SUASANA pagi yang cerah pasti dapat menggamit hati seseorang yang sedang berduka lara kembali menemui pintu cahayanya. Nurul sendiri dapat merasakan kehadiran cahaya itu amat dekat dengannya.
Pada hujung minggu, Iwan menjemputnya seperti biasa di pasar raya. Nurul memerhatikan tingkah laku Iwan yang dirasakan sedikit berbeza daripada selalunya. Lelaki itu lebih banyak mendiamkan diri. Sepatah yang Nurul bertanya, sepatah juga yang dijawabnya.
Awak, awak sihat tak sebenarnya tanya Nurul dengan lembut.
Hmm.... Iwan hanya mendengus.
Nurul tidak jadi meneruskan pertanyaan. Suasana terasa panas. Dia kurang senang dengan keadaan sebegini. Cepat-cepat dia menolak troli menghala ke kaunter bayaran. Iwan hanya mengikuti langkahnya.
Berapa, dik
24 ringgit, kak.
Peniaga itu menyambut wang yang dihulurkan Nurul dengan senyuman manis. Terasa sejuk sedikit dadanya yang terbakar dengan sikap dingin Iwan.
Di dalam kereta, suasana sepi memenuhi ruang. Nurul menjadi semakin keliru. Tidak pernah Iwan berubah laku begini. Termenung dia memikirkan andai ada kesilapan yang dilakukan secara tidak sengaja.
Iwan, kenapa dengan awak Lembut suara Nurul memujuk.
Tak ada apa.
Kalau tak ada apa, kenapa mesti diam Jika saya salah, saya minta maaf. Mungkin ada tindakan saya yang tak menyenangkan hati awak.
Iwan tetap diam tanpa membalas pertanyaan Nurul. Tangannya memutar stesen radio mencari siaran namun terhenti apabila stesen Era FM menyiarkan lagu nyanyian Dato Siti Nurhaliza. Pagi tadi saya dapat surat....
Nurul segera menoleh memandang Iwan.
Hatinya tiba-tiba berdebar. Dia teringatkan surat yang diposkan untuk lelaki itu. Nurul kembali me nundukkan kepala. Tidak sanggup lagi melihat wajah Iwan. Takut terhadap patah perkataan yang bakal keluar dari mulut lelaki itu.
Awak percaya pada Tuhan tanya Iwan.
Mestilah, jawab Nurul dengan pantas.
Dah tu, kenapa mesti lakukan sesuatu di luar fitrah manusia
Nurul kembali bingung. Tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan. Mustahil Iwan tidak tahu penyebab dia melakukan semua ini. Segalanya telah diluahkan di dalam surat itu.
Kita hanya manusia biasa. Tiada yang terlebih sempurna dan terlebih kurang. Jangan cipta alasan untuk kita merubah fitrah kehidupan. Mungkin Tuhan belum mahu memberikan cahaya kepada kita sekarang kerana ada kenikmatan lain yang sedang menunggu kita, tegas Iwan.
Saya terpaksa. Saya terlalu sayangkan Anis. Saya nak berikan Anis kegembiraan yang selayaknya dia dapatkan. Saya tak sanggup teng ok Anis menanggung penderitaan sedangkan dia masih kecil.
Tersengguk-sengguk bahu Nurul menahan esak tangis. Dia cuba menjadi setabah yang boleh. Tetapi kali ini dia benar-benar kalah. Dia tidak mampu lagi menyembunyikan emosi.
Nurul, suara Iwan kedengaran lembut. Ja - n gan ditangisi perkara yang telah berlaku. Seelok nya kita belajar daripada kesilapan. Saya nak awak berhenti sebelum terlambat.
Maksud awak
Jangan teruskan perjanjian awak tu. Ada banyak cara lain yang kita boleh ikhtiar untuk bantu Anis. Jalan yang awak pilih ini salah, bukan jalan yang memberi kebaikan pada awak.
Saya dah berjanji. Saya dah tandatangan kontrak. Tak mungkin Kak Lina boleh terima jika saya mahu kontrak ini dibatalkan.
Awak belum cuba lagi, Nurul. Cakap pada dia elok-elok dan nyatakan sebab kenapa awak nak langgar kontrak tu. Dia pun manusia, ada hati dan perasaan. Mustahil dia tak dapat mempertimbangkan keputusan awak jika ia melibatkan masa depan awak.
