Dalam tempoh Januari 2004 hingga Julai tahun ini seramai 52 banduan sudah dijatuhkan hukuman mati. Bagaimanapun, mereka masih belum menjalani hukuman itu.
Daripada jumlah ini, 36 banduan disabitkan kesalahan kerana mengedar dadah dan 16 lagi disabitkan mengikut 302 Kanun Kesiksaan, katanya menjawab soalan Datuk Rosli Mat Hassan (BNDungun) di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau meminta kementerian itu menyatakan jumlah banduan yang sudah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati bagi tempoh Januari 2004 hingga Julai tahun ini serta kesalahan yang dilakukan. Mengenai ada kes banduan yang bakal dijatuhkan hukuman gantung tetapi mati sebelum menjalani hukuman, Chia berkata, pihaknya tidak sedar mengenai perkara itu kerana mereka perlu melalui pelbagai saluran sebelum dijatuhkan hukuman mati.
Tahun lalu, seramai 202 banduan mati kerana pelbagai sebab antaranya sakit dan sesetengahnya mati di hospital manakala segelintir mati di penjara juga atas sebab kesihatan. Saya tidak sedar bahawa kita mempunyai kes spesifik seperti ini kerana ada peraturan tertentu perlu dipatuhi sebelum hukuman mati boleh dijalankan, katanya.
Menjawab soalan tambahan daripada M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) berhubung asas kepada hukuman gantung atau corporal punishment di negara ini, beliau berkata, undang-undang atau pendekatan corporal punishment berbeza dengan negara sebagai contoh England dan Perancis kerana ia perlu dilihat dari pelbagai sudut termasuk masalah keganasan dan keadaan di negara masing-masing.
Kaedah Gantung Sampai Mati Kekal
Nurul Hazren Masitom 07/12/2005