SIDANG SERANGGA - 19
PUASA tahun Hijrah, 1404, Masihi, 1984, hari yang ke-15, Jumaat, Jun, 1584, Tijah menerima surat yang kedua daripada pemuda Melayu yang berasal dari Kemboja, dari Kampung Air di Pulau Kundur, di muara Sungai Mekong. Tetapi nama sebenar pemuda itu masih jadi rahsia.

Setelah habis surat panjang lebar dari Taipeh, ibu negeri Taiwan itu dibacanya dua kali, dan di kaki surat itu ada nama dan tandatangan Booneymeen, Tijah sudah tahu bahawa nama itu hanya nama samaran. Semenjak membaca berita-berita perbicaraan kes bunuh di Hong Kong (yang kena bunuh Jalil Ibrahim, pegawai kanan Bank Bumiputera, yang dituduh membunuhnya ialah Mak Foon Than dari Kelang), Tijah tidak hairan dengan nama-nama samaran, sebab dalam kes itu ada tersebut satu orang yang bernama Shin, yang kononnya dari Korea Selatan, tetapi memakai pasport Thailand, dan kononnya lagi telah pernah berjuang di Lebanon.

Walau bagaimanapun, seperti surat pertama pemuda itu ada mengandungi beberapa perkara sejarah Nusantara atau Dunia Melayu, darihal Wan Empuk dan Wan Malini dengan jenis padi yang buahnya seperti emas, daunnya seperti perak dan batangnya seperti suasa maka suratnya yang kedua dari Taipeh itu juga mengandungi beberapa perkara yang sangat berguna diketahui oleh generasi muda di Malaysia, istimewa oleh tokoh-tokoh politik bangsa Melayu.

Di antara isi-isi surat kedua daripada Si Bujang Telajak dari Kampur Aur di Pulau Kundur itu yang kini menyamar pula sebagai Booneyameen ialah darihal beberapa kajiannya mengenai kemajuan dan pemodenan di negeri-negeri Asia Timur, iaitu Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Hong Kong dan Singapura yang kini sedang berlawan hebat di antara satu dengan yang Iain dalam bidang membuat barangan, yakni segala jenis benda yang diperlukan oleh manusia moden, dalam usaha-usaha pelancongan dan perhotelan. Di Malaysia juga, kata pengirim surat dari Taipeh itu, langkah-langkah pemodenan yang melampau mungkin akan dilakukan sebab terpaksa berlawan dengan negeri-negeri dan rantaurantau lain di Asia Timur.

Di Taipeh ini, kata lagi surat itu, satu kompleks pelancongan yang serba lengkap sudah siap dibangunkan dengan nama Asiaworld Plaza. Sewa sebuah bilik kecil di hotel ini tidak kurang seratus ringgit Amerika untuk satu malam, yakni $200.00 duit Malaysia. Kisahnya yang lebih lengkap bolehlah Jah baca dalam majalah Insight keluaran bulan Jun tahun ini.

Kenapa saya menyebutkan pemodenan di pulau Taiwan ini Sebabnya di kawasan bukit-bukau di pulau itu masih ada beberapa kumpulan atau suku-suku manusia keturunan Melayu yang sedang dijadikan alat-alat memajukan perusahaan pelancongan.

Kemudian surat itu menyebut pula daripada hal harta-harta karun yang baru dijumpai di bawah laut di hadapan bandar Mersing.

Barangkali rahsia itu telah diberitahu oleh ayah saya - Long Taifun kepada tauke-tauke Cina di Singapura. Ayah saya mengetahui beberapa buah kapal besar dan kecil yang telah karam di sepanjang laut pantai Timur Semenanjung, istimewa kapal-kapal kecil dan perahu-perahu yang telah digunakan Oleh orang-orang pelarian dari Vietnam. Boleh dikatakan semuanya ada mengandungi emas, perak dan batubatu permata. Tetapi usaha untuk mencarinya bukanlah senang. Kebanyakannya, barangkali sudah hanyut entah ke mana-mana. Lainlah halnya kapal besar yang baru dijumpai di hadapan pantai Mersing itu.

Pendek kata, Jah, Malaysia adalah sesungguhnya negara yang sangat bertuah, tetapi bahaya-bahaya yang akan dihadapinya pada masa-masa yang akan datang mungkin banyak. Jadi kita hendaklah sentiasa berwaspada.

Dari Taipeh saya akan pergi sekali Iagi ke Tokyo untuk menguruskan lawatan sambil belajar bagi saya ke Korea Utara. Kemudian saya akan pergi pula ke Filipina untuk melawat kawasan-kawasan selatannya kerana di sebuah kampung di Pulau Mindanao, mengikut kata ayah saya, ada saudara-mara kami yang nama-nama mereka itu telah diberikan kepada saya oleh ayah saya yang kini masih ada di Mersing. Tetapi dalam bulan Ogos lalu dia berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima.

