Keluar sahaja dari Iriz, barulah mata ini dapat menangkap kelibat seseorang di bangku bermeja. Walau hati tidak pasti itu Niel, namun kakiku laju melangkah ke arahnya. Aku berhenti melangkah ketika jarak kami hanya 2 meter. Dia sedang duduk dengan kepala dijatuhkan ke atas tangan yang diletak di atas meja. Pakaiannya basah kuyup. Masih kelihatan dengan air menitik dari hujung rambut hitam pekatnya.
Niel. Perlahan sekali aku memanggil.
Perlahan juga dia mengangkat wajahnya. Saat wajah itu terlihat di pandanganku, spontan aku menutup mulut. Terasa bibir mata mula basah. Sayu mula beraja hati. Bibirnya bergetar menahan sejuk, mata galaknya cukup kuyu merenungku, kulit cerahnya kini pucat. Dia berhujan dengan hanya bert-shirt putih kosong dan jeans.
Ya Allah. Kenapa Niel berhujan macam ni Kenapa tak cari tempat berteduh Akhirnya aku mampu bersuara. Cukup lembut kali ini.
Sa ya takut mak cik tak jum pa saya kalau saya pergi tempat la in. Tersekat-sekat Niel membalas. Pasti sedang melawan kesejukan.
Kenapa tunggu juga Patutnya kalau dah sejam akak tak datang tu, Niel tak payahlah tunggu. Nadaku masih lembut. Tak sampai hati hendak marah. Kejam namanya kalau aku marah sekarang.
Sebab saya ya kin mak cik akan da tang, balas Niel dengan susah-payah melawan getaran bibir.
Kita masuk dalam kereta dulu. Sudah tidak tahan aku melihat Niel begini. Tanpa banyak soal Niel mengekoriku ke Iriz.
Masuk sahaja ke dalam Iriz, aku terus hulurkan sekotak tisu pada Niel. Hanya ini yang kumampu beri pada Niel untuk mengelap muka dan rambutnya yang basah. Iriz kupandu hampir sepuluh minit sebelum berhenti betul-betul di hadapan sebuah kedai pakaian. Aku tinggalkan Niel di dalam kereta dan aku terkocohkocoh berlari ke dalam kedai.
Tangan laju mencapai sehelai t-shirt merah dan track bottom. Hendak beli seluar slack atau jeans bimbang tak kena saiz Niel pula. Jadi track bottom paling mudah dan selamat. Siap membayar, aku berlari masuk ke dalam Iriz semula. Kemudian memandu beberapa minit sebelum berhenti di sebuah surau berhampiran. Aku suruh Niel salin pakaiannya yang basah lencun. Niel patuh sahaja. Risau pula kalau budak ini demam nanti.
Sementara menunggu Niel, mindaku ligat berjoging. Apa yang berlaku pada Niel ya Entah-entah kena rompak. Rasanya betul dah tekaanku ini. Yalah, melihatkan dirinya yang sehelai sepinggang.
Fikiranku terganggu dek ketukan di cermin kereta. Niel di luar dan aku terus unlock pintu. Yalah, dia juga yang nasihatkan aku tentang keselamatan ketika berada dalam kereta.
Kita terus pergi balai buat laporan ya, Niel Biar pihak polis selesaikan masalah ni. Terus cadangan itu kusuarakan.
Kenapa polis mak cik Suara Niel kembali normal.
Niel kena rompak, kan Kena pergi balai polislah buat laporan. Dengan yakin aku menjawab.
Ya Allah, saya bukan kena rompak mak cik. Niel membalas sambil menggosok dahinya.
Aku balas dengan kerutan di dahi. Namun tidak lama, kerana rasa tak selesa mula menyesakkan dada. Kurang selesa berbicara dalam keadaan sekarang.
Lalu Iriz kupandu semula hinggalah sampai di hadapan OldTown White Coffee. Aku terus mengajak Niel masuk ke dalam restoran dan dua cawan kopi panas kupesan.
Sekarang, cuba cerita betul-betul dekat akak apa yang berlaku. Suaraku serius. Wajah Niel kutenung sedalamnya.
