MY PRETTY BOY - 18
|HOSPITAL PAKAR TUNKU HARITH, KL|

TUNKU HARDIE yang terbaring tak sedarkan diri atas katil beroda dibawa keluar dari van ambulans THSC. Pasukan ER Resus yang sudah siap sedia lebih awal di depan pintu masuk Jabatan Trauma dan Kecemasan (TED) setelah mendapat panggilan kecemasan setengah jam yang lalu.

Apa yang berlaku! Soal Azmeer, ketua ER Resus yang bertugas shif malam sambil memeriksa denyutan jantung dengan stetoskop.

Keadaan Tunku Hardie yang cedera parah terpaksa dipakai cervical collar di tengkuk. Kelihatan juga darah pekat yang masih mengalir keluar di celahan kepala yang berbalut.

Kontusi lumbar disyaki fracture Vertebra L2. Kepala Tuan Hardie terhantuk ke pembahagi jalan. Nampak parah, Dr. Azmeer. Blood pressure (BP) 60/90, jawab paramedik yang bertugas.

Tuan Hardie, dengar tak suara saya Tanya Azmeer sambil memegang lampu suluh yang menyuluh di sebelah mata Tunku Hardie yang diangkat kelopak sedikit. Tiada tindakbalas.

Sejak saya angkat Tuan Hardie masuk ke dalam ambulans, dia memang tak sedarkan diri.

Azmeer menghela nafas panjang. Jika hanya sekadar pesakit luar, taklah perlu di sepanik ini. Namun, disebabkan anak teruna MD yang terlibat dalam kemalangan, dia tak mahu tersilap langkah dalam segala prosedur, biopsi atau diagnosis yang bermula dari saat ini. Kemasukan Tunku Hardie juga perlu dirahsiakan dari diketahui oleh seluruh warga THSC kecuali yang bertugas di ER Resus malam ini.

Luke, kelui team RD! Kita perlu buat imbasan x-ray malam ni juga!

Baik, Azmeer! Tanpa berlengah terus Luqman bergegas pergi.

Huzer, kita kena bawa Tuan Hardie ke RD sekarang! Arah Azmeer. Mereka berdua dibantu oleh pasukan paramedik THSC menolak katil beroda sepantas yang boleh.

Yoona! Hubungi Tuan Harith, katakan yang Tuan Hardie accident! Pesan Azmeer sambil lalu bila ternampak ketua jururawat itu sedang melangkah keluar dari lif menuju ke TED.

What Tu Tuan Hardie accident

Yes and please hurry up, Yoona! Azmeer ingatkan sekali lagi dari dalam lif sebelum pintu lif tertutup.

Yoonaniza yang masih terpinga-pinga mengangguk laju dan mengikut saja arahan doktor tadi.

AZMEER, you need to see this. Luqman menghulurkan keputusan x-ray Tunku

Hardie sejurus selepas membuat imbasan pada pemuda itu di bilik RD.

Kecederaan Karnial yang membentuk Hematoma Subdural. Tak boleh dibiarkan ni! Ujar Azmeer selepas meneliti imej sinar-x di bawah sinaran lampu.

Diskolasi Vertebra. Tak ada tanda-tanda fraktur. Ada sinar-x L1

Ada. Luqman menyerahkan imej x-ray ke tangan Azmeer.

Kau tengok belah sini. Kecederaan rendah, fungsi pernafasan pun okey. Insya-Allah, Tuan Hardie selamat. Apa yang penting waktu ni, perbanyakkan berdoa dan yang lain-lain kita berserah agar keajaiban dikurniakan oleh ALLAH SWT buat kita, ujar Azmeer bergilir-gilir memerhatikan wajah-wajah ahli pasukannya silih berganti.

Luqman mengangguk setuju begitu juga dengan Huzer.

So Apa keputusan kau, Azmeer

Hijack Operation Theater (OT). Paging team DMD.

Kita kena buat emergency surgery malam ni juga!

Baik!