Kami tidak pulang ke rumah. Melangkah ke garis Kampung Morten, Dhiya malah menyingsing lengan bajunya dan membuka selipar. Banyak sekali kerja bersusun hari ini. Dhiya memandang tebing lumpur yang tidak terduga pada musim hujan. Sambil mengingat kembali kata-kata Tam pada pertemuan itu;
Ini kali terakhir mereka tinggal di pinggir lumpur. Beri mereka perlawanan terbaik.
Ingatan manis sebelum pergi. Liga ketam antara Kampung Jawa dan Kampung Morten!
Permintaan ini sangat luar biasa. Banyak sebab untuk Dhiya menolak. Musim monsun belum lagi berakhir juga bermaksud sukar mencari ketam lumpur yang baik. Dhiya juga sudah hilang rangkaian kawan sepermainan. Mereka telah lama menjauhi aku dan Dhiya. Liga ketam bukanlah sekadar mencari ketam terbaik, tetapi juga tentang pilihan ahli kumpulan yang saling memberi bahu.
Aku mahu memberi cadangan. Tetapi gementar dengan risikonya.
Dhiya, kau pun tahu tempat terbaik cari ketam. Sekarang masih musim hujan!
Selekoh sungai Villa Sentosa Aku tak ada muka nak ke sana, Adi!
Kau buat semua ni untuk mereka juga kan
Dhiya terhenti. Tebing sungai Villa Sentosa adalah tempat terbaik mencari haiwan lumpur itu. Ketam lumpur lebih berani dan bebas di sana. Kawasan persendirian yang tidak terusik. Dihormati, digeruni anak kampung. Kami punya peluang lebih baik di sana. Tetapi, semenjak Lim diaibkan, kami seperti merajuk malah untuk lalu lalang di Villa Sentosa. Tidak pernah kami merasa malu begini. Kami adalah anak sembilan tahun yang dicalar maruahnya. Dhiya menoleh.
Aku tak akan menghadap Haji Ibrahim sampai aku dapat balik barang kemas tu, Adi!
Aku tak suruh kau menghadap dia! Kau lupa Haji Ibrahim jarang keluar rumah
Mari!
Aku menarik Dhiya. Walaupun berat, akhirnya Dhiya menuruti. Lihatlah. Akibat menjatuhkan air muka anak kecil. Seorang berhati bebas gemilang seperti Dhiya juga boleh jatuh moralnya.
Kami melihat bangunan itu sekali lagi. Betapa indahnya Villa Sentosa daripada sudut ini. Pertama kali kami menjejakkan kaki ke pesisiran ini. Dan imej komposisi jeti, nipah liar dan rumah vernakular hijau epal ini melekat di dalam benak kami selama-lamanya.
Dhiya! Lihat tu! Telunjukku menghala lubang-lubang permukaan lumpur. Banyak sekali. Jauh berbeza dengan tebingan lain.
Setelah berhari-hari mendung, sekali lagi aku melihat kunang wajahnya. Dhiya bergerak hati-hati sambil mengeluarkan botol dikutip tadi. Liar memerhati ketam manakah akhirnya membawa gelaran juara. Kepalanya ligat mengimbas. Malah teroleng-oleng kiri kanan. Nampaknya dia sudah rambang mata. Memang ada pelbagai saiz rupa. Pelbagai jenis sepit dan warna. Tetapi Dhiya cuma perlu seekor yang luar biasa. Lawannya kali ini bukan calang-calang. Dia juga anak genius pesisir lumpur. Dhiya pasti Tam sendiri memilih ketam wakil Kampung Jawa untuk perlawanan esok hari.
Aku mendongak langit. Matahari tegak di atas kepala. Baju telah lencun dibasahi. Kaki kelabu bersalut selut. Aku sabar menunggu. Cuma satu ketam untuk menentukan nasib kami. Akhirnya Dhiya meletakkan seekor di telapak tangannya. Ketam itu tidak mahu duduk diam. Dia genggam kembali.
Aku berkerut skeptik.