Nurul terdiam mendengar hujah-hujah Iwan. Memang benar, banyak yang kita boleh ikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Namun pada waktu itu, dia keseorangan. Tiada yang mahu memberikan semangat untuk Nurul meneruskan hidup. Dia terkapai-kapai sendirian.
Awak cuba ya, Nurul. Iwan cuba meyakinkan gadis manis itu.
Habis, bagaimana saya mahu mencari duit untuk perubatan Anis
Itu kita fikirkan kemudian. Awak perlu selesaikan dulu hal ini. Insya-Allah, dengan izin Tuhan ada jalan untuk kita.
Nurul cuba mencari kejujuran di raut wajah Iwan. Ketenangan di wajahnya memberikan kekuatan kepada Nurul. Ternyata senyuman di bibirnya juga telah menaikkan lagi semangat gadis itu. Iwan menghantar Nurul sehingga ke pintu pagar.
Ingat pesan saya tadi. Iwan memandang tepat ke arah Nurul. Fikirkan dengan jiwa yang benar-benar bersih. Nak dapatkan jiwa yang bersih perlu banyak dekatkan diri pada Allah.
Berkali-kali Nurul mengangguk. Tangannya terkial-kial menarik bungkusan plastik dari bonet kereta nya.
Lebih baik menyesal sekarang daripada menye sal di kemudian hari. Tersilap langkah boleh diatur semula asal kita tahu itu memang silap kita. Iwan meneruskan ceramahnya.
Saya tahu silap saya! Nurul akur.
Dah tu, masih nak teruskan juga
Nantilah saya fikirkan.
Apa yang awak nak fikirkan lagi kalau dah terang-terang jalan yang awak pilih ini salah.
Matahari yang sudah meninggi meninggalkan haba yang mencengkam kulit muka. Terasa seperti disiat-siat, tambah-tambah lagi dengan kata-kata leteran yang keluar dari mulut Iwan. Semakin memeritkan.
Iwan, saya akan fikirkan kata-kata awak tu. Bagilah saya masa. Terima kasih kerana telah membuka minda saya.
Hm, baguslah kalau awak dah sedar. Saya bukan apa, cuma tak mahu melihat awak hancur dan masa depan awak kelam. Kita ada hak untuk menentukan kehidupan yang lebih baik. Jalan terbaik adalah ikut kanan.
Ha Ikut kanan
Em, ikut kananlah. Apa sahaja keputusan mahu pun perbuatan yang kita nak buat perlu mengikut hukum yang telah ditetapkan, jelas Iwan.
Terima kasih. Awak memang lelaki yang baik, puji Nurul.
Tak adalah. Iwan tersipu malu.
Pantang orang puji sikit, dah kembang semangkuk, perli Nurul. Dia melihat ada rona merah di pipi Iwan. Indah!
Beruntungnya badan. Ada perempuan puji me lambung. Naiklah saham saya. Iwan masih dengan sikap malunya.
Ops, silap. Bukan lelaki yang naik saham tapi perempuan. Lelaki keluarkan duit, perempuan teri ma duit. Nurul membetulkan kenyataan Iwan.
Saya cakap pasal sahamlah. Yang awak melalut masuk kes wang hantaran ni kenapa Dah tak sabar nak kahwin ke Siapa calon-calonnya Kening Iwan dinaikkan.
Calon pun tak ada, inikan pula calon-calon. Batu asas pun tak jumpa lagi macam mana nak dirikan masjid.
Sebut pasal batu asas ni saya nak beritahu awak satu perkara yang penting. Perkara yang boleh merubah seratus peratus hidup awak. Dari A kepada Z, dari kayu kepada batu, dari emas kepada zamrud.
Apa dia tanya Nurul. Dia tidak sabar mendengar kata-kata lelaki itu.
Lelaki yang mempunyai ciri-ciri batu asas yang baik sudah ada di depan mata. Tahu tanggungjawab sebagai ketua keluarga, tahu selokbelok agama, tahu bezakan akhirat dan duniawi, tahu bagaimana mendidik isteri dan anak-anak. Bukan ke sayalah batu asas tu
Nurul menelan air liur yang seakan perit dan pahit. Saya masuk dulu.
Nurul membawa bungkusan yang penuh dengan barang-barang dapur masuk ke dalam perkarangan rumah. Semakin dilayan semakin menjadi-jadi. Tetapi, hatinya berbunga bahagia jika apa yang dikatakan oleh Iwan itu benar belaka.