MANA adil, makan tak ajak orang!
Terjah Bella tiba-tiba, apabila Afiqa dan Airish menapak menuju ke arah rumah mereka sambil memakan aiskrim yang sempat dibeli di tengah-tengah jalan pulang mereka.
Bella sudah bangun daripada buaian yang terletak tidak jauh daripada kolam ikan itu, menuju terus ke arah abangnya.
Makan aiskrim, tak ajak orang!
Dah lama ke adik sampai
Nak tukar topiklah tu! Benci betul macam ni.
Bella dah makan
Along, ni kak long ke
Taklah. Badut.
Jahatnya. Kak long, dia mengata kak long. Jahat, kan adu Bella pada Afiqa.
Afiqa sempat mengerling tajam pada suaminya. Airish hanya berbuat selamba. Pura-pura tidak perasan akan jelingan maut isterinya sendiri.
Tak apa, Bella. Jom masuk.
Bella hanya senyum. Wek! Kak long tak ajak along! Dipinggirkan! Huhu. Padan muka! Yay, along duduk luar!
Bella melangkah ceria bersama Afiqa. Airish mendengus geram. Tunggulah.
Baby....
Erk! Afiqa terhenti. Tekaknya rasa bagaikan tercekik. Airish memanggil dia ke
Baby Wow! Bella menahan gelak.
Serta-merta merah wajah Afiqa dibuatnya. Janji mereka semalam diingatinya kembali. Afiqa sudah mula tidak keruan. Lengan Bella ditarik kembali, menyambung langkah yang tergendala sebentar tadi.
Baby, tak nak ajak ayang masuk sekali ke
Tak nak! Duduk luar! laung Afiqa seraya masuk ke dalam bersama Bella.
Airish menggaru-garu kepalanya. Sakit pula rasa hatinya. Batu-batan kecil itu disepak Airish ke merata tempat. Dadanya disentuh. Wahai hati, kau dah mula buat perangai ke Getaran hebat yang terhasil dari arah poket seluarnya menyentakkan Airish. Pantas handphonenya dikeluarkan. Nafasnya mulai sesak.
Apa lagi yang kau nak keluh Airish sebelum buat kali pertamanya dia menjawab panggilan itu. Langkahnya dibawa jauh dari halaman rumah.
TAK payah nak intai-intai. Aku nampak!
Airish mengeluh panjang. Kepalanya mendongak memandang langit yang gelap gelita itu. Suram benar langit ketika ini. Pasti nak hujan, telah Airish sendiri.
Afiqa tersengih. Keluar dari tempat persembunyiaannya. Macam mana dia nampak, ha Besar sangat ke kepala aku ni, sampai aku intai dari belakang pintu aje pun dia dah nampak Afiqa membebel sendirian, namun terhenti tatkala dia melihat Airish yang sedari tadi asyik memandang ke arah langit. Kepalanya turut didongakkan sama. Memandang jika ada sesuatu di atas langit sana. Kening Afiqa ternaik sedikit. Tak ada apa-apa pun.
Afiqa merapatkan kepalanya ke arah Airish. Kepalanya didongakkan sekali lagi. Ligat memandang ke arah langit. Dari arah kiri dan kemudiannya ke arah kanan dan cup!
Mata Afiqa membulat. Airish yang mendongak menurunkan kepalanya. Lelaki itu kelihatan tergamam.
Afiqa menutup mulutnya. Kepalanya digeleng-gelengkan beberapa kali. Apa aku dah buat ni
Afiqa berdehem. Cuba mengawal keadaan. Deheman Afiqa ternyata membuatkan Airish tersedar.
Oh, ada UFO datang!
Mana
Afiqa terus menyental pipi Airish apabila lelaki itu memandang ke arah langit itu semula. Sentalan itu membuatkan Airish terjerit kecil.
Apa kau buat ni Sakitlah!
Namun Afiqa hanya selamba sahaja. Hanya senyuman dipamerkan sebelum bertanya, Kenapa tengok langit dari tadi Apa yang ada dekat sana
Bulan.
Airish.... panggil Afiqa saat suasana sepi merajai di antara mereka.
Airish nampaknya setia benar mendongak ke arah langit. Entah apa yang ada di langit Panggilan Afiqa tidak dihiraukan. Akibatnya, paha Airish dijadikan mangsa.
Sakitlah! Dasar ketam!
Terima kasih, sebab awak cuba pertahankan saya depan papa awak.
Airish terdiam.
Saya tahu itu semua salah saya, tapi awak tetap cuba pertahankan saya.
Tangan Airish ditarik Afiqa kemudian diletakkan di atas tangannya. Entah kuasa apakah yang menghantuinya tika ini hingga menyebabkan dia seberani itu.