Yang tu Kau pasti
Dhiya memandang tepat dengan senyum girang gigi besar. Senyum yang sudah banyak hari tidak ku lihat. Aku angguk. Akur dengan pilihannya, kami beransur. Selesai bahagian pertama. Dhiya pantas memasukkan haiwan nokturnal itu ke botol berlubang. Mengambil nafas dalam, menoleh ke Persiaran Datuk Othman.
Sekarang, kami ke rumah Lani.
***
Lani, seperti yang kau tahu mengetuai liga ketam di sini. Biarpun dia tidak pernah dapat menandingi Dhiya di gelanggang, Lani punya karisma luar biasa di khalayak. Budak sepuluh tahun yang punya rupa seorang bintang filem kanak-kanak dan petah pula mengacarakan acara sukan. Kami menjangkakan perlawanan di Kampung Jawa nanti akan menjadi riuh dikerumuni oleh bekas anakanak setinggan yang ingin menikmati perlawanan terakhir mereka.
Justeru itu, kami memerlukan Lani. Dialah yang akan membawa khalayak penyokong Kampung Morten. Tiada yang lebih tepat memimpin suara teriak semangat kampung kami. Mahukah Lani Mahukah dia bekerja kembali dengan orang yang dianggap khianat dalam regu persahabatan Debar jantung kami mengiringi langkah ke rumah budak itu.
Ketiadaan penyokong hari esok dan dikepung pula teriakan gila anak kampung sana cuma akan meruntuhkan dinding semangat yang sememangnya kabur semenjak beberapa hari lepas.
Kami melihat pintu kayu berlorek cantik itu. Rumah Lani antara rumah panggung terbaik di sini. Juga dengan lamannya lebih besar dari rumah lain juga telah mengasah bakat pengacaraannya. Ia telah menjadi gelanggang terbaik kejuaraan ketam. Aku tidak mahu melayan gusar. Pantas aku mengetuk pintu. Lama diam. Aku mengetuk lagi. Kali ini pantas pintu terbuka. Lani terjengul dengan wajah tidak percaya.
Lama sangat kawan budak seberang; sampai dah tak pandai bagi salam
Bukan permulaan yang baik. Bukan. Aku menarik nafas menyusun kata di kepalaku.
Lani, kami datang dengan baik. Nak cakap baik-baik. Sebagai kawan
Kawan Kawan kata kau Kawan apa yang tak nak campur orang sendiri Yang biar kami main tanpa lawan terbaik Yang biar musim ni jadi musim paling bosan Aku tidak tahan dengan tuduhan gila begini.
Aku dan Dhiya tak pernah tinggalkan kau! Atau budakbudak lain! Kami bukan orang senang macam kau, Lani! Aku, Dhiya kena kerja. Lim cuma menolong! Dhiya menyambung marah.
Apa yang susah sangat nak fikir Kalau kau susah perlu duit; kau kerja atau main Dhiya sudah menyinga. Apa warasnya mengaitkan kerja menjual kuih dengan meninggalkan persahabatan. Lani menarik nafas.
Kau nak apa kesini suara Lani lebih tenang.
Dhiya berdiri bertentang Lani. Memandang dalam matanya.
Kami mahu bayar balik musim liga ketam kau yang paling bosan!
***
Dhiya melalui malam yang panjang. Malam itu sebelum penentuan. Penentuan sama ada jurang bangsa dua tebing itu dapat dirapatkan kembali sekian lama. Dhiya terpaksa menerima hakikat membawa Tam ke pengadilan bukan satu pilihan. Harus menelan, nasibnya akan ditentukan dengan perjudian laga ketam yang menghinakan namun telah menjadi gaya hidup berakar dalam jiwa anak-anak pesisiran. Dhiya merenung ketam di dalam botol telus. Haiwan lumpur itu seakan mengerti dan membalas renungan panjang Dhiya. Seolah-olah membuat perjanjian telepatik. Mereka harus bekerjasama. Ironik haiwan sekecil ini akan mengatur hidupnya. Sering Dhiya memikirkan bagaimana dia terpaksa memilih jalan kelabu yang tidak jelas antara benar atau salah. Dan sekarang Dhiya harus melakukan sesuatu yang gelap. Yang dia pelajari daripada Tam. Segalanya untuk kejuaraan ini.
Dingin menggigit itu sungguh menjadi malam paling panjang.