Niel kepal tangan kanannya dan diletakkan di antara bibir dan hidung. Kedengaran nafas yang agak panjang dihela. Renungannya dipanah ke wajahku.
Daddy halau saya. Cukup berat luahan itu.
Aku ternganga lima saat. Beria aku ingatkan dirompak, tak sangka ini yang berlaku.
Kenapa pula sampai macam ni
Apa lagi kalau bukan sebab perempuan tak guna tu. Bibir kecilnya diketap kuat. Nampak tahap geramnya di situ.
Niel, tak baik cakap macam tu. Walau teruk macam mana pun, dia tetap mak tiri Niel. Aku cuba berlagak bagai seorang kakak. Tak akan hendak hasut dia terus membenci mak tirinya pula. Dari riak wajah Niel nampak dia tidak puas hati dengan kata-kataku. Namun dia diam tidak membalas. Mungkin tiada mood untuk berbetah denganku. Wajahnya nampak cukup sugul.
Sekarang ni apa rancangan Niel
Entahlah mak cik. Daddy halau saya sehelai sepinggang. Yang ada cuma I.C. aje dan duit dua ringgit. Saya dah guna untuk bayar tambang bas.
Sadis pula kisah dua ringgit Niel. Andai situasi tidak serumit ini rasanya aku sudah ketawa guling-guling. Niel meraba poket track bottom. Kad pengenalannya dihulurkan padaku. Aku pula seakan blur, boleh pula pergi belek kad pengenalan Niel. Macamlah boleh jumpa jalan penyelesaian pada kad kecil ini.
Wallet dan telefon bimbit sekali Soalanku sekadar untuk memastikan. Niel balas dengan anggukkan yang tersangatlah lemah. Gaya orang tak makan tiga hari.
Tak akan sampai macam tu sekali. Aku tidak mampu untuk percaya. Mustahil daddy Niel sanggup buat begini pada anak sendiri.
Memang dah pun. Akhirnya Niel bersuara semula.
Tapi, kenapa Yalah, sekali pun nak halau bekalkanlah seratus dua untuk Niel makan dan buat belanja lain. Eh apa pula yang aku merapu ni. Seakan bersetuju Niel kena halau pula. Mulut ini pun satu hal. Tak ada filter.
Salah saya juga sebab cakap benda yang tak sepatutnya, balas Niel sambil tunduk.
Niel cakap apa dekat daddy Niel Aku setia dengan soalan.
Saya cakap harta daddy tu tak berguna satu
sen pun dekat saya. Cuma akan dihabiskan oleh perempuan tu aje. Kata-kata Niel spontan membuatku pegang dahi.
Astaghfirullahalazim. Niel tak boleh cakap macam tu pada daddy Niel sendiri. Marah macam mana pun dekat daddy, tetap tak boleh keluarkan kata-kata yang terlalu mengguris hati macam tu. Kena jaga hati seorang ayah. Cuba fikir balik selama ni siapa yang besarkan Niel. Yang sediakan makan pakai secukupnya untuk Niel. Suaraku agak tegas kali ini. Tidak boleh membiarkan Niel terus hanyut begini.
Semuanya orang gaji dan driver. Mereka yang jaga dan hantar saya pergi balik sekolah. Daddy hanya tahu hulur duit aje. Duit walau setinggi Gunung Everest pun kalau tak didahului dengan kasih sayang yang ikhlas, tak berguna juga. Ayat Niel yang terakhir itu memang sangat aku setujui. Tapi, tetap ianya tidak boleh dijadikan tiket untuk mencalarkan hati seorang ayah.
Tapi... Ayatku tidak mampu diteruskan kerana pelayan muncul bersama kopi yang dipesan. Kami sama-sama menikmati kehangatan kopi.
Makan sikit ya, Niel Akak tambah order. Persis seorang kakak aku memujuk.
Niel balas dengan gelengan.
Tolong makan sikit. Akak tak nak Niel sakit pula lepas ni. Dalam keadaan sekarang, Niel kena sihat dan bertenaga. Aku tetap mencuba dan akhirnya Niel mengangguk juga. Pesanan lain terus kucatat di atas kertas pesanan. Perbualan kami tentang kes Niel dihalau terpaksa ditamatkan kerana meja sebelah didatangi oleh pelanggan lain.