Terima kasih.
Aku buat semua tu bukannya nak pertahankan kau. Tapi, ayat Airish tergantung. Dia sendiri buntu. Hilang ideanya akan apa ayat yang mahu disambung.
Dah dua kali awak selamatkan saya, tangan Airish diusap Afiqa lembut.
Airish kaku.
Awak jangan risau, demi awak... saya akan teruskan lakonan ni depan Bella.
Apa kau cakapkan ni
Ah, sejuk betul kat luar ni! Saya masuk dulu. Tunggu! tangan Afiqa diraih Airish pantas.
Kepala Afiqa berpusing ke belakang. Ada apa
Lama, Afiqa memandang Airish yang erat memegang tangannya. Lambat-lambat, Airish menggelenggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Afiqa sekadar membalas. Langkah yang tergendala disambung kembali.
Kak long, janji tau. Jaga along. Protect him well.
Along pernah dikecewakan dulu tau.
Kak long tahu tak, along tu ibarat lembu papa.
Semua kata-kata papa, pasti along akan ikut.
Kami sekeluarga tak macam keluarga yang lain.
Kak long janji dengan Bella. Jaga along. Sentiasa ada di sisi along tak kira waktu dia senang atau susah.
Kak long janji Bella, azam Afiqa
Gadis itu terus berjalan meninggalkan Airish yang tidak berkelip langsung dari memandang tubuhnya menghilang di sebalik rumah banglo yang serba mewah ini.
AIRISH!
Dhia Anna mengangkat mukanya, menghadap cermin. Wajahnya teruk benar di sebalik biasan cermin itu. Matanya merah menyala seperti api yang sedang marak. Wajahnya ditundukkan semula. Esakan tangis sudah mula mendendangkan lagu sayu.
Getaran handphone yang bergesel dengan meja solek kayunya, memeranjatkan Dhia. Skrin yang gelap sudah bertukar terang. Muka Dhia diangkat. Benar-benar mengharap Airish yang menelefonnya. Namun, hampa.
Bukan nama itu yang terpapar di skrinnya. Mukanya kembali ditundukkan. Rapat matanya dipejam.
Diamlah! hambur Dhia sekuat hati.
Bergema penthouse itu dengan suaranya. Semua barang-barang, yang terletak elok di atas meja solek, dilempar sekuat hati. Habis beterabur segala alat solek dan segala perkakas yang ada di atas meja tersebut.
Tubuh Dhia melorot jatuh atas lantai. Kepalanya ditundukkan. Tangisannya makin menjadi-jadi. Dipejam matanya lagi. Dipejam sekuat yang boleh sekaligus cuba memadam segala memori silamnya. Dia tidak mahu lagi dihantui dengan perkara yang sama lagi. Dia terseksa. Cukup terseksa.
Mukanya diangkat lagi. Getaran yang tidak hentihenti pada telefonnya memaksa dirinya menjeling sekilas nama pemanggil. Nafas yang tak tertahan ditarik sekuat yang boleh. Terasa dirinya bagaikan tidak dapat bernafas dengan teratur. Apabila dirasakan dirinya sudah stabil, panggilan itu disambut.
Ya..., jelas benar suaranya yang serak basah.
Sayang. Kamu menangis
Talian sudah bertukar menjadi sunyi sepi.
Kenapa tak nak jumpa dia Kenapa tak boleh nak dengar cakap mama supaya sabar sikit! talian yang secara asalnya lembut sudah bertukar nadanya. Dengusan nafas Datin Norimah sudah tidak teratur.
Mama marahkan Dhia
Menangis sepanjang malam. Apa faedahnya
Faedah...
Kenapa Dhia jadi selemah ni Bangun, Dhia! Bangkit dari kegagalan. Bukannya menangis macam dah nak mati esok!
Ma! Apa yang mama cakap ni
Lupakan benda yang dah lepas, Dhia. Mulakan hidup baru. Dhia masih muda, perjalanan hidup Dhia jauh lagi!
Senangnya mama cakap. Dhia yang berhadapan dengan semua ni. Dhia yang rasa sakitnya!
Mama suruh Dhia terus terang dengan Airish, Dhia tak nak. Lepas tu merana sorang-sorang!
Dhia dah bagitahu semuanya. Airish tak percaya.
Dia ingat Dhia dah mati! Dah tu, nak tunggu apa lagi
Diam.
Lupakan Airish! Secepat mungkin! tegas suara itu memberi arahan. Kalau tak makin merana kamu nanti. Mama buat semua ni sebab mama sayangkan Dhia, semuanya demi Dhia.
