SAYA BUKAN FANATIK - 18
Saya pernah terbaca kisah seorang wanita yang dilahirkan sebagai seorang Muslim tetapi dibesarkan dengan budaya dan nilai-nilai barat. Wanita ini sedang mencari jawapan kepada soalan-soalan mengenai agama kelahirannya, Islam, yang dia langsung tidak mempunyai apa-apa pengetahuan mengenainya.

Dia tidak berapa faham tentang Islam atau lebih tepat lagi, pemahamannya mengenai Islam adalah tidak tepat. Dia telah melakukan banyak kesalahan tetapi instead of cuba menolong

dan memperbetulkan kesalahan-kesalahannya, saudara se-Islam di sekelilingnya telah menilai dan menghukumnya. Mereka mencemuh wanita tersebut apabila dia cuba bertanya mengenai Islam. Mereka sepatutnya memberi wanita tersebut kata-kata galakan yang lembut dan cuba menolongnya akan tetapi sebaliknya, mereka mengejek dan menghina.

Kisah wanita tersebut telah menyentuh perasaan saya. Walaupun dia telah banyak melakukan kesalahan dan dosa, saya tidak boleh judge dia. Bagi saya, kesemua kesalahan dan dosa yang dia lakukan adalah di dalam keadaan jahilan dan bukan secara sengaja. Kisah wanita ini adalah salah satu daripada jutaan kes Muslim dimana pengetahuan mereka mengenai Islam adalah delayed atau belum sampai. Kita perlu ingat bahawa hidayah dan pemahaman itu datangnya dari Tuhan. Hanya Dia sahaja yang menentukan bila seseorang itu akan mendapat petunjuk atau hidayah dariNya. Seseorang itu boleh belajar untuk bertahun lamanya tetapi tanpa pemahaman, ia masih sia-sia. Macam saya pun, pada zaman muda dulu, jahil juga. Walaupun kesedaran itu datang tetapi pemahaman terhadap agama datang kemudian dan bukan serta-merta. Bertahun juga saya mencari tetapi akhirnya, Alhamdulillah, jumpa juga.

Saya sebenarnya amat memahami situasi sister tersebut. Saya juga pernah berada di kedudukan dia dulu. Kejahilan mengenai agama Islam pada ketika itu adalah salah saya sendiri tetapi nasib baiklah Tuhan masih menyayangi saya dan memberi masa untuk saya bertaubat dan belajar semula. Kalau tidakbbrrr alamat terus ke neraka Jahanamlah tempat saya bersemadi selamanya..

Kalau anda semua perasan, hanya selepas kejadian September 11 di Amerika, yang Islam mula dikenali dipelusuk dunia. Hanya selepas kejadian tersebut, kita dapat melihat kemunculan penceramah-penceramah antarabangsa. Mereka mampu menerangkan kepada dunia mengenai Islam dengan cara yang mudah dan dapat diterima oleh Muslim dan juga yang bukan Muslim.

Pada masa saya membesar (besar umur, bukan badan!) keadaannya amatlah berbeza. Kami tidak ada internet yang mana kami boleh menekan satu butang dan semua maklumat akan keluar. Pada masa itu, jika seseorang itu ingin belajar mengenai Islam mesti berguru dengan seorang guru agama, yang kita panggil ustaz atau ustazahatau ulamak. Pada ketika itu, sumber pengetahuan agama kita hanya bergantung kepada ustaz atau ustazah ini.

Ada separuh dari ustaz atau ustazah ini tidak disuka disoal oleh anak muridnya mengenai Islam. Mereka menuntut agar apa yang mereka ajar atau sampaikan, diterima tanpa soal. Mungkin mereka rasa dicabar kalau murid menyoal pengajaran. Atau mungkin mereka sendiri tidak tahu jawapan kepada soalan yang ditanya tetapi malu untuk mengaku. Ada juga yang berkeras kita terima bulat-bulat apa yang diajarkan tanpa soal. Sekiranya kita menyoal, ianya seumpana kita menyoal kewujudan Tuhan dan boleh menyebabkan kita terpesong dari agama Islam. Allahuakhbar!

Dahulu, saya selalu bertengkar dengan ustaz atau ustazah yang mengajar kerana memang banyak menyoal. Soalan-soalan saya bukannya berniat untuk memalukan mereka atau keluar dari Islam tetapi kerana benar-benar ingin tahu dan faham. Saya dibesarkan sejak dari kecil untuk bertanya jika tidak tahu atau tak faham dan bukan mengikut secara buta tuli. So, you can imagine the obstacles I faced back then!

Ketika itu, saya juga merasakan diri hanyut tanpa tujuan dan saya mencari jawapan kepada keresahan di dalam hati saya. Jiwa saya bergolak. Saya dinilai dengan sekerasnya kerana soalan-soalan saya yang kononnya melawan akidah. Tapi bagi saya, soalan-soalan itu adalah bernas dan adalah kunci kepada pemahaman saya mengenai Islam.

Saya diejek kerana saya jahil mengenai agama Islam walaupun dilahirkan sebagai seorang Muslim. Pada hakikatnya, saya bertanya kerana ingin tahu. Kalau saya memang berniat untuk keluar dari Islam, I wouldnt even bother asking, akan hanya terus hidup mengikut kehidupan saya ikut suka saya.