Agak saya, sampai sekarang, Jah bertambah hairan memikirkan apakah tujuan-tujuan saya yang sebenarnya merantau dan merayau-rayau ke tempat-tempat yang saya sebutkan ini. Walau bagaimanapun saya belum berani nak menceritakan sesuatu yang rahsia dalam surat-surat saya kepada Jah. Sungguhpun begitu, dan walaupun perkenalan kita belum lama, saya yakin Jah sudah faham akan tujuan sebenarnya pengembaraan saya ke beberapa rantau atau negara-negara yang letaknya di luar Nusantara.

Orang-orang kaya, Jah, melaburkan kekayaan mereka di serata dunia. Di Singapura, misalnya, ada pelabur-pelabur dari Indonesia bergabung dalam sebuah syarikat yang dinamakan Kumpulan Harapan (Harapan Group) untuk membeli tanahtanah di Pulau Singapura bagi mendirikan hotelhotel dan pasar-pasar raya. Orang-orang Cina di Singapura melaburkan wang mereka dalam Malaysia. Golongan miskin juga yang kurang berubah cara dan taraf hidupnya, walau di mana-mana jua pun.

Di negara-negara Asia sebelah utara dan barat negara kita kekacauan berlaku di antara kaum-kaum yang berlainan agama dan juga ideologi politik. Kaum Hindu di India bergasak dengan kaum Sikh, merebak hampir ke seluruh bumi India.

Apa nak jadi kepada manusia dan dunia ini, Jah Apakah jadinya pelaburan-pelaburan Bank Bumi yang sangat banyak di Hong Kong itu, Jah Bolehkah dapat balik sebahagian yang telah dilaburkan dalam Kumpulan Carrian itu Dan apakah akan jadi kepada manusia kiranya akan berlaku Perang Dunia Ketiga

Dalam bulanan Insight keluaran bulan April, 1984 ada cerita seorang Cina, rakyat Malaysia, yang berasal dari negeri Johor. Muda lagi orangnya, dilahirkan dalam tahun 1942 di Johor Bahru. Namanya sebenar ialah Yap Yong Seong, tetapi sekarang lebih terkenal dengan gelaran Duta Yap, sempena nama daripada sebuah syarikatnya yang dinamakan Duta Consolidated (Bhd).

Duta Yap pernah bekerja dalam Kementerian Dalam Negeri, di Kuala Lumpur, sebagai seorang pegawai, tetapi beliau tidak mahu menceritakan panjang lebar darihal jawatannya itu.

Duta Yap mula berusaha pada awal tahun 70-an sebagai pembina rumah-rumah sewa dan juga untuk jualan terus di bandar Ipoh dengan modal $10 inta. Kebetulan, ayahnya pernah menjadi kontraktor membuat rumah bagi JKR. Ini menjadi dorongan kepadanya. Pejabatnya pada masa itu di Taiping, Perak.

Dari Perak pengusaha muda itu telah pindah ke Melaka. Dalam satu jamuan makan sate, kata Yap, dia telah bersua dengan kongsinya, seorang bumiputera. Projeknya pertama dengan bumiputera itu dinamakan Melaka Jaya, satu projek menambak pantai Melaka untuk mendirikan rumah-rumah. Pendek kata Jah, awak kenalah baca sendiri kisah kemajuan dan kejayaan Duta Yap ini dalam majalah itu yang menerangkan beberapa kejayaan para pelabur dalam Asia, khususnya di Taiwan, Hong Kong, Singapura dan Malaysia, sambung surat panjang dari Taiwan itu.

Dalam kisah panjang lebar darihal kebijaksanaan Duta Yap dan kejayaannya ada tersebut nama seorang bumiputera kongsinya, iaitu Datuk Mohammad Salleh bin Yusoff yang juga mempunyai ataupun menguasai beberapa buah Syarikat binaan, pelaburan, perdagangan dan lain-lain.

Dari Melaka Jaya, Duta Yap telah memajukan pula satu kawasan perumahan di Negeri Sembilan dengan nama Seremban Jaya dan Senawang Jaya.

Adalah sangat besar faedahnya bagi Jah dan lain-lain para pegawai kaum bumiputera yang berpengetahuan tinggi untuk mempelajari selokbelok para pelabur dan pengusaha-pengusaha yang berjaya dalam tanah air kita ini supaya kelak kaum bumiputera boleh maju dan berjaya dalam berbagaibagai-bagai perusahaan dan pelaburan dalam negara kita, kata lagi pemuda daripada Kampung Aur di Pulau Kundur itu.

Tunggulah surat-surat daripada saya yang akan sampai kelak dari beberapa tempat dalam Asia. Sementara itu terimalah ucapan sayang dan rindu daripada saya. Yang perlunya sekarang ialah bagi Jah memiliki majalah-majalah Insight dan lain-lain untuk kajian-kajian yang mendalam.