LAMA Felisha termenung di bilik. Buntu memikirkan kereta waja hitam yang mengekorinya sampai ke Cameron Highlands. Niat untuk pulang ke Kuala Lumpur menaiki bas terpaksa dilupakan. Terpaksalah juga ikut Fariz ke rumah opah semula.
Hairan aku, kenapa dia asyik ikut aku Jenuh otak Felisha memikirkan siapa lelaki yang mengekorinya.
Kak Sha! Opah dan mama panggil!
Felisha menoleh ke arah pintu bilik. Suara kuat Alia dari luar jelas di telinganya. Perlahan dia menapak ke arah daun pintu.
Ada apa
Opah nak kak Sha masak kuzi ayam. Hari tu kan tak sempat nak merasa kuzi. Alia tersengih di muka pintu.
Felisha angguk. Dia segera capai tudung dan dililit kemas menutupi rambut. Dia membuntuti Alia ke ruang dapur.
Sha, boleh masak kuzi ayam tak Puan Suraya senyum. Pertama kali melihat Felisha mengenakan kain batik sarung dengan baju kurung kedah. Persis gadis pingitan.
Err..makcik nak masak kuzi ayam ke tengahari ni Felisha menghampiri Puan Suraya yang sudah siap membersihkan ayam kampung.
Puan Suraya angguk.
Makcik pernah makan ke kuzi ayam Felisha capai bahan-bahan untuk memasak kuzi. Dua tin susu cair dan satu tin tomato puri dari dalam kabinet atas dapur diambil dan diletakkan atas meja makan.
Ohguna tomato puri ke Puan Suraya mendekati Felisha yang mula memotong bawang holand.
Ya makcik. Masakan kuzi ni kena pakai tomato puri dan banyak bawang besar ni. Oh ya, rempah kuzi yang saya bawa dulu masih ada lagi ke Felisha cari di kabinet dapur.
Ada! Alia mencelah. Tiga bungkus rempah kuzi dikeluarkan dari dalam balang kaca.
Rempah tu nanti Alia ambil satu bungkus dan perap ayam tu dulu. Dua bungkus lagi tu bila nak menumis nanti.
Puan Suraya senyum melihat Felisha lincah dan laju menyediakan semua bahan untuk masakan kuzi. Bawang yang dipotong tadi digoreng sehingga kekuningan dan dikisar.
Hmmsedapnya bau. Masak apa ni Opah muncul di muka pintu dapur.
Haahsedapnya bau. Tak sabar nak makan! Fariz menyampuk.
Abang dari mana niAlia pandang Fariz yang sudah berpeluh.
Abang da.. Fariz terlopong melihat Felisha. Sopan pulak minah ni. Pakai sarung batik dan baju kurung kedah.
Abang! Alia siku lengan Fariz yang ternganga di muka pintu belakang dapur.
Err..abang dari belakang rumah tadi. Penat kejar ayam. Lepas tu, panjat pokok rambutan tu. Ni! Dapat sebaldi ni! Fariz angkat baldi biru yang penuh dengan buah rambutan yang sudah agak ranum.
Letaklah dulu rambutan tu. Hidangan tengah hari ni dah siap. Makan dulu. Opah menolong Felisha menghidang makanan di atas meja.
FARIZ bersandar kekenyangan di sofa di ruang tamu. Alia sengih melihat Fariz sudah kuyu mata.
Kalau kak Sha masak macam ni selalukan bagus! Tengok abang tu, dah nak tidur. Kenyang sangatlah tu! Alia muncung ke arah Fariz.
Nilah pertama kali opah makan kuzi ayam. Sedap jugak rupanya. Opah hidang pula kopi panas.
Yalah mak. Su pun pertama kali makan kuzi ayam ni. Mana Sha belajar semua ni Puan Suraya merenung Felisha yang duduk di sebelah Alia.
Tersenyum manis di situ.
Itu resepi arwah nenek saya makcik. Sebenarnya kuzi ni kalau dimakan dengan roti jala pun sedap. Selalunya, setiap pagi hari raya puasa, arwah nenek akan masak kuzi ni. Selepas nenek meninggal, mama pula yang mewarisi masakan tu. Saya hanya ikut resepi je. Sedap tak sedap tu tak tahulah. Felisha merendah diri.
Fariz yang sudah kuyu mata dari tadi sudah terlentuk di sofa.
Riz..tak elok tidur lepas makan. Puan Suraya goncang bahu Fariz.
Fariz masih pejam mata. Alia mula tepuk bahu Fariz.
Abang! Ada lipas dalam baju!
Hah Mana Mana Fariz pantas buka mata dan melompat dari sofa. Baju kemejanya dikibas-kibas.
Semua yang ada di situ mula ketawa dengan gelagat Fariz yang tiba-tiba terlompat macam tercucuk jarum.
