MA PAH sudah melakukan sebagaimana yang diminta. Dia sudah cukup berpuas hati. Selagi Rohani ada di sampingnya, selagi itulah dia tidak akan sunyi. Lantaklah kalau orang kampung hendak mengeji, mencerca mahupun menfi tnahnya. Mereka tidak akan faham tentang kesunyian. Mereka tidak akan faham tentang nilai kasih seorang ibu kepada satu-satunya anak yang terhasil daripada perkahwinan dengan suami tercinta. Bukan Ma Pah tidak tahu, orang kampung ada yang terjenguk-jenguk dan cuba mencari salah silapnya. Bukan Ma Pah tidak pernah nampak mereka mengintip dan menghendapnya. Malah ada juga yang sampai datang ke halaman rumahnya kemudian melemparkan pandangan ke arah pintu rumahnya dengan pandangan tajam. Ma Pah tahu apa yang mereka sedang fikirkan.
Malam ni, Ani tak payahlah keluar lagi. Kesian mak kena duduk seorang diri,
Ma Pah bersuara lembut sambil mengusap rambut Rohani. Rohani sekadar terbaring. Sedikit pun Rohani tidak berpaling ke arahnya. Rohani juga tidak bersuara. Wajah Rohani tidak menunjukkan sebarang reaksi. Ma Pah faham sangat dengan perangai anak gadisnya. Kalau itulah reaksi yang ditunjukkan oleh Rohani, bermakna Rohani sedang marah. Rohani mungkin marah sebab dia terlambat menyediakan juadah untuk makan tengah hari tadi. Rohani balik pada awal pagi dengan pakaian kusut-masai. Sudah tentulah Ma Pah marahkan Rohani. Untuk menunjukkan kepada Rohani bahawa dia sedang marah, Ma Pah tidak memasak. Sangkanya, dengan berbuat begitu, Rohani akan hilang rajuknya. Rohani akan bersuara dan memujuknya. Namun keinginan Ma Pah tidak kesampaian. Rohani langsung tidak mengendahkannya. Bahkan Rohani bagaikan menunjuk wajah benci kepada Ma Pah.
Ani kerja kan malam ni
Ma Pah masih berusaha memujuk agar Rohani menyambut pertanyaannya. Rohani tetap diam. Jangankan bersuara, menoleh pun tidak. Jangankan menoleh, menghela nafas panjang macam yang Rohani selalu lakukan kalau dia bosan pun, tidak.
Ani sakit ke
Ma Pah kelebek setiap inci muka Rohani dengan harapan Rohani akan menepis tangannya. Namun Rohani tetap juga kaku bagaikan anak patung yang dipakaikan baju.
Kenapa Ani buat mak macam ni Ani tak kesian dengan mak ke
Ma Pah tidak dapat menahan kesedihan lagi. Teresak-esak dia menangis. Sayu sungguh hatinya apabila diperlakukan sebegitu rupa oleh anak kandungnya sendiri. Namun biarpun esakannya agak kuat, Rohani sedikit pun tidak memberikan sebarang reaksi. Hati Rohani bagaikan sudah kematu. Rohani seperti sudah tidak nampak kewujudannya. Rohani seperti telah meninggalkannya sekalipun jasad Rohani masih terbujur di hadapannya. Ma Pah sekadar merenung wajah dan tubuh anak gadisnya. Itu sahaja yang mampu dilakukannya. Kalau dia berlebih-lebih pun, reaksi yang diharapkan daripada Rohani tetap juga tidak diperolehi. Kalau diturut-turutkan hatinya, mahu sahaja dia memberitahu Rohani apa yang telah dilakukannya untuk mengembalikan Rohani kepadanya. Namun Ma Pah juga sedar, sekalipun dia memberitahu Rohani, tidak mungkin anak gadisnya itu faham. Perjanjiannya sudah semakin hampir ke tarikh penamat. Maknanya dia terpaksa melakukan penyerahan sekali lagi. Dengan kata lain, Ma Pah perlu bersusah payah sekali lagi semata-mata untuk memastikan Rohani akan terus kekal berada di rumahnya. Sesekali hatinya berbisik, dia tidak perlu mengulangi perlakuan tersebut kerana ia seolaholah tidak memberikan sebarang kesan kepadanya. Namun mengingati perpisahan dengan Rohani akan menyebabkan keseluruhan hidupnya akan berubah, Ma Pah tidak nampak sebarang pilihan melainkan terpaksa akur.
Mungkin dah sampai masanya Rohani berkahwin,
bisik Ma Pah. Pun begitu, fikirannya berubah sepantas dia terfikirkan penyelesaian kepada masalahnya.
Tapi kalau Ani berkahwin, tentu laki dia akan bawa dia keluar dari kampung ni. Ani akan tinggalkan aku seorang diri.
Ma Pah bangun dan duduk di muka pintu beranda. Pandangannya menghala ke lorong yang semakin semak menghala ke rumahnya dari jalan utama. Harapannya, Rohani akan datang, memujuknya sambil tersenyum dan menghiburkannya. Namun harapannya itu tinggal harapan. Rohani langsung tidak bangun dari pembaringannya. Malah Rohani langsung tidak beralih kedudukan badannya. Tidak lama dia di muka pintu beranda, Ma Pah kembali ke bilik Rohani semula. Mujur jugalah Rohani tidak mengunci pintu biliknya dari dalam sebagaimana yang sering dilakukannya sebelum ini.