***
Deru sayup bot nelayan Hokkien tebing sana mengejutkan Subuh Dhiya. Mengingatkan dia garis ghaib bangsa.
Bingkas. Bersiap seawal mungkin. Dhiya malah bersyampu setelah sekian lama. Hari ini dia bertekad mencuci dosa yang pernah dilakukan di tebing lumpur.
Dhiya seperti hari sebelumnya menunggu
sabar di luar rumah. Aku gusar melihat Dhiya yang terlalu kemas. Harum rambutnya itu jelas mencerminkan gentar canggungnya. Kemudian, tanpa menegur sepatah kata pun, kami ke rumah Lani. Menakjubkan. Seperti yang aku jangka, pengaruh Lani begitu besar dalam mengumpul penyokong liga ini. Ku kira, hampir setiap kanak-kanak Morten memberi sokongan penuh kepada perlawanan antara kampung yang julung kali diadakan. Siapa yang tidak mahu melepaskan peluang
Lani melangkah. Berdiri agam depan kami.
Cukup ramai Dhiya senyum.
***
Aku sangsi jika ada orang dewasa menyedari hari itu adalah kemuncak kebangkitan kanak-kanak. Mereka bergerak pantas dalam rombongan besar penuh semangat setiakawan dan kesukanan. Takjub bagaimana satu permainan daripada haiwan kecil lumpur boleh membawa kepada perhimpunan ini. Riuhnya bercampur jerit tawa liar anak-anak jantan dan sekumpulan kecil budak perempuan. Siapa menyangka Aku yang lembap ini baru menyedari batang-batang buluh bersama gulungan kertas dalam poket seluar menandakan mereka membawa bendera dan sepanduk kecil menunjukkan sokongan.
Perjalanan satu kilometer tidak dirasakan. Orang dewasa dalam perjalanan ke tempat kerja dan peniaga yang membuka kedai melihat kami dengan hairan. Perarakan anak-anak tanpa pakaian seragam dan pengiring matang. Apakah yang berlaku Rombongan sekolah tanpa matlamat belajar Larian merentas desa tanpa pakaian sukan
Akhirnya tiba juga di Kampung Jawa. Kampung yang dulunya akar asal-usul penduduk Morten. Dan hari ini, selepas beberapa dekad kedua kampung ini kembali bersatu atas nama sukan eksotik. Kami disambut seorang budak tinggi dengan karisma menyerupai Lani. Pasti dia mengetuai bekas anak setinggan di sini. Mereka telah menyiapkan gelanggang kecil yang ironiknya dibina atas bekas runtuhan setinggan untuk pertarungan agung itu.
Seperti dipersetujui kedua pihak, kami menjemput seorang anak yang jauh lebih tua dan tidak berpihak dengan manamana kampung. Seorang anak gantang berkulit sawo matang dan berambut panjang dipanggil The Boss. Dia datang jauh (seperti biasa, jauh di pandangan mata kami) dari perkampungan kecil Melayu Banda Kaba dan punya semangat kesukanan yang tinggi. Pada dekad akan datang kau mengenalnya sebagai anak Melaka yang menjadi kapten hoki kebangsaan dan mewakili negara dalam beberapa kejuaraan Sukan Asia, malah Olimpik dan Piala Dunia. Malah, dia memegang rekod antara penjaring terbanyak. Sejumlah 250 jaringan sepanjang kariernya termasuk luka perang melibatkan kecederaan dan kehilangan gigi. Kedua belah pihak telah memberi restu kepadanya untuk menjadi hakim kepada kami.
Senarai keperluan pertandingan. Pengacara. Checked. Gelanggang. Checked. Hakim. Checked. Sekarang yang tinggal cuma pemain. Tam muncul. Seperti biasa berbaju kemas dengan ketenangan yang tidak dapat diduga.
Membawa juga botol berbalut rapi plastik hitam. Dhiya melihat dengan debar membayangkan ketam pilihan
Tam. Dhiya juga ke depan membawa botolnya yang telus. Mereka berdua mencangkung di hadapan gelanggang kecil. Meskipun mereka sudah membuat bulatan besar mengelilingi gelanggang, jarak penglihatan yang
jauh menyebabkan mereka menolak-nolak dan berlumba menjengul kepala untuk perspektif yang lebih baik. Suasana mula menjadi tidak terkawal.
