Football Association (FA), dilangsungkan antara Barnes dengan Richmond yang berkesudahan seri 0-0.
Sebelum sekitar Oktober 1863, beberapa wakil kelab bola sepak di England bersepakat menubuhkan satu jawatankuasa yang akan menetapkan peraturan permainan bola sepak supaya lebih standard dan tersusun. Ia bukan bertujuan untuk menubuhkan sebuah sukan baharu, cuma mahu sukan bola sepak dimainkan mengikut peraturan seragam.
Pada zaman itu, sukan bola sepak dimainkan secara bebas. Lain tempat lain juga cara dan kaedah dimainkan. Peraturan-peraturannya juga berbeza-beza.
Penubuhan FA ini juga, menyebabkan satu lagi sukan baharu muncul, iaitu sukan ragbi. Peraturan permainan oleh FA menyebabkan wujud perbezaan antara sukan bola sepak dan ragbi. Para pemain yang mengamalkan permainan bola sepak gaya ragbi merasakan peraturan FA bertujuan menyekat perkembangan sukan bola sepak gaya ragbi.
Maka pada 1871, persatuan ragbi pula ditubuhkan, dikenali sebagai Rugby Football Union.
Kisah ragbi
Pada tarikh 22 Jun tahun 1871, draf pertama peraturan dan tatacara permainan ragbi didaftarkan. Ia menjadi asas bagi sukan tersebut, cara permainan dan peraturannya.
Sukan serpihan bola sepak. Terdapat suatu peristiwa di mana dalam satu perlawanan bola sepak di abad ke-19, seorang remaja bernama, William Webb Ellis telah menggunakan tangan, memegang bola lalu melarikan bola ke garisan gol. Perbuatan beliau itu salah, lalu dikejar oleh pemain-pemain lain.
Bola sepak cara rugby ini berbeza dengan bola sepak biasa, pemain akan berlari memegang bola, pemain lain perlu berada di belakang pemain yang membawa bola jika mahu menerima bola, dan bola yang disepak ke depan, hanya pemain yang berada di belakang penyepak boleh mengejar mendapatkan bola. Aktiviti tackle itu biasa.
Waktu itu, permainan bola sepak peraturannya tidak seragam. Saiz padang di lain tempat tidak sama, pelbagai lagi. Cabang bola sepak rugby dikatakan ganas dan kasar. Maka FA England cuba menetapkan syarat, yang kemudiannya menjadi asas peraturan bola sepak moden, di samping cuba mengharamkan kaedah permainan rugby.
P e m i n a t - p e m i n a t rugby membantah, lalu mereka merangka draf dan peraturan, lalu mendaftarkan permainan mereka berasingan daripada bola sepak. Maka pada tahun 1871, Rugby Football Union diasaskan. Ia kemudiannya menjadi asas kepada sukan ragbi kini.
Nama Rugby itu diambil dari nama sebuah sekolah asrama di kawasan bernama Rugby. Sekolah itu dikenali sebagai Rugby School, sekolah di mana William Webb Ellis belajar. Ragbi ini sukan bawaan penjajah British di negara
kita. Mula dimainkan di sekolah-sekolah Inggeris. Sekolah-sekolah premier seperti MCKK, KE Taiping,
KGV Seremban, KSAH
Alor Setar dan banyak lagi merupakan antara sekolah pertama di mana ragbi dimainkan di negara ini.
Sukan ini amat berbeza sama sekali dengan bola sepak. Pengadil dalam rugby amat dihormati. Tiada bangkangan dari pemain. Pemain biasanya memanggil pengadil dengan gelaran Sir. Setiap kata-kata pengadil disahut pemain, Yes Sir atau OK Sir. Always not to be caught offside, salah-satu peraturannya. Tackle dari pinggang ke bawah.
Rugby is a game for barbarians played by gentlemen. Football is a game for gentlemen played by barbarians.
- Oscar Wilde.
(Oscar Wilde adalah seorang sasterawan Inggeris pada abad ke-19)