Pak Latif bingkas bangun dari kerusi tempat dia berehat. Dia terus berjalan ke arah pintu. Tombol pintu dipulas.
Shuhada! Ya Allah anak Ayah!
Terus Pak Latif mencapai Shuhada. Dipeluknya erat. Tiada tanda mahu dilepaskan. Air mata mula mengalir membasahi pipinya. Ternyata Pak Latif begitu merindui anak bongsunya ini. Terkumat-kamit dia mengucap kesyukuran kepada maha Esa sambil terus memeluk Shuhada. Shuhada hanya diam membatu. Tiada pula tangannya mencapai ayahnya membalas pelukan. Tiada juga dia menolak suam tubuh ayahnya.
Mari Shuhada , masuk nak,
Tangan Shuhada dipegang erat. Shuhada menurutkan sahaja langkah ayahnya yang menuju masuk ke dalam rumah. Tidak ada walau sepatah perkataan keluar dari bibirnya. Wajahnya pula masih tertunduk memandang lantai. Fikirannya kosong. Apabila sampai di sofa, Shuhada mengambil tempat di sebelah ayahnya. Alias yang mengekor di belakang mereka mengambil tempat bertentang dengan sofa Shuhada.
Maknya! Mari tengok siapa datang! jerit
Pak Latif.
Alias, Pak Cik nak ucap terima kasih sangatsangat kerana bawa Shuhada pulang. Pak Cik yakin Shuhada pasti akan terima kamu, kata Pak Latif sambil mencium ubun-ubun
Shuhada.
Alias tersenyum tanda puas. Shuhada masih diam. Air matanya mengalir perlahan.
Wajahya tidak langsung diangkat. Dia masih tertunduk diam tanpa peduli akan sekelilingnya. Di fikiran Shuhada hanya ada kesengsaraan yang dialaminya.
Seandai keluarganya tahu nasib yang dialami selama dua bulan bersama Alias di Indonesia. Seandainya dia mampu membuka mulut menceritakan segala-galanya. Seandai keluarganya akan percaya syaitan itu adalah Alias, seorang lelaki graduan dari Mesir yang merupakan penceramah motivasi terkemuka di Malaysia. Namun Shuhada tahu dia hanya meletak harapan untuk segalanya terucap dengan sendiri tanpa perlu dia luahkan. Kesakitan dan kepahitan yang dia alami akan terus ditelan Shuhada sendiri.
Ibu bapa Shuhada terlalu meninggikan bakal menantu mereka. Sejak pertama kali Alias datang bertemu Pak Latif dan Mak Sunti untuk merisik Shuhada, hati mereka sudah tertawan untuk menjadikan Alias sebagai menantu mereka.
---
Mak Sunti yang berada di dapur terdengar sahutan suaminya yang berbau kegembiraan terus mencapai handuk yang tergantung di dinding dapur. Sambil mengesat saki-baki kotoran yang terlekat di celahan tangannya, dia berjalan menuju ruang tamu.
Kegembiraan suaminya itu membuatkan dia tertanya-tanya siapakah yang datang melawat waktu-waktu begini.
Melangkah ke ruang tamu, mata Mak Sunti membulat terkejut apabila melihat dua sosok yang sedang duduk di ruang tamunya. Kegembiraan jelas terpancar dari wajah Mak Sunti. Dua sosok yang paling disayanginya kini berada di hadapannya. Mak Sunti segera mencampakkan tuala di tangan dan mencapai tangan Shuhada dan menariknya berdiri. Tubuh lemah Shuhada terus dipeluk erat sepertimana Shuhada dipeluk Pak Latif tadi.
---
Ya Allah, Shuhada, anak ibu. Ibu minta maaf nak, ibu tak patut paksa kamu. Ibu rindu kat Shuhada.
Mak Sunti menangis teresak-esak. Badan Shuhada dipeluk seerat-eratnya.
Pak Latif menggelengkan kepalanya melihat gelagat Mak Sunti yang terlalu gembira dapat bertemu dengan anak bongsu mereka.
Tengoklah tu Alias, Mak Sunti kau. Gelagatnya macam sepuluh tahun tak jumpa.
Alias tertawa kecil membalas seloroh Pak
Latif.
Namun Shuhada masih diam tanpa bicara. Air matanya mengalir perlahan. Air mata kesakitan dan setiap penderitaan yang dia rasai harus disimpan sendiri. Wajahnya pucat, pemakaiannya tidak seperti selalu. Jika selalu dia sering berpakaian menjolok mata, tapi kali ini, dia memakai baju kurung longgar dan berselendang. Perubahan pada diri Shuhada membuatkan Pak Latif sangat bangga sehingga lupa untuk mencari punca kemurungan anaknya. Mulut Pak Latif tak henti-henti memuji Alias. Pada pandangan Pak Latif, Alias berjaya mengubah anaknya.