Ani, kenapa kau buat mak macam ni
Terfi kir juga Ma Pah. Mungkin kalau ada jiran tetangga yang datang, dia tidaklah sunyi sangat. Setidak-tidaknya Rohani tidaklah boleh menyombong diri kerana Ma Pah hanya ada dia sahaja. Malangnya sudah tidak ramai orang yang datang bertandang ke rumahnya terutama selepas mereka diherdik dan dicarut-carutnya. Ma Pah sendiri tidak pernah bernafsu hendak keluar dari kawasan rumahnya. Dia makan apa-apa sahaja yang ada. Lagipun Rohani sudah lama tidak makan di rumah. Rohani lebih banyak makan di tempat kerjanya, berbanding makan bersama-samanya. Sememangnya Ma Pah terasa sangat-sangat dengan perubahan sikap Rohani itu. Dahulu, kalaupun Rohani sudah makan di luar, setidak-tidaknya dia akan makan juga di rumah sekalipun sekadar sesuap. Rohani tidak akan mengecewakannya setelah bersusah payah memasak. Namun sekarang, jangankan makan semeja, makan sesuap pun Rohani sudah tidak ingin. Sudah pelbagai jenis masakan dibuatnya untuk Rohani tetapi Rohani tetap tidak berselera dengan air tangannya. Ma Pah teringatkan Afandi, anak saudara gemulah lakinya. Boleh jadi kalau Rohani menerima Afandi sebagai suaminya, mungkin nasibnya sudah jauh berbeza. Apakan tidak, Afandi yang menjadi guru itu seorang yang bertanggungjawab. Pandai pula mengambil hati. Tahu pula menghormati orang yang lebih tua. Kalau bercakap pun, lembut sahaja nadanya. Sedap didengar dan tidak menyakitkan hati. Berbeza benar perangai antara Rohani dan Afandi. Namun Ma Pah tahu, Afandi tidak akan mensia-siakan Rohani. Tentu Afandi dapat mendidik Rohani agar menjadi seorang wanita yang benar-benar terserlah kewanitaan Melayunya. Afandi juga tentu dapat menjadikan Rohani sebagai seorang anak yang tahu menghormatinya sebagai seorang ibu.
Abang Dollah... aku perlukan kau,
Ma Pah merintih dalam kepayahan. Air matanya bagaikan empangan pecah. Alirannya membasahi pipi dan meleleh sehingga ke dagu. Ma Pah biarkan sahaja air matanya meleleh. Ma Pah juga tidak menahan sebak dan sedu-sedannya. Biarlah kalau Rohani terdengar dan kemudian menuduhnya mengada-ngada pun, Ma Pah tidak kisah. Apa lagi yang tidak pernah dicerca dan diherdik oleh Rohani. Macam-macam yang Rohani katakan kepadanya. Pernah juga Rohani katakan yang dia mengada-ngada dan gelagatnya itu melebihi gelagat seorang budak tadika yang tidak cukup umur. Katakata yang meluncur keluar dari mulut Rohani sangat menghiris jiwanya. Kalaulah bukan kerana kasih sayangnya, Rohani sudah lama disumpahnya seperti ibu si Tanggang menyumpah anaknya. Biarlah Rohani menjadi batu dan tertonggok di halaman rumahnya. Itu jauh lebih menyenangkan hatinya. Setidak-tidaknya apabila Rohani sudah menjadi batu, Rohani tidak lagi meninggalkannya. Sekurang-kurangnya Rohani tidak lagi menempelaknya dengan kata-kata yang menyakitkan hati dan tidak selayaknya sebagai seorang anak. Namun Ma Pah juga sedar, dia tidak sampai hati untuk berbuat seperti itu. Kasih sayang telah membutakan mata dan fikirannya. Segala perbuatan Rohani terpaksa ditelan dan dimamahnya. Apatah lagi itulah yang dijanjikan kepada gemulah suaminya. Lagipun Tok Tom sedang menunggu dengan tangan terbuka seandainya dia mengikut kemarahan yang bersarang dalam dadanya. Tok Tom tentu sekali sedang memerhatikan setiap tindak tanduknya.
Ah, mungkin Tok Tom telah menghasut Rohani!
Ma Pah cepat-cepat kesatkan air matanya. Kemudian dia bangun dan berjalan ke ruang tamu. Ma Pah sudah tidak menghiraukan lagi gambaran yang saling berselisih di sekelilingnya. Ma Pah sudah tidak peduli dengan gambaran rumahnya yang bersepah-sepah, penuh dengan debu dan daun-daun kering mahu pun sawang-sawang dan sarang labahlabah. Ma Pah sudah tidak hairan apabila gambaran tersebut digantikan dengan keadaan rumahnya yang kemas, tersusun dan bersih. Bukan itu sahaja, Ma Pah sudah tidak hairan lagi dengan pakaian di badannya yang sekejap kelihatan berjurai-jurai seperti hantu hutan dan kemudian bertukar pula menjadi pakaian bersih dan cantik seperti yang sering dikenakannya sewaktu Dollah masih hidup dahulu.
Kalau Ani dah tak pedulikan dengan emak lagi, baiklah....
Ma Pah merungut sendirian. Di ruang tamu, air matanya semakin menderas. Kesayuan membuatkan dia terangguk-angguk menahan sedu dan sedan.
Aku dah kata, Rohani sebaik-baiknya diserahkan kepada aku.
Suara itu kembali semua menggegarkan gegendang telinganya. Suara itu membuatkan Ma Pah berpaling dengan pantas. Kesayuan dan kesedihannya hilang serta-merta. Dia langsung bangun sekalipun orang yang bersuara sebentar tadi tidak kelihatan di matanya.
Siapa suruh kau datang, Tok Tom Aku tak ada janji apa-apa dengan kau. Tolong jangan kacau aku!
Ma Pah bersuara garang. Air matanya sudah kering. Wanita tua berambut mengerbang dengan mata merah menyala dan bertongkat berbentuk aneh, tidak menampakkan muka dan tubuhnya kepada Ma Pah. Sebaliknya seperti ingin melihat Ma Pah terus hilang sabar, wanita tua sekadar mengekeh ketawa tanpa sedikit pun menunjukkan keberadaannya.
Lebih baik kau berambus dari sini, Tok Tom!
Ma Pah tidak dapat mengawal dirinya lagi. Jeritannya agak kuat. Matanya terbeliak besar. Bersisakan air mata yang masih lembab di hujung tubir mata dan kulit di bawah matanya, Ma Pah cuba menakut-nakutkan Tok Tom.
Bukan aku yang mungkir janji, Ma Pah. Bukan aku yang cuba lari apabila berjanji.
