Les Criaturas - 18
PAST 8

Suamiku, izinkan aku bermain-main di kawasan hutan. Aku janji tidak akan pulang lewat. Anasztasia Bathory meminta kebenaran daripada Suparman Mulia. Nada suaranya sedikit bergetar.

Suparman Mulia yang kekenyangan bersandar di tiang rumah memerhatikan isterinya dari atas ke bawah. Apa saja yang ada di hutan belantara itu Kebelakangan ini kamu selalu ke hutan. Siap bawa bekalan makanan.

Aku sudah menemui teman baru.

Teman baru

Anasztasia Bathory sedar dia telah terlepas kata. Dia bersimpuh menghadap suaminya.

Ya. Teman baruku itu ialah beruk jantan, rusa serta anak beruang. Aku suka sekali melayani anak beruang. Comel dan lucu sekali tingkah lakunya.

Kamu memang pelik. Binatang kamu layan sama seperti saudara. Baiklah. Aku izinkan. Tapi, lekas pulang. Bawa pisau ini sebagai perisai kalau-kalau ibu beruang muncul tiba-tiba. Jangan risau. Kamu tidak akan diapa-apakan. Seru saja nama aku, ujar Suparman Mulia sambil menyerahkan sebilah pisau kepadanya isterinya.

Baik. Aku pergi sekarang, ya Anasztasia bangun dan berlari-lari anak menghampiri tangga pondok. Tiba-tiba, rambutnya direntap kuat dari belakang.

Abang.. Sakit..

Kamu jangan sesekali mencurangi aku, perempuan asing. Kamu tahu nasib yang bakal kamu terima andai kamu mencurangi aku

Suparman Mulia masih lagi mencengkam kemas rambut Anasztasia Bathory.

Ya. Aku tidak curang kepadamu. Aku cuma mohon sedikit ruang buatku berhibur dengan binatang-binatang di dalam hutan.

Rambut Anasztasia Bathory dilepaskan. Suparman Mulia hanya melihat Anasztasia Bathory turun dari tangga rumah perlahan-lahan.

Perempuan!

Anasztasia Bathory berpusing kembali menghadap Suparman Mulia dari jauh.

Kamu lupa membawa bekalan makanan. Nanti kelaparan pula sahabat barumu itu.

Anasztasia Bathory cepat-cepat mengambil bekal makanan daripada Suparman Mulia. Dia menghadiahkan senyuman ikhlas kepada suaminya sebelum beransur-ansur hilang dalam kegelapan hutan belantara. Suparman Mulia menyalakan rokok daun dan menghembus perlahan asap ke udara.

Perempuan. Memang licik. Tidak boleh dipercayai langsung.

*****

Anak kecil, mari ke sini. Aku bawakan pisang sama

daging salai.

Budak perempuan itu berlari anak menuju ke pangkuan riba Anasztasia Bathory. Dia mengupas kulit pisang dan mencubit sedikit isi buah lalu disuapkan ke dalam mulut. Dia tersenyum dan mengunyah perlahan.

Sedap.

Raja Mawas ketawa melihat gelagat budak perempuan. Makhluk Gelap Bersayap hanya memandang dari jauh. Entah mengapa sejak kebelakangan ini Makhluk Gelap Bersayap seakan dingin dan menjauhkan diri hatta daripada bayi perempuan jagaannya. Raja Mawas membawa sekeping daging salai dan dihulurkan kepada Makhluk Gelap Bersayap.

Kau tak lapar Ana masak khas buat kita, pelawa Raja Mawas kepada Makhluk Gelap Bersayap.

Kau tak senang hati Apa yang bermain difikiranmu sekarang Makhluk Gelap Bersayap tidak menjawab. Pandangannya kosong.

Bagaimana aku mahu menolong jikalau engkau terus merawan perasaan begini Anasztasia Bathory datang menghampiri Raja Mawas dan Makhluk Gelap Bersayap.

Mengapa kalian bermuram durja Apa tidak enak masakanku kali ini Kurang garamnya Kurang rempahnya Aku memasak tanpa unsur kotor kali ini. Tiada pembunuhan paksaan dalam menyediakan daging salai. Aku sudah asingkan daging makanan kamu dan daging makanan suamiku. Percayalah. Makhluk Gelap Bersayap bercakap sesuatu dan ditafsirkan oleh Raja Mawas.