Terlalu sensitif isu ini untuk didengari oleh orang lain. Kami senyap sahaja ketika menghabiskan menu masing-masing. Aku pilih nasi lemak rendang ayam untuk kami berdua. Namun, senyapku bukan tiada erti, tetapi sedang ligat memikirkan penyelesaian sementara untuk Niel.
KITA nak pergi mana ni mak cik Niel menyoal bagai anak kecil. Aku hanya
mampu tersenyum sebelum keluar meninggalkan Niel di dalam Iriz.
Mukhriz sudah sedia menungguku di hadapan bengkelnya. Sebenarnya semasa aku dan Niel makan tadi, aku sempat berWhatsApp dengan Mukhriz. Minta untuk berjumpa dengannya di bengkel sekejap. Mujur juga bengkelnya dibuka hingga jam 3 petang.
Perbincanganku dengan Mukhriz berlangsung hampir 5 minit. Lega hatiku kerana Mukhriz tidak banyak soal dan sedia membantu apa termampu. Aku juga minta agar hal ini dirahsiakan dari Munirah. Biarlah hanya Mukhriz yang tahu. Aku yakin Mukhriz seorang yang boleh menyimpan rahsia.
Aku buat isyarat agar Niel keluar dari Iriz. Patuh sahaja dia dengan permintaanku. Wajah Mukhriz direnungnya dalam. Niel, janganlah buat hal dengan orang yang nak tolong. Sempat hatiku berbisik.
Niel, akak kenalkan ini adik Kak Mun, Mukhriz. Boleh panggil Abang Riz sebab dia empat tahun lebih tua dari Niel. Kali ini aku ingin cuba mengajar Niel untuk menghormati orang yang lebih tua.
Niel hanya mengangguk. Aku bulatkan sedikit mataku ke arah Niel sambil bibir membentuk perkataan salam. Usahaku berjaya kerana Niel hulurkan juga tangannya pada Mukhriz.
Akak jangan risau. Saya akan jaga adik akak elokelok. Kata-kata Mukhriz mengalihkan perhatianku padanya semula.
Terima kasih, Riz. Akak tak tahu macam mana nak balas jasa Riz. Senyuman manis kuukir.
Perkara kecil aje, kak. Masa saya susah, akak tolong saya. Kita sama-sama menolong. Tak ada hallah. Mukhriz membalas sambil ketawa kecil.
Ehem. Suara Niel berdehem mengalihkan perhatianku dan Mukriz padanya semula. Dia sedang tersenyum tanpa nampak gigi. Kelihatan kurang ikhlas senyuman itu.
Okeylah Riz, akak minta diri dulu. Apa-apa hal terus telefon akak ya Once again, terima kasih banyakbanyak. Pandanganku dialih pada Mukhriz semula dan dia balas dengan anggukkan berserta senyuman nipis.
Aku melangkah pergi namun mata sempat buat isyarat pada Niel. Dia terus memahami kerana tanpa banyak soal dia mengekoriku ke Iriz. Ketika sampai di pintu Iriz, not RM100 yang telah kukeluarkan secara sorok-sorok dan kugenggam kemas dihulurkan pada Niel. Tidak mahu Mukhriz nampak.
Saya tak boleh terima. Niel menggeleng laju.
Jangan degil boleh tak Ambil aje dulu. Niel perlukan duit juga. Tanganku masih ke arah Niel. Tapi...
Tak ada tapi-tapi. Ambil aje. Tetap aku berusaha.
Lambat-lambat Niel mengambilnya, Nanti bila saya ada duit saya akan bayar semula duit mak cik ni dan duit makan tadi. Sekali dengan bunga. Bersungguh-sungguh Niel memberitahu.
Aku tergelak kecil.
Ingat akak ni Ah Long ke Tak mainlah bunga, daun, akar ni, balasku sambil menggeleng. Pintu Iriz kubuka dan masuk sahaja, pintu terus aku lock. Enjin dihidupkan dan cermin tingkap aku turunkan.