Aku tidak berjanji!
Sekali lagi suara tawa Tok Tom membingitkan telinga. Sekali lagi desir hilai tawa wanita tua berambut mengerbang, bermata merah dan bertongkat berbentuk aneh itu, menambahkan sakit hatinya.
Pulangkan Rohani kepada aku, hidup kau akan senang dan aman!
Tok Tom bersuara tegas sebaikbaik sahaja hilai tawanya berhenti.
Tidakkk!!!
Ma Pah menjerit sekuat-kuat hati. Kemarahan membuak-buak di dadanya. Mungkin jikalau Tok Tom berada di hadapannya, harus orang tua itu akan dibelasahnya sampai mati. Mungkin juga kerana sudah menjangkakan kemarahan Ma Pah, Tok Tom memilih untuk tidak wujud di hadapan Ma Pah. Manifestasi daripada kemarahannya membuatkan Ma Pah menarik-narik rambutnya sambil terjegil-jegil dengan air muka yang sangat garang dan menakutkan bersama-sama kusam habuk yang menjadi hitam apabila meresapi air mata. Ma Pah mendepang-depangkan tangan bagaikan sedang merentang pukat untuk menangkap anak ikan yang boleh dibuat pais. Ma Pah berlari-lari di atas rumahnya bagaikan menghalau anak ayam agar masuk ke bawah cekap bagi mengelakkan daripada disambar helang yang sedang melayah. Beberapa langkah kemudian, Ma Pah berhenti dan memandang sekeliling bagaikan lagak tok bomoh yang sedang berusaha memastikan dari arah mana datangnya suara ghaib yang mendesir di cuping telinga.
Gelap malam di luar rumah, tidak memberikan sebarang pengaruh dan kesan kepada Ma Pah. Malah Ma Pah juga langsung tidak peduli dengan jerit-pekik unggas malam di sekeliling rumahnya. Ma Pah tidak kisah tentang bunyi burung hantu yang kedengaran sayup-sayup. Ma Pah juga tidak hiraukan bunyi reriang malam yang sekali dengar tidak ubah seperti jeritan seorang budak perempuan yang belum akil baligh. Ma Pah hanya hiraukan anaknya, Rohani. Ma Pah hanya pedulikan keinginan Tok Tom untuk merampas satu-satunya kebahagiaan yang masih bersisa kepadanya. Ma Pah hanya ingin mempertahankan haknya ke atas Rohani dan tidak akan menyerahkan Rohani kepada Tok Tom walau apa cara sekalipun. Suara Tok Tom sudah tidak kedengaran. Pun begitu, Ma Pah tetap berawas. Matanya melingas ke serata ceruk ruang tamu rumahnya yang suram dengan cahaya lampu malap. Apabila Ma Pah tidak lagi mendengar suara Tok Tom, Ma Pah segera berlari ke bilik Rohani. Ma Pah menarik nafas lega apabila Rohani masih lagi berbaring, berselimut dan tidak bergerak-gerak. Senyuman lebar terukir di bibirnya. Rohani direnungnya dengan penuh kasih sayang. Pun begitu, Ma Pah sekadar berdiri di muka pintu dan tidak teringin langsung hendak bergerak merapati katil Rohani seperti yang dilakukannya sebelum itu.
Letih sangatlah agaknya sampaikan tidur tak sedar-sedar,
Ma Pah bersuara, memberitahu dirinya. Untuk seketika, Ma Pah sekadar merenung tubuh anak kesayangannya itu. Kemudian Ma Pah berlalu menuju ke dapur. Dia perlu menyediakan makanan sebab apabila Rohani terjaga nanti, tentu Rohani akan kelaparan. Rohani juga pasti akan memintanya memasak. Jadi, daripada membiarkan Rohani menanggung kelaparan, lebih baik dia masak terlebih dahulu. Setidak-tidaknya apabila Rohani terjaga nanti, makanan yang sudah dimasak awal cukup sekadar diperangatkan. Banyak masa yang boleh dijimatkan. Rohani pun tidak perlu menunggu lama untuk mengisi perut.
Apa aku nak masak malam ni
Ma Pah tiba-tiba sahaja mati akal. Dia seperti hilang pengetahuan tentang masakan. Dia seperti sudah tidak tahu apa yang harus dimulakan dahulu.
Ani suka makan apa, ya
Ma Pah bertanya lagi. Pertanyaannya sudah pasti tiada jawapan. Ma Pah pula menggaru-garu kepalanya seolah-olah beriburibu kutu rambut sedang merayap dan meniruk kulit kepalanya untuk menghirup darah. Ma Pah masuk semula ke bilik Rohani.
Ani! Ani nak makan apa
Ma Pah segera bertanya. Rohani langsung tidak menjawab. Jangankan menjawab, bergerak pun tidak.
Ani nak makan apa, malam ni
Ma Pah mengulangi pertanyaannya. Keadaan Rohani sama seperti tadi. Ma Pah mula hilang sabar. Rohani tidak sepatutnya bersikap seperti itu. Setidak-tidaknya berilah hormat sedikit kepadanya kerana statusnya selaku seorang ibu. Masakan Rohani tidak tahu, menderhakai ibunya akan menyebabkan dia hidup susah. Rohani juga pastinya tahu, mengecilkan hati ibunya samalah seperti menderhaka. Namun dalam keadaan seperti itu, apalah yang mampu dilakukan oleh Ma Pah. Ma Pah tidak akan menjatuhkan tangannya ke mana-mana bahagian tubuh Rohani. Bukan kerana dia telah berjanji dengan Tok Tom ataupun dengan gemulah lakinya. Jangankan memukul, menjentik pun Ma Pah tidak akan lakukan. Penat-penat dia mengandung. Bersusah-payah dia meneran ketika hendak melahirkan Rohani, bersusah payah juga dia membesar dan memelihara Rohani, masakan dia hendak menyakiti Rohani pula. Tidak mungkin dia akan sanggup untuk memukul mahupun menjentik Rohani biarpun semenjak dewasa, Rohani banyak menyakiti hati dan perasaannya. Apatah lagi nasihat gemulah suaminya akan terus kekal melekat dalam ingatan dan perasaannya. Rohanilah satu-satunya hiburan yang ada. Rohani jugalah hartanya yang paling bernilai di dunia ini. Ma Pah sanggup melakukan apa-apa sahaja demi Rohani. Malah kalau disuruh dia membelah perut orang pun, Ma Pah sanggup lakukan. Bukan itu sahaja, kalaulah Tok Tom mahukan Ma Pah tangkap dan seret Tok Melah ke perdu jejawi tua itu, Ma Pah sanggup lakukan. Ma Pah cuma mahu Tok Tom tidak lagi mengganggu dan mengacau mereka dua beranak.
