.
Kami pergi dulu, aunty. Sekali lagi Qaireen bersalaman dengan Datin Afia.
Cermin tingkap dinaikkan semula. Sebelum bergerak dia beri amaran pada orang sebelah. Memang dia tahu Adwan kerap tak makan ubat yang dibekalkan kepadanya. Kali ini dia sendiri akan memastikan semua ubat-ubatan ini masuk dalam mulut Adwan.
Hari ni Doktor Nada Qaireen akan pastikan playboy Zulfan Adwan makan semua ubat ni! Dia besarkan matanya. Tanda dia tak main-main dengan apa yang dia katakan.
Takutnya. Pertama kali jumpa doktor perempuan garang macam ni. Selalunya saya jumpa yang manismanis aje. Yang sedap-sedap mata memandang. Yang kalau bersuara tu lembut-lembut aje, seloroh Adwan.
Dia siap buat aksi takut kena marah.
Nak cuti lagi 6 bulan ke Dah lama saya tak asah kemahiran tae kwan do ni. Qaireen menjeling sambil mula memandu.
Adwan ketawa. Amboi, cik kekasih hati ni. Tak padan badan kecil molek. Ada hati nak belasah orang.
Janganlah garang-garang sangat, sayang. Nanti lepas supper saya makan ya ubat-ubatan tu semua. Saya janji ni dan janji saya janji betul, bukan janji dicapati. Dia angkat tangan kanan separas dada. Lega bila dia nampak senyuman di hujung bibir Qaireen.
MEREKA tiba di depan bangunan 3 tingkat tepat jam 9:00 malam. Akid menyewa aras
3 bangunan tersebut untuk lelaki itu dan teman-temannya berlatih menari. Semuanya dilakukan untuk kejutan pada hari persandingan Akid dan Amanda yang bakal diadakan di sebelah keluarga Akid nanti.
Qaireen membantu Adwan keluar dari kereta.
Tongkat diambil dan dihulurkan kepada Adwan.
Terima kasih, sayang. Adwan kenyit mata.
Qaireen tak tahulah dah berapa kali dia menggeleng dan tersenyum. Semuanya sebab sikap lelaki ini yang kerap memanggil dia sayang. Kerap juga beraksi nakal dengan dia tapi dia bersyukur sangatsangat. Adwan sekarang sangat menjaga tingkahnya. Tidak lepas laku macam dulu-dulu.
Baru sahaja beberapa langkah menapak, mereka dikejutkan dengan panggilan seseorang pada Adwan.
Adwan!
Kedua-duanya menoleh. Qaireen mencerlung wajah perempuan yang semakin menghampiri mereka. Hatinya rasa tidak enak. Dadanya berdebar hebat.
Dia cam perempuan ini. Bukan cam sahaja malah mengenali siapa perempuan ini.
Lisa. Adwan sekadar menegur. Tonasi suaranya mendatar. Dia menjeling Qaireen di sisi. Harap sangat Qaireen tak fikir yang bukan-bukan.
Lisa tersenyum. Selamba sahaja memaut lengan Adwan. Tak hirau renungan tajam gadis di sebelah Adwan. Malah dia hadiahkan jelingan pada gadis itu. Apa jadi dengan you ni, sayang
Sayang Qaireen ketap gigi. Rasa ringan sahaja tangannya nak menolak tubuh Lisa jauh dari Adwan. Tapi, kalau dia aje yang beria-ia nak buat macam tu sedangkan Adwan tak, memang buang masa aje.
Accident and please stop calling me sayang. Kita dah tak ada apa-apa hubungan pun. Adwan menepis tangan Lisa.
Dia tidak betah dengan sikap lepas laku Lisa. Dia sekarang bukan macam yang dulu. Kini dia memang cuba menjaga menjaga batas pergaulannya. Perlahanlahan dia cuba untuk berubah ke arah kebaikan.
Lagipun dia mahu menjaga hati Qaireen. Sudahlah hati Qaireen itu sukar untuk ditakluki. Lisa pula muncul seolah-olah mahu memusnahkan segala usahanya yang baru menampakkan hasil.
Lisa yang memang tidak faham bahasa tetap juga memaut semula lengan Adwan. Malah semakin kejap dan kemas pautannya pada lengan kekar Adwan. Biar pun Adwan cuba menepis tangan gadis itu berulang kali.
Kenapa you tak cakap dengan I I boleh aje jaga you. Ops, ini mesti bibik yang you upah untuk jaga you, kan Lisa mengerling gadis bertudung yang memaku pandang pada dia.
