PAHIT - 2
Kali pertama aku melihat dia ketika dia muncul di kaca televisyen dalam satu wawancara. Rencananya untuk mengembara seluruh dunia dalam tempoh 365 hari. Dia sepatutnya menjadi wanita pertama dari Negara ini yang melakukannya.

Saya tidak dapat habiskan penjelajahan itu, katanya kepada hos rancangan yang agak gebu dan menawan itu.

Saya telah gagal untuk mencipta sejarah. Namun saya menjumpai sesuatu yang lebih besar daripada itu. Saya berjumpa Tuhan.

Memang botnya berlepas. Tetapi dia tidak sampai ke destinasi yang dituju. Pada waktu itu berlaku ribut petir. Guruh dan kilat sambung menyambung, berselisihan. Ombak laut mengganas. Dia tercampak ke dalam lautan. Semua orang beranggapan dia telah mati ditelan dalam lautan luas. Tetapi tidak. Dia hanyut ke sebuah pulau terpencil. Dia terpinggir bersendirian. Tiada apa sangat yang boleh dilakukan melainkan menunggu untuk diselamatkan. Malangnya, pasukan penyelamat tidak dapat menjumpainya. Dia sudah hilang.

Saya bersendirian sahaja, katanya.

Ketika itu saya berada dalam keadaan depressi. Saya rindukan suami saya. Saya rindukan kawan-kawan saya. Pada ketika itu, apa yang saya fikirkan ialah untuk bunuh diri. Tapi saya sedar membunuh diri sendiri itu bukan kerja mudah. Kita perlukan kekuatan untuk menarik nyawa sendiri.

Dia hidup dengan memakan buah-buahan yang berada di pulau itu.

Saya fikir saya akan mati dalam keadaan yang teruk dan bersendiri di pulau itu, katanya.

Pada saat dia mengetahui bahawa dia mengandung, dia bernekad untuk mencari jalan keluar. Dia perlu membesarkan anaknya dalam ketamadunan.

Saya tidak boleh biarkan anak saya mati di pulau ini, katanya.

Dia membina rakit yang diperbuat daripada kayu-kayu yang terdampar di tepi pantai dan memberanikan diri untuk berperahu ke lautan luas.

Sebelum saya mulakan, saya lakukan satu perkara yang saya tidak pernah membuatnya seumur hidup saya, jelasnya.

Apa yang anda buat tanya hos rancangan yang cantik molek itu.

Saya berdoa bersungguh-sungguh supaya Tuhan akan memberikan saya perjalanan yang selamat kepada saya dan anak saya di dalam kandungan ini, jawabnya.

Itulah kali pertama saya berdoa itulah kali pertama saya percaya kewujudan Tuhan.

Beliau dibesarkan di sebuah keluarga yang menganggap sembahyang itu suatu yang membuang masa. Bapanya selalu berkata: Berikan seorang itu ikan dan kita kenyangkan dia seharian tetapi berikan dia agama dan dia akan kebuluran hingga mati sementara berdoa untuk ikan datang.

Buat pertama kali dalam hidupnya, dia tidak mematuhi kata-kata bapanya yang dia amat sayangi, dihormati dan disegani itu. Dia melutut serta merayu kepada Tuhan suatu pengakhiran yang bahagia.

Untuk beberapa hari lamanya, ida mengharungi lautan. Dia lapar, haus. Dia amat lemah.

Tetapi ajal saya belum sampai, katanya dengan mata mula berkaca.

Tuhan itu Maha Berkuasa. Tuhan menyayangi saya. Tuhan telah memberi saya kebahagiaan hakiki yang saya impikan.

Sebuah kapal kargo menyedari rakit yang rabak itu dan akhirnya dia diselamatkan. Suaminya amatlah gembira mendapat tahu bahawa dia dan isterinya dapat disatukan semula, ditambah lagi dengan kegembiraan bahawa mereka akan dikurniakan anak. Sejak peristiwa tersebut, mereka tidak pernah mengingkari Tuhan.

Saya bersyukur kerana sesat di pulau itu, katanya.