Mak....
Suara lirih Rohani membuatkan Ma Pah yang sedang kebingungan, segera memanggungkan kepalanya dan merenung Rohani dengan mata yang sengaja disepetkan dan dahi dikerutkan. Sekalipun beriak gembira di hatinya, namun kesedaran membuatkan dia menjadi seorang yang sangat waspada. Biarpun dalam kekeliruan, Ma Pah masih juga boleh berfikir dengan sempurna. Tajam renungannya ke arah Rohani yang langsung tidak berganjak dari atas katilnya. Bergerak pun tidak.
Ani
Ma Pah seperti cuba mendapatkan kepastian bahawa yang bersuara sebentar tadi ialah Rohani.
Mak...
Suara Rohani lirih sahaja namun Rohani tetap juga seperti tadi, masih tidak bergerak dan berganjak. Ma Pah bergerak merapati katil. Kemudian duduk bersimpuh di atas lantai dengan dagu tersangkut di birai katil. Renungannya menerjah wajah Rohani yang kelihatan sedikit terlindung di bucu selimut.
Ani
Ani lapar.
Ma Pah yakin suara itu adalah suara Rohani tetapi sesuatu yang aneh segera mengetuk tangkai hatinya. Bagaimana pula Rohani boleh bersuara tanpa menggerakkan suara, mahupun membuka mata Adakah keliru fikirannya semakin teruk sehingga dia tidak membezakan antara realiti dan fantasi.
Ani lapar
Ma Pah bukan tidak dengar. Bukan juga untuk mendapatkan kepastian tetapi sekadar ingin melihat gerak bibir dan mulut Rohani. Sama seperti sebelumnya, Rohani tidak menunjukkan sebarang reaksi, jauh sekali bergerak untuk duduk dan kemudian merenung Ma Pah sebagaimana yang sering dilakukan apabila dia berasa ingin bermanja dengan Ma Pah. Ma Pah memandang sekitar bilik Rohani. Telinganya turut berawas, mendengar dan mengesan sebarang bunyi yang menandakan wujudnya kehadiran orang lain di dalam rumahnya. Pun begitu, cuping telinganya kurang berfungsi memandangkan di luar dan sekeliling rumahnya dihingari dengan pelbagai jenis suara unggas malam.
Ani...
Ma Pah kembali menumpukan perhatian kepada Rohani. Harapannya, dia dapat melihat gerak kedua-dua bibir Rohani, sekali gus melengkapkan rasa senangnya apabila Rohani tidak merajuk lagi. Deruan angin malam yang secara tiba-tiba wujud, menggetarkan hati Ma Pah. Perubahan alam yang tidak pernah mengetuk tangkai hatinya, tiba-tiba sahaja menjadi begitu berpengaruh kepada jiwanya. Atap rumah terasa bergegar. Tulang bumbung yang kelihatan berbalam-balam juga kelihatan saling tidak tumpah bagaikan ular yang menggeliang-geliut apabila dipalu. Deras tiupan angin menerobos menerusi setiap lubang yang ada pada dinding dan bahagian yang memisahkan dinding dengan gelagar siling. Tiupan deras itu menerbangkan habuk dan debu. Ma Pah terkenyit-kenyit cuba menepis habuk yang masuk menyerang biji matanya. Langsir dan segala kain yang berjuntaian, bergerak serta melambai-ambai bagaikan juraian obor-obor yang sedang bergerak mengikut alunan arus laut. Kewarasannya secara senyap mengatakan perubahan alam itu mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Rohani. Malah jauh lebih rapat dengan Tok Tom. Hatinya malah menetapkan bahawa amukan angin itu adalah perbuatan Tok Tom, biarpun pada masa yang sama akalnya menafi kan yang Tok Tom mampu berbuat dan mempengaruhi alam seperti yang dibayangkan oleh kejahilannya. Krakkk... Bunyi sekahan dahan atau batang pokok dapat didengar dengan jelas. Bunyi itu terlalu hampir dengan rumahnya. Dek kebimbangan, Ma Pah melupa kan hasratnya untuk menyediakan makanan. Malah disebabkan kerisauan, Ma Pah tidak lagi menumpukan perhatian kepada Rohani yang masih sedang berbaring, berselimut dan tidak bergerak di atas katilnya. Sebaliknya Ma Pah segera berlari ke beranda. Degum-degam lantai papan rumah limas peninggalan gemulah lakinya itu. Langkahannya menuju ke pintu beranda. Dan sebaik-baik sahaja dia berada di hadapan pintu berada itu, kelam-kabut Ma Pah menurunkan selak dan mengangkangkan daun pintu. Sebaik-baik sahaja daun pintu beranda dikangkangkan, udara dari luar menyerbu mukanya. Rambutnya mengurai dan terhayun-hayun bagaikan hendak meninggalkan kulit kepalanya. Udara memang ganas di luar rumah. Biarpun kelam malam menyerkup alam, namun Ma Pah dapat melihat bagaimana tumbuh-tumbuhan yang ada di hadapan beranda rumahnya, bagaikan hendak menyembah bumi. Goyangan setiap batang ranting dan dahan begitu menakutkan. Ranting yang memegang daun, berpulas dan meliuk bagaikan dikilas tangan ghaib yang cukup bertenaga. Malah desir angin yang kedengaran juga, menambahkan resah di dalam benaknya. Bunyi ranting patah, daun gugur dan desir kuat angin telah menghilangkan sama sekali keharmonian suara-suara unggas yang ada sesetengahnya tidak pernah dilihat dan diketahui jenisnya oleh Ma Pah.