Makhluk Gelap Bersayap berasa tidak enak. Dia sudah jarang tidur. Kadangkala dia terbang bebas pada waktu sebelum matahari hendak mengetuk pintu dunia. Kamu jangan risau, Ana. Bukan salah kamu.

Raja Mawas.

Ya.

Boleh aku bertanyakan satu soalan Kalau kamu sudi

menjawab.

Teruskan Ana.

Anasztasia Bathory membetulkan kedudukannya. Budak perempuan itu diletakkan berhampiran timbunan daun kering. Dia ketawa terkekek-kekek melihat daun tersebut berterbangan.

Bagaimana kamu boleh fasih berbahasa manusia

Memahami sedikit tentang kami

Raja Mawas mendiamkan diri buat seketika. Dia menggaru ketiaknya sambil memicit sesuatu dan memasukkannya ke dalam mulut. Barisan gigi taring miliknya jelas kelihatan.

Kalau aku memberikan jawapanku, kamu juga perlu

menjawab persoalanku.

Anasztasia Bathory mengangguk.

Aku mulanya hanya seekor beruk kerdil yang hina dan kurus. Aku begitu tertarik dengan dunia manusia. Mereka berkasih-kasihan dan saling menolong antara satu dengan lain. Aku mengagumi sikap mereka walaupun sesetengah daripada mereka gemar membunuh. Perlakuan mereka tidak ubah seperti haiwan. Aku terus berazam untuk menjadi setaraf manusia. Aku bertapa selama beratus tahun untuk menguatkan batinku. Aku berpuasa darah selama mana yang dituntut. Sampai satu tahap aku sudah boleh berbicara bahasa manusia dan berasa cukup bahagia. Aku mahu manusia fikir bahawa aku juga makhluk yang boleh bergaul dengan mereka. Aku mahu mencipta keamanan dan menghapuskan peperangan darah, terang Raja Mawas. Dia seperti sedang berfikir. Anasztasia Bathory tunduk. Dia mula bersuara.

Mulia sungguh hatimu. Aku berasa malu. Malu dengan isi hatimu yang jernih. Aku berasal daripada keturunan yang suka membunuh. Darah sudah menjadi sebahagian daripada budaya kami sekeluarga. Inilah tujuan utamaku mengembara jauh ke mari. Aku mahu keturunanku nanti suci daripada darah dan korban. Tetapi, aku silap besar.. Kata-katanya terhenti disitu.

Anasztasia Bathory mengalirkan air mata jernih. Cepatcepat dia menyeka dan kembali tersenyum.

Apa persoalanmu

Separuh darinya sudah kau jawab tadi. Tetapi, ada satu perkara yang merunsingkan aku. Mengapa kau tidak menyelamatkan diri kau dari terus-terusan sesat dalam bimbingan Suparman Mulia Apakah kau mahu mengikut kami Patimae boleh menolongmu. Dia boleh membimbing kau keluar daripada kesesatan Suparman

Mulia. Kamu tidak mahu

Tidak semudah itu.

Mengapa Adakah kau sudah dipasung dengan ilmu hitam miliknya Makhluk Gelap Bersayap mengeluarkan bunyi sebaik sahaja mendengar pertanyaan Raja Mawas.

Sebentar, Makhluk Gelap Bersayap. Aku perlukan

jawapan daripada Ana.

Ya, lebih kurang begitulah.

Kenapa kau tidak melawan Kau juga punya sakti, bukan Sekali lagi Makhluk Gelap Bersaya mengeluarkan bunyi. Ia cuba menarik perhatian Raja Mawas.

Sebentar ratu hatiku. Sebentar..

Makhluk Gelap Bersayap mengeluarkan bunyi yang lebih kuat. Pohon-pohon disekelilingnya bergoyang kuat.

Raja Mawas melompat dan berpaut pada dahan pokok.

