Sekarang ni siapa merajuk pada siapa Patutnya dia yang merajuk. Dia yang menghindar! Dia yang kena cekik! Ini tak! Ryan pula sibuk menghindar. Dah apa kena lelaki tu
Sebulan! Masa yang diberi selama sebulan sudah tinggal tiga minggu. Dia mula susah hati. Dia tak tahu macam mana hidupnya kalau Ryan betul-betul kotakan janjinya Merempatkah mereka sekeluarga nanti
Sambil menuruni tangga, Hani ligat berfikir, apa yang dia perlu buat untuk puaskan hati Ryan Sungguh dia buntu! Saat kebuntuan menjengah, Datuk Fatimah lalu di depannya. Spontan otaknya mulanya galak memberi idea!
Ya! Datuk Fatimah mungkin mampu bantu dirinya. Tapi... mahukah orang tua tu
Tibai je lah. Dia nak tolong atau tak, belakang kira. Kalau kau tak nak hidup kau merempat, baik kau slow talk dengan orang tua tu. otaknya mula beri semangat.
Dengan semangat yang hadir dan idea yang ligat berputar, Hani berlari kembali ke bilik. Tak sampai beberapa minit dia sudah turun tangga dengan tergesa-gesa.
Mana pula datuk Fatimah ni pergi gumam Hani.
Matanya meliar ke kiri kanan sebelum berhenti di pintu bilik Datuk Fatimah yang tertutup rapat. Mungkinkah wanita tua itu sudah masuk ke bilik Aduh! Susah la nak kacau macam ni!
Mak tak boleh macam ni. Kita ke hospital. Batuk mak tu dah melarat.
Hani berdiri statik. Eh Itu suara Puan Laila. Pantas matanya dibawa ke arah bilik bacaan. Ada bunyi batuk berselang seli dengan suara Puan Laila. Tanpa kata, Hani sudah melangkah ke arah bilik bacaan. Bilik yang dah menjadi tempat persembunyian Ryan.
Mak... Tolong la mak. Kita pergi hospital. Keadaan mak ni dah teruk. Mak tak buat rawatan, ubat pun mak tak makan.
Biarkan aku Laila. Ni balasan untuk aku. Biar aku mati. Ryan hanya akan puas bila aku mati.
Mak... Mak jangan cakap macm tu. Ryan tak mungkin nak tengok mak mati. Ryan sayangkan mak.
Dia benci aku, Laila. Aku yang buat dia benci. Kau tak payah nak risaukan aku. Aku dah tua.
Suatu hari aku akan mati juga.
Mak...
Enam tahun Ryan benci aku. Cucu aku benci aku sebab aku bunuh kekasih dia. Kalau aku mati, baru anak kau tu akan tenang.
Bukan mak yang bunuh Riana. Dia meninggal sebab kemalangan!
Tapi, kalau aku tak jumpa dia hari tu, dia tak akan datang. Dia tak kan kemalangan. Aku menyesal Laila. Menyesal sangat.
Mak...semua tu dah takdir. Mak tak boleh salahkan diri mak.
Hani di sebalik pintu yang terbuka sedikit tertunduk. Entah kenapa sebak hatinya mendengar suara pilu Datuk Fatimah. Pertama kali dia melihat wanita kurus itu bersuara sayu seperti itu.
Maknanya selama ini Datuk Fatimah rasa bersalah Tapi, kenapa Datuk Fatimah tak pernah minta maaf Kenapa dia biarkan Ryan dengan dendamnya
Mak sayangkan Ryan tu Laila. Tapi, mak sendiri tak boleh maafkan kesalahan mak. Sebab mak, Ryan menderita. Hilang seorang yang dia sangat sayang. Enam tahun, tapi dendamnya masih bernyala. Hanya kematian mak saja yang boleh buat Ryan puas. Buat dendamnya terbalas.
Semakin sayu hati Hani dibuatnya. Dalam diam rupanya kasih sayang pada cucu masih bersemi di hati. Pasti nenek tua itu terseksa bila dibenci oleh satu-satunya orang yang dia sayang. Mengusung hakikat bahawa dia penyebab kemarahan Ryan walaupun dirinya sedang menghitung hari.