Mak cik, saya minta maaf sebab dah susahkan mak cik. Bagiku ayat yang lebih sesuai dari Niel ialah terima kasih. Tapi, bukan aku tidak tahu sifat Niel. Terima kasih itu musuh yang paling ketat untuk keluar dari mulutnya.
Akak tolong sikit aje. Yang akan banyak tolong Niel ialah Abang Riz. Satu pesanan akak, tolong hormat Abang Riz dan behave dengan semua orang. Boleh Niel janji dengan akak Soalanku dibalas dengan anggukkan Niel.
Niel tak kisah kan kerja dekat bengkel ni. Tolong mana yang mampu aje. Abang Riz akan bayar gaji Niel ikut hari. Akhirnya aku beritahu juga rancanganku ini. Bimbang jika Mukhriz yang memaklumkan nanti, Niel berang pula. Wajah Niel serta-merta berubah. Tidak berkelip dia memandangku. Aish, budak kecil ni jangan tak setuju pula sudahlah.
Akak minta maaf sebab buat keputusan terburuburu ni. Tapi, sekarang ini aje penyelesaian sementara. Niel boleh terima, kan Walau di mulut menyoal tapi di hati hanya mengharapkan tiada sebarang bantahan dari Niel.
Boleh mak cik. Jangan risaukan saya. Mak cik pergilah balik dulu. Dah nak Asar ni, nanti mak cik tak sempat nak solat.
Wah, sejak bila Niel pandai nasihatkan aku Masalahnya aku cuti hari ini.
Oh, mak cik cuti. Pandai pula Niel baca raut wajahku.
Heh, kut ya pun tak perlulah nak disebut. Aku mencebik sedikit. Cermin tingkap aku naikkan kembali. Sempat mataku mencuri pandang Niel di luar. Seperti biasa dia melambaiku.
SENYUMAN manis kuukir walau masih jauh jarakku dengan Niel. Kelihatan dia sedang berbual dengan seorang rakan sekerjanya.
Nampak jelas sedikit kesan comot minyak hitam di wajah cerahnya. Comel pula aku tengok. Sekejap lagi memang boleh jadi modal untuk aku mengusiknya. Ingat dia sahaja boleh usik aku.
Selang satu meter darinya, aku dikejutkan dengan sesuatu. Rasa bagai hendak gugur jantungku akibat sangat terkejut. Nasi di tangan jatuh terkulai ke atas lantai bengkel.
Kau nak aku pecahkan mulut kau ke! Jeritan Niel itu benar-benar mampu menggegarkan satu bengkel.
Pekerja Mukhriz kini sedang terbaring akibat tumbukan yang sangat kuat dari Niel. Darah mula memenuhi tepi bibirnya. Kolar t-shirt pekerja itu ditarik Niel dengan kasar. Tangan kanan Niel digenggam kemas dan diangkat tinggi. Dalam keadaan cukup bersedia untuk melancarkan serangan kedua.
Niel!!!
Bengkel bergegar lagi, tapi kali ini dengan jeritanku pula. Dia menoleh ke arahku. Wajahnya yang sedikit comot kelihatan merah membara. Bagai sedang menahan amarah yang memuncak. Peluang ini digunakan dengan sebaik mungkin oleh pekerja tadi. Satu tumbukan begitu pantas singgah ke pipi kanan Niel. Tanpa dapat menahan, Niel tergolek ke tepi. Betul-betul hampir dengan kakiku.
Aku terus melutut di tepi Niel. Bahunya kupegang dan wajahnya kurenung dengan penuh kasih sayang. Niel mengesat kesan darah di bibirnya.
Niel okey Abang Riz mana Aku menyoal tergesa-gesa.
Niel menggeleng dan renungan kami bersatu. Selang lima saat, kedengaran tawa nakal dari beberapa suara. Aku dan Niel sama-sama mendongak. Sekarang pekerja tadi ditemani tiga orang baru. Oh, tidak! Jangan usik Niel saya. Entah datang dari mana keberanianku. Siap berdiri dengan jari telunjuk dihalakan ke setiap lelaki di hadapanku ini.
Mereka ketawa terbahak-bahak.
