Tapi masih belum ada berita baik tentang video tu. Keluh Joshua.
Aku dah minta seorang teman aku perbaiki imej di dalam rakaman itu. Dia pakar dalam hal-hal macam ni. Kita mungkin akan terima berita baik bila-bila masa sahaja. Ujar Filman. Entah kenapa dia yakin, hanya dengan rakaman itu sahaja boleh memastikan Aliff menerima hukuman ringan. Dan itu yang mahu dilakukannya untuk membantu Aliff dan Danira.
Ayah kau tahu fasal Naufal Soal Joshua lagi.
Filman menggeleng. Dia sebenarnya ingin berterus-terang dengan ayah dan ibunya sebelum kedua-duanya tahu siapa Aliff. Tapi entah kenapa dia tidak tahu bagaimana caranya. Ayahnya pasti naik angin dan akan bertindak mendakwa Aliff. Itu memang sikap Tengku Amar yang difahaminya selama ini.
Apa pun, kita dah dapat cip ni. Aku akan bawa cip ni pada pihak berkuasa. Tak lama lagi Datuk Kahirul dan organisasinya akan berkubur. Faruk dan orang-orangnya dah ditangkap. Kini tinggal Datuk Kahirul sahaja. Kita kena kaitkan bukti ini dengan Mednex Laboratories serta pembunuhan Profesor Adnan sebelas tahun yang lalu. Kita juga mungkin perlukan Naufal sebagai saksi kes Firdaus. Ujar Umar tegas.
******
Filman dan Joshua saling berpandangan. Jika Naufal dikaitkan, mungkin anak muda itu akan menerima hukuman di atas kesilapan yang dilakukannya dahulu.
Kalau video itu boleh membuktikan apa yang berlaku pada Firdaus itu tidak disengajakan, Naufal tidak akan apa-apa. Tapi kerana melarikan diri dari tuduhan, mungkin Naufal akan dipenjarakan dalam tempoh singkat. Sambung Umar yang pernah menjadi peguam suatu ketika dahulu.
Joshua mengangguk. Ada benarnya kata-kata Umar kali ini. Untuk melengkapkan proses dakwaan ke atas Datuk Kahirul dan orang-orangnya, mereka perlukan pertolongan Naufal. Dia menjeling ke arah Filman yang kelihatan diam kali ini. Joshua tahu Filman berat hati mahu membabitkan Naufal yang masih terlantar di hospital. Namun apakan daya, nama Danira harus dibersihkan dan organisasi pengedaran dadah itu harus dihapuskan agar pembunuhan Firdaus menemui noktahnya.
Tak boleh. Saya tak izinkan! Bangkang Danira sebaik mendengar kata-kata Joshua dan Umar. Dia langsung tidak bersetuju dengan hujah kedua-duanya.
Danira, dengar dulu. Ini penting untuk memastikan Datuk Kahirul dan orang-orangnya menerima hukuman setimpal. Lagipun takkan Danira tak mahu membela kematian ayah dan ibu Danira Pujuk Joshua.
Mereka dah meninggal Josh. Orang yang mati takkan kembali ke dunia ni. Tapi Naufal berbeza. Dia masih hidup dan bernafas di hadapan saya. Saya tak boleh benarkan dia serah diri dan terima hukuman yang saya dah jalani enam tahun dahulu. Getus Danira seraya menggelengkan kepalanya. Ekor matanya segera mencari wajah Filman. Tapi sedari tadi, Filman hanya mengambil sikap berdiam diri.
Awak pun setuju dengan semua ni Filman Soal Danira seraya merenung lelaki itu. Filman berpaling. Pandangan lelaki itu kini tertumpu ke wajahnya. Renungan Filman kelihatan serius.
Awak kata awak cintakan saya, tapi diam-diam awak buat rancangan nak pisahkan saya dan Naufal. Tuduh Danira dengan suara meninggi.
Filman mengeluh kecil. Kalaulah gadis itu tahu bahawa dia juga tidak sanggup sebenarnya. Naufal memang adik Danira, tapi Aliff yang dikenalinya juga merupakan adiknya. Tak mungkin seorang abang sanggup menyerahkan adiknya sendiri ke tangan pihak berkuasa.
Melihat lelaki itu diam sahaja, dada Danira berbahang. Kelopak matanya terasa panas menyengat. Dia benar-benar kecewa dengan Filman.
Sampai hati awak Filman. Awak tahu saya dah lama cari Naufal, tapi dalam sekelip mata awak nak pisahkan kami. Apa perlu saya buat supaya awak tak serahkan Naufal pada pihak polis Apa perlu saya sujud di kaki awak
Nira, please Filman merasa serba salah.
Tak disangka-sangka anak gadis itu berlutut di hadapannya. Filman tersentak. Joshua dan Umar turut tergaman.
Saya rayu Filman, tolong jangan bawa Naufal ke balai polis. Saya tahu dia yang bunuh Firdaus. Memang dia bersalah, tapi saya dah terima hukuman bagi pihak Naufal. Kalau dia dipenjarakan, masa depan dia akan musnah. Saya sanggup buat apa sahaja asalkan Naufal tak hadapi semua ini. Tolonglah! Rayu Danira dengan airmata bercucuran.
Filman mengeluh kesal. Dia benar-benar tidak tahan melihat anak gadis itu menumpahkan airmata lagi. Dia juga tidak sanggup melihat gadis itu sujud merayu padanya seperti itu.
Kak suara Aliff kedengaran. Serentak setiap pasang mata yang berada di situ menoleh ke arah Aliff di katilnya. Entah sejak bila, anak muda itu terjaga dan memandang mereka semua. Danira cepat-cepat mengesat airmatanya lalu segera bingkas menghampiri Aliff.
bersambung
Bab akan datang:
Apa pula keputusan Aliff Mahukah dia menyerah diri