MY SWEET ARISSA - 18
MANA boleh macam tu Umi! bantah Hakimi sebaik mendengar penjelasan

daripada Pengurus Sumber Manusianya.

Boleh atau tak Umi tak kira. Umi nak Wafa kerja di sini. Dekat dengan Kimi! Puan Hanim terus berkeras.

Hakimi memandang Pengurus Sumber Manusia yang seperti hilang punca mendengar kata-kata Puan Hanim. Dia memberi isyarat kepada wanita itu agar meninggalkan dia dengan Uminya.

Kimi tak boleh buat macam tu! Suka-suka nak transfer Wafa ke sini walhal dia sepatutnya berada di office KL esok. Kalau Walid tahu, mati Kimi. Perkara macam ni perlu pengesahan daripada management office, tegas Hakimi. Pening kepalanya apabila Puan Hanim masuk campur dalam pengurusan Sweet Arena. Kalau Walidnya tahu mengamuklah lelaki itu. Dia faham sangat dengan Walidnya yang tidak suka Uminya mencampuri urusan pejabat. Walaupun Puan Hanim mempunyai syer di dalam Sweet Arena, itu tidak bermakna wanita itu berhak campur tangan dalam urusan pengurusan Swee Arena.

Biarlah Walid tahu. Umi dah tak kisah. Sebab Kimi pun tak kisah kan! Sengaja dia mencabar Hakimi.

Hakimi senyap. Dia tahu Puan Hanim sengaja berkata begitu sebagai mahu mencabarnya.

Lambat laun Walid akan tahu juga. Memang Kimi akan beritahu perkara ni pada Walid, tegas Hakimi. Dia sudah pun membuat keputusannya dan dia bersedia untuk dimarahi oleh Encik Razali.

Kimi! terkejut Puan Hanim. Nampaknya Hakimi nekad!

Cuba beri Wafa peluang! Puan Hanim melepas rasa bengangnya.

Kenapa Umi tak beri Kimi peluang. Kenapa Umi lebih-lebihkan anak orang lain. Kimi, kan anak Umi! Dia semakin tidak faham dengan sikap Uminya sendiri.

Memang perempuan tu dah rasuk, Kimi! tuduhnya.

Hakimi menggeleng dengan tuduh Uminya.

Apa yang dia rasuk Sebab dia kahwin dengan Kimi Sebab dia bukan orang kaya Kalau dia anak Dato, Tan Sri atau orang kaya tentu Umi tak tuduh Arissa macam ni kan selar Hakimi pula. Bukan dia mahu menderhaka dengan Puan Hanim tetapi sikap Uminya amat mengecewakannya.

Terdiam Puan Hanim.

Interkom di atas meja berbunyi. Segera Hakimi memicit salah satu butang, Ya

Encik Razali dari Doha nak bercakap dengan Encik Kimi.

Spontan mata Hakimi memandang Puan Hanim yang berdiri tidak jauh dari mejanya. Pantasnya berita ini sampai kepada Encik Razali. Tidak sampai dua puluh empat jam Puan Hanim sampai di Malaysia berita itu sudah berlegar ke Doha.

Hakimi berdehem. Berdebar-debar dada seperti hendak menghadap Walidnya.

Ya, tolong sambung. Matanya masih memandang Puan Hanim yang sedang memandangnya.

Siapa beritahu Walid soalnya Puan Hanim dengan rasa tidak menentu dan tidak sabar. Atau lelaki itu sengaja mahu menghubungi Hakimi. Cepat-cepat di mengeluarkan telefon bimbitnya untuk melihat kalaukalau Encik Razali ada menghubungi sebelum itu.

Assalammualaikum Walid, ucap Hakimi sebaik talian disambung di sebelah sana. Sengaja dia tidak mengangkat gagang dan menekan speaker, biar Puan Hanim mendengar perbualan mereka.