Anasztasia Bathory hanya membatukan diri. Kemudian, dia tersedar akan punca Makhluk Gelap Bersayap bertindak sedemikian rupa. Budak perempuan yang tadi leka bermain daun-daun kering telah hilang daripada pandangan mereka. Makhluk Gelap Bersayap menguakkan sayapnya dan terbang ke udara. Matanya tajam memerhatikan setiap penjuru. Ia ternampak budak tersebut berada begitu hampir dengan tebing sungai. Ia terbang menjunam ke bawah dan menyambarnya.

Makhluk Gelap Bersayap kembali menemui Raja Mawas dan Anasztasia Bathory.

Maaf, aku leka.

Makhluk Gelap Bersayap hanya memandang Anasztasia Bathory dengan pandangan kosong.

Ini bukan salah kamu. Usah dipanjangkan hal ini. Yang penting anak comel ini selamat. Sepasang mata kuning sedang memerhatikan perlakuan mereka dari semak berhampiran.

Aku beransur pulang dahulu. Esok kita bertemu lagi. Sampaikan salamku kepada Patimae. Aku teringin sekali berjumpa dengan tuan punya badan.

Datanglah ke pondok kami esok. Akan aku usulkan perkara ini kepada Patimae. Dia tidak akan menolak niat baik untuk berkawan. Raja Mawas cuba meyakinkan Anasztasia Bathory. Terima kasih. Aku akan lebihkan sedikit bekal buat esok hari. Kemari kamu, anak comel. Anasztasia Bathory mengucup dahi budak perempuan itu. Dia tersenyum sambil memegang pipi Anasztasia Bathory.

Anasztasia Bathory meninggalkan mereka bertiga. Perlahan-lahan dia meredah kegelapan hutan tanpa bantuan daripada jamung api. Dia sudah terbiasa dengan keadaan begitu. Setelah sekian lama akhirnya kawasan pondok Suparman Mulia muncul di hadapan mata. Anasztasia Bathory membasahkan sedikit kakinya menggunakan air di dalam tempayan. Dia bersedia untuk menaiki tangga pondok.

Lama kamu di hutan, perempuan asing

Suamiku Belum beradu lagi waktu hening begini Belum. Kontolku mengeras seketika tadi tetapi kamu

belum pulang. Kemana saja kamu

Aku bermain sama anak beruang. Sungguh lucu. Dia

suka menjamah pisang yang aku suapkan.

Suparman Mulia melompat laju dan menghunuskan parang tajam yang dililit benang kuning dan kulit biawak pada pangkalnya ke arah leher jinjang milik Anasztasia Bathory. Perlahan-lahan dia menelan air liur.

Aku tidak suka kepada pembohong! Mujur aku menyuruh Wak pergi mengekori kau setiap kali kau keluar. Engkau pergi merawat duka di hati dengan berjumpa Makhluk Gelap Bersayap, bukan! Sergah Suparman Mulia sambil menekan sedikit mata parang ke leher Anasztasia Bathory. Terbit sedikit garisan merah yang halus. Darah mulai mengalir sedikit demi sedikit.

Ampun. Kasihanilah aku. Aku mohon, rayu Anasztasia Bathory. Dia menangis teresak-esak. Suparman Mulia menarik kembali parang tersebut lantas menampar laju kedua-dua belah pipi isterinya.

Pap!

Maafkan aku. Anasztasia Bathory masih tidak jemu memohon kemaafan daripada suaminya.

Kau penipu! Sundal!

Ampunkan aku.

Tubuh Anasztasia Bathory terjelopok jatuh ke lantai pondok. Suparman Mulia masih tidak berpuas hati. Dia menyepak wajah Anasztasia Bathory berkali-kali dan memijak-mijak peha isterinya.

Anasztasia Bathory semakin lemah. Perkataan ampun dan maaf masih belum hilang dari bibirnya. Suparman Mulia merentap kuat rambut ikal Anasztasia Bathory dan berbisik perlahan.

Kau bawa aku menghadap mantan isteriku yang pertama esok hari. Sudah masanya aku bertemu guruku.

Suparman Mulia menghentak kuat kepala Anasztasia Bathory ke lantai pondok. Dia melompat keluar dari pondok dan terus menunggang biawak gergasi peliharaannya meredah kegelapan hutan sambil memegang tinggi jamung api. Perlahanlahan satu objek kecil terbang menghampiri Anasztasia.

Cermin.. Tolong.. Makh..

Pandangannya bertukar gelap.