Bibik dia kata aku Hello, kau bukan tak kenal aku kawan baik Amandalah! Qaireen kemam bibirnya kuat menahan geram.
Eh Wait a minute! I rasa I kenal you. You kawan Amanda, kan Oh, sekarang ni dah tukar profesion, ya Jadi bibik Adwan ke Lisa buat-buat ketawa. Menutup mulut dengan tangan ala-ala Perempuan Melayu Terakhir.
Watch out your mouth, Lisa! Qaireen ni bakal isteri I. Suara Adwan melengking tinggi.
Tidak suka bila maruah Qaireen dipermainkan. Dia benci dengan sikap berlagak Lisa. Tak berubah.
Masih seperti dulu.
What a taste! Lisa mengejek.
Saya tunggu dekat tempat biasa.
Tidak tahan dengan penghinaan Lisa, Qaireen lantas meminta diri. Sungguh dia malas mahu berlamalama di situ. Buat hatinya rasa sakit saja. Baik dia beredar sebelum dia menjadi perempuan kurang ajar.
No. Kita pergi sama-sama. Kalau saya jatuh tak ada orang nak tolong nanti. Adwan menghalang. Merenung redup mata Qaireen.
Dia tahu Qaireen terasa hati dengan kata-kata Lisa, tapi kalau Qaireen pergi bermakna Qaireen kalah sebelum berjuang. Dia tak nak Lisa tergelak kemenangan. Dia arif sangat dengan perangai Lisa.
Saya tahu awak tak akan jatuh. Qaireen tersenyum. Kerdip matanya sekali tanda dia pasti dengan bicaranya tadi.
Hello! Im still here. Lisa mencelah. Tak suka adegan pasangan yang asyik merenung antara satu sama lain ini hingga terlupa akan kewujudannya.
Adwan berpaling. Wajahnya terus berubah masam tatkala bertembung pandang dengan mata Lisa.
Qaireen ambil kesempatan itu dengan cepat-cepat beredar meninggalkan Adwan dan Lisa.
I kena pergi, Lisa. Nice meeting you.
Adwan rungkaikan pegangan tangan Lisa. Membiarkan Lisa termanggu-manggu. Bersusah-payah dia berusaha mengejar Qaireen. Pandai-pandailah Lisa bawa diri. Dia malas nak bertekak dengan gadis itu. Mereka sudah tiada apa-apa. Jadinya sia-sia sahaja bazirkan liurnya bercakap dengan gadis itu.
QAIREEN! Dia menjerit memanggil Qaireen yang sudah jauh meninggalkan dia.
Janganlah laju sangat, sayang! Tak terkejar saya dengan tongkat ni! Adwan menjerit lagi.
Dia cuba mempercepatkan langkahnya. Itulah tadi bila Qaireen suruh guna kerusi roda, dia jual mahal. Sekarang tanggung sendirilah. Tak terkejar orang di depan tu.
Qaireen menghentikan langkahnya. Posisi badan masih menghala ke depan. Tak sampai hati pula mahu mendera Adwan begitu. Tadi tu bukannya salah Adwan pun. Bukannya Adwan yang menyuruh Lisa datang berjumpa.
Adwan hela nafas dalam-dalam bila berjaya berjalan seiring dengan Qaireen. Wajah tenang Qaireen dipandang.
Awak marah saya ke, sayang Dia cuba menarik Qaireen untuk berbual dengan dia.
Tak.
Kalau tak, kenapa laju sangat berjalan tadi
Adwan masih lagi memandang Qaireen. Hatinya tidak tenteram bila Qaireen hanya menjawab sepatah pada soalan yang dia lontarkan.
Tempat yang kita nak pergi ni jauh sangat. Si Akid dengan Danial ni macam tak ada akal. Menyusahkan orang betul. Dahlah buat tengah malam. Qaireen mula membebel.
Adwan mengeluh. Qaireen marah. Kata-kata yang diungkapkan Qaireen itu hanya alasan untuk si dia mengelak dari menjawab pertanyaannya.
Awak tipu, Qaireen. Adwan pandang ke hadapan semula. Langkahnya diperlahankan.
Tipu Bila masa saya tipu Kening Qaireen bertaut. Muka Adwan dipandang sekilas. Tak berani dia nak renung lama-lama.
Dah hampir seminggu kita tengok mereka. Kenapa baru hari ini awak nak marah-marah pada Akid dan Danial Adwan jongket kening.
Kakinya memaku lantai. Matanya redup memandang Qaireen yang masih lagi melangkah, tetapi langkah gadis itu juga semakin perlahan sebelum turut terhenti.