Waalaikumussalam! kedengaran suara Encik Razali agak keras di sebelah sana. Betul ke Kimi dah bernikah ni

Ternganga mulut Puan Hanim kemudian menutupnya. Segera dia menghampiri meja Hakimi dan duduk di salah sebuah kerusi di situ.

Ya, tegas Hakimi. Mana Walid dapat tahu

Itu semua tak penting, yang penting... betul Kimi dah bernikah Sekali lagi lelaki itu mengulang ayatnya.

Ya. Baru dua minggu, cerita Hakimi pendek.

Tancap mata Puan Hanim memandang anaknya. Kemudian menggeleng. Rasa nak marah, bengang dan adakalanya mahu sahaja dia menoyoh muka Hakimi.

Umi tahu

Ya. Dia dah tahu...

Kenapa tak beritahu Walid atau Umi Kedengaran suara Encik Razali begitu tenang walaupun sedikit keras.

Masa Umi tunangkan Kimi dengan Wafa pun Kimi tak tahu.

Tiba-tiba Encik Razali ketawa. Terkejut Puan Hanim dengan reaksi suaminya di sebelah sana.

Hakimi senyum. Tidak tahu kenapa

Balas dendam dengan Umilah ni soal lelaki itu yang kedengaran sedikit ceria.

Mungkin baru lepas bersarapan memandangkan waktu di Doha dalam pukul 7.00 pagi begitu. Encik Razali memang bersarapan agak awal sebelum memakan beberapa jenis ubat mengikut waktu yang sudah ditentukan.

Kimi dendam dengan Umi ke soal Puan Hanim tanpa sedar.

Ooo... Umi ada di sana ya

Terkejut Puan Hanim namanya disebut oleh Encik Razali di sebelah sana.

Hakimi senyap dan tidak membalas. Matanya memandang Puan Hanim yang terkedu sambil menutup mulutnya.

Hanim buat apa di pejabat Kimi

Tak ada apa... saja datang tengok-tengok Kimi. Cepat-cepat dia bangun. Okeylah... Umi nak naik dulu. Apa-apa Umi call Kimi nanti. Puan Hanim melangkah menuju ke pintu dan hilang di sebalik pintu yang ditutupnya.

Kimi...

Ya, Walid.

Kenapa tak beritahu Kimi ada buat tak baik pada budak perempuan tu

Siapa yang beritahu Walid hal ni soal Hakimi tanpa menjawab soalan Encik Razali.

Uncle Zizan.

Mana Uncle Zizan tahu

Entahlah... Siapa dia Kimi soal Encik Razali ingin tahu.

Hakimi senyap seketika. Nafas ditarik dalamdalam. Arissa. Arissa Mohd Salleh, sebutnya pada nama isterinya.

Arissa Arissa dari marketing tu ke

Ya. Sepatah jawapan Hakimi. Ingat lagi Encik Razali pada Arissa.

Tiba-tiba lelaki itu ketawa.

Kaget Hakimi mendengar tawa kuat Walidnya di sebelah sana.

Walid, tak marah ke Tidak faham dengan tawa lelaki itu.

Marah Nak buat apa marah kalau pilihan Kimi Walid suka.

Tercengang Hakimi. Tak pasti nak senyum atau tidak. Semudah itu Encik Razali menerima katakatanya Wah, sukar untuk dia mempercayai lelaki yang berada di sebelah sana.

Err... apa maksud Walid

Tak boleh nak cerita panjang-panjang... doktor dah datang ni. Nanti Walid call balik. Assalammualaikum.

Tidak sempat untuk Hakimi membalas, talian sudah diputuskan oleh lelaki itu. Dia masih tidak faham dengan reaksi Walidnya. Namun ada rasa lega di hatinya.

Walid suka itu bermakna Walid boleh terima Arissa, bisiknya sendiri. Rasa lega sangat-sangat. Tibatiba dia teringat. Ini hanya lakonan je, kembali hatinya layu dengan apa yang difikirkan. Disandar tubuhnya yang kekar di badan kerusi.