Mari nak, ibu bawa ke bilik ya sayang.
Tangan Shuhada dipegang lembut ibunya.
Shuhada hanya menurut rentak Mak Sunti.
Sepanjang perjalanan menuju ke biliknya, Shuhada diam seribu bahasa. Fikirannya seperti di awang-awangan memikirkan nasib yang bakal menimpanya kelak.
Shuhada okay tak tanya Mak Sunti. Hatinya seperti dapat mengagak sesuatu.
Shuhada hanya diam. Perlahan-lahan kakinya melangkah menuju ke arah katil. Selimut di hujung katil ditarik perlahan-lahan menutupi badannya. Shuhada baring di arah yang bertentangan dengan Mak Sunti. Dia seakanakan tidak sanggup malihat wajah ibunya. Matanya dipejam erat. Mak Sunti yang masih berada di hadapan pintu hanya memerhati gerak-geri zuriat kesayangannya itu.
Tak mengapalah nak. Shuhada tidur dulu ya Ibu tahu Shuhada penat. kata Mak Sunti sambil mengesat air matanya dan terus keluar dari bilik.
Ya Allah, adakah aku selayaknya yang harus menerima ujian ini Apakah aku terlalu keji di matamu sehingga seksaan dunia sekejam ini kau berikan jerit Shuhada di dalam hati.
Air matanya mengalir deras. Mukanya ditekup dengan bantal, supaya tangisannya tidak didengari oleh ibu bapanya.
Alias, ilmu apalah yang kamu guna sehingga mampu melembutkan hati Shuhada yang sekeras besi itu nak kata Pak Latif sambil menghidupkan rokoknya.
Alias tertawa kecil.
Saya percaya pada Allah Pak Cik, saya yakin Shuhada itu jodoh saya Pak Cik. Kalau boleh saya nak kahwini Shuhada secepatnya, kata Alias lembut.
Alias seorang lelaki yang pandai memikat hati orang tua. Setiap kata-kata dan gerak langkahnya mampu memukau sesiapa yang berada di hadapannya.
Minum airnya ni Alias, Mak Sunti tak kisah kalau Pak Latif dan Shuhada setuju
Kata Mak Sunti sambil menghulurkan minuman kepada Pak Latif dan kemudian diberikan pula pada Alias.
Pak Latif rasa Shuhada pun berkehendak yang sama seperti kamu, masakan tak cinta sampai sanggup makan pujuk rayu kamu untuk pulang ke sini, kata Pak Latif sambil ketawa.
Alias hanya tertunduk malu. Lagaknya tak ubah seperti seorang lelaki yang sangat sopan. Berbeza sifatnya apabila bersama Shuhada. Dia tersenyum puas.
Kau milikku Shuhada. Sampai mati.
Hati kecil Alias melompat kegembiraan.
Setelah hampir dua jam berbual dan bergelak tawa bersama Mak Sunti dan Pak Latif, Alias akhirnya meminta izin untuk pulang kerana ada beberapa perkara yang harus dia selesaikan.
Ternyata kegembiraan masih jelas terpancar di wajah Pak Latif. Mulutnya tak henti-henti memuji Alias dari sehari ke sehari sehingga hampir seminggu. Kebanggaannya semakin menebal. Harapan bermenantu seorang ustaz yang terkemuka semakin jelas harapannya.
---
Mak Sunti menyidai pakaian yang baru dicuci. Kepalanya teringat kepada anak perempuannya, Shuhada. Selesai menyidai pakaian Mak Sunti terus berjalan menuju ke bilik Shuhada. Pintu bilik Shuhada diketuk namun tidak ada sahutan. Perlahan-lahan pintu bilik Shuhada ditolak.
Shuhada dah makan Kenapa ni Ibu tengok Shuhada macam ada yang tak kena. Ceritalah pada ibu, nak, tanya Mak Sunti apabila melihat Shuhada sedang termenung di tepi katil.
Dia berjalan menuju ke arah anaknya, Rambut ikal kepunyaan Shuhada diusap lembut.
Sudah tiga hari Shuhada pulang dari Indonesia, namun tidak ada walau sepatah perkataan pun keluar dari mulut anaknya itu. Shuhada menghabiskan masanya termenung di bilik. Fikiran Shuhada bercelaru memikirkan nasib yang bakal menimpanya. Hatinya meronta ingin memberitahu hal sebenar kepada ibu bapanya, namun usahanya sering sahaja dibatalkan.