Siulan nyaring. Bingit sekali. Ku lihat Lani sudah berdiri di atas kotak kayu mengepit jarinya ke bibir. Pantas sekali dia menenangkan khalayak. Posnya mencekak pinggang dan yakin diri itu jelas dia punya aura seorang artis. Suaranya berkobar-kobar.
Hari ini hari bersejarah! Buat pertama kalinya, sebuah permainan menjadi liga besar! Perlawanan persahabatan di antara kampung! Juga di antara dua pemain terbaik! Tam dan Dhiya! tangannya menganjur kepada Tam dan Dhiya yang sedang mencangkung dalam debar. Tepukan gamat. Dituruti pula dengan hilai dan sorakan.
Juga tidak dilupakan, seorang abang besar untuk menjadi hakim kita pada hari ini! Didatangkan khas dari Banda Kaba! Mirnawan The Boss!! Sorakan kali ini lebih gamat. Seorang legenda untuk perlawanan yang bakal menjadi legenda.
Pusingan pertama bermula. Tam membuka botol berbalutnya perlahan-lahan. Dhiya juga. Sambil mata bundarnya tidak lepas memandang tangan Tam dengan debar jantung mendesak. Nah. Tiada rahsia lagi di antara keduanya. Uca annulipes. Spesies ketam lumpur dengan habitat paya bakau itu bukanlah besar mana pun. Cuma lebar beberapa sentimeter. Ciri fizikal utama Uca annulipes yang berwarna kelam kelabu coklat itu sudah tentunya sepit-sepitnya yang assimetrikal. Cuma sebelah saja bersepit besar berwarna cerlang. Sebab itu mereka diberi gelar The Fiddler. Juga menandakan ia seekor ketam jantan dengan senjata melawan dan daya tarikan mencari pasangan. Saiznya
itu, menyebabkan spesies ini mudah dikawal dengan ikatan benang dan dijadikan permainan. Aku mendengar sekali lagi sorakan gamat. Jaguh-jaguh dipersembahkan.
Dhiya merenung Tam. Dia faham kini kekuatan Tam. Daripada saiznya, ukuran sepit dan warna, ketam Tam telah melalui tempoh dewasa. Mungkin berumur setahun. Ketam jantan gagah dan matang. Saiznya juga jauh besar dari ketam Dhiya. Tam telah memilih ketam terbaik. Aku kagum bagaimana Tam mencari seekor ketam dewasa yang sangat bagus di tebing lumpur Kampung Jawa yang kotor dan sarat pula dengan bot-bot nelayan mengganggu habitat mereka. Seperti yang kau tahu, ketam sebagaimana juga haiwan-haiwan yang lain mudah terganggu kehidupannya dengan pencemaran, kualiti air rendah dan kekurangan sumber makanan. Tetapi, bukankah kita sudah mengetahui kebolehan Tam memilih yang terbaik dalam terbaik
Dan ketam Dhiya Dengan saiz lebih kecil dari ketam Tam dan jelas belum melepasi umur matang merisaukan aku. Sejak semalam, aku meragui keputusannya. Satu-satunya tanda ketam itu mempunyai kekuatan melawan ialah sepitnya yang jingga berjalur merah menyala berkilau terang. Aku hairan dengan Dhiya. Secara geografi, dia mempunyai kelebihan berbanding Tam. Pesisir lumpur Villa Sentosa dengan pokok bakau kecil dan nipah sememangnya syurga buat Uca annulipes. Pilihannya banyak. Atau mungkinkah ada sebab lain Dhiya memilih ketam itu Aku tidak tahu. Mereka berdua dengan pantas mengikat kaki ketam dengan benang halus. Perlawanan akan bermula bila-bila saja.
Hakim jemputan mampir. Budak gantang itu mengambil tempat Lani, berdiri di atas kotak kayu. Suaranya besar dan jelas.
Seperti yang kamu semua tahu,
peraturannya mudah! Di kampung mana pun, peraturan tak berubah. Tiga pusingan saja. Setiap ketam harus sentiasa ada dalam gelanggang. Kiranya salah seekor dapat tolak lawannya keluar dari garisan gelanggang, ketam yang terkeluar kalah pusingan itu!