Apa kau nak, Tok Tom!!!
Ma Pah menjerit sekuatkuat hati sambil mendepang-depangkan tangannya.
Kuat betul ribut malam ni. Dah lama sangat aku tak tengok ribut sekuat ni. Mesti banyak pokok yang tumbang ni.
Biarkanlah... tak ada kena-mengena dengan kita.
Miah, kalau aku ajak kau pindah dari kampung ni, kau mahu tak
Man Bewak tidak mampu lagi menanggung dan memendam perasaan itu. Dia memilih untuk berterus-terang
Nak pergi ke mana
Jauh dari kampung ni.
Kenapa dengan kampung ni
Man Bewak terdiam dan seperti kehilangan katakata. Wajah Miah ditenungnya dalam-dalam. Man Bewak seperti cuba mendapatkan jawapan bagi semua pertanyaannya daripada wajah Miah yang digilainya semenjak kali pertama dia melihat Miah sebagai isteri Pak Long Lateh.
Kau takut orang kampung akan mengata
Miah cuba memancing jawapan daripada Man Bewak.
Kau masih isteri Pak Long Lateh....
Habis tu, kau takut kat Pak Long Lateh
Pertanyaan Miah benar-benar mencabar kewibawaan nya selaku seorang jantan.
Siapa pun yang berada dalam keadaan aku, tak akan berani, Miah. Tambah-tambah kalau orang yang sengaja dicari fasal adalah Pak Long Lateh. Kau sepatutnya lebih tahu sebab Pak Long Lateh adalah laki kau. Kau patut lebih tahu.
Sengih Miah benar-benar lebar. Nisbah lebarnya lebih besar berbanding sengih kerang busuk terkena air tawar.
Itu yang kau bayangkan selama ini
Miah masih ingin menduga.
Yalah, itulah yang aku bayangkan.
Perlahan sahaja suara jawapan Man Bewak. Ada riak bangga yang terpampang pada wajah Miah. Mungkin Miah tidak pernah menyangka, dia ada peminat yang tersendiri. Lebih beruntung kerana peminatnya itu ialah Man Bewak, kawan baik lakinya. Kraaaakkkk... Bunyi dahan sekah di belakang rumah Miah membuatkan mereka berdua terkejut. Man Bewak capai lampu suluh berbateri lima yang dibawanya. Miah pula capai pelita suluh dan terkedek-kedek berjalan ke tingkap yang menghadap halaman belakang. Deru angin masih kuat. Desir dedaunan dan ranting-ranting berlaga menghasilkan suara yang mampu menegakkan bulu roma bagi mereka yang lemah semangat. Malah bunyi ranting-ranting patah tidak ubah seperti bunyi tulang dipepak-pepak. Sesekali kedengaran suara melenguh yang entah dari mana datangnya dan entah apa sumbernya di kejauhan. Dummm!!! Sesuatu kedengaran menghentam keras dinding bilik tidur. Mujurlah papan-papan pada dindingnya sudah dipaku kemas selepas Miah tahu perangai Pak Long Lateh yang suka menumbuk dinding sampai terpokah dan tercabut papannya untuk menunjuk kuat setiap kali mereka bergaduh. Kalau tidak, mungkin papan dinding itu akan terpokah lagi kalau tidak pun patah. Man Bewak pandang muka Miah. Miah kertap bibir. Matanya tidak berkerdip merenung dinding yang menjadi sasaran hentaman tadi. Ada riak cuak pada kerut di wajahnya. Ada gementar bersarang pada renungan kakunya ke dinding yang dihentam dari luar. Dummm!!!
Apa bendanya tu
Man Bewak tidak langsung berani melangkah. Gambaran di dalam benaknya hanya satu... Pak Long Lateh!
Dia dah balik agaknya.
Tak mungkin!
Man Bewak tidak mahu menerima kenyataan itu.
Mungkin dia dah nampak apa yang berlaku. Sebab itulah dia mengamuk di luar sana,
Miah cuba membuat andaian. Man Bewak menggeleng-geleng. Sukar untuk dia percaya pendapat Miah.
Tapi....
Miah teringatkan sesuatu.
Takkanlah tiba-tiba sahaja dia jadi bacul. Selalunya kalau ada apa-apa, dialah yang paling hebat. Dialah yang paling kuat. Takkanlah dia nampak aku dan kau, dia hanya berani mengamuk di luar rumah
Lega sedikit Man Bewak apabila mendengar rumusan yang dibuat oleh Miah.
Kau nak ke mana
Man Bewak bertanya pan tas apabila Miah tiba-tiba bangun. Miah tidak menjawab sebaliknya sekadar berdiri sambil berpaling ke arah tingkap dengan wajah cuak. Di luar angin masih menderu-deru. Bunyi dan suara daripada tumbuh-tumbuhan yang teruk dihentam angin kuat, telah menghilangkan segala suara unggas malam. Man Bewak sebenarnya tidak pernah melupakan tentang Pak Su Cik Leh yang ditemuinya ketika dalam perjalanan ke rumah itu. Dia telah cuba memberitahu Miah tetapi Miah bijak menutup dan melindungi ketakutannya. Alasan-alasan yang diberikan oleh Miah bukan sahaja mampu menghilangkan keraguan bahkan menambahkan keyakinannya bahawa Pak Long Lateh tidak mungkin akan pulang buat jangka masa yang panjang. Kalau benarlah Pak Long Lateh ke Bukit Botak untuk mendapatkan harta karun di sana, Man Bewak cukup pasti Pak Long Lateh tidak akan balik lagi buat selama-lamanya. Bukit Botak bukanlah padang permainan biasa. Tidak sama langsung dengan kebun getah Cik Kiah yang menjadi saksi permainan judi mereka saban hari. Sudah ramai yang menjadi korban di Bukit Botak. Selain jerangkap samar kesan peninggalan zaman darurat 40 tahun dahulu, Bukit Botak juga ada banyak ranjau lain. Salah satu daripada ranjaunya adalah puaka yang dikatakan ada kaitan dengan jejawi tua di pangkal kampung mereka!