Hakimi melepaskan nafas berat.

KE MANA pula Wafa ni Takkan dah terbang ke KL Kata tadi tunggu dua tiga hari lagi,

getusnya sambil terus menghubungi Wafa.

Cadangnya nak mengajak gadis itu makan tengah hari.

Terkejut dia melihat nama Hakimi tertera di skrin telefon bimbitnya.

Ya

Umi kat mana

Lobi ni haa... kenapa soal Puan Hanim selaku orang merajuk.

Merajuk Hakimi ketawa di sebelah sana.

Nak merajuk buat apa. Keras suaranya bengang bila dirinya diusik oleh Hakimi. Sudahlah hatinya tidak tenang dengan apa yang berlaku.

Umi tunggu dekat kafe. Kejap lagi Kimi sampai.

Tak sempat hendak menolak permintaan anak itu talian diputuskan. Dia berdengus kasar sambil melangkah ke kafe Sweet Arena yang berdinding kaca sebagai memisahkan ruangan lobi yang luas dan sudut ruang makan yang selesa di dalamnya.

Cadangannya hendak masuk namun langkahnya terhenti sebaik melihat Naim dan Wafa di salah sebuah meja makan yang sudah dipenuhi dengan pelanggan.

Mereka berdua kenal ke Bila Naim sampai Buat apa dia ke sini Soalan itu bertalu-talu menerjah fikirannya. Mungkin keduanya kenalan biasa. Wafa dan Naim pernah bertemu di Doha semasa Naim bercuti sendirian di sana dan juga ketika bercuti bersama keluarga Dato Azizan.

Umi!

Puan Hanim menoleh sebaik mendengar orang memanggilnya.

Jom! ajak Hakimi sambil memaut lengan Puan Hanim mengajak masuk ke dalam kafe.

Ehhh.... kita makan tempat lainlah. Segera dia memusingkan badannya dan menarik tangan Hakimi membelakangi kafe. Dia tidak mahu Hakimi melihat Wafa dan Naim di situ.

Macam tu kita balik rumah ya. Arissa dan Mak Cik dah masak tu.

Terkelip-kelip mata Puan Hanim memandang Hakimi. Tidak tahu apa yang patut di jawabnya.

Nanti Umi call Wafa ya.

Segera Puan Hanim menghubungi Wafa. Tidak tahu mengapa dadanya sedikit berdebar-debar dengan pemandangan tadi. Di kepalanya sudah punya bermacam-macam telahan tentang hubungan Wafa dan Naim. Masakan kenalan biasa-biasa!

Ya, Umi Kedengaran suara lembut Wafa di sebelah sana.

Wafa kat mana ni Sengaja dia bertanya. Bukan apa sebagai berbasa basi di hadapan Hakimi.

Err... kat QB, shopping.

Terkesima Puan Hanim mendengarnya. Liur ditelan beberapa kali. Kemudian menoleh namun dinding batu itu menghalang pandangannya tembus ke dalam. Kenapa Wafa tak berterus terang yang dia berada di kafe bersama Naim Hatinya kembali resah. Umi kat mana

Umi ada kat lobi hotel ni... tadi call Wafa tak dapat. Kimi ajak Umi balik rumah makan di sana. Terasa intonasinya tidak sama seperti tadi. Lembut namun ada rasa lain dalam nadanya.

Ya... tak apalah. Umi pergilah. Nanti Wafa baliklah ke hotel dengan teksi.

Puan Hanim menarik nafasnya dalam-dalam.

Yalah. Assalammualaikum. Dia memutuskan talian tanpa mahu mendengar balasan salam dari Wafa. Entah mengapa dia merasa sedih. Itulah pertama kali Wafa menipunya.

Okey soal Hakimi ingin tahu.

Puan Hanim menarik nafasnya dalam-dalam kemudian tersenyum.

Okey... dia mengangguk sambil memaut lengan Hakimi melangkah menuju ke pintu keluar di ruang legar itu.