Hakim itu menyambung lagi.
Kiranya salah seekor cedera tak dapat meneruskan pertandingan, ia dikira sebagai knocked out; kalah sertamerta!
Pengumuman itu disambut dengan sorakan. Lawan! Lawan! Lawan!
Abang besar mengangkat tangan meminta bertenang.
Kita mulakan sekarang!
Aku melihat getar tangan Dhiya yang memegang longgar ketam kecilnya. Alamat buruk. Dhiya sememangnya tidak bersedia menghadapi lawan. Tam meletakkan ketamnya di tengah gelanggang perlahan-lahan. Gelanggang yang berbentuk bulat dengan diameter satu meter itu adalah ruang batasan untuk perlawanan ini. Justeru itu meletakkan ketam di pusat gelanggang adalah strategi normal melengahkan ketam supaya tidak terkeluar daripada garis batas dan seterusnya kalah pusingan. Dhiya pula ragu-ragu. Mengambil masa sebelum meletakkan ketamnya di tengah dan menghadapi lawan.
Sorakan gamat lagi. Mereka sudah pun
mengeluarkan bendera-bendera kecil bertulisan amatur anak-anak dengan nama kampung masing-masing. Morten! Morten! Morten!
Dan di sebelah sini pula, lebih menyokong peribadi Tam.
Lawan mereka, Tam! Lawan! Lawan sampai habis!
Sebaik saja Dhiya meletakkan ketamnya di tengah, ketam Tam pantas menyerang. Ketam yang sudah matang sememangnya agresif apabila bertemu ketam jantan lain. Ia cuma melihat ketam sejantinanya sebagai pesaing dan lawan. Mereka juga pandai menjaga kawasan. Ciri tipikal binatang dengan naluri kanibal. Ketam Dhiya pula dengan pantas juga menjadi defensif dengan mengundur ke belakang dan terus ke belakang. Alamat tidak baik. Tam memang merancangkan kekalahan mudah. Dan dia akan mendapatkannya sekarang. Dhiya menarik sedikit benang yang mengikat kaki ketamnya, menghalang ia daripada terus mengundur. Abang besar sebagai hakim pantas bersiul kuat. Berdesing gegendang telingaku.
Dhiya! Fault pertama! Kau tak boleh tarik ketam halang dia daripada berundur! Ini menipu!
Teguran hakim disambut ejekan penyokong Kampung Jawa. Gamat sekali.
Booo!!!
Main tipu!
Tangan Dhiya makin gementar, Tam melihat dengan senyum menduga. Panas hatiku.
Perlawanan diteruskan. Baki pusingan ini berlaku dengan pantas sekali. Ketam gagah Tam meluru dan menujah dengan sepit besarnya. Mengusir ketam Dhiya tanpa sempat membalas serangan. Seperti yang dijangkakan, ketam Dhiya akhirnya melangkah keluar gelanggang. Kami mendengar gamat sorak penyokong Kampung Jawa. Lompatan dan hilai tawa yang menghumban moral semangat kami ke Sungai Melaka. Malah kami dapat mendengar kemam kecewa penyokong Kampung Morten. Bendera-bendera mereka terkulai.
Pusingan pertama! Kampung Jawa 1! Kampung Morten 0!
Dhiya berundur ke belakang. Memasukkan semula ketamnya ke dalam botol. Mencari nafas. Dia lemas. Harus mencari ketenangan bersenang diri. Aku melihat Dhiya menyingsing lengan bajunya. Mengusutkan rambut. Malah membuka selipar.
Nah. Ini Dhiya yang ku kenal. Tam senyum simpul. Antara lucu terpesona dengan tindakan Dhiya. Dhiya mara kembali. Dengan rambut gerbangnya. Matanya menyala-nyala.
Pusingan ke dua! Mulai!
