Mencari Kiblat Cinta - 194
Cobe Wajah Danira berubah. Dia cepat-cepat membuka isi sampul surat tersebut lalu mengeluarkan isinya. Melihat dokumen yang terpapar di hadapannya, sekali lagi dia dikejutkan. Masya Allah! Tak mungkin! Kenapa geran rumah milik keluarganya boleh berada di tangannya Bukankah selama ini rumah itu didiami pak ciknya Kamal dan isterinya Musliha

Ini pesan terakhir Cobe yang diamanahkan pada saya. Sekarang tugas tu dah selesai. Apa yang sepatutnya menjadi milik Cik Danira semuanya dah dipulangkan kembali ke tempat asalnya. Lagipun pak cik Cik Danira memang mendapatkan rumah tu secara penipuan. Di dalam sampul surat tu ada nombor telefon saya. Kalau Cik Danira perlukan apa-apa bantuan, saya akan datang membantu. Apa sahaja! Ujar lelaki itu seraya tersenyum.

Danira terus terkedu seribu bahasa. Melihat lelaki itu mahu beredar dari situ, dia segera menyedari kealpaannya. Hampir dia terlupa menanyakan nama lelaki itu. Dia cepat-cepat mencari sesuatu di dalam sampul surat tersebut. Terdapat sekeping kertas kecil terperosok di dasar sampul surat tersebut. Dia segera mengeluarkannya lalu ditatap sepintas lalu. Tim Siapa dia sebenarnya Salah seorang dari orang Cobe kah

Namun melihat geran rumah milik ibu bapanya kini berada di tangannya, dia merasa gembira. Benar-benar gembira. Harta pusaka peninggalan arwah ibu bapanya kini diperolehinya semula. Naufal, kita dah dapat semula rumah kita dik!

Dia berpaling ke arah Aliff, sudah tidak sabar mahu memberitahu anak muda itu berita baik ini. Namun sejurus dia melemparkan pandangan ke arah Aliff yang tadinya sedang beratur di hadapan van aiskrim, nafas Danira tiba-tiba terhenti. Melihat suasana riuh rendah berhampiran van aiskrim itu, tubuhnya tiba-tiba mengejang. Sekumpulan orang ramai sudah meluru ke arah Aliff yang sedang berbaring di atas rumput hijau di situ. Ada dua kon aiskrim tercampak tidak jauh dari situ.

Naufal! Bisik Danira tanpa disedari. Dua kon aiskrim itu membuatkan nafasnya bergetar, lalu tubuhnya membeku di situ. Suara riuh-rendah itu hilang berganti dengan kebisuan dan kesepian yang menyelimutinya saat itu.

Langkahnya pantas mendahului kelibat-kelibat tubuh yang dilewatinya. Dia sudah tidak peduli pada mata-mata yang sedang memandang. Dia hanya ingin cepat sampai ke destinasi. Sepanjang perjalanan, dadanya dibadai ombak resah. Fikirannya benar-benar kacau bilau. Panggilan telefon dari Filman telah menghancurkan segala ketenangannya.

Di hadapan wad yang ingin ditujuinya, langkahnya tiba-tiba terhenti. Telinganya mendengar sayup-sayup tangisan demi tangisan berkumandang. Dia ragu-ragu mahu meneruskan langkah. Hatinya tiba-tiba sahaja diulit resah dan sebak. Namun tangannya mencapai jua tombol pintu di hadapannya lalu dikuak perlahan-lahan. Matanya dengan segera tertumpu ke arah sekujur tubuh yang sedang ditutup sehelai kain putih.

Setiap pasang mata di dalam bilik tersebut sudah menoleh ke arahnya. Isterinya Tengku Saida sedang cuba ditenangkan Filman. Najla pula sudah tenggelam dengan tangisan. Segala-segalanya seperti satu petanda yang dia telah terlewat. Dia telah kehilangan peluang untuk mengucup dahi anak muda itu buat kali terakhir. Aliff!

Abang, Aliff dah tak ada. Aliff dah pergi tinggalkan kita. Tengku Saida mengongoi seperti anak kecil seraya memandangnya. Dia tidak mempedulikan kata-kata isterinya. Langkahnya segera diatur mendekati tubuh di dalam kain putih itu. Terketar-ketar tangannya menyelak kain di hadapannya. Sebaik kain itu ditarik, terserlah wajah tenang Aliff di situ dengan kelopak mata yang terpejam rapat. Bibir anak muda itu seolah-olah sedang tersenyum ke arahnya.

Tengku Amar terpaku menatap wajah itu. Hatinya masih tidak mampu mempercayainya. Dia hampir terjelepuk jatuh, namun Filman lebih pantas menyambut tubuhnya.

Ayah.. panggil Filman dengan wajah gusar.

Ke..kenapa dengan Aliff, Fil Soalnya tergagap-gagap.

Jantung Aliff tiba-tiba tak stabil. Beberapa pembuluh darahnya juga pecah di bahagian otak. Aliff meninggal sejurus sebelum ayah sampai. Jelas Filman sebak. Matanya merah menyala memandang ayahnya.

Kenapa Aliff tak tunggu ayah Kenapa dia mesti pergi sebelum ucapkan selamat tinggal Ayah cuma nak jumpa dia dan katakan padanya bahawa ayah benar-benar sayangkan dia selama ini. Ayah sedar yang ayah tak berhak nak menghukum Aliff sedangkan sebenarnya ayahlah penyebab kenapa Firdaus meninggal dunia. Bisik Tengku Amar dimamah pilu.

Fil yakin, Aliff lebih tahu sedalam mana kasih sayang ayah padanya.

Ayah bersalah pada Aliff, Fil. Ayah bersalah pada kamu semua. Gumam Tengku Amar dalam rintihan yang penuh kekesalan.

Filman mengetap bawah bibir dengan perasan bergelora. Kata-kata lelaki itu membangkitkan seribu penyesalan yang bermukim di hatinya. Diam-diam dia melontarkan pandangan ke arah Danira di birai katil yang sedang kaku di pelukan Mak Minah. Pak Maidin di samping anak gadis itu asyik memujuk anak gadis itu agar bersabar.

bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Tengku Amar mengatakan dia adalah punca Firdaus meninggal dunia