Budak hingusan manalah yang kau kutip nak jadi pakwe kau ni Salah seorang daripada mereka tibatiba mengutuk kemudian ketawa jahat.
Oh, fikir ketawa jahat dia sahaja ya. Ingat aku tak reti hendak ketawa jahat. Dengan lantangnya aku pun ketawa jahat.
Mak cik, kenapa ni Sedar-sedar sahaja Niel sudah berdiri di sebelahku. Dengan Niel sekali aku ketawakan. Macam kena virus ketawa.
Tiba-tiba bunyi ayam berkokok. Sesat dari mana pula si ayam Bunyi itu terus-terusan menggangguku dan secara automatik mataku terbuka.
Astaghfirullahalazim, ternyata semua tadi hanya mimpi. Patutlah pelik semacam. Dalam keadaan yang masih separa sedar, aku bangun dan bersandar pada kepala katil. Mata kututup kembali, tangan kiri memegang dahi dan nafas panjang kutarik. Kemudian barulah aku buka mata semula.
Apa punya mimpilah Siap boleh tengok Niel dengan penuh kasih sayang pula. Rasanya tak lama lagi aku boleh jadi gila disebabkan Niel. Kerisauanku pada Niel kadangkala melampaui batas pemikiranku.
Adakah aku benar-benar sudah menganggapnya sebagai adikku sendiri Ini, kalau adik kandung sendiri tahu mahu cemburu habis.
Bunyi ayam berkokok sekali lagi mengejutkanku. Galaxy A di atas meja sisi katil kucapai. Sudah 6.15 pagi. Terus aku meloncat turun dari katil. Perlu bersiap untuk kerja pula.
SHA, nak lunch dekat mana tengahari ni Soalan Munirah terus menyapaku saat kami
keluar dari bilik mesyuarat.
Aku gelak kecil terlebih dahulu sebelum menjawab. Lapar sangat agaknya kawanku ini. Baru jam 11.30 pagi sudah fikir tentang makan tengahari.
Mana-mana pun boleh Ayatku mati seketika.
Tapi, aku ada hal tengahari ni, jadi tak boleh makan dengan kau. Sorry. Lengan Munirah kucapai.
Ala, tak apa. Sempat lagi aku call Faiz. Ajak dia temankan aku. Wah, Shaqina ada date hari ni. Munirah sengaja mengusik.
Terus sahaja aku sorong semut api ke lengannya.
Sakitlah. Jom sambung kerja. Jangan risau pasal aku. Selesaikan hal kau tu. Munirah tersengih lebar.
Tepat jam 1 petang, aku keluar dari pejabat untuk meneruskan misi aku. Setelah dua kedai aku pergi, akhirnya Proton Irizku sampai juga di hadapan bengkel Mukhriz.
Bungkusan nasi campur serta dua beg kertas yang satunya berisi telefon bimbit dan satu lagi pakaian berhujan Niel yang telah dibasuh, kubawa bersama. Penuh jugalah tangan. Mujur beg kertas berisi telefon bimbit muat aku sumbatkan ke dalam tas tangan. Telefon bimbit berharga 80 ringgit sahaja aku belikan untuk Niel. Dia suka atau tidak itu lain cerita.
Tidak perlu aku mencarinya di dalam bengkel kerana dia sendiri muncul. Siap dengan senyuman lebar lagi. Bert-shirt kelabu kosong dan seluar bengkel. Pasti diberi oleh Mukhriz. Wajahnya tercalit sedikit tompokan hitam, persis dalam mimpiku.
Hai mak cik. Rindu sayalah tu. Ayat wajib Niel sudah keluar. Salam entah ke mana, terus hendak menyakatku.
Akak bawakan makanan dengan baju Niel. Dah
siap basuh. Kedua-duanya aku hulurkan pada Niel. Kali ini dia tidak menolak dan terus mengambil.
Dan lagi satu Tangan kananku sudah ke dalam tas tangan untuk meraba telefon bimbit.
Sha, Fitri. Tiba-tiba kedengaran suara yang aku kenal pemiliknya. Ada nada terkejut dalam intonasi suara itu. Aku dan Niel sama-sama menoleh dengan mata yang membulat.