TRAVELOG FAGHUZI - 18
Bromo, Indonesia

Aku belajar menaruh hormat kepada orang yang menegakkan martabatnya dengan cara membuktikan dirinya sendiri, bukan dengan membangun fikiran negatif tentang orang lain.

- Andrea Hirata

Jam hampir tepat pukul 3 pagi dan kami sudah terjaga dari tidur. Sebenarnya beberapa kali aku terjaga dari tidur. Kelenaan terganggu dek rasa dingin sejuk yang mencengkam tulang-temulang kami. Kali ini terjaga maka terus berjaga. Aku segera ke tandas untuk membasuh muka dan berus gigi. Malas nak mandi sejuk-sejuk ni. Membasuh muka pun dah kebas muka. Aku memberus gigi dan sebaik saja air dimasukkan ke dalam mulut untuk berkumur, serta-merta rasa ngilu gila babi mencengkam ke otak. Terasa kebas rahangku. Kebas yang bukan calang-calang. Memang tak mandilah kalau macam ni. Basuh kemaluan lepas kencing pun rasa semacam. Nak tak nak kena basuh juga. Haha! Usai ke tandas aku kembali ke depan. Haeri sudah bersiap-siap. Aku menyarungkan knee guard di lutut kiriku yang cedera kerana bermain futsal. Lutut ini terpaksa bergantung kepada knee guard bagi melaksanakan aktiviti lasak. Jika tidak, sukar untuk aku melakukannnya. Setiap bilik di sini juga sudah terpasang lampunya. Semua sudah terjaga untuk menaiki Gunung Bromo. Luis dan isterinya keluar

dari bilik. Aku menjamah biskut coklat sebagai pembekal tenaga dan minum air Nescafe tin. Tak elok minum Nescafe banyak-banyak. Jip-jip yang bakal membawa pengunjung ke checkpoint-checkpoint dalam menaiki Gunung Bromo sudah kelihatan.

Kami melakukan beberapa senaman ringan untuk mendaki. Kemudian Beatriz dan David turun mendapatkan kami dan mengkhabarkan yang Meritxell dan Noelia tidak dapat turut serta kerana tidak sihat. Kami mengangguk saja. Mungkin benar mereka tidak sihat atau mungkin masih rasa bengang dengan bayaran masuk ke sini. Mereka berkeras tidak mahu membayar.

Apa yang mereka fikirkan kami biarkan. Luis mengangkat beg aku dan Haeri untuk diletakkan ke dalam bilik. Sempat juga kami berbual pendek sebelum masingmasing memulakan langkah untuk menikmati sunrise. Orang ke sini memang takde buat apa, mesti tengok sunrise. Kalau ada yang handal bermain kamera, bolehlah menangkap gambar bintang-bintang di langit yang luas pada malam hari kerana ia memang jelas kelihatan. Kamera fon aku tak nampak.

Kesemua mereka mula bertolak. Aku dan Haeri memulakan perjalanan dalam keadaan gelap ini. Lampu suluh kecil aku ambil dari beg sandang untuk menerangi perjalanan. Sedang kami berjalan, kami dihampiri pemandu ojek yang menawarkan harga sebanyak Rp10,000 untuk kami berdua menaiki motornya. Kami mahu berjalan saja lalu tawaran itu ditolak. Namun pemandu ojek berkeras mengatakan kami perlu menaikinya jika tidak mahu terlepas menikmati suasana matahari terbit. Bilangnya, kalau berjalan kaki perlu bangun lebih awal dari waktu yang kami bangun. Waktu yang kami bangun adalah untuk mereka yang mempunyai kenderaan. Terdapat dua pananjakan yang kebiasaannya menjadi lookout point untuk pengunjung menikmati sunrise dan perjalanan kami tidak akan terus sampai ke Bromo. Namun antara dua penanjakan itu, orang selalunya memilih salah satu penanjakan untuk menikmati panorama sunrise. Memikirkan kembali semua perkara tersebut, memang ada benarnya. Berdasarkan blog-blog dan forum yang dibaca memang ada kebenarannya. Mahu tidak mahu kami menaiki ojek. Terasa bangang pula tapi tidak mengapa. Maklumlah kali pertama mengembara seperti ini. Bolehlah dijadikan pengajaran dalam hidup. Setiap perkara yang kita lalui dalam hidup adalah kali pertama apabila kita mencuba. Jadi tak salah untuk mencuba. Lainlah kalau mencuba itu sudah menjadi satu dosa.