Semasa berada dalam keadaan itu, saya rasa akan Tuhan dan kekuasaanNya. Saya terhutang budi kepada Tuhan. Saya terhutang nyawa anak saya kepada Tuhan. Saya terhutang segalanya kepada Tuhan. Apa yang telah berlaku merupakan satu keajaiban yang datang daripada Tuhan. Saya akan sujud kepada Tuhan hinggalah ke nafas terakhir.

Para penonton yang mendengar berdiri mengkagumi kata-katanya.

****

Setahun selepas kemunculannya di wawancara tersebut,aku berkerja dengan wanita itu. Dia menyukaiku.

Katanya: Kamu hebat. Kamu dapat jadikan semua kerja kamu di bawah kawalan. Saya tidak dapat lakukan kerjakerja saya ini tanpa awak. Saya amat bertuah.

Aku menunjukkan senyum simpul tanda terim kasih atas pujiannya. Dengan nada sopan aku menjawab: Bukanlah Puan, saya yang sebenarnya rasa bertuah mendapat seorang majikan seperti Puan.

Bermati-matian dia ingat bahawa dia mendapat aku bekerja dengannya melalui agensi pekerjaan. Tetapi sebenarnya aku telah membayar pekerja yang sebelum ini untuk berhenti dan meninggalkan keluarga wanita itu. Itu yang menyebabkan wanita itu terdesak untuk mendapat seorang pembantu yang baru. Aku sudah agak bahawa dia akan ke agensi pekerja di mana dia mendapat pembantunya sebelum ini. Betul tekaanku.

Aku telah mengupah sejumlah wang yang banyak kepada seseorang yang bekerja di agensi tersebut bagi memilih aku menjadi pembantu barunya. Aku terlalu mengagumi dia. Aku mahu berada dalam hidupnya. . Aku ingin berada di rumahnya aku ingin bertemu dengan anaknya yang telah mengubah hidupnya.

****

Aku masih ingat kali pertama aku menjejakkan kaki ke rumahnya. Dia nampak lain daripada wawancara dulu. Rambutnya kini lebih tebal dan dia Nampak lebih kurus. Nampak sangat bahawa dia banyak meluangkan masa ke gimnasium. Suaminya juga nampak berbeza daripada wawancara dulu. Rambut suaminya nampak lebih botak dan badan bertambah berisi. Yang pasti, aku telah ditemukan dengan seseorang yang telah merubah kehidupan wanita itu seseorang yang memberi motivasi untuk wanita itu tinggalkan pulau puaka di mana dia terpaksa tinggal bersendirian seseorang yang menjadikan dia percaya kepada Tuhan. Bayinya pula baru sahaja pandai bertatih.

Saya belikan dia hadiah Bolehkah saya berikan dia hadiah ini aku tanya.

Sudah tentu boleh, katanya.

Aku nak hadiahkan dia patung unicorn. Bayi lelakinya tersenyum bila melihat unicorn itu.

Saya rasa awak telah berjaya menambat hati anak saya, kata wanita itu.

****

Selepas setahun setia sebagai pembantu rumah, aku kira sudah sampai waktu untuk aku dedahkan semuanya. Segalanya yang sudah dirancang secara teratur. Tanggal 6 September, aku dan dia ketika itu berada di anjung kereta bermain dengan anaknya. Tiba-tiba, dua lelaki yang tidak dikenali memanjat paga rumah dan menculik anaknya daripada pelukanku dan meluru terus ke kereta yang sedang menunggu di hadapan pagar depan rumahnya.

Panggil polis. Panggillah polis. Anak aku kena culik, jeritnya sambil menangis terisak-isak.

Aku pun mula berpura-pura menangis, tetapi di dalam hati aku melonjak kegembiraan. Gangster yang aku upah telah menjalankan tugas mereka dengan baik. Bisikku: Simpanlah tangismu, Puan. Ini hanya permulaan bagi tragedimu. Engkau perlu banyak lagi airmata untuk ditangisi.

****

Tiga hari berlalu pergi. Polis tidak dapat mengesan langsung di mana anak lelaki itu disorok. Kisah kejutan yang menyayat hati itu terpampang di setiap dada akhbar. Dia hanya menghabiskan kebanyakan daripada masanya di atas katil, menangis, tidur dan memeluk patung unicorn yang aku berikan ke anaknya sebagai hadiah.