Dhia Anna spontan ketawa sinis.
Demi Dhia Mama memang tak pernah fikirkan Dhia. Hati dan perasaan Dhia! Dhia takkan jumpa lelaki tu. Tak payah nak aturkan jodoh Dhia dengan manamana lelaki lagi!
BANTAL, gebar, tilam, bantal besar... apa lagi, eh Afiqa bercekak pinggang. Bibir bawahnya digigit. Jarinya menari-nari. Apa lagi
Oh, awak dah masuk ceria suara Afiqa menyapa Airish di muka pintu. Pelik Airish melihatnya.
Apa semua ni soal Airish. Matanya tertacap pada segala barang-barang tidurnya yang digeledah sudah dan kini berada di lantai.
Apa-apalah..., tilam itu terus dibentangkan Afiqa. Segala mak nenek bantal-bantalnya disusun rapi mengelilinginya.
Kau nak buat kubu ke apa
Ya. Nak lindungi diri dari awak.
Setakat kau ni, sikit pun aku tak bernafsu!
Sakitnya hati! bantal-bantal kecil yang mengelilingi Afiqa dijadikan senjata lalu terus dibaling ke arah Airish.
Woi, apa ni Airish pantas merapati Afiqa.
Tubuh Afiqa segera ditindihnya. Afiqa berterusterusan memukul Airish yang kini sudah menindihnya. Kakinya dihentak-hentakkan.
Woi! Sakitlah!
Pantas Airish mengensotkan tubuhnya menindih atas pahanya pula. Terkunci sudah perbuatan Afiqa. Baru ketika inilah, Afiqa tersedar yang dirinya bagaikan sudah terperangkap. Hah Bila kancil masuk perangkap buaya Kelat benar terasa liurnya apabila ditelan.
Kau nak main dengan aku, ya Fine. Lets have fun, then.
Gulp! Mata Afiqa tidak dapat melarikan diri daripada Airish lagi. Entah kenapa, terasa matanya bagaikan dipaku pula supaya sentiasa melekat di situ.
ALAMAK! Tak dengarlah. Telinganya digerak-gerakkan lagi mengelilingi sekeliling ruangan pintu bilik Airish dan Afiqa. Mencari frekuensi yang paling tepat. Suara yang didengari samar-samar itu tidak dapat memuaskan hati Bella. Susah betul ni. Telinganya digerakkan lagi.
Apa ni Sakitlah!
Bella melongo luas. Hah! Dah jelas pun suaranya. Wah! Misi berjaya. Tapi, baru 50 peratus. Telinganya rapat melekat pada pintu Afiqa dan Airish.
Perlahanlah sikit. Janganlah kuat sangat!
Diamlah!
Mata Bella membulat besar. Kepalanya digelenggelengkan berkali-kali. Bella cepat-cepat keluar dari kawasan larangan itu. Bimbang kehadirannya di situ diketahui abang dan kakak iparnya. Memang menempahlah jawabnya!
Apa awak ni. Sakitlah dahi saya! Perlahanlah sikit..., marah Afiqa sambil tangannya mengusap-usap dahinya.
Siapa suruh kau asyik kalah Padan muka!
Lagi sekali, satu... dua... tiga! Nombor ekor!
Saya menang! Akhirnya...! Habislah awak, Afiqa melonjak kegembiraan selepas nombornya tepat mengena.
Airish mengeluh. Fuh! Menyesal aku bawak keluar lima, tadi. Afiqa tersengih-sengih sambil mencuba memanaskan tangannya. Biarkanlah, Airish. Takkan sakit punya. Perempuan. Dahinya didekatkan pada Afiqa.
Eh, saya tak nak starlight!
Hah Habis tu
Hulurkan tangan.
Ceh. Makinlah tak sakit.
Sedia Satu, dua kenapa takut ke
Soal Afiqa apabila tangannya yang bersedia melayang ke udara, terhenti tiba-tiba apabila melihat Airish yang seakan-akan mencuba melarikan pandangannya. Penakutnya!
Cepatlah! Banyak cakap pulak. Kalau macam nilah....
Tiga! pintas Afiqa laju.
Ah! Sakit!
Tangan kanan Airish pantas ditiup-tiupnya. Afiqa sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
Fiqa! Berani kau gigit aku. Meh sini, aku nak gigit kau pulak!
Airish pantas mahu menerkam Afiqa. Namun, sempat lagi Afiqa melarikan dirinya.
Jangan lari, woi!
Dalam kepekatan malam yang mula melebarkan sayap mereka, kesemua insan ketika ini sedang enak melabuh tirai hari mereka. Memang jauh benar bezanya dengan kedua-dua manusia ini.