Dhiya kembali ke tepi gelanggang. Tam sekali lagi telah meletakkan ketamnya di tengah gelanggang. Dhiya kini mengambil masa. Menyusun kembali strategi yang kini lintang pukang. Akhirnya dia meletakkan ketamnya di dalam gelanggang. Tetapi hampir sekali dengan garisan batas luar. Aku menggaru kepala. Strategi apakah ini Menghadapi risiko keluar gelanggang lebih pantas Tetapi Dhiya tenangtenang saja. Dia kini lebih memahami ketamnya. Bahawa ketamnya itu memerlukan lebih masa. Mahu memanaskan badan untuk berhadapan musuhnya.
Aku sudah dapat melihat maksud tindakan Dhiya. Ketamnya itu mara perlahan-lahan. Dia tidak akan lari keluar lagi tanpa bersemuka dengan lawan. Sepitnya itu juga malah diangkat tinggi terbuka tertutup; sebagai percubaan untuk melawan. Mata Dhiya bersinar. Inilah masanya. Ketam dengan sepit jalur merah terang itu semakin laju dan menujah sepitnya bertalutalu. Tindakan tiba-tiba itu seakan membuat ketam Tam tergamam dan berundur perlahan-lahan sambil mempertahankan diri dengan sepitnya yang lebih besar. Gamat bukan main. Kedua belah pihak kini seolah dilanda perang jeritan. Bendera berkibar-kibar warna gemilang meniupkan semangat permainan.
Ketam Dhiya tidak berganjak mundur, malah terus ke depan. Aku melihat dengan debar teruja. Apa yang aku ketinggalan Apa yang telah Dhiya fikir, telah dia lakukan hingga dapat menduga yang ketamnya dapat terus mara Tam juga melihat keliru. Ketam Dhiya jelas tidak akan berganjak lagi walaupun disepit berkali-kali dengan seteru lebih besar daripadanya. Kegilaan itu menyebabkan ketam Tam berundur sedikit demi sedikit. Sememangnya tindakan di luar duga akan membuat apa saja makhluk menjadi gentar. Dan tanpa disedari, ketam Tam telah melangkaui garisan keluar gelanggang. Sorakan bertukar jeritan. Juga tepukan dan hentakan. Kini mereka telah seri.
Morten! Morten! Morten!
Abang besar mampir ke gelanggang. Jarinya terangkat ke atas menunjukkan kiraan.
Penyamaan kedudukan! Kampung Jawa 1! Kampung Morten 1!
Tempoh rehat sebelum pusingan terakhir. Peluh yang membasahi dahi dan belakangku bukan kerana matahari sudah tinggi. Tetapi kerana gementar teruja dengan perlawanan agung itu. Dhiya sekali lagi ke belakang.
Membawa ketamnya yang dimasukkan semula ke botol jernih. Dia mengangkat botol itu dan merenung ketamnya. Ya. Seperti malam sebelumnya, dia telah berbual malah berjanji secara telepatik. Aku harap aku dapat membaca fikiran Dhiya ketika ini. Dapat mendengar apa yang mereka bisikkan. Hakikatnya aku lupa kebanyakan perkara di dunia ini lebih indah dibiarkan menjadi rahsia. Dan rahsia perbualan antara dua makhluk itu aku tidak akan tahu sampai bila-bila.
Pusingan ketiga. Daripada pandangan mata Dhiya, aku kini lebih yakin. Dhiya kelihatan tenang. Melawan sinar kolam mata Tam yang menyala-nyala kini. Mungkin panas dengan kekalahan tadi. Tam juga meletakkan ketamnya di penghujung garis gelanggang. Mengikut jejak Dhiya. Sekarang, pusingan terakhir! Pusingan ketiga! Mulai!
Perang jeritan itu kembali. Bingit sekali. Penyokong daripada kedua belah pihak seperti disampuk semangat ketam jantan yang mengibarkan sepit besar kala perlawanan. Bulatan penyokong yang tadinya besar semakin mengecil kerana berlumba menjengul kepala ke depan. Aneh sekali, keduadua ketam itu berhati-hati. Mereka mara perlahan-lahan. Apabila mereka sudah bersemuka, keduanya mengangkat sepit besar mereka dan memulakan pertarungan.