Melihat kesedihan isterinya, si suami cuba berkata-kata:

Aku risaukan dia ni. Dah berhari-hari dia tak makan. Jangan risau Tuan, saya akan buatkan sup kambing yang paling enak sehingga dia tidak dapat elak untuk tidak makan, pujuk aku dengan senyuman manis.

Aku berjaya membuat dia makan sup enak yang aku siapkan. Aku tak boleh biarkan dia mati kelaparan. Dia perlu hidup untuk melihat sendiri kebenaran.

Pada hari ke-60 kehilangan anak mereka ini, aku pula menghilangkan diri. Majikan aku tidak dapat mencari aku. Suaminya juga mati buntu. Tiada siapa dapat menjejak ke mana aku pergi. Aku tinggalkan sepucuk surat untuknya. Di dalam surat itu, aku mendedahkan segala apa yang berlaku.

Aku beritahunya bahawa aku telah membawa diriku ke dalam kehidupannya. Aku neritahu dia yang aku sebenarnya dalang dalam penculikan anaknya. Aku beritahunya bahawa anaknya sudah mati Aku beritahunya di mana dia boleh jumpa mayat anak lelakinya.

****

Berbulan-bulan, wawancara dia menghantui fikiran aku. Setiap apa yang dia katakana, terngiang-ngiang dalam fikiran aku. Dia tidak boleh hilang dalam memori aku. Dia suka untuk percaya bahawa Tuhan yang dia sembah itu sempurna. Tapi aku lebih tahu. Tuhan itu jauh daripada kesempurnaan.

Aku pasti dia tidak akan dengar akan apa yang aku katakan. Dia sudah dibutakan dek ketaksuban terhadap Tuhan. Baginya, Tuhan itu tidak lemah langsung. Baginya, Tuhan tidak melakukan apa-apa kesilapan.

Tetapi, dia perlu tahu bahawa tiada siapa yang patut meletakkan seseorang itu ditahap sempurna. Tidak juga Tuhan. Aku tak boleh biarkan dirinya hidup dalam dunia ilusinya lagi. Aku perlu membuka matanya kepada kebenaran sebenar. Jadi, aku pun rencanakan satu rancangan yang bisa membuktikan bahawa Tuhan juga boleh jadi tidak adil. Tuhan boleh jadi zalim Tuhan juga boleh tidak mempunyai belas kasihan Tuhan sukakan pengakhiran yang menjengkelkan.Tuhan itu jauh daripada kesempurnaan.

****

Aku telah mengupah beberapa penyiasat untuk memaklumkan kepada aku keadaan terkini beliau sekarang memandangkan aku tidak lagi bersamanya. Aku mahu tahu apakah kesudahan rancangan aku ini. Aku dimaklumkan dia dan suaminya bersama-sama pihak polis telah menyerbu alamat yang aku nyatakan dalam suratku, di mana mayat anak lelakinya boleh dijumpai. Pintu rumah itu tidak dikunci. Ia rumah yang sudah lama ditinggalkan kosong.

Mereka menjumpai anak lelakinya berbaring di atas katil di dalam bilik tidur utama. Budak itu sememangnya sudah pun mati. Mereka tergamam melihat daging kanak-kanak itu dari leher hinggalah ke buku lali telah disiat. Cuma kepala si anak kecil itu sahaja tidak diusik.

Kenapa dia ambil daging budak ini, tanya seorang polis berpangkat inspektor.

Di sebelah mayat tersebut, tedapat sepucuk surat yang ditujukan untuk wanita itu. Selepas membacanya, wanita itu umpama gila. Dia menjerit-jerit. Kepalanya dihantukkan ke dinding. Dia mahu membunuh dirinya. Tetapi, suaminya sempat menyelamatkannya.

Saya tak boleh hidup lagi selepas apa yang saya dah lakukan, katanya seraya menangis teresak-esak.

Biarkan saya mati Biarkan saya mati Biarkan saya mati.

