Mak Cik Ruhaya terpaksa pulang awal apabila mendapat tahu yang anaknya sudah pun bersalin dan berkemungkinan untuk dua minggu itu wanita itu akan bercuti untuk menjaga anaknya di dalam pantang.
Makanlah Umi... sedap Arissa masak. Ini favourite Umi kan
Hakimi menolak mangkuk yang sudah diisinya dengan pengat tadi. Arissa ke dapur untuk membancuh kopi untuk mereka.
Puan Hanim menjeling namun mangkuk tadi dicapainya juga. Entah mengapa melihat pengat pisang bersagu membuat dia teringat kepada arwah emaknya dan Marini. Dihidu bau pengat itu. Harumnya. Seperti masakan arwah emak, bisiknya sendiri.
Walid suka pengat ni kan Umi. Makan masa hujan memang sedap. Tambah lagi kalau minum dengan kopi panas. Macam sekarang. Perghhh! Hakimi menoleh ke pintu gelangsar yang sedikit terbuka. Hujan di luar masih lebat sejak mereka balik tadi.
Puan Hanim senyap. Tiba-tiba rasa rindu pula dengan kedua arwah orang tuanya, Hajah Saerah dan Haji Abdul Hamid.
Umi, panggil Hakimi lembut sebaik melihat Puan Hanim seperti merenung jauh ke mangkuk pengat di tangan.
Haa... Baru dia tersedar. Jauh sungguh menungnya.
Umi okey ke soal Hakimi.
Puan Hanim tak banyak cakap selepas mereka keluar dari hotel tadi. Masih marahkah wanita itu dengannya Atau tersinggung dengan soalan Encik Razali tadi ke Masakan sampai begitu.
Okey.
Sudu di tangan menyeduk pengat dan dimasukkan ke dalam mulut. Terasa segala-galanya. Sebiji seperti masakan arwah emaknya dahulu. Dia memandang Arissa yang datang bersama teko di tangan.
Duduklah sayang... kita makan sama-sama, ajak Hakimi memandang Arissa sambil menepuk sofa di sebelahnya. Sengaja hendak menduga isteri.
Arissa senyum lalu duduk di sofa tidak jauh dari Hakimi dan Puan Hanim.
Tak apa, makanlah.
Seleranya hilang sebaik Hakimi menghubunginya yang Puan Hanim akan makan tengah hari bersama mereka. Makan tengah hari tadi pun terasa bagai dipaksa-paksa menyuap ke dalam mulut setelah melihat wajah kucam Puan Hanim.
Tak lapar ke soal Hakimi memandang Arissa.
Arissa hanya senyum dan kemudian memandang Puan Hanim yang senyap dari tadi.
Tambah lagi Umi. Arissa mengangkat mangkuk berisi pengat tadi.
Nanti-nantilah... kenyang. Dah makan nasi tadi.
Puan Hanim meletak mangkuk pengat di atas meja. Licin pengat yang disenduk oleh Hakimi tadi. Rasa berselera pula. Hendak tambah, dia rasa malu dengan Arissa. Tidak dinafikan Arissa pandai masak. Kena sahaja hidangan tadi dengan tekaknya. Ya, masakan Arissa seperti masakan arwah ibunya, berkali-kali dia mengulang ayat-ayat itu sejak tadi.
Malam ni Umi tidur sini, sayang. Sekali lagi Hakimi berkata seperti memberi isyarat kepada Arissa. Puan Hanim memandang Hakimi. Err...
Ya Arissa memandang Puan Hanim dengan senyuman lebar. Ada rasa berdebar-debar dengan apa yang diberitahu oleh Hakimi.
Kimi minta Badrul ambil beg Umi ya Puan Hanim memandang Hakimi.
Wafa
Tiba-tiba dia teringat pemandangan di kafe dan perbualannya dengan Wafa. Cuba ditutup rasa kecewanya terhadap gadis itu. Mungkin Wafa segan. Ya, Wafa segan, ditekan telahan itu di fikiran dan hatinya.
