JAGUH DEKLAMASI - 19
Bincangkan dengan fasilitator masing-masing akan 10 situasi renungan di bawah.

Nyatakan pengajaran-pengajaran yang boleh diperoleh daripada situasi-situasi yang dinyatakan.

1 Jemputan spontan atau paksaan oleh pengacara majlis

Naimisa memang dikenali sebagai penulis puisi yang hebat. Semasa satu majlis baca puisi anjuran PENA, dia telah dipanggil untuk membuat persembahan baca puisi. Padahal dia hanya datang untuk menonton. Naimisa gamam kerana langsung tidak bersedia.

2 Sedang khusyuk, lalu terlupa skrip

Sedang Hafiz galak membuat persembahan deklamasi, penonton memberi tepukan gemuruh. Pada masa itu, Hafiz sedang mendeklamasikan puisi pada perenggan keempat. Langsung Hafiz terlupa teks yang dihafalnya. Hafiz gamam dan persembahannya terhenti seketika.

3 Tidak diberitahu tema

Azizul dijemput oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad untuk mendeklamasikan puisi sempena satu program. Namun, dia tidak dimaklumkan akan tema. Lalu Azizul pun bersedia dengan sebuah puisi yang pada agakannya sesuai untuk pelajar sekolah. Namun sesampainya di sekolah, rupa-rupanya majlis lain. Dan puisi yang Azizul hafal itu langsung tidak sesuai dengan majlis.

4 Sistem pembesar suara tidak berkualiti

Masalah besar bagi Amirul. Memang, dia tidak mampu melontarkan suara yang tinggi tanpa bantuan pembesar suara. Namun sebaik sahaja memulakan baris pertama puisi, didapati sistem pembesar suara tidak berkualiti. Langsung mengganggu emosi Amirul. Penonton juga nampaknya resah gelisah dan ada yang berkerut mata dan kening kerana bunyi pembesar suara yang mengganggu.

5 Majlis santai cahaya suram

Sayidah tidak pernah menghafal manamana puisi. Namun, dia memang sentiasa bersedia dengan 10 puisi yang ditulis dalam telefon bimbit. Namun, suasana lampu terlalu malap. Teks tidak dapat dibaca.

6 Bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba

Penontonnya ramai. Kira-kira 3000 orang. Pentasnya pula jauh dari tempat duduk penonton. Masalah besarnya ialah tiba-tiba sahaja bekalan elektrik terputus. Penonton kepanasan. Mujurlah program baca puisi tersebut diadakan pada waktu tengah hari. Kalau tidak, bergelaplah jawabnya. Johan diminta oleh penganjur untuk tetap membuat persembahan.

7 Kata dibayar, tapi tidak dibayar

Tambang bas dari Terengganu ke Kuala Lumpur pergi balik melebihi RM100. Tidak mengapalah, Aziman tahu bahawa pada majlis yang selalu diadakan sebelum ini, penganjur biasanya akan membayar RM100 untuk mempersembahkan dua buah puisi. Aziman terlalu meletakkan harapan yang tinggi. Selepas persembahan, Aziman tidak dibayar apaapa.

8 Penonton buta sastera

Antara audiens yang hadir ialah wanita dan kanak-kanak. Sebenarnya, majlis tersebut adalah bersempena dengan penubuhan perkumpulan wanita kawasan X. Nampaknya, penonton langsung tidak berminat untuk mendengar persembahan puisi. Ada yang berbual-bual. Suasana menjadi bising dan tidak terkawal.

9 Skrip pula hilang

Seperti biasa, Ahmad tidak pernah menghafal mana-mana puisi. Walaupun merujuk kertas, namun persembahan Ahmad tidak pernah menghampakan. Suaranya tinggi. Mendengar sahaja pasti berdiri bulu roma penonton. Entah bagaimana, teks puisi yang dia masukkan dalam kocek tercicir. Dia tidak ada masa untuk menulis puisi lain.

10 Darah gemuruh tibatiba

Walaupun sudah biasa membuat persembahan baca puisi di mana-mana pentas di seluruh tanah air, Shamsul tidak tahu mengapa pada hari itu darah gemuruhnya datang tiba tiba. Menggeletar tangan Shamsul. Suaranya jelas menggambarkan bahawa dia gementar amat.