Jangan-jangan Pak Long Lateh dah balik tak
Man Bewak berbisik dengan suara tertahan-tahan. Miah tidak memberikan jawapan, malah tidak langsung bertindak balas terhadap soalan Man Bewak. Hanya renungannya sahaja membuatkan Man Bewak tahu, Miah sedang gelisah dan ketakutan.
Apa yang harus kita buat sekarang
Untuk seketika, baik Miah mahupun Man Bewak langsung tidak berganjak dari tempat mereka berdiri. Sesekali kepala mereka tertoleh-toleh dan biji mata masing-masing melingas bagaikan dimasuki pasir atau habuk. Dummmm!!! Bunyi itu bergegar kuat. Bukan sahaja dinding rumah, bahkan keseluruhan rumah bagaikan digoncang tangan gergasi. Kain yang berlipat kemas di atas rak yang diperbuat daripada rotan, jatuh berlonggok di atas lantai yang tidak bertikar. Manakala almari pakaian yang ada cermin panjang, bergoncang bagaikan ada toyol yang sedang mencari duit yang dilipat dan disembunyikan di dalamnya.
Celaka kau, Man Bewak! Kau memang celaka!
Man Bewak hilang nafas apabila mendengar suara yang menderam itu. Miah terduduk dan menggeletar dengan dagu menggelatuk. Mukanya pucat lesi. Riak ghairah pada mata dan bibirnya, hilang lenyap.
Kau berdua memang celaka!
Deram suara itu semakin dekat dan semakin jelas. Dentum di dinding bagaikan ada ruas penumbuk yang dihentak-hentak. Malah sesekali kedengaran seperti dinding itu dicakar-cakar dari luar. Bunyi cakaran itu sendiri sudah cukup untuk meremangkan bulu roma, malah lebih tepat lagi bunyi kuku keras yang dilarikan di permukaan papan dinding tidak ubah seperti bunyi kain kafan dicarik-carik.
Lateh... aku... aku... aku....
Man Bewak cuba bersuara tetapi entah mengapa suaranya langsung lekat di kerongkong. Hanya perkataan-perkataan itu sahaja yang mampu diucapkan. Selebihnya, otak Man Bewak kosong. Kosong sekosong-kosongnya. Miah terjelepuk di atas lantai, di hujung kaki Man Bewak bagaikan kain buruk yang dibasahkan. Lembik badannya. Terhinggut-hinggut kepala dan bahunya menandakan Miah sedang menangis. Man Bewak tidak mampu menganalisis tangisan Miah itu sama kerana kesal mahupun kerana takut ataupun disebabkan kesal kerana Pak Long Lateh balik jauh lebih awal daripada sangkaan awalnya.
Miah....
Man Bewak cuba sentuh bahu Miah tetapi Miah pantas menolak tangannya. Miah berganjak jauh darinya. Miah seolah-olah sudah benci dengannya, walaupun baru sekejap tadi manja Miah kepadanya mengalahkan miang kambing betina dengan pak randuk bersuara parau. Man Bewak hilang kekuatan dan kemegahan. Kini, perasaan takutnya sudah tidak terkira. Peluhnya bercucuran. Matanya melingas, mencari ruang untuk melarikan diri. Pun begitu, sesuatu segera singgah ke benaknya. Dia tidak mungkin dapat melarikan diri daripada Pak Long Lateh. Pak Long Lateh pasti akan memburunya dan dia akan jadi seperti seekor ayam yang dikejar untuk disembelih dan dijadikan rendang.
Jangan ke mana-mana, Man!
Miah tiba-tiba sahaja bersuara. Dia seolah-olah tahu apa yang sedang bermain-main dalam fikiran Man Bewak. Man Bewak tarik nafas panjang. Selain resah, Man Bewak juga diamuk kehairanan. Apa tidaknya, Miah bagaikan mempunyai dua wajah. Sekejap tadi dia kelihatan ketakutan dan seperti tidak mempunyai sebarang harapan, namun kini Miah sedang menggetap bibir menahan geram. Miah seperti kembali ke perangai semula jadinya. Perangai yang menyebabkan Pak Long Lateh lari lintang pukang ke sekeliling kampung apabila dihambat oleh Miah dengan parang panjang yang telah diasah dan boleh menarah kepala sampai botak licin.
Kau nak ke mana
Man Bewak semakin cuak apabila Miah berganjak meninggalkannya menuju ke katil. Miah tidak menjawab sebaliknya sebaik-baik sahaja berada di tepi katil, segera dia membongkok dan menye lak birai cadar sambil menarik sesuatu. Mata Man Bewak terbeliak besar apabila melihat parang panjang yang dikeluarkan oleh Miah dari bawah katil.
Kau... kau... kau nak buat apa dengan parang tu, Miah
Man Bewak sudah mula berasa seram sejuk. Manalah tahu dibuatnya Miah datang gila dan memenggal kepalanya, mati kataklah dia di dalam rumah itu. Orang kampung pasti akan menuduh dia cuba mencerobohi Miah dan Miah terpaksa membunuhnya untuk mempertahankan diri. Apatah lagi Miah cukup terkenal dengan panas baran dan beraninya dia mengejar suaminya ke sekeliling kampung kerana berselisih faham.
Duduk diam-diam! Aku nak ajar dia!
Miah akhirnya menjawab seolah-olah dia dapat membaca apa yang sedang bermain-main di fikiran Man Bewak. Man Bewak ingin bertanya lagi tetapi apabila dilihatnya Miah melangkah pantas ke arah tingkap bilik sambil menjinjing parang panjangnya, Man Bewak sudah dapat mengagak. Man Bewak tidak hiraukan suruhan Miah sebentar tadi sebaliknya dia mendapatkan Miah. Miah menyedari kedatangannya. Tanpa sebarang suara, Miah suruh Man Bewak ambil lampu picit berbateri enam yang terletak di kepala katil. Man Bewak akur dan sebentar kemudian, dia sudah pun berada di sebelah Miah.