Kami semua melongo. Jika mereka adalah manusia bersenjata, mereka kini sedang berlawan fencing. Satu sukan yang dikaitkan dengan perlawanan maruah. Juga sukan yang anggun beradab. Lihatlah, bagaimana mereka mengangkat sepit mereka dengan tujahan serangan bergilir dan bertalu-talu. Sukar untuk menjangka siapa yang akan menang sekarang. Keduanya tidak berganjak dan tidak takutkan lawan. Ketam manakah yang akan ditolong Tuhan
Sedikit demi sedikit, aku melihat ketam Dhiya menjadi lemah. Semangatnya begitu kuat kelihatan daripada kakinya yang tidak berganjak. Bagaimanapun ia tidak ada stamina seperti ketam yang matang sepenuhnya. Aku kembali gementar. Mata Dhiya menyala-nyala. Mengharapkan keajaiban ketamnya yang masih muda. Entah datang dari mana, itu juga yang berlaku. Tidak semena-mena ketam Dhiya melompat dan mengangkat tinggi sepit dan membuat cakupan paling besar kepada lawannya. Sepitan yang sangat kuat hingga sepit bercalit merah itu menumbangkan lawannya langsung tidak bergerak.
Sunyi sepi. Siapa menjangka akan berakhir begini Hakim itu malah melongo sebelum kembali menyedari apa yang telah berlaku. Dia akhirnya melompat.
Knocked out!
Gamat kembali. Jeritan datang daripada belah penyokong Kampung Morten. Kibaran bendera ligat diikuti siulan teriakan. Mereka terkinja-kinja dengan kemenangan di luar duga. Di dalam kebingitan, telah berlaku komunikasi bisu antara Tam dan Dhiya. Mereka memandang lama antara satu sama lain. Dan kemudian Tam senyum. Menganggukangguk. Memberi restu kemenangan Dhiya.
Keputusan akhir! Kampung Morten menang dengan markah 2 -1!
Aku tidak mahu pertandingan ini berakhir. Aku mahu ia kekal selamanya. Mahu mengingati segala-galanya.
Hari ini Dhiya telah membuktikan kemuncak bakatnya. Bahawa kepintaran, pengetahuan dan pengalaman anak jalanan akan dapat menyelamatkan kau daripada segala dugaan bencana.
Sejak ketam itu ditangkap semalam, Dhiya telah berlaku zalim. Membekukan hatinya daripada memberi apa-apa makanan. Mengharapkan ketam itu menjadi separuh gila dan bertindak gila juga apabila didesak dan diserang. Dhiya tidak mengharapkan kepada saiz, kerana fizikal besar tidak menjanjikan kemenangan. Ketam dewasa juga bermakna kerapuhan. Justeru itu, Dhiya memilih ketam yang baru beberapa minggu bersalin kulit yang lebih kuat dan punya daya tahan. Bukankah sudah ku jelaskan betapa bersinar cerlang sepitnya, kawan
***
Daripada sinar wajah-wajah mereka, tidak kira mereka anak bekas setinggan Kampung Jawa atau penyokong Kampung Morten, kami mengira mereka berpuas hati. Mereka beransur dengan senyum membawa pulang kenangan. Kenangan betapa hari ini akan diingat buat masa yang panjang. Lani malah memelukku sebelum usai. Menyatakan dalam hidupnya, dia telah menyaksikan perlawanan paling gemilang.
Dhiya gontai ke tebing sungai. Melepaskan ketamnya ke dalam air. Matanya berkaca-kaca, menyatakan terima kasih. Selamat tinggal. Tanpa disedari, ucapan selamat tinggal itu juga merangkap pelunasan janji. Perjanjian telepatik bahawa Dhiya tidak akan lagi bermain laga ketam selama-lamanya.
Tinggal kami bertiga. Aku, Dhiya dan Tam. Tam menghampiri. Langkahnya tenang seperti biasa. Dia membawa juga kotak kayu kecil. Aku melihat kotak kayu berukir cantik dengan debar pantas. Itukah yang kami cari-cari selama ini Benda yang akan menyatukan kami kembali kepada Lim Merapatkan kembali jurang dua tebing bangsa Tam menyerahkannya kepada Dhiya.
Tanpa senyuman dan ekspresi, renungannya dalam. Kami sedar, wajah tanpa ekspresi itu punya seribu cerita. Akan sentiasa meninggalkan kami dengan tanda tanya.
Selamat tinggal, Dhiya!