Mencari Kiblat Cinta - 192
Filman seakan tidak ambil pusing. Dia bergerak ke tengah sambil memandang kedua-dua lelaki yang sedang berbincang dengan ayahnya.

Sorry gentlemen, I have something more important to discuss with him. So could you please excuse us Pinta Filman sopan. Kedua-duanya memandang ke arah Tengku Amar bagaikan meminta izin beredar. Hendak tak hendak Tengku Amar terpaksa mengangguk.

Usai kelibat lelaki-lelaki itu menghilang, pandangan Filman beralih ke wajah ayahnya. Lelaki itu sekadar menatapnya acuh tak acuh.

What is wrong with you Filman Soal Tengku Amar.

Ayah yang patut beritahu Fil. Apa yang tak kena dengan ayah

Dahi Tengku Amar berkerut. Gagal mencerna kata-kata Filman kali ini.

Aliff pun anak ayah jugak. Ayah yang bawa dia dalam keluarga kita. Tapi sejak dia sedar, belum sekalipun ayah melawat dia. Kenapa

Tengku Amar sekadar mendiamkan diri. Dia sudah tahu di mana rentak perbualan mereka kali ini. Perlahan-lahan tubuhnya dibalikkan ke arah permukaan jendela di hadapannya. Namun pemandangan bandaraya di hadapannya tidak tercerna di fikiran, sebaliknya ada keresahan yang bermain di kepalanya saat ini.

Aliff nak jumpa ayah. Dia nak sangat jumpa ayah. Pujuk Filman cuba berlembut kata kali ini.

Ayah tak nak jumpa dia. Kamu boleh keluar sekarang. Ayah sibuk. Ungkap Tengku Amar dengan nada keras.

Filman tersentak. Kata-kata lelaki itu membuatkan dia terkesima. Kenapa dengan tiba-tiba ayahnya berubah sikap terhadap Aliff Apakah ayahnya sudah tahu dari mulut ibunya tentang Aliff Tapi menurut ibunya, dia belum memberitahu apa-apa pun pada ayahnya. Malah Tengku Saida tak putus-putus merayu agar dia merahsiakan hal ini dari pengetahuan ayahnya Tengku Amar.

******

Filman termenung panjang. Entah kenapa dia yakin, lelaki itu sudah tahu segala-gala hal berkenaan Aliff. Dia masih ingat bagaimana ayahnya berkelakuan aneh apabila diberitahu Aliff dikejarkan ke hospital tempohari.

Sejak bila ayah tahu hal fasal Aliff Sebab itukah ayah tiba-tiba bertukar sikap pada Aliff Duga Filman sekadar mahu tahu isi hati lelaki itu.

Tubuh Tengku Amar bergetar. Dia berpaling memandang ke arah Filman dengan wajah cuba diselambakan sebaik mungkin. Apa kamu cakap ni Ayah tak faham langsung. Ayah sekarang tengah sibuk dengan kes besar di firma kita. Tolong jangan ganggu ayah Fil. Pinta Tengku Amar.

Ayah tak pandai berbohong. Sejak awal lagi ayah tahu Aliff yang menyebabkan kematian Firdaus bukan Sebab itu ayah bersikap begini. Ayah tutup diri ayah dengan menyibukkan diri di pejabat sedangkan Aliff terlantar di hospital. Keluh Filman berterus-terang.

Jadi kamu nak ayah buat apa Kamu nak ayah ke sana dan jumpa pembunuh anak ayah sendiri Begitu Tengking Tengku Amar tiba-tiba.

Filman tersentak. Bicara lelaki itu membuatkan dia kehilangan kata-kata. Pembunuh Itukah yang difikirkan ayahnya tentang Aliff Anak kesayangannya selama ini Filman benar-benar kesal.

Hebatnya ayah. Dalam tempoh singkat ayah boleh curahkan kasih sayang ayah dan dalam sekelip mata ayah humban kasih itu entah ke mana. Aliff kita sekarang dah jadi pembunuh di mata ayah. Hanya itu yang ayah fikirkan tentang Aliff Pembunuh

Tengku Amar hanya membisu.

Kalaulah ayah dapat lihat wajah Aliff bila dia ceritakan segala-galanya pada Fil tentang dirinya. Kalaulah ayah dapat lihat bagaimana Aliff menangis kerana rasa kesal. Sepanjang masa dia hanya fikirkan tentang kekecewaan ayah kalau ayah tahu siapa dia yang sebenarnya.

Kelopak mata Tengku Amar bertaut. Wajah Aliff muncul di fikirannya. Silih berganti dengan wajah Firdaus yang dikelilingi bayangan putih.

Kalau ayah nak tahu, Firdaus mati disebabkan dia terlibat dengan siasatan kes sebuah organisasi pengedaran dadah. Dan sekarang semua penjenayah-penjenayah tu dalam buruan pihak berkuasa. Thanks to Aliff sebab dia sanggup serahkan dirinya untuk memastikan semua penjenayah-penjenayah tu ditangkap polis. Aliff dan Danira hanya dua adik beradik yang tak bersalah yang terperangkap dalam komplot penjenayah-penjenayah tu. Sampai bila ayah nak macam ni Ayah sentiasa salahkan orang lain supaya hati ayah lebih tenang. Kenapa tak salahkan diri ayah sendiri yang langsung tak tahu apa yang telah Firdaus lakukan di belakang ayah selama ini Herdik Filman dengan wajah merah padam. Hatinya benar-benar terbakar kali ini dengan sikap ayahnya.

Tubuh Tengku Amar menggeletar mendengar kata-kata Filman. Dia benar-benar tidak tahu yang selama ini Firdaus diam-diam menyiasat kes seperti itu. Dia masih ingat bagaimana enam tahun yang lalu, Firdaus pernah datang bertemunya membawa sebeban fail berkait dengan sebuah organisasi pengedaran dadah. Tapi melihat nama Datuk Kahirul seorang jutawan dan ahli politik dikenali dikaitkan dengan kumpulan pengedaran dadah itu, dia segera mengarahkan agar Firdaus tidak melibatkan dirinya.

bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Tengku Amar pada ketika itu tidak mahu Firdaus melibatkan diri dalam kes tersebut