Shuhada tidak menghiraukan segala tindakan
Mak Sunti yang sedang mengusap rambutnya. Persoalan Mak Sunti juga tidak diendahkan.
Perlahan-lahan Mak Sunti duduk bersebelahan dengan anak gadisnya. Wajah anaknya diusap lembut, kemudian ditatap wajah anaknya dari pandangan sisi. Bahu Shuhada dipegang dari belakang. Dipeluk erat bahu anaknya itu.
Entah apa yang mengganggu fikiranmu wahai anakku usik hati Mak Sunti.
Keadaan di dalam bilik Shuhada sunyi. Hanya sesekali terdengar bunyi tiupan angin melalui ruangan bilik Shuhada yang seakanakan membawa luahan hati Shuhada kemudian membisik lalu ke telinga setiap penghuni di bilik Shuhada. Namun, bahasa angin tidak mampu didengari oleh manusia biasa yang tidak pernah memahami alam.
Setelah hampir setengah jam membisu, akhirnya Mak Sunti memulakan perbualannya bersama Shuhada.
Alias telefon Ayah semalam. Dia mahu perkahwinan kamu berdua dilangsungkan secepat mungkin. Kalau boleh dua minggu lagi nikah. Majlisnya bulan depan pun tak mengapa. Kamu setuju
Kata-kata Mak Sunti masih tidak diberi apaapa balasan oleh Shuhada. Dia masih diam. Shuhada masih memandang ke arah tingkap. Wajah ibunya langsung tidak ditatap. Di fikiran Shuhada terbayang nasib yang bakal menimpanya. Selimut katil di bawah punggungnya digenggam erat. Dia seakanakan sedang menahan air matanya dari jatuh membasahi bumi.
Hari perkahwinanku adalah permulaan hidupku sebagai hamba buat suami sendiri. Ya, mungkin aku patut digelar pelacur. Pelacur kelas pertama bisik Shuhada dalam hati.
Kalau Ibu rasa Ibu dan Ayah akan puas hati dengan perkahwinan ini, maka teruskan. Saya setuju, Kata Shuhada lembut.
Mak Sunti tersenyum puas walaupun jawapan Shuhada sangat mencurigakan. Hati Mak Sunti tertanya-tanya mengapa Shuhada hanya menyentuh tentang kebahagiaan ibu bapanya. Bukan kebahagiaan dirinya sendiri Sedangkan Mak Sunti dan Pak Latif berusaha memberikan yang terbaik untuk Shuhada.
---
Hari yang dihitung selama ini telah pun tiba. Jika dahulu dia menanti untuk berkahwin bersama Azam dan membina syurga bersama, kali ini hitungannya sangat berbeza. Dia menghitung saat untuk diijab qabulkan bersama syaitan yang akan memberikan neraka sepanjang hidupnya.
Akad nikah dijalankan di pejabat agama Islam. Majlis perkahwinan Shuhada pula hanya dibuat kenduri kesyukuran dan hanya saudara-mara terdekat sahaja yang hadir. Itu semua adalah atas kehendak Shuhada. Jika diikutkan Shuhada tidak mahu langsung apaapa majlis untuk meraikan perkahwinannya. Namun keluarga Alias berkeras kerana tidak mahu fitnah menyerang Alias yang mula dikenali di Malaysia.
Sepanjang majlis kenduri diadakan, terpancar wajah kegembiraan pada wajah Pak Latif dan Mak Sunti, Ibu bapa Alias pula sangat bersyukur kerana mendapat menantu secantik Shuhada. Senyuman Shuhada sangat menawan. Tutur katanya juga lembut. Mereka sangat yakin, kebahagiaan pasti akan dikecapi oleh kedua mempelai.
Untung kau Shuhada kahwin dengan Ustaz Alias. Dah la beriman, handsome pulak tu.
Kata teman-teman Shuhada di dalam bilik solek. Shuhada hanya diam dan tersenyum tawar. Wajahnya hanya diletakkan bedak dan lipstick merah jambu. Tidak langsung dikenakan apa-apa solekan tebal.
Kata-kata temannya langsung tidak memberi apa-apa makna. Kalau diikutkan hati, ingin sahaja dia lari dari situ. Namun dia tahu Alias akan mencarinya sehingga langit ke-tujuh sekalipun dan apabila bertemu nanti pasti dia akan dihukum seberat-beratnya.
Ketakutan dihukum Alias semasa di Jakarta masih dia rasai, dan masih segar di ingatan keadaannya ketika itu. Cukup hanya sekali, tidak mahu dirinya disakiti lagi.
Ya Allah selamatkan aku, Ya Allah.