Aku nak turun ke tanah. Kau suluh saja. Aku rasa, dia masih ada di luar tu.
Siapa
Man Bewak kerutkan mukanya.
Lateh!
Man Bewak gugup. Serta-merta dia terbayangkan Pak Long Lateh yang ditemuinya tadi. Serta-merta juga Man Bewak teringatkan perangai Pak Long Lateh yang tidak pernah mahu berkompromi dalam apa-apa juga, melainkan menegakkan pendapatnya sendiri. Pak Long Lateh tidak pernah mahu mendengar cakap orang lain. Bagaimana kalau Pak Long Lateh tidak takut langsung dengan Miah seperti mana yang dibayangkan oleh Miah Macam mana kalau Pak Long Lateh pula yang menyerang dan kemudian mencederakan mereka berdua. Cuma sesuatu yang agak melegakannya. Setidaktidaknya, Pak Long Lateh tidak naik ke rumah dan terus menerajang kepalanya.
Apa lagi yang kau tunggu Marilah ikut aku!
Suara Miah mengejutkan Man Bewak daripada lamunannya. Dia sedikit tersentak dan tatkala dia ingin menyuarakan sesuatu, Miah sudah pun bergerak ke arah tingkap. Tidak banyak langkah yang perlu diatur. Sedangkan Man Bewak pula terketar-ketar mengikut Miah. Kalut sungguh kepalanya terteleng ke kiri dan kanan untuk mencari kelibat Pak Long Lateh. Sewaktu Miah menarik tangkai tingkap, Man Bewak sebenarnya menahan nafas. Dan kalaulah bukan kerana malu kepada Miah, harus dia pejamkan biji matanya serenik mungkin. Dia tidak sanggup untuk melihat apa yang bakal tersaji di hadapan tingkap bilik tersebut. Lebih tepat lagi, dia tidak berani bertentangan pandangan dengan kemarahan Pak Long Lateh yang sudah tentu berada di hadapan tingkap bilik itu. Sebaik-baik sahaja daun tingkap dibuka, angin luar menyerbu masuk ke dalam rumah. Biarpun sudah tidak sekencang tadi, namun serbuan angin membuatkan langsir tingkap terangkat tinggi. Malah beberapa helai daun kering turut berterbangan masuk ke dalam rumah.
Suluhlah! Tunggu apa lagi
Miah bersuara garang. Man Bewak segera menghidupkan lampu picit berbateri enam. Jadahnya, tangannya tergigil-gigil dan terketar-ketar. Puas dia cuba mengawal, namun semakin dikawal, semakin teruk pula ketarnya. Bahkan sehingga membuatkan Miah berpaling dan merenungnya dengan tajam sambil menggetap bibir.
Memang tak boleh diharap!
Miah segera merentap lampu suluh berbateri enam itu dari tangan Man Bewak. Lampu berbateri enam itu segera dihidupkan. Suluhannya segera menerawang ke serata ceruk halaman, mencari sasaran yang menyebabkan dinding dicakar dari luar. Sedangkan sebelah tangan lagi, menggenggam hulu parang bermata tajam dengan kemas. Man Bewak sekadar menjadi peneman. Benarbenar seorang peneman yang bacul dan dayus.
Celaka punya Lateh! Dia nak main-main pula dengan aku!
Miah bersuara geram. Miah bergerak menjauhi tingkap. Man Bewak pula sekadar berdiri bagaikan patung kayu yang sengaja didirikan di tengah rumah sebagai hiasan. Biarpun separuh daripada perasaannya menggesa agar dia segera mengekori Miah, namun kaki dan seluruh sendi-sendi badannya seperti kena paku dan kena gam, langsung tidak boleh bergerak. Mungkin menyedari apa yang sedang berlaku dan kesukaran yang terpaksa dirasai oleh Man Bewak, Miah segera berpatah balik dan kemudian menarik lengan Man Bewak dengan tangannya yang memegang parang.
Yang kau takut sangat, kenapa Dia takkan berani buat apa-apa. Kalau dia berani, dah lama dia naik ke rumah,
Miah seperti cuba menyedarkan Man Bewak akan situasi sebenar. Man Bewak tidak memberikan sebarang respon namun dia sempat menarik nafas panjang. Dia mahu percaya cakap Miah tetapi hati kecilnya dan akalnya segera menafi kan kebenaran tersebut. Malah bagaikan ada makhluk halus yang sedang berbisik di telinganya yang memberitahu, Pak Long Lateh sedang menunggu masa yang sesuai untuk keluar dan kemudian membelasah mereka berdua. Lagipun, apalah sangat Miah kalau dibandingkan dengan Pak Long Lateh. Miah tidak akan setanding dengan Pak Long Lateh. Tambahan pula, Pak Long Lateh memang selalu sangat mengasah penumbuk dan penendangnya. Malah kalau dengan kawankawan pun, Pak Long Lateh acap tunjuk penumbuk dan mengancam dengan penendangnya walaupun orang lain pun ada penumbuk dan penendang juga. Pak Long Lateh yang dikenalinya tidak pernah peduli siapa yang dihadapnya. Pak Long Lateh memberikan layanan yang sama untuk semua orang. Semua orang Pak Long Lateh anggap lebih lemah dan senang dibuli.
Mari, sebelum dia bergerak tinggalkan rumah ni. Kita perlu selesaikan perkara ni secepat mungkin!