Biarlah dia duduk di Penthouse tu. Bukan kena bayar pun. Bila dia nak balik
Kan Umi nak dia kerja di sini. Umi tak benarkan dia balik! tekan Puan Hanim menjeling Arissa yang memandangnya.
Hakimi menarik nafasnya dalam-dalam.
Baik... tapi Kimi tak mahu dia jejak ke rumah Kimi! tekan Hakimi beralih memandang Arissa.
Puan Hanim mengangguk tanda setuju. Rasanya itu sudah cukup. Dia akan buat selebihnya secara perlahan-lahan. Begitu pun dia masih tidak pasti apa yang patut dilakukan kelak.
Hakimi bangun sambil memanggil Badrul yang berada di belakang.
Kau jangan ingat aku ikut cakap Kimi... aku dah sukakan kau! Kau memang tak layak menjadi menantu aku! kata Puan Hanim garang dengan suara sedikit keras namun agak perlahan sebaik Hakimi menghilang ke dapur.
Terkejut Arissa. Tidak sangka wanita itu akan berkata begitu kepadanya.
Cuba beritahu aku, apa yang kau nak dari Kimi mencerlung pandangan Puan Hanim bertanya kepada Arissa.
Arissa senyap. Dadanya masih berdebar-debar. Tidak tahu mengapa. Nak kata takut, tiada pula rasa begitu terhadap wanita itu.
Cakap berapa kau nak Aku bayar kau. Tapi lepaskan Kimi! Puan Hanim mula membuat tawaran untuk Arissa.
Nilai duit Puan tak sama dengan kasih sayang saya terhadap Hakimi, tegas Arissa.
Ya Allah, apa yang dicakapkan ni Tetapi masakan dia hendak berdiam diri bila ada yang membandingkan kasih sayang dengan duit.
Puan Hanim menarik nafasnya dalam-dalam sebaik mendengar balasan dari Arissa.
Jangan nak berlakon ya! Tak ada manusia yang tak mahu duit. Zaman sekarang zaman berduit. Bukan zaman makan cinta, faham tak! keras suaranya.
Matanya beralih ke dapur bimbang kalau-kalau Hakimi tiba-tiba muncul pula.
Ya, semua orang perlukan duit, kerana ia satu keperluan. Bagaimana pula dengan kehendak rohani dan jasmani. Adakah Umi memberi duit kepada Encik Razali untuk disayangi dan dikasihi soal Arissa pula dengan tenang. Meluap-luap rasa hangat di hatinya.
Merah padam wajah Puan Hanim.
Mulut kau tu jaga sikit. Aku emak mentua kau!
Arissa senyum dan sengaja mengangkat keningnya mendengar pengakuan Puan Hanim sebentar tadi. Berapa jumlah kasih sayang Umi pada Hakimi Sekali lagi wanita itu terkedu.
Eh, kau di sini sementara je! Aku akan pastikan kau keluar dari sini dua tiga bulan lagi! sekali lagi Puan Hanim mengertak menantunya.
Sanggup ke pisahkan saya dari Kimi Sanggupkah musnah kebahagiaan dan kegembiraan Hakimi semata-mata Umi tak gembira dengan pilihannya selar Arissa.
Nampaknya dia sudah mula melawan wanita itu. Apa pun dia mahu menyedarkan Puan Hanim, yang wang bukan segala-galanya.
Terkelip-kelip mata Puan Hanim menentang mata galak Arissa.
Umi fikirlah. Nak Hakimi bahagia atau Umi yang bahagia
Jangan panggil aku Umi!
Dalam sungguh maksud kata-kata Arissa yang membuat kecut sendiri.
Arissa senyap kemudian memandang Hakimi yang keluar dari ruang dapur bersama Badrul. Entah apa yang dicakap oleh lelaki itu, Badrul beredar menuju ke pintu. Seketika kedengaran kereta yang sering digunakan oleh Hakimi mengaum di luar sana.
Abang, Ris nak naik... nak solat. Zuhur pun dah nak habis. Arissa meminta diri. Umi... Ris naik dulu.
Arissa melangkah menuju ke tangga. Lebih baik dia dulukan tanggungjawabnya kepada Allah. Lainlain, biarlah kemudian. Malas hendak menyusahkan hatinya. Lagipun ini semua sementara, desisnya terus memujuk hatinya sendiri.
Puan Hanim tidak membalas. Dipaling wajahnya ke tempat lain.
Umi nak solat ke soal Hakimi ingin tahu.
Sekejap lagi, katanya lalu meneguk air kopi dari dalam cawan yang sudah berasap nipis.
Hakimi mengangguk. Bangun dan mula mengemas mangkuk-mangkuk yang sudah digunakan tadi.
Biarlah si Arissa tu yang buat. Ini kan kerja-kerja isteri, tegas Puan Hanim.
Tak apalah Umi... dia dah masak untuk kita semua. Tak apa saya tolong dia. Bukan berat mana pun. Lagipun kami kan suami isteri, kenalah ada kerjasama dan timbang rasa. Isteri saya bukan pembantu rumah nak buat semua kerja-kerja ni. Macam Walid dulukan, selalu tolong Umi memasak, balas Hakimi.
Kimi ni macam kena control dengan si Arissa tu. Entah-entah dia dah guna-gunakan Kimi tak Sengaja Puan Hanim ingin melihat reaksi Hakimi terhadap kata-katanya.
Tak baik Umi tuduh Arissa macam tu. Berdosa membuat tuduhan macam tu. Habis segala pahala solat dan ibadah lain yang Umi buat. Itu fitnah namanya, tegur Hakimi yang tidak senang dengan sangkaan buruk Puan Hanim.
Dah, jangan nak mengajar Umi! tengking Puan Hanim bengang dengan nasihat Hakimi.
Kalau orang guna sihir-sihir ni dia orang tak solat kan Tak mengajikan Hakimi terus menyuara luahan tidak puas hatinya.
Solat pura-pura! tajam renungan Puan Hanim.
Hakimi senyum.
Terpulang pada Umi nak cakap apa tentang kami. Yang penting Arissa sayang kan Kimi. Dan Kimi sayang kan Arissa. Dia bangun dan melangkah ke dapur dengan membawa pinggan-pinggan kotor. Kalau lama dia berbalas kata dengan Puan Hanim, mahu berperang juga mereka nanti.
Sabar Kimi, sabar! Pujuknya sendiri.
SELESAI makan malam, Puan Hanim naik ke biliknya. Begitu juga dengan Hakimi yang mahu bersolat. Badrul pula keluar entah ke mana. Katanya hendak berjumpa kawan. Selesai mencuci pinggan dan mengemas dapur, Arissa melangkah naik ke tingkat atas.
Hampir-hampir sahaja di masuk ke bilik yang diduduki oleh Puan Hanim sekejap tadi. Entah berapa kali dia mengucap panjang. Masih terngiang-ngiang setiap ayat-ayat yang dituturkan oleh Puan Hanim siang tadi. Nampak gayanya orang kaya sahaja la yang perlu bahagia. Si miskin tidak boleh bahagia. Beginikah hukum hakam ciptaan manusia yang menjadi khalifah bUmi Walhal, tanah dan langit ni milik Allah SWT.
Laju langkahnya naik menuju ke tingkat dua menuju kebilik yang di huni oleh Hakimi.
Assalammualaikum, ucapnya perlahan sebaik membuka pintu bilik Hakimi. Dilihat Hakimi ralit membaca tanpa menyedari dia sudah berada di dalam bilik.
Arissa melangkah ke bilik persalinan. Rasa melengas pula badannya selepas mengemas dapur tadi. Dia memandang Hakimi yang masih tidak mempeduli kehadirannya di situ dan diambil kesempatan untuk mandi semula, berpakaian dan bersolat.
Usai bersolat dan berdoa, dilihat Hakimi masih seperti tadi. Langsung tidak bergerak dari sofa yang didudukinya tadi.
Ya Allah, Hakimi ni nampak atau tidak dia sudah berada di dalam bilik itu Masakan lelaki itu tidak sedar dari ekor mata atau pura-pura tidak sedar. Bencinya! Masakan dia hendak bertanya Malulah dia. Dia perempuan. Hakimi tu tentulah lelaki!
Di mana dia hendak tidur Mata dah rasa tak boleh nak buka lagi. Mengantuk sangat-sangat ni.
Eee... leceh betullah! Arissa melangkah ke katil lalu mengambil sebiji bantal dan menarik comforter. Kemudian melangkah masuk ke bilik persalinan. Di tutup pintu dan di kuncinya dari dalam.
Safety first, katanya sendiri lalu meletak bantal di atas karpet berbulu tebal itu dan terus merebahkan tubuhnya di situ.
Hakimi berpaling sebaik mendengar bunyi pintu berkunci. Dia bangun. Dilihat katil berselerakan dan bantalnya tergolek di atas lantai. Mana pula pergi si Arissa ni Rasanya dia ada melihat kelibat gadis itu tadi. Buku yang dibaca membuat dia ralit sendiri. Memang begitulah, sebelum tidur dia perlu membaca walaupun sebaris ayat.
Hakimi melangkah ke pintu bilik lalu keluar. Menjengah ke bawah. Suasana agak samar-samar. Hanya lampu dapur dan porch sahaja yang dipasang.
Dia masuk semula ke dalam biliknya.
Mana pula budak ni, sungutnya sendiri.
Langkahnya menuju ke bilik mandi. Bilik mandi pun gelap. Begitu juga dengan bilik mandi ke dua. Kemudian langkahnya laju ke bilik persalinan, di pusing tombolnya tetapi tidak boleh.
Hmm... sah Arissa berada di dalam!
Arissa! panggilnya sambil mengetuk pintu agak perlahan.
Bimbang kalau-kalau ia didengari oleh Puan Hanim di bawah walaupun setiap pintu di rumah itu kedap bunyi. Apa yang terjadi memang orang tak akan dengar.
Arissa, kenapa tidur dalam tu
Walaupun keadaan di dalam bilik persalinan itu agak selesa dan luas, dia tidak sanggup membiarkan Arissa tidur di situ. Cadangnya biarlah gadis itu tidur di atas katil dan dia tidur di salah sebuah sofa yang boleh dijadikan sofa bed.
Seketika pintu di buka dari dalam. Senyum dia melihat rambut gadis itu yang sudah kusut masai. Nampak sangat matanya sudah layu kerana terlalu mengantuk.
Tidur atas katil, saya tidur atas sofa.
Tak apalah, saya tidur sini je. Sini pun dah selesa, kata Arissa lalu melangkah kembali tempat pembaringannya tadi. Terus dia merebahkan tubuhnya di situ. Memang dia sudah terlalu mengantuk sangat. Penat. Namun tidak pasti apa yang membuat dia penat.
Mungkin kata-kata Puan Hanim tadi.
Betullah perempuan ni! Sungut Hakimi sendiri.
Dia melangkah masuk dan mencari selimut untuk selimutkan Arissa. Pintu bilik persalinan itu dibuka seluas-luasnya agar cahaya dari luar masuk sedikit ke dalam.
Hakimi kembali ke katil. Lampu ditutup, lampu tidur di pasang. Dia mengiringi mengadap pintu bilik persalinan dan jelas kelihatan Arissa berbaring di sebelah sana. Jauh di sana. Sampai bila mereka harus begitu bisiknya sendiri.
Apakah jawapan terbaik Dah jangan nak berangan. Ini hanya sementara. Itu yang pernah dijanjikan kepada Arissa. Selepas selesai, mereka akan menjalani hidup mengikut haluan sendiri. Tetapi bagaimana hendak selesaikan Tiba-tiba dia keliru sendiri sebaik teringat kata-kata Walidnya pagi tadi. Astaghfirullah al-azim! ucapnya beberapa kali.