Qaireen hela nafas dalam-dalam. Kenapa mudah sahaja tingkah dia dibaca Adwan Kenapa dia gagal menipu Dia marah Tidak, dia tak marah. Cuma hati dia tak kuat. Perlahan-lahan dia mengangkat wajah. Merenung Adwan.
Lisakan puncanya Adwan menuntut penjelasan bila pandangan dia dan Qaireen bertaut. Dia cuba mentaksir riak di wajah Qaireen andai telahannya tadi tepat.
Jomlah. Kita dah lambat. Qaireen mengorak langkah. Tak menjawab pertanyaan Adwan.
Adwan mengeluh. Hampa bila Qaireen masih mahu mengelak tapi dia tidak mahu memaksa. Perlahan-lahan dia turut sama mengorak langkah. Pintu dikuak. Mata mereka tertancap pada susuk Akid, Danial dan yang lainnya sedang rancak berlatih menari. Qaireen memilih untuk ke sudut bilik. Ada beberapa kerusi di situ. Dia melabuhkan punggung.
Langsung tak menunggu Adwan di belakangnya.
Adwan mengekori langkah Qaireen. Berhati-hati dia berjalan. Satu kerusi ditarik betul-betul di sebelah Qaireen. Dia melabuhkan punggung di situ.
Qaireen, dia memanggil lembut.
Tidak bersahut. Qaireen kekal senyap.
Tangan Adwan naik menguak rambut. Kusut bila Qaireen langsung tidak mahu melayan dia bercakap. Dia perhatikan Qaireen lebih suka melihat Akid dan teman-temannya berlatih menari.
Janganlah macam ni. Cuba cakap dekat saya. Apa salah saya, sayang Dia memujuk.
Tika itu dia terdengar Qaireen mengeluh. Ya Allah, sakit sangatkah hati si dia
Entahlah, Adwan. Awak tak ada salah apa pun. Saya ni. Diri saya sendiri. Suka fikir yang bukan-bukan. Qaireen ukir senyuman kelat.
Apa yang awak fikirkan Kita dah janji, kan Tiada rahsia antara kita, kening Adwan terangkat. Mengingatkan Qaireen tentang janji mereka yang tidak akan ada rahsia di antara mereka.
Tak ada apa-apalah. Qaireen menggeleng. Dia kalih pandang bila muzik yang tadinya rancak tetapi kini sudah berhenti.
Qaireen, awak punya tak ada apa-apa tu maksudnya ada apa-apa. Just tell me what it is Adwan tarik sedikit hujung lengan baju Qaireen. Mahu si dia berterus-terang dengan dia. Dia tak mahu masalah ini dibiarkan tanpa dirungkaikan.
Saya tak tahu, Adwan. Boleh ke saya bertahan Qaireen pandang Adwan. Seketika sebelum dia kalih pandang ke depannya.
Saya minta maaf sebab awak terpaksa lalui semua ini. Inilah akibat yang terpaksa saya tanggung atas kekhilafan saya pada masa lalu. Tolong percaya pada saya, Qaireen. Tolong kekal di sisi saya. Saya akan jatuh kalau awak pergi. Adwan merayu.
Kesal dia dengan sikap suka berpoya-poyanya dulu. Mahal harga yang perlu dibayar oleh gadis yang sudi untuk menjadi yang halal buat dia. Ya Allah, sungguh aku bertaubat atas perbuatan silamku dulu.
Betul ke awak nak saya selamanya di sisi awak Qaireen pandang Adwan semula.
Adwan mengangguk laju, Ya Allah, Qaireen! Itu yang saya impikan. Mengharapkan seorang gadis seperti awak membantu saya dalam mencari cahaya Allah yang hampir pudar sinarnya dalam diri saya.
Adwan, saya sendiri banyak kelemahan. Jangan terlalu mengharap. Awak kena cari orang yang lebih layak untuk membantu awak. Qaireen menunduk. Terharu dengan harapan tinggi yang Adwan letakkan pada dia.
Tapi tak salahkan untuk awak menjadi suri hidup saya Adwan turut sama menunduk. Memandang wajah Qaireen. Mencari anak mata Qaireen untuk ditatap.
Qaireen panggung wajah. Dia kemam bibirnya. Hati dia berbelah bahagi tiba-tiba bila mengenangkan cabaran yang bakal dihadapi. Betul kata Adwan, dia perlu kuat jika memilih untuk berada di sisi Adwan.
Ya Allah, berikanlah aku petunjuk.