Suaminya tidak mempunyai pilihan lain selain daripada mengurung isterinya yang asyik mengalami histeria itu. Aku tidak menuduh dia yang ingin mati. Kalau kamu berada dalam situasinya, kamu juga akan mahu mati juga. Susah untuk meneruskan hidup selepas kamu tahu yang kamu telah memakan anak kamu sendiri.

****

Daging yang diletakkan sup kambing yang aku berikan sebelum ini bukanlah kambing sebenarnya. Daging itu adalah daging anak lelakinya sendiri. Tanpda disedari, dia telah memakan anaknya sendiri.

Aku tulis di dalam surat itu: Jikalau Tuhan itu sempurna, Tuhan kami akan hentikan kamu daripada memakan anak kamu sendiri.Kalau Tuhan kamu itu sempurna, Tuhan kamu akan gagalkan rancangan penculikan anak kamu Kalau Tuhan kamu sempurna, Tuhan kamu akan hentikan aku daripada melapah anak kamu ini. Tetapi Tuhan kami tidak lakukannya. Dengan tanpa apa-apa perasaan, Tuhan kamu hanya berdiri bersahaja seperti patung dan hanya melihat kamu memakan anak kamu sendiri. Sekarang kamu bagitahu, adakah kamu masih mempercayai bahawa Tuhan kami itu sempurna Adakah kamu masih percaya bhawa Tuhan kamu itu berkuasa

****

Setahun telah berlalu sejak insiden itu berlaku. Dia masih dalam kurungan. Dia cuma menghabiskan waktu dengan tidur sahaja. Dia enggan makan. Dia mahu mati. Dia pernah cuba untuk membunuh diri dengan kelaparan. Tetapi, jururawat-jururawat memaksanya untuk makan dengan menyumbat makanan ke mulutnya. Aku berharap dia akan sembuh segera. Tidak pernah terniat untuk menjadikan dia seorang yang gila.

Aku cuma punya satu tujuan untuk lakukan apa yang aku sudah lakukan sebelum ini. Aku cuma mahu buktikan bahawa Tuhan yang dia puja jauh daripada kesempurnaan.

****

Dia merupakan pelajar pertama aku dan dia tidak akan menjadi pelajarku yang terakhir. Terdapat ramai di luar sana yang mengalami penyakit yang sama seperti dia ini. Sepertinya, aku pasti mereka tidak akan mendengaar akan apa yang akan aku katakana. Bagi mereka, Tuhan tidak punya kelemahan Bagi mereka, Tuhan tidak melakukan kesilapan. Tetapi merak haris faham bahawa tidak ada sesiapa pun patut berada dalam kesempurnaan. Termasuk juga Tuhan.

Aku akan cuba untuk mencari jalan menembusi kehidupan mereka untuk membolos ke rumah mereka. Aku akan menambat hati mereka. Aku akan jadikan mereka yakin kepada aku. Aku akan memberi mereka kesedaran. Aku akan buka mata mereka kepada kebenaran. Aku akan letakkan mereka dalam situasi di mana aku akan buktikan kepada mereka bahawa Tuhan yang mereka puja jauh daripada kesempurnaan.

****

Aku sedang menonton rancangan bual bicara kegemaranku. Tamu yang diundang merupakan seorang rocker terkenal yang mana hidupnya diselimuti dengan skandal, seks dan dadah.

Dia berkata: Satu hari nanti, Tuhan akan datang ke dalam mimpi saya dan beritahu saya bahawa saya membenarkan dadah dan seks menjahanamkan kehidupan saya Saya sudah pun mensia-siakan bakat yang dianugerahkan Saya sudah pun mensia-siakan kehidupan saya.

Sekarang saya sudah bertaubat. Saya menyusuri jalan yang Tuhan perintahkan. Saya hanya menyanyikan lagilagu yang memuji Tuhan. Ya, saya amat percaya Tuhan perlu mendapat puji-pujian pada setiap masa kerana tidak ada sesiapa pun yang sesempurna Tuhan.

Para penonton yang ada di dalam studio pada waktu itu berdiri menepuk tangan atas apa yang diperkatakan si rocker tadi. Dan di dalam hati aku, aku tahu bahawa aku sudah pun menjumpai pelajar aku seterusnya.