Sesekali kedengaran bunyi batuk dari bibir tua itu. Hani menarik nafas panjang. Dengan penuh keyakinan, pintu bilik diketuk.
Tersentak Datuk Fatimah dan Puan Laila saat pintu terkuak sendiri.
Hani... seru Puan Laila.
Hani balas dengan senyuman sebelum matanya cuba mencari wajah Datuk Fatimah. Namun wanita tua itu sudah memalingkan wajahnya. Menyembunyikan wajahnya yang keruh.
Hani buat apa dekat sini soal Puan Laila. Memandang Hani dan ibu mertuanya bersilih ganti.
Saya nak jumpa dengan Datuk.
Pergi! Aku tak nak jumpa dengan siapasiapa.
Hani mengeluh. Kena halau la pula!
Saya ada benda nak bincang dengan datuk.
Tak ada benda yang nak dibincangkan. Kau pergi. Aku tak ada mood nak tengok muka kau sekarang.
Hani mengeluh. Sekali lagi kena halau. Ikutkan hati nak saja dia pergi, tapi mengenangkan nasib dirinya yang masih terumbang-ambing, dia beranikan diri menghampiri Datuk Fatimah. Saya bukan anak luar nikah. ujar Hani betulbetul di belakang Datuk Fatimah.
Terkesima Datuk Fatimah dibuatnya. Tanpa dipaksa, dia berpusing dengan mata membulat. Puan Laila yang memerhati juga jelas terkejut.
Saya bukan anak luar nikah macam yang Ryan katakan dan...
Kalau kau bukan anak luar nikah pun kenapa Kau tak perlu nak jelaskan siapa kau. Sebelum kau jelaskan siapa kau, aku dah tahu. Emak kau dah meninggal dan ayah kau lari ikut perempuan lain.
Hani tergamam. Datuk Fatimah tahu Wanita itu siasat tentang dia ke Dia pandang Puan Laila seakan kelu.
Apa yang kau nak sebenarnya Kau nak beritahu status kau yang sebenar sebab nak aku suka kau Tak mungkin! Aku tahu kau siapa. Perempuan yang gila duit. Kau terima wang dari Ryan untuk sakitkan hati aku kan
Hani terhenyak seketika. Tuduhan tu terlalu berat buatnya. Walaupun dulu dia yang mengutarakan hal seperti itu, tapi tu cuma purapura. Dia tak pernah gilakan duit. Sukakan duit tu, ya la!
Mak... Laila rasa mak perlu dengar dulu penjelasan dia. sampuk Puan Laila tiba-tiba hingga mata Datuk Fatimah membesar.
Kau nak bela dia pula ke Laila
Bukan bela mak, tapi...
Tak pa. Biar saya yang jelaskan pada Datuk. potong Hani hingga Puan Laila terdiam sendiri.
Dia mengambil tempat berhadapan dengan Datuk Fatimah. Dia perlu rencanakan apa yang ada dalam fikirannya saat ini.
Saya... saya... Hani kelu tiba-tiba.
Tertayang muka sombong Datuk Fatimah.
Minta maaf.
Serta-merta berubah muka orang tua tu. Terkejut mendengar permintaan maaf dari gadis yang pernah lancang dengan dia.
Saya mengaku yang saya memang diupah oleh Ryan, tapi bukan sebab duit.
Kalau bukan sebab duit, sebab apa Kau suka Ryan
Suka Ryan Hani menggeleng perlahan. Tapi, kenapa gelengannya terasa lemah sangat
Sebab saya dah buat salah dengan cucu Datuk. Sebab saya, kontrak bernilai sepuluh juta hilang. Sebagai gantinya, Ryan ugut saya supaya kahwin dengan dia dan...
Sakitkan hati aku
Hani mengeluh. Itulah hakikatnya.
Datuk Fatimah mengeluh perlahan. Matanya terus dibawa merenung wajah Hani yang nampak ikhlas. Tiada penipuan di wajah itu. Nafas lemah ditarik dalam.
Jadi apa yang kau nak sekarang Kenapa kau tiba-tiba mengaku semua ni duga Datuk Fatimah.