Dalam kes ini, sister tersebut tidak mengatakan bahawa pemahaman Islamnya adalah betul, tetapi dia hanya menerangkan apa yang dia fahami. Dia juga sebenarnya mencari kebenaran. Ia memerlukan satu keberanian yang tinggi dari seseorang untuk mengaku jahil kerana tahu bahawa dia akan dikecam dan dicemuh atas sebab itu. Hanya orang yang berani sahaja yang akan mengaku dirinya mempunyai kekurangan. Orang lain, walaupun penuh dengan kecacatan dan kelemahan di dalam diri, dia akan terus berlakon seolah-olah mereka faham dan mahir, tetapi mereka inilah yang akan terus hidup dalam kejahilan.

Kalau anda adalah salah seorang yang bertuah yang dikurniakan oleh Allah SWT ilmu dan pemahaman mengenai Islam, janganlah jadi bongkak dengan diri sendiri atau rasakan diri lebih elok dari orang lain. Jangan juga rasakan bahawa ilmu dan pemahaman yang diberikan itu akan menyelamatkan diri dari seksa api neraka. Perasaan bongkak dan Riya itulah, salah satu tiket untuk terus masuk ke Jahanam!

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang di dalam hatinya ada sifat takbur sebesar biji sawi, nescaya ditelengkupkan mukanya oleh Allah dalam api neraka.

Riwayat Imam Ahmad

Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sifat sombong sebesar biji sawi. Dan tidak akan masuk neraka orang yang dalam hatinya beriman sebesar biji sawi.

Riwayat Muslim

Lain kali, kalau kita terjumpa dengan orang yang tersesat, janganlah menilai mereka atau melayan mereka dengan kejian dan cemuhan. Pada saya, adalah sebabnya orang itu sesat. Ianya kerana Tuhan mahukan orang tersebut untuk mencari jawapan dan mencariNya. Siapalah kita untuk menghukumi mereka Adakah kita sendiri sudah perfect atau bebas dari sebarang kelemahan Besar kemungkinan, soalan-soalan mereka itulah yang akan mendekatkan diri mereka dengan Tuhan dan mendapat kedudukan yang lebih tinggi dari yang kita sendiri boleh bayangkan.

Separuh dari mereka itu, tak ada niat untuk menjadi sesat jadi janganlah memandang rendah atau hina terhadap dosa atau kesalahan yang mereka lakukan. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna dan tiada manusia yang bebas dari dosa kecuali Nabi Muhammad SAW. Bagi orang-orang yang lost ini, treat them with love and compassion. Cuba bimbing mereka sedaya upaya kita. Kalau kita berkongsi ilmu dengan mereka pun, tak kurang ilmu di dada kita bahkan kita akan diberi ganjaran untuk kebaikan kita.

Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, sabdanya: Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka.

Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tirmizi

Daripada Abu Hurairah R.A berkata: Nabi SAW bersabda: Apabila mati seorang anak Adam maka terputuslah segala amalannya kecuali yang datang dari tiga sumber. Pertama sedekah jariah. Kedua ilmu yang memberi manafaat. Ketiga anak yang soleh yang mendoakan baginya.

Hadis Riwayat Muslim

Janganlah kita anggap just because seseorang itu born Muslim, dia tahu segalanya pasal Islam. Boleh jadi parents dia tak pernah ajar mengenai Islam atau keadaan sekitarnya tidak berapa kondusif untuk dia belajar mengenai Islam. Boleh jadi yang dia diajar versi lain mengenai Islam. Apa-apa pun, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menolong mereka sekiranya mereka datang meminta tolong dari kita. Janganlah menghalau mereka. Kita perlu berhati- hati, kalau tidak berkongsi ilmu atau kedekut ilmu dengan orang lain, padah balasannya nanti. Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa ditanya tentang suatu ilmu lalu ia menyembunyikannya, maka ia akan dikekang pada hari kiamat nanti dengan kekangan daripada api neraka.

Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi

Satu perkara lagi, siapa kata kita tidak boleh bertanya tentang Islam Kalau kita nak memahami Islam dengan lebih baik, kita mesti bertanya. Bertanya adalah salah satu dari proses pembelajaran dan pembelajaran tidak akan berhenti sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir.

Barangsiapa yang keluar untuk mencari ilmu maka ia berada di jalan Allah hingga ia pulang. Riwayat Tirmizi

Sabda Nabi SAW maksudnya: Sesiapa yang pergi menuntut ilmu, Allah akan melorongkan untuknya laluan ke syurga. Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayap mereka kepada para penuntut ilmu kerana sayangnya para malaikat kepada para penuntut ilmu itu.

Riwayat Ahmad al-Tirmizi Abu Daud

Saya sesungguhnya percaya adalah elok untuk bertanya daripada terus hidup dalam kejahilan. Yang paling teruk, percaya yang kita tahu semuanya. Semoga jika kita teruskan mencari ilmu, Tuhan akan memberikan kita perasaan rendah diri. Ameen.