Tu la! Tidur lagi! Opah cubit lengan Fariz.
Felisha sengih gelihati. Hmmbaru aku tahu kau takut lipas rupanya! Tu la! Mengata lagi kat aku takutkan cicak!
Sha, makcik tanya sikit boleh Puan Suraya pegang lembut jemari Felisha.
Hah..err..tanya apa makcikFelisha cepat-cepat pandang Puan Suraya.
Sha memang betul-betul sukakan Fariz Puan Suraya jeling Fariz yang sedang meneguk kopi panas.
Errke..kenapa makcik Felisha tergagap-gagap.
Kalau Sha memang sukakan Fariz, makcik ingat balik KL nanti, makcik nak hantar rombongan meminang.Puan Suraya menyatakan hasratnya.
Fariz terbeliak. Felisha pula terkedu.
Mama! Mama tak pernah tanya perasaan Riz. Kan Riz tak ada apa-apa dengan dia ni. Fariz cepat-cepat mencelah.
Habis tu kamu suka siapa Opah tepuk paha Fariz. Geram.
Err.. Fariz garu kepala.
Kalau kamu suka orang lain, cakap kat opah. Siapa Azza Sekali lagi opah bertanya.
Fariz diam.
Hmmkalau dah diam tu, sukalah tu. Puan Suraya pula menyampuk. Dia jeling Fariz yang sudah tunduk.
Makcik, opah, saya faham perasaan Fariz. Benda macam ni tak boleh paksa. Saya rasa dia tentu sudah ada pilihan sendiri. Saya masuk bilik dulu. Felisha bangun perlahan, minta diri ke bilik. Zuhur belum ditunaikan lagi.
Fariz hanya jeling tajam ke arah Felisha. Merajuk konon.
Siapa Puan Suraya angkat kening. Fariz dipandang tajam.
Mama, opah..tak boleh ke cakap hal lain. Asyik hal macam ni je memanjang. Bosan tahu tak! Fariz cuba cari alasan.
Habis, nak cakap hal ayam itik Pokok Macam tu Opah luku kepala Fariz.
Alia ketawa mengekek. Padan muka!
Tak ada la. Biarlah Riz ada kekasih dulu baru cerita hal nikah ni. Sekarang ni Riz tak ada sesiapa pun lagi. Bukan boleh main taram je tanya orang perempuan, awak nak nikah dengan saya tak Fariz geram. Haihaku pun sampai sekarang belum jumpa gadis misteri aku tu. Sejak tamat belajar dan pulang ke tanah air, tidak pernah bersua lagi dengan gadis tu.
Kenapa tak tanya macam tu kat Felisha Puan Suraya masih tak puas hati.
Alah mama..asyik-asyik minah bunga tu. Tak ada orang lain ke Fariz sandar di sofa. Bengang.
Kamu cakap betul-betul, kamu suka ke tak pada FelishaOpah mula desak Fariz.
Tak! Fariz bingkas bangun. Dia mula menapak ke bilik.
Tengok tu! Mulalah buat muka! Puan Suraya geleng. Faham sangat sikap Fariz kalau dipaksa macam tu.
Mama, opah...Alia ada rancangan. Alia dekat pada mama dan opah. Dia mula berbisik sesuatu.
Hah Puan Suraya menelan liur.
Boleh ke macam tu Opah pula berkerut kening.
Boleh apa! Kan dulu mereka tu macam tu. Alia percaya mama tak pernah ceritakan pada mak dan ayah kak Sha kan Alia sengih. Harapannya cerah.
Masing-masing diam membisu. Puan Suraya mula gelisah. Rancangan Alia memang menarik tetapi dia tak sanggup berhadapan dengan keluarga Felisha nanti. Apa pula kata mereka.
Macam mana Okey ke tak okey Alia sudah tidak sabar.
Puan Suraya dan opah mengangguk serentak.
Yes!!! Alia melompat gembira.
HAMPIR sebelas setengah malam. Felisha melayan perasaan sendiri dalam bilik. Memang sah Fariz tak pernah sukakan aku. Sia-sia aku berlakon selama ni. Nampaknya aku kena segera jauhkan diri dari Fariz dan famili dia. Aku tak nak dituduh terhegeh-hegeh.
Bunyi ketukan di pintu menyedarkan Felisha dari lamunan. Siapa pulak yang ketuk pintu malam buta ni Felisha jenguk ke arah daun pintu biliknya.
Siapa Jerit Felisha agak tinggi.
Diam.
Hish! Tahu ketuk tapi tak reti nak jawab. Ni mesti mamat berlagak tu! Felisha bingkas bangun dari katil dan melangkah malas ke muka pintu.
Daun pintu dibuka perlahan.