Sebab saya nak kembali ke tempat saya semula. Saya tak nak terlibat dalam apa-apa rancangan cucu Datuk. Saya cuma nak keluar dari sini dan... saya perlukan pertolongan datuk. Pertolongan Ini pun sebahagian rancangan kau dengan Ryan ke Kenapa minta tolong aku Kau rasa aku ni baik sangat ke nak tolong kau tempelak Datuk Fatimah.
Tersentap sekejap Hani dibuatnya. Sombongnya Datuk Fatimah ni. Hesy! Patutlah cucu perangai serupa tu.
Ryan cuma nak Datuk sakit hati seperti mana yang dia dan arwah Riana rasa. Dia cuma nak tengok Datuk menderita. Dia hanya akan lepaskan saya kalau saya berjaya buat Datuk sakit hati. Saya... Hani berjeda sekejap. Mungkin lebih baik dia berterus terang sekarang.
Saya cuma minta Datuk berpura-pura sakit sebab saya. Biar Ryan puas hati dan saya dapat kembali ke dunia saya semula.
Tersenyum sinis Datuk Fatimah dibuatnya. Habis tu, apa pula yang aku akan dapat
Hani tahan rasa. Demand nya orang tua ni. Rasanya orang tua ni tak kan tolong dia ni. Tak pa! Kau mesti akan tolong aku juga nanti!
Kalau tak, saya akan bongkarkan penyakit Datuk pada Ryan.
Tercengang Datuk Fatimah. Dia memandang Hani tak percaya sebelum memandang menantunya yang diam sedari tadi. Mesti kerja menantunya!
Saya minta tolong pada datuk. Datuk purapura dan sakit hati Ryan akan terbalas. Dengan cara tu, rasa sakit hatinya pada Datuk akan berkurangan.
Betulkah sakit hati Ryan akan berkurang
Datuk Fatimah masih tak menunjuk riak wajahnya. Mukanya serius seolah-olah apa yang diminta oleh Hani tak didengar.
Kenapa kau nak pergi dari sini Kalau jadi sebahagian keluarga ni, kau mampu jadi kaya. Ryan boleh bagi apa saja kau nak. Kenapa kau masih nak pergi Kau nak tunjuk baik perli Datuk Fatimah. Sengaja menduga sebenarnya.
Puan Laila yang turut mendengar, mengeluh perlahan. Itulah ibu mertuanya. Tak pernahnya nak berdiplomasi. Tak pernahnya bersopan, tapi jauh disudut hati tua itu, dirinya penuh dengan kasih sayang. Cuba dia saja tidak mahu menunjukkan sisinya yang penuh dengan perasaan kasih.
Ryan boleh bagi apa saja, tapi dia tak boleh beri keluarga saya. Pada saya, berbanding duit, kasih sayang keluarga saya lebih berharga. Duit bila-bila masa boleh cari, tapi kasih sayang tak mampu diganti. Lagipun, saya dah nampak contoh terbaik di depan saya sekarang. tempelak Hani tiba-tiba.
Orang ego ni kadang-kadang kena bagi sedar sikit!
Saya tengok Datuk saja, saya dah tahu, duit bukan boleh bawa bahagia pun. Datuk tolak Riana sebab pangkat datuk. Dia dah tak ada, Datuk bahagia ke Cucu Datuk sendiri bencikan Datuk, Datuk masih mampu bahagia ke Saat Datuk sakit macam ni, Datuk bahagia ke bila tak ada seorang pun yang risaukan Datuk Datuk bahagia sambung Hani tetap dengan nada tempelak. Hani... Puan Laila menegur.
Tapi, Datuk Fatimah mengangkat tapak tangannya bersama satu senyuman.
Betul apa yang dia kata. Aku dah buat diri aku sendiri tak bahagia. Jadi apa yang kau nak aku buat sekarang Apa rancangan kau
Walaupun persetujuan Datuk Fatimah tu dibuat dengan nada menyakitkan hati, Hani tetap tersenyum lega. Sebulan! Dia yakin dia akan puaskan hati Ryan dalam masa sebulan yang kini hanya tinggal tiga minggu.
Datuk... panggil Hani tiba-tiba.
Datuk Fatimah memandang Hani dengan dahi berkerut. Hani pula mengambil kesempatan itu melemparkan satu senyuman pada puan Laila sebelum kembali memandang nenek Ryan.
Terima kasih...
Datuk Fatimah diam tak berkutik.