Melakukan sedikit perbincangan bersama Haeri, kami memikirkan lebih baik kami terus ke savannah saja tanpa perlu ke mana-mana penanjakan. Kami menyusuri jalan itu dengan motor di dalam kelam malam sambil ditemani lampu suluh. Akhirnya sampai di sebuah kawasan lapang yang dipanggil savannah. Savannah ini kelihatan mengelilingi sekitar Gunung Bromo. Di sekitar ini juga terdapat gunungganang lain yang membentuk banjaran. Dari jauh kelihatan sedikit cahaya oren matahari mencuri keluar dari kegelapan pagi. Pada waktu ini sudah kelihatan ramai susuk-susuk tubuh pengunjung dan peniaga yang berada di sekitar savannah. Boleh tahan jauh kalau kami berjalan kaki meredah savannah sehingga ke kaki gunung. Mujur naik ojek, sekurangnya kami mampu menikmati matahari terbit pada waktunya di atas Bromo. Kami dihentikan di kaki gunung yang juga terdapat satu gunung bernama Gunung Batok. Pengunjung juga boleh menunggang kuda di sini dengan bayaran Rp10,000. Udara dinihari dihirup bagi menikmati kesegarannya. Dari jauh kelihatan puncak Gunung Semeru. Gunung Semeru mungkin kami pergi waktu lain.

Kami berjalan melewati orang ramai serta sisa-sisa tahi kuda yang bertaburan di atas tanah. Sambil melangkah kami berhati-hati juga agar tidak terpijak tahi. But you know, sometimes shit happens. Ada pengunjung sudah terpijak tahi. Mula terasa sedikit semput apabila menaiki gunung. Maklumlah tak biasa. Bersukan pun berapa kali saja sebelum ni maka tak hairanlah kalau semput sikit. Perjalanan tetap diteruskan sehingga tiba di pinggir tangga yang membawa ke puncak Gunung Bromo. Ramai orang di kiri kanan tangga berhenti mengambil gambar. Matahari kelihatan terbit semakin tinggi. Kami bergegas menaiki tangga dengan laju. Makin semput. Hidung sudah berair. Kesukaran bernafas mungkin disebabkan tersedut asap sulfur yang dilepaskan dari liang gunung berapi Bromo. Bromo merupakan gunung berapi yang masih aktif.

Menceritakan serba-sedikit mengenai Gunung Bromo, namanya berasal dari bahasa Sanskrit iaitu Brahma. Brahma adalah Dewa Utama bagi agama Hindu. Kerana statusnya yang masih aktif sebagai gunung berapi, debu-debunya masih boleh kelihatan. Ketinggiannya adalah 2,392 meter di atas paras laut. Mempunyai sebuah kawah besar dan terletak di dalam kawasan Taman Nasional Bromo Tengger

Semeru dengan keunikan lautan pasir seluas 5,250 hektar. Akhirnya kami tiba di atas Bromo. Kelihatan kawahnya masih sibuk mengeluarkan asap dan debu dalam usaha mengujakan para pengunjung. Ya, memang benar kata temanku yang biasa mendaki gunung, suasana Bromo seperti di pasar minggu. Sesak dan ramai orang. Ramai orang mengambil foto untuk dibuat kenangan. Aku dan Haeri terus berjalan menyusuri tepian kawah di sebelah kanan kami manakala lereng gunung yang menjunam di sebelah kiri. Terasa gayat juga. Dengan lutut yang pernah cedera ini menimbulkan sedikit rasa tidak selesa ketika melalui tepian kawah yang sekejap naik sekejap turun. Dari atas kawah ini, cahaya mentari pagi menyinari kami. Cermin mata hitam aku pakai dan terus mengambil beberapa foto. Begitu juga Haeri. Selepas itu kami ditegur oleh satu keluarga bule bisu. Mereka meminta tolong untuk mengambil gambar mereka. Haeri setuju dan mengambil gambar mereka.

Selepas itu, keluarga bisu itu mengajak kami ke bahagian yang lebih atas di mana tidak ramai orang di situ. Kami bersetuju. Keadaan sedikit cerun menyukarkan sedikit pergerakan kaki aku untuk menaikinya, namun aku sudah sampai sejauh ini untuk berputus asa. Aku teruskan berjalan mengikuti keluarga bisu dan Haeri. Keluarga bisu tiga beranak itu kelihatan sungguh aktif lebih-lebih lagi si bapa. Anak perempuan dan isterinya seakan hanya melayan telatahnya yang tak duduk diam. Tidak menunjukkan tandatanda semput. Sekejap berlari, sekejap melompat ketika mengambil gambar. Kami hanya mampu berkomunikasi dengan mereka menggunakan bahasa isyarat yang merapu namun masih difahami mereka. Tapi adakala mereka tidak faham dan kami gagal memahami apa yang dimaksudkan mereka. Halangan itu tetap tidak menghalang keterujaan kami berada di atas. Setelah beberapa ketika, keluarga bisu itu meminta diri untuk turun ke bawah. Aku dan Haeri masih melepak sebentar.