Tak ada sesiapa pun.Felisha panjangkan leher melihat sekitar koridor yang memisahkan biliknya dengan bilik lain. Bilik Fariz pula terletak di hujung koridor. Satu-satunya bilik yang ada bilik air.
Dia menapak semula ke katil. Matanya masih menala ke arah daun pintu bilik.
Apa pulak tu
Sekali lagi Felisha bingkas bangun dan menapak ke arah pintu. Ada sesuatu yang diselit di bawah pintu.
Kertas apa pulak ni Perlahan kertas putih yang dilipat dibuka dan dibaca.
Saya minta maaf pasal tadi. Saya nak jumpa awak jam dua belas nanti di depan bilik saya -Fariz
Felisha berkerut kening. Apa hal mamat ni nak jumpa aku tengah malam Dah rasa macam cerita pendekar bujang lapuk pulak dia ni. Letak surat minta maaf di bawah pintu bagai. Dia jeling jam di atas meja kecil. Lima belas minit lagi ke pukul 12 malam.
Betul ke mamat ni nak jumpa aku Tak pernah dia hantar surat macam ni. Musykil pulak aku ni Felisha garu kepala.
Tudung yang disangkut atas kerusi dicapai dan dipakai rapi. Kain batik sarung dikemaskan sedikit. Felisha mula menapak keluar ke hujung koridor. Teragak-agak dia mengetuk pintu bilik Fariz.
Eh, ada apa pulak ni Felisha capai sampul di tepi pintu bilik Fariz. Tak sempat dia buka sampul tu, pintu sudah dibuka.
Ada apa Fariz pandang Felisha bersahaja.
Err..patutnya saya yang tanya awak. Awak nak jumpa saya kenapa Felisha tenung balik Fariz yang hanya berkain pelikat tanpa baju. Dia cepat-cepat menoleh ke arah lain.
Bila saya kata nak jumpa awak Fariz berkerut kening. Dia sarung baju kemeja yang dicapaid ari kepala katil.
Habis surat ni Felisha hulur kertas tadi.
Apa ni
Bukan awak ke yang tulisFelisha ketap bibir. Tanya lagi mamat ni! Dia sendiri yang tulis, dah tak kenal tulisan sendiri ke
Fariz mula membaca apa yang tertulis atas kertas tu.
Ni, saya jumpa di depan pintu bilik awak ni. Sampul yang diambil tadi turut dihulur kepada Fariz.
Apa pulak ni Fariz jeling Felisha.
Mana saya tahu! Felisha mencebik.
Perlahan Fariz buka sampul yang dihulur oleh Felisha tadi. Dia senyum.
Kenapa awak senyum Felisha sudah bingung dengan tingkah Fariz. Apa hal mamat ni..senyum sengih depan aku.
Saya rasa sampul ni untuk awak. Sampul tadi dihulur kembali kepada Felisha.
Untuk saya Apa dalam ni Felisha picit-picit sampul. Ada rasa lembut dan berbonjol.
Tengoklah sendiri! Fariz senyum lagi.
Teragak-agak dia buka sampul tu. Tercampak sampul tu terkena muka Fariz sebaik dia melihat isi kandungan di dalamnya. Dia berlari meluru masuk ke bilik dan terus melompat atas katil.
Kenapa awak ni Lari tak cukup kaki! Fariz bercekak pinggang. Felisha ditenung tajam. Minah ni dah naik atas katil aku pulak! Ni dah melampau!
Felisha turun perlahan dari katil Fariz.
Err..maaf. Saya tak sengaja.Felisha betulkan semula cadar katil yang sudah berselerak.
Hah! Apa abang dan kak Sha buat kat siniAlia muncul di muka pintu.
Felisha dan Fariz serentak berpaling.
Eh, apa kecoh-kecoh ni Puan Suraya turut jenguk.
Err..tak ada apa. Dia ni takutkan cicak. Entah setan mana hasut dia masuk bilik Riz. Tak malu! Fariz dah mengetap bibir.
Awak cakap baik sikit eh! Saya tak ingin masuk bilik awak pun! Awak yang nak jumpa saya kat sini! Felisha sudah menyinga. Suka hati je tuduh aku ni tak malu.
Nanti, nanti, mana satu yang betul ni Opah pula menyampuk.
Mak, Su rasa elok kita nikahkan je mereka ni. Riz, dah dua kali mama jumpa korang ni dalam bilik. Mama tak nak benda tak elok berlaku. Esok kita balik KL. Mama nak berbincang dengan mama Sha nanti. Sekarang ni, tidur. Dah lewat ni. Puan Suraya tarik tangan Felisha keluar dari bilik Fariz.
Alia sempat kenyit mata pada Fariz.
Apa hal dia orang ni..macam ada sesuatu je. Fariz pandang seorang demi seorang yang keluar dari biliknya sambil tersengih-sengih. Ada apa-apa ke