Jaga kesihatan diri dan elakkan pemakanan yang boleh menjejaskan kesihatan.
Pastikan diri sudah cukup bersedia dari segi rohani, jasmani dan emosi.
Datang awal ke majlis untuk mendapatkan mood suasana sekaligus mengelakkan perasaan gementar dan takut.
Kaji kedudukan pentas, mikrofon, kedudukan panel hakim dan penonton (VIP, umum).
Semasa
Tahu giliran persembahan dan bersedia di tangga selepas peserta sebelumnya tamat membuat persembahan (jangan sampai nama dipanggil berulang-ulang kali).
Melangkah dengan sopan apabila nama dipanggil oleh juruacara.
Sentiasa tersenyum dan bersopan-santun. Beri salam hormat dan tundukkan sedikit kepala.
Bacakan judul puisi dan sebut nama penulis dengan tepat dan jelas. Misalnya:
Suara Dari Dinding Dewan hasil karya A. Samad Said
Jangan membebel-bebel atau banyak bercakap. Selepas membaca judul puisi dan nama penulis, teruskan dengan persembahan puisi. Walaupun judul puisi telah disebut oleh juruacara sebelum itu, tidak salah mengulang sebut sekali lagi.
Berhenti seketika jika tidak cukup nafas. Jangan sampai perkataan tidak kedengaran kerana semput.
Ucapkan terima kasih, tundukkan sedikit kepala dan melangkah dengan tenang.
Selepas
Buat koreksi diri. Tanya pendapat rakan-rakan akan persembahan yang telah dibuat.
Tonton semula aksi persembahan diri (sekiranya dirakam).
Jangan mudah berpuas hati. Lakukan penambahbaikan untuk persembahan akan datang.