Mencari Kiblat Cinta - 191
Tapi tahukah gadis itu yang keadaannya juga sama. Semua ini bukan mudah baginya!

Selama ini Nira mampu hidup tanpa dia. Dengan menanti dia kembali. Nantilah dia sekali lagi, tapi izinkan saya berada di samping Nira. Kita akan menanti dia bersama-sama dan masa itu akan cepat berlalu. Bisik Filman sabar memujuk anak gadis itu.

Danira kini teresak-esak. Airmatanya meluruh tanpa henti. Filman segera menarik tubuh anak gadis itu ke arahnya. Dia sudah tidak peduli lagi. Dia hanya mahu memujuk sekeping hati yang kini sedang parah dilukai. Dan dia sudah nekad mahu merawat hati gadis itu. Mahu membelai jiwa Danira yang penuh dengan parut derita.

Tanpa disedari, sesusuk tubuh berdiri di hadapan pintu bilik yang sedikit renggang. Telinganya mendengar dengan jelas tangisan Danira yang meruntun hati. Esakan itu membuatkan dia rasa bersalah. Membuatkan dia terhukum dalam timbunan dosa yang takkan berakhir. Perlahan-lahan Aliff menutup pintu biliknya dengan rapat lalu kembali ke katilnya.

******

Ketika Danira sedang sibuk menuang bubur ke dalam mangkuk yang dibawanya, matanya asyik menekuni gerak-geri gadis itu. Wajah Danira benar-benar seperti arwah ibunya. Cantik dan lemah lembut. Entah kenapa, wajah ibunya sering bermain-main di tubir matanya sejak akhir-akhir ini.

Makan bubur ni sikit. Mak Minah yang reneh bubur ni untuk Naufal. Katanya dulu Naufal suka makan bubur ayam yang dia reneh. Danira bersuara seraya menyuapkan bubur itu ke mulut anak muda di hadapannya.

Aliff sekadar tersenyum. Mak Minah masih ingat rupanya! Dahulu sewaktu mereka berdua tinggal di rumah kecil di belakang rumah wanita itu, Mak Minah kerap membawanya bubur ayam yang direnehnya sendiri.

Sedap. Rasanya sama macam dulu. Komen Aliff. Danira tidak bersuara lagi.

Dua tiga kali disuap, Aliff makan tanpa banyak soal. Tapi dalam diam-diam matanya meratah wajah kakaknya yang kelihatan sembab. Dia perasan, ada sisa-sisa airmata yang berbekas di kelopak mata gadis itu. Hatinya dimamah hiba menatap wajah yang kelihatan pucat di hadapannya. Apakah kakaknya makan dengan baik selama ini Apakah kakaknya tidur nyenyak sejak akhir-akhir ini

Dia segera merampas mangkuk bubur di tangan Danira. Danira terpanar. Terpisat-pisat dia melihat Aliff sudah memegang sudu dan mengaup sedikit bubur lalu dibawa ke hadapannya.

Buka mulut kakak. Biar Naufal suapkan kakak pulak. Aliff tersenyum.

Danira memandang anak muda itu. Aliff kelihatan bersungguh-sungguh. Mahu tak mahu dia segera membuka mulutnya. Dan bila bubur itu sampai ke mulutnya, dia mengunyah perlahan tanpa suara.

Kalau Naufal tak ada di sisi kakak nanti, kakak kena janji dengan Naufal yang kakak kena hidup dengan baik. Kakak kena makan ikut masa dan tidur mesti cukup. Naufal tak mahu kakak Naufal ni kelihatan pucat setiap waktu. Nanti tak cantik macam umi! Bicara Aliff lembut tersusun.

Hati Danira tersentuh mendengarnya. Namun dia hanya tunduk. Kali ini dia tidak mahu menangis di hadapan anak muda itu lagi.

Boleh kakak janji dengan Naufal sesuatu Pinta Aliff tiba-tiba.

Mata Danira beredar ke wajah anak muda itu.

Janjilah dengan Naufal yang kakak akan terima cinta abang Filman. Dia lelaki yang baik. Dia akan membahagiakan kakak walau seluruh dunia membuatkan kakak derita. Janjilah kakak. Rayu Aliff.

Naufal. Hanya itu yang mampu disebut Danira. Dia sendiri tidak menyangka anak muda itu akan membuat permintaan seperti ini.

Ma adalah ibu yang penyayang. Naufal yakin, dia akan sayangkan kakak sepertimana dia curahkan kasih sayangnya pada Naufal selama ini. Dan ayah, walaupun luarannya nampak tegas dan menakutkan, tapi dalamannya sebenarnya tidak begitu. Selama ini dia yang bawa Naufal ke rumah tu dan rawat Naufal. Dia juga telah berikan kasih sayang yang lebih banyak pada Naufal berbanding apa yang telah diberinya pada abang Filman dan Najla sendiri. Hanya Naufal kesal kerana sampai saat ini, ayah tak mahu jengukkan mukanya ke mari. Sedangkan Naufal benar-benar inginkan keampunan ayah, kak. Naufal rindukan kehadirannya dan kata-katanya. Tutur Aliff sebak.

Danira terdiam. Dia tahu siapa yang dimaksudkan anak muda itu. Tapi dia tidak pernah lagi melihat lelaki itu melawat adiknya sejak kali terakhir mereka bertemu di wad kecemasan hampir dua minggu yang lalu.

Filman menolak pintu bilik di hadapannya agak kasar. Kehadirannya mencuri tumpuan Tengku Amar yang sedang berbincang dengan beberapa orang peguam di syarikat itu. Melihat kelibat anak lelakinya, Tengku Amar menarik nafas panjang. Wajah lelaki itu ditatap serius.

Kamu tak nampak ke ayah tengah berbincang ni Have a respect at least. Ujar lelaki itu dengan nada marah.

bersambung

Bab akan datang:

Apa yang Tengku Amar bincangkan bersama peguam itu Mengapa Filman tiba-tiba ingin berjumpa ayahnya