Miah bersuara lagi. Man Bewak mengesan sesuatu pada nada Miah. Nada yang sangat aneh sebenarnya. Keberanian yang ditunjukkan oleh Miah, tidak pernah dilihatnya pada mana-mana perempuan pun, termasuklah perempuanperempuan yang pernah dilanggannya di seberang sempadan sana. Miah terus menarik tangan Man Bewak. Man Bewak membiarkan sahaja tangannya dihela oleh Miah sekalipun sesekali dia berasa seperti seekor lembu yang sedang diheret ke padang rumput. Biarpun masih takut, namun setidak-tidaknya keberanian Miah dapat mengurangkan sedikit perasaan itu. Malulah dia kalau dia kalah dengan Miah. Ribut sudah berhenti. Angin juga sudah tidak bertiup. Daun-daun kering yang berselerak di halaman, menjadikan seolah-olah Miah adalah seorang suri rumah yang sangat malas. Bulan kelihatan mengambang di dada langit. Dada langit, biarpun tidak cerah, namun bulatan purnama tidak terlindung dek awan pun. Agak aneh, dalam keadaan sebegitu, sepatutnya bintang-bintang berkerlipan di dada langit. Namun, selain daripada purnama yang sedang memantulkan cahaya, tiada sebiji bintang pun yang mampu dilihat dengan mata kasar.
Kita tunggu di tengah-tengah halaman,
Miah membuat keputusan. Man Bewak tidak membantah. Mereka menuruni tangga beranda. Man Bewak sedikit menggeletar tatkala kakinya memijak tanah. Dia bagaikan ternampak-nampak kelibat Pak Long Lateh. Dia seolah-olah ternampak Pak Long Lateh sedang mengintai dari celah pokok sambil menggertap bibir menahan marah. Pak Long Lateh mungkin sedang menunggu masa yang sesuai untuk menghambur bagaikan harimau kelaparan dan kemudian membaham mereka berdua. Berbeza pula dengan Miah. Miah berdiri gagah tiga meter dari pangkal tangga. Miah memandang sekeliling sambil menyuluh-nyuluh mencari kelibat Pak Long Lateh. Parang panjang tajam tergawanggawang dan Miah kelihatan sudah cukup bersedia untuk memakuk kepala sesiapa sahaja yang cuba mengganggu ketenangan mereka.
Apa yang kau menyorok lagi Keluarlah, Lateh! Kau baru tahu nak balik sekarang Anak mati pun, kau tak jenguk ambil tahu,
Miah bercakap seolaholah dia sudah nampak tubuh badan Pak Long Lateh. Parang panjang yang dipegangnya tergawang-gawang. Lampu suluh di tangannya pula melilau-lilau. Man Bewak kembali berasa seram sejuk. Lengannya diurut-urut, dielus-elus. Sesekali, Man Bewak pegang pula dagu dan batang lehernya. Dia ingin merapati Miah tetapi bimbang pula jikalau gawangan parang panjang di tangan Miah akan menyinggah ke kepalanya. Manalah tahu, dibuatnya Miah tersalah sangka yang dia adalah Pak Long Lateh yang cuba menyerang dari arah belakang, rabaklah kulit kepalanya disekeh mata parang panjang tajam yang boleh mencukur bulu di muka itu.
Keluarlah! Apa yang kau takut sangat Tadi bukan main lagi... siap cakar-cakar dinding! Kau ingat aku takut Jantan tak guna!
Miah bagaikan orang gila yang dirasuk hantu syaitan. Man Bewak kian seram. Kalau bukan kerana hari telah malam, sudah tentu dia cabut balik ke rumahnya. Dia tidak akan peduli dengan cerita Mat Ajib yang mengatakan, dia ternampak kelibat orang tua berambut putih mengerbang di bawah rumahnya, keadaan itu jauh lebih baik daripada terpaksa berhadapan dengan kemarahan Pak Long Lateh. Walau apa pun alasan yang diberi, tidak satu pun yang berpihak kepadanya. Tidak ada sesiapa pun di Kampung Sungai Teja itu yang akan bersimpati atau sanggup menyebelahinya. Lebih mengerikan ialah, tiada sesiapa pun yang sanggup membelanya kalaupun Pak Long Lateh belah kepalanya dengan kapak sampai bersembur otak. Silap-silap mayatnya akan dibakar sampai tinggal debu dan debu mayatnya dihanyutkan ke sungai. Man Bewak tidak sanggup berhadapan dengan Pak Long Lateh walaupun dalam keadaan Pak Long Lateh bergelak tawa. Namun Man Bewak tidak berani meninggalkan halaman rumah itu untuk pulang ke rumahnya. Dia tidak ada pilihan kecuali terus berada bersama-sama Miah walaupun terhadap Miah pun, ghairahnya sudah berganti dengan ketakutan.
Mana kau, Lateh Jangan menyorok! Keluar sekarang!
jerkah Miah. Suaranya melangsing-langsing bagaikan pontianak hilang siung. Sepi. Jangankan suara Pak Long Lateh, bunyi cengkerik dan segala unggas malam yang sebelum ini, tidak pernah meninggalkan tugas mereka walau sesaat pun, kini hilang entah ke mana. Jangankan angin, udara di sekitar pun terasa menyesak.
Tadi berani sangat. Kalau kau dah tak tahan sangat dengan aku, keluarlah. Kita selesaikan masalah kita sekarang juga. Aku tak mahu jadi bini kau lagi, Lateh,
Miah terus bersuara. Man Bewak semakin tidak selesa dengan keadaan sedia ada. Dia cuma tidak tahu apa yang harus dilakukan. Miah sudah tidak lagi bersuara. Hanya lampu suluhnya sahaja yang menerawang ke merata-rata tempat mencari kelibat Pak Long Lateh.
Tak berani pula dia keluar. Tadi bukan main lagi nak menakut-nakutkan kita,
Miah bersuara sambil berpaling ke arah Man Bewak. Pada masa yang sama, lampu suluhnya juga menyuluh ke arah Man Bewak. Dan Man Bewak dapat melihat riak wajah Miah yang benar-benar berubah. Parang panjang yang dipegangnya jatuh ke tanah. Manakala lampu suluh yang masih kekal di tangan, menggeletar. Perlahan-lahan Man Bewak berpaling. Hatinya sudah kuncup bagaikan daun semalu yang disentuh air kencing. Serentak, sebaik-baik sahaja berpaling, Man Bewak jatuh terduduk di atas tanah.1