Melihat cerun di depan kami membuatkan kami terfikir sesuatu. Sambil memaling kepala memandang kawah gunung berapi yang berada di belakang, aku dan Haeri bersetuju untuk menuruni cerun gunung ini. Hal ini kerana kami malas mahu menggunakan tangga yang sudah kelihatan jauh dari pandangan. Tanpa berfikir panjang, Haeri terus menggelongsor menuruni cerun sambil tangannya memegang henfon untuk merakam video detik menuruni cerun. Tanpa memikirkan lutut yang cedera, aku menggelongsori cerun. Kalau ada papan ni dah boleh rasa macam main snowboarding. Gelagat kami diperhatikan oleh beberapa pengunjung yang masih berada di atas. Tanpa mempedulikan mereka kami terus menyusuri cerun. Sekalisekala aku tergolek dari gelongsoran. Mujur aku berjaya mengawal keadaan dari terus bergolek sehingga ke bawah. Sampai di bawah kaki kawah Bromo, kami merentasi savannah yang terbentang luas. Tanahnya subur kerana berada di kawasan gunung berapi. Muntahan lava gunung berapi bagus untuk menjadikan tanah subur. Tidak mustahil suasana di savannah begitu cantik untuk dinikmati. Ternyata ia menunjukkan kebesaran Sang Pencipta yang menciptakan alam ini untuk kita sebagai manusia terokai dan hargai. Di kesempatan ini kami bergambar di sebuah kuil yang berada di tengah savannah untuk melepaskan penat lelah berjalan.

Savannah ini terus kami redah untuk kembali ke tempat penginapan komuniti berbahasa Sepanyol. Sekali lagi kami dihampiri ojek yang menawarkan perkhidmatan. Aku dan Haeri layankan saja. Sekali lagi kami menaiki ojek. Kali ini lebih mencabar dari masa pergi. Jalan curam yang kami turuni pagi tadi kini perlu kami naiki dengan motor. Tiga orang menaiki motor menempuh jalan curam yang berada di paras 70 atau 80 darjah. Bersusah-payah kami naiki. Sebaik minyak dipulas, kami menaiki jalan curam itu dan kemudian pasti senget ke tepi sehingga hampir terjatuh ke lereng gunung. Lebih dari lima kali percubaan. Haeri memutuskan untuk membiarkan ojek itu menghantar aku dulu ke atas sebelum kembali mendapatkannya. Idea itu ternyata membantu. Akhirnya seorang demi seorang menaiki ojek untuk kembali ke atas menuju tempat penginapan tersebut.

Sampai di atas, terbangang pula apabila ditanya oleh pemandu ojek ke mana tempat hendak dituju. Kerana kegelapan malam, aku tak ingat jalan dan di mana tempat penginapan itu. Begitu juga Haeri. Suasana terang pagi hari terasa begitu asing buat kami lalu dikatakan kepada mas yang membawa ojek untuk teruskan berjalan sehingga kami ternampak bangunan yang kami cam. Beberapa simpang dilalui dan dari jauh kelihatan mini van yang kami tumpang semalam serta rekabentuk tempat penginapan tersebut. Kami dihantar ke situ. Bayaran upah adalah sebanyak Rp10,000 untuk kami berdua namun pada waktu ini duit paling kecil yang ada adalah Rp20,000. Mas tersebut mengatakan dia tiada wang kecil. Maka, kami bayar saja Rp20,000 itu.

Setibanya di tempat penginapan mereka yang lain, kelihatan Meritxell sedang duduk di beranda atas lalu menegur kami dengan ucapan selamat pagi dan menuruni tangga. Noelia berada di bawah bersama David dan Beatriz serta pasangan dari Mexico. Entah apa mereka borakkan dalam bahasa Sepanyol. Rancak bunyinya. Mereka semua sedang menikmati sarapan. Kami hanya makan biskut dan terserlah di wajah yang kami tidak dapat rehat yang cukup. Aku dan Haeri mendapatkan backpack kami lalu diletakkan di ruang belakang van yang tidak berkunci. Ruangan itu kami duduk sebagai tempat berehat.

Supir yang membawa kami menghampiri untuk meminta bayaran masuk ke taman negara. Aku dan Haeri membayarnya. Kemudian supir itu menarik kami ke suatu sudut dan dari jauh kontinjen Sepanyol dan Mexico melihat kami yang dicekup oleh supir berkenaan.

Cewek-cewek lu enggak mau bayar. Lu bisa suruh mereka bayar atau kalian sekali tidak akan ku bawa kembali ke Probolinggo! itulah kata-kata yang terpacul dari mulut supir terbabit. Bunyinya seperti amaran kepada kami. Eh, mereka yang enggak mau bayar mengapa kami yang harus bertanggungjawab! ujar kami.

Heh! Lu datang bersama mereka! cengkaman di baju kami dilepaskan dan supir itu berlalu pergi.

Apahal doh! Diorang tanak bayar takkan kita plak yang kena ujarku kepada Haeri.

Itulah pasal. Dahla tak bagitau awal-awal bayar tu, bayar ni, pastu nak paksa-paksa. Siallah! Haeri membalas. Dari jauh kelihatan dua gadis Sepanyol itu berborak sesuatu dengan David dan Beatriz sambil memandang kami. Kami cuma duduk termenung saja di tembok tepi tempat penginapan sambil merokok dan minum air. Meritxell menghampiri kami. What did that bastard told you tanya Meritxell. Nothing. Just ask for the payment and he also mentioned that you and Noelia have to pay or he will leave us here, aku membalas pertanyaannya dan raut wajah Meritxell turut berubah.

What are you going to do Haeri bertanya kembali kepada Meritxell. Meritxell hanya mengangkat bahunya. Actually, he asked for the payment many times before you came back here and he sounds like mafia. I dont know. Does he want to hurt any one of you or kill you Meritxell bertanya lagi.

He didnt said that but I dont know what he is capable of. No idea. We just have to be prepared for any situation, aku membalas sambil Haeri mengangguk. You two dont have to worry. It is my responsibility, balas Meritxell kepada kami. Kami memandang Meritxell dengan mata kuyu tak cukup tidur.

Supir itu kemudian memanggil semua penumpang untuk segera menaiki van kerana sudah tiba masa untuk bergerak kembali ke Probolinggo. Pada masa sama supir itu memandang dengan pandangan yang dahsyat kepada gadis-gadis Sepanyol dan juga kepada kami berdua. You two, pay! No payment then you have to walk from here! tempiknya kepada Meritxell dan Noelia sambil sekali-sekala memandang ke arah kami dengan muka yang bengis. Apalah nasib dapat supir bengis. Tak semua supir macam ni tau.

Okay! But first I want to go to the ATM machine to withdraw some money. We dont have any cash with us! balas Meritxell. Supir itu bersetuju.

Okay! Get your money and pay! sekali lagi supir itu bertempik dan menghempaskan pintu van. Enjin dihidupkan dan bergerak menuju ke sebuah mesin ATM yang berada di bawah. Meritxell dan Noelia turun untuk mengeluarkan duit. Sejurus beberapa minit kemudian, mereka menghampiri van. Supir itu telah sedia menunggu di pintu.

Now you pay, or leave! tegas supir memandang mereka berdua. Que te follen! Meritxell yang berang mengeluarkan sejumlah wang serta seakan mencarut terus membayar kepadanya dan masuk ke dalam van duduk bersebelahan kami.

He is shit! Bastard! ujar Meritxell. Kami mengangguk kepala setuju dengannya.

Cabrn! Pendejo! Bastardo! Meritxell dan Noelia menyumpah seranah. Mencarut la tu.

Here is your money that we borrowed yesterday, dia menghulurkan wang yang dipinjam dari Haeri.

Fuck this shit! I wonder with anyone else. Looks like they dont give a fuck about the payment like you do, aku pula bersuara sambil menyuarakan persoalan yang bermain di fikiran.

Well, they actually pay just to avoid conflct. They just dont care about the entrance payment because it just cost them a few money but for me, no matter how much is the value or price, it feels like being cheated when you werent being informed with all the details, balas Meritxell. Kami agak setuju dengan pendiriannya. Tidak kisahlah berapa nilai wang yang diminta tapi lebih baik dikhabarkan awal-awal sebelum kami bersetuju untuk menggunakan apa-apa perkhidmatan. Lepas ini, jika ada apa-apa, aku perlu banyak bertanya untuk kepastian. Biar masalah seperti ini tidak berlaku lagi. Setelah permasalahan yang berlaku telah diselesaikan, kami dibawa pergi ke Probolinggo. Di sana akan bertukar kepada van yang membawa kami ke Jeti Bayuwangi bagi menaiki feri ke Bali.