SEKALI lagi Daniel menjejakkan kaki ke bumi Korea. Zaki sudah bersedia menunggunya di lapangan terbang Incheon Seoul. Kereta Hyundai putih meluncur laju menuju ke Myeongdong. Salah satu syurga membeli belah terkemuka di Korea Selatan. Pelbagai barangan boleh didapati di sini, dari baju hinggalah kepada kosmetik. Terkenal dengan salah satu pusat membeli belah termahal di dunia dengan pelbagai barang berjenama dijual di sini. Jadi tidak salah mendiang ayah membeli apartment di situ. Memang strategik. Hanya lima minit berjalan ke stesen subway. Dan yang paling Daniel suka, jalan di bandar Myeongdong itu akan ditutup khusus untuk pejalan kaki bagi menikmati suasana membeli belah dengan selesa tanpa kesesakan trafik jalanraya kecuali awal pagi dan lewat malam.
Kereta membelok masuk ke tempat letak kereta di bawah apartment.
Bos, betul ke bos nak tidur di sini Zaki banyak kali bertanya. Semasa di lapangan terbang lagi.
Daniel angguk sambil tersenyum.
Zaki segera mengangkat beg besar Daniel menuju ke pintu lif. Sudah agak lama dia tidak menginap di situ. Selalunya kalau ada urusan bisnes, dia akan menginap di hotel.
MALAM itu, Daniel menikmati juadah makan malam yang dimasak seorang makcik yang tinggal di situ bersama Zaki. Hidangan lauk masakan Korea dan sudah tentu ada kimchi yang paling sedap yang dia pernah rasa.
Omma..ni bos saya, Daniel. Zaki perkenalkan bos mudanya kepada ibunya, Fatimah Abdullah, yang lebih selesa dipanggil omma.
Omma Daniel berkerut kening.
Omma tu..emak dalam bahasa melayu, mother! Zaki senyum sambil menjeling ibu di sebelahnya.
Selamat datang ke Korea. Fatimah senyum sambil menundukkan sedikit wajah tanda hormat, adat orang Korea.
Oh..so impress! So its true that aunty can speak malay! Daniel sudah bulat mata. Teringat Zaki pernah beritahunya kisah makcik itu yang pandai cakap melayu. Matanya beralih pada makcik Fatimah. Cantik dalam pakaian tradisi Korea walaupun bertudung.
Bos, omma ni fasih bahasa melayu dah hampir dua puluh lima tahun! Zaki sengih.
Daniel tercengang. Really
Zaki angguk. Dia hulur mangkuk kimchi kepada Daniel.
Makcik, kimchi ni dibuat daripada apa Daniel pandang kimchi di dalam pinggan.
Kimchi ni banyak jenis. Sayur yang digunakan pun banyak jenis. Selalunya sayur sawi cina. Ada juga guna timun. Sayur tu diperap dengan cili giling, garam, gula, bawang putih, halia dan sedikit sos ikan. Air kena lebih sikit untuk perap. Lepas tu peramlah! Fatimah senyum. Kimchi yang dihidang malam itu dibuat daripada sawi cina.
Oh I see.. Daniel senyum kelat.
Zaki turut senyum. Dia jeling Daniel. Macamlah nak masak kimchi tu! Dia gelak.
Err..Daniel ni nak belajar ke Fatimah mula bertanya.
Daniel sengih.
Tak apa...kalau dia nak belajar, esok kita pergi pasar. Zaki menyampuk.
USAI menikmati makan malam, Daniel dan Zaki mula berehat di ruang tamu. Banyak benda yang dibualkan. Daniel sesekali melihat Zaki yang begitu ramah dan sopan bila berbicara. Tidak seperti Zarul dan Sharif. Tidak ada cerita lain. Kalau bukan hal duit, mesti hal perempuan!
Fatimah datang membawa sepinggan kuih tradisi Korea, tteaok, iaitu kuih beras yang berinti kacang merah. Kuih yang dibentukkan macam karipap itu bermacam warna.
Daniel kena rasa kuih ni.Fatimah letak pinggan kuih dan seteko teh korea tanpa gula.
Daniel senyum. Makcik Fatimah sungguh baik hati. Teringat mendiang ibunya yang juga ada keturunan Korea.
Omma, sebenarnya mak saya dulu pun keturunan Korea..maksud saya Korean-Chinese tapi warganegara Malaysia. Dulu masa saya kecil, selalu juga mak buatkan kuih ni untuk saya. Daniel mula ramah dengan makcik Fatimah.
Oh ya Alhamdulillah... Fatimah terharu mendengar Daniel turut memanggilnya mak. Dia mula sebak. Teringat anak kandung yang sudah lama tidak berjumpa.
Daniel tercengang.
Kenapa bos Zaki pantas pandang Daniel yang sudah berubah riak.
Err..al..ham...dulillah tu apaDaniel menyebut lambat-lambat. Tersekat-sekat.
Oh...itu..maksudnya syukur kepada Allah. Zaki senyum.
Daniel terdiam. Selama tiga puluh tahun hidup di muka bumi ini, dia tidak pernah sekali pun pergi gereja. Mendiang ayah seorang penganut Kristian biasa yang jarang pergi gereja dan mendiang ibu adalah seorang penganut buddha.
Err..bos fikir apa Zaki mula tidak sedap hati bila melihat Daniel diam dari tadi.
Oh..nothing. Daniel senyum hambar. Memang hidupnya selama ini terasa kosong walaupun dikelilingi perempuan cantik, harta berkepuk dan rumah merata di Malaysia, malah di London dan Edinburgh. Belum cerita lagi harta datuk dan nenek yang telah berpindah milik kepada mendiang ayah.
Bos..saya nak solat dulu. Dah masuk waktu.. Zaki minta izin. Dia segera ke bilik air mengambil wudhuk.
Daniel hanya memerhati tingkah Zaki yang mula sembahyang di ruang kosong di sebelah sofa bersama makcik Fatimah. Lama dia memerhati gerak geri mereka. Seakan ada satu perasaan ingin tahu lebih mendalam. Terasa tenang mendengar bacaan yang dibaca Zaki walaupun dia sendiri tak faham. Sama seperti dia mendengar suara dari masjid di kawasan rumahnya dulu. Lepas itu, beramai-ramai orang Islam datang ke masjid untuk bersembahyang. Itu saja yang dia tahu. Mungkin laungan suara dari pembesar suara itu memanggil orang Islam untuk datang sembahyang di situ.
Tingkah Zaki dan makcik Fatimah diperhatikan lagi. Dia terharu melihat cara Zaki menghormati makcik Fatimah dengan mencium tangan orang tua itu. Jauh sekali dengannya yang tidak pernah berbuat begitu. Dia hanya peluk sekali sekala mendiang orang tuanya.
Maaf bos..lama sikit Zaki bingkas bangun. Sejadah dilipat dan disangkut di atas palang.
Fatimah juga turut buka telekung dan menyidai di palang yang sama. Dia kemudian minta diri ke bilik.
Zaki...saya kagum dengan awak. Awak memang seorang penganut yang taat. Tak macam saya...saya sendiri tidak tahu apa agama saya sebenarnya. Ayah kristian, mak budha. Saya sampai saat ini tak tahu nak ikut yang mana. At last saya ambil keputusan untuk tidak menganut mana-mana agama bila mencecah umur enam belas tahun sehingga sekarang. Daniel berterus terang.
Zaki hanya mendengar penuh minat. Dia angguk-angguk.
Err..boleh saya tahu tentang agama awak Daniel mula berminat. Dia terasa tenang melihat Zaki dan makcik Fatimah menunaikan sembahyang bersama tadi.
Boