Kilat yang makin galak memancar diiringi dengan cahaya yang berkilauan menyentak degupan jantungnya. Qamra Ain menekup telinga dengan tangan. Gerun berbaur takut. Apatah lagi di saat manusia sedang sibuk berlindung di dalam rumah, dia masih lenggang-lengkok berjalan di kala hujan merembes lebat di luar.
Qamra Ain mempercepatkan langkah. Setiba di lorong gelap yang terus menuju ke arah kondo, lensa matanya terlihat ke arah sebuah kereta Mercedes Benz berwarna silver tersadai di tepi jalan yang bertentangan. Dia mengubah laluan dan bergegas melintasi jalan. Hatinya berbelah bagi. Antara berani dan takut. Takut kalau-kalau kereta yang tersadai itu adalah kereta perompak atau jenayah yang sengaja berhenti di sini untuk memerangkap mangsa yang jalan bersendirian.
Haish! Think positive, Qamra! Bakal doktor kena yakin dan jiwa kental!
Digagahi juga langkahnya merapati kereta tersebut. Dalam keadaan takut berbaur berani Qamra Ain meninjau tempat duduk pemandu di sebalik cermin. Tiada siapa di situ. Dia beralih pula meninjau ke tempat duduk belakang. Anak matanya buntang. Ada seseorang dari dalam kereta yang sedang bertarung nyawa. Tercungap-cungap kelihatan lelaki itu sambil mengurut-ngurut dada.
Tuan, buka pintu ni cepat! Jerit Qamra Ain sambil menarik-narik kuat pemegang pintu beberapa kali dari luar.
Lelaki itu pula tak mendengari suaranya dari dalam akibat bunyi hujan yang turun menimpa bumbung kereta tenggelamkan jeritannya.
Apa aku nak buat ni! Kenapalah masa macam ni orang tua ni nak sesak nafas bagai Tak boleh tunggu esok ke, lusa ke Kereta ni pun satu hal. Kalau nak rosak, rosaklah kat depan hospital kan senang kerja, bebel Qamra Ain dalam hati.
Dia tiada pilihan lain. Hanya satu jalan untuk usai situasi kecemasan ini. Dia perlu pecahkan cermin kereta sepantas yang boleh. Tanpa berlengah, dicari sesuatu benda yang keras untuk dijadikan alat memecah cermin kereta tersebut. Qamra Ain merabaraba bawah kereta. Tuah menyebelahinya kerana ada seketul batu terletak elok di bawah kereta itu.
Minta maaf, Tuan. Saya terpaksa pecahkan cermin kereta! Jerit Qamra Ain sambil menunjuk-nunjuk batu tersebut di hadapan cermin kereta.
Dia mengisyaratkan supaya lelaki itu memejamkan mata, takut termasuk serpihan kaca. Qamra Ain melihat lelaki itu mengangguk kepala. Dia yakin, gerakan bibirnya sudah tentu lelaki itu faham apa yang dikatakan tadi. Dengan lafaz Bismillah serentak kedua-dua mata dipejam rapat, Qamra Ain menghayun dengan kuat ke arah cermin kereta. Dia membuka mata. Tiada berkecai, hanya rekahan kecil.
Ini cermin kalis peluru ke apa
Qamra Ain membuat hayunan sekali lagi habis berkecai cermin kereta memenuhi ruang dalam kereta. Qamra Ain menaikkan lock pintu lalu dibuka pintu kereta seluas yang mungkin.
Disebabkan masih ada kaca yang terpacak di pintu kereta, ibu jarinya terkoyak sedikit. Darah pekat tak berhenti-henti mengalir keluar. Terasa pedih apatah lagi luka dijarinya itu nampak dalam dan bercampur pula dengan air hujan di luar. Dia tak peduli, yang penting nyawa lelaki yang di dalam kereta ini harus diutamakan. Qamra Ain meletakkan payung merah di ruang antara pintu yang dibuka luas itu bagi menghalang air hujan memercik masuk ke dalam kereta. Qamra Ain merapatkan telinga ke dada lelaki itu.
Tuan mengalami saluran udara mengecil dan kesekatan pernafasan. Pernafasan Tuan juga berdehit. Nampaknya Tuan mengalami serangan asma. Ada bawa inhaler atau steroid sedutan
Mengigil-gigil tangan lelaki itu memberi isyarat jari telunjuk menuding lurus ke arah lantai kereta. Qamra Ain menurut. Dalam kegelapan itu, tangannya teraba-raba mencari dan akhirnya terpegang sesuatu di bawah kerusi tempat duduk depan. Diambil dengan pantas dan membantu lelaki itu memicit alat penyedut ke dalam mulut.
Lepas beberapa sedutan lelaki itu sudah boleh bernafas walaupun masih lagi tercungap-cungap. Dia juga berasa lega kerana dalam keadaan kecemasan begini dapat menyelamatkan nyawa seseorang meskipun masih lagi memegang status siswa perubatan.
Alhamdulillah, Tuan selamat, ucap Qamra Ain dengan hati yang lega. Dia menyerahkan alat penyedut ke tangan lelaki itu. Sekilas sempat dia mengerling ke arah sekotak rokok yang terselit di poket kanan blazer.
Tuan tau rokok membahayakan kesihatan. Jadi nasihat saya, jangan hisap rokok kalau nak lama hidup! Nasihat Qamra Ain berbaur menyindir. Dia yakin, maghrib ini pertemuan pertama dan terakhir buat mereka berdua sebab itu dia berani melontar kata sepedas itu.
Dia yang baru saja menarik nafas lega diam tanpa kata. Dalam samar-samar dia tak dapat mengecam wajah gadis yang basah kuyup dek hujan lebat di luar yang sanggup bergadai nyawa menjadi guardiannya malam ini. Apa yang tampak jelas di ruang mata, titisan darah yang menitik jatuh ke atas baju kemeja putihnya itu berubah menjadi tompokan darah. Dia tahu, gadis itu sedaya upaya menahan kepedihan luka di ibu jari kerana mementingkan nyawanya yang tersadai di dalam kereta.
Qamra Ain melirik ke arah jam tangan yang sudah mencanak pukul 12 tengah malam. Lewat sungguh dia balik ke kondo malam ini. Sudah pasti Tunku Hazreen dirundung kebimbangan menanti kepulangannya.
Aduhai, saya dah lewat. Maafkan saya sekali lagi dan saya harus pergi, mohon Qamra Ain serta bergegas pergi meninggalkan lelaki tadi bersendirian. Terlupa terus dengan payung merah yang masih mengembang di atas pintu kereta.
Qamra Ain harus berlari secepat mungkin ke 7-Eleven untuk membeli plaster bagi menghentikan aliran darah dari ibu jari yang semakin banyak. Oleh kerana luka yang terhiris agak dalam terpaksa digagahi ke klinik esok untuk beberapa jahitan.
Tung tunggu dulu! Panggil Tun Tunku Harith perlahan. Dadanya masih terasa sesak.
Disebabkan bunyi hujan petus di luar kereta lebih kuat bunyi dari suaranya yang tenggelam timbul, gadis tadi berlalu pergi begitu saja tanpa menoleh lagi ke belakang. Kelibat gadis itu terus hilang digantikan dengan ambulans THSC yang terus memarkir bersebelahan dengan keretanya. Saiful, PAnya turun dari ambulans terus bergegas pergi mendapatkannya di tempat duduk belakang.
Tuan tak apa-apa Siapa yang pecahkan cermin kereta Soal Saiful kehairanan.
Bebola matanya melilau di sekelilingi tempat kejadian jika ternampak kelibat sesiapa yang baru saja beredar dari sini. Tergamam dia sebentar bila melihat cermin kereta hancur berkecai. Kelihatan juga batu bersebelahan dengan Tun Tunku Harith. Saiful menguncupkan payung merah yang mengganggu tumpuannya. Kemudian, diletakkan di bawah tempat duduk pemandu.
Tuan Harith, saya perlu bawa Tuan ke THSC segera, beritahu paramedik yang baru tiba sambil memeriksa nadi dan pernafasan.
Ada sesiapa yang rescue Tuan ke tadi
Tak tak payahlah. Hantar saya balik ke Villa. Saya perlu berehat di bilik, lebih selesa. Ada seorang gadis entah mana muncul selamatkan saya tadi, tak sempat saya nak ucapkan terima kasih, tersekat-sekat suara bercerita sambil mengurut-ngurut dadanya sakit.
Tuan mengalami saluran udara mengecil dan kesekatan pernafasan. Pernafasan Tuan juga berdehit. Nampaknya Tuan mengalami serangan asma. Ada bawa inhaler atau steroid sedutan
Dia teringat kata-kata gadis tadi. Cekap sungguh gadis itu mendiagnosis situasi sukar di luar jangkaannya di malam ini.
Kamu, sediakan katil dalam ambulans. Hubungi THSC yang Tuan Harith akan dihantar balik terus ke Villa, paramedik mengarahkan pasukannya untuk menyediakan segera keperluan secepat mungkin.
Mari, Tuan.
Saiful, hubungi Hardie. Maklumkan pada dia yang saya tak dapat dinner dengan dia malam ni.
Paramedik membantu Tun Tunku Harith bangun manakala Saiful pula mengembangkan semula payung tadi. Di bawah payung, perlahan-lahan Tun Tunku Harith dipapah berjalan dan diarahkan berbaring terus di atas katil.
Saiful, saya mahu payung tu berada di bilik saya, pesannya sebelum katil beroda itu ditolak masuk ke dalam ambulans.
Saiful mengangguk faham. Fikiran masih dibelenggu dengan tanda tanya. Siapa gerangan gadis misteri yang berani tampil menyelamatkan nyawa peneraju hospital yang terkenal di KL ini.
Ketika ambulans bergerak menukar hala laluan menuju ke Villa, dia menyeluk poket blazer lalu mengeluarkan sesuatu yang berkilauan. Sesuatu yang ditinggalkan tanpa sengaja oleh gadis tadi tanpa disedari. Seutas Pandora.
Siapa gadis misteri tu
Saiful memerhatikan ambulans itu berlalu pergi. Telinga menangkap suatu nada dering yang kedengaran dari dalam poket blazer. iPhone 6 milik Tun Tunku Harith. Pantas tangannya menyeluk keluar dan terus jarinya menari di atas skrin sesentuh untuk menjawab panggilan tadi.
Ya, Yoona. Tuan Harith tak sihat, ada apa yang perlu saya sampaikan Soal Saiful dan menanti dengan sabar apa yang diperkatakan oleh pemanggil dalam talian itu. Di akhir bicara raut wajahnya berubah serta-merta.
Apa Baiklah! Nanti saya maklumkan pada Tuan
Harith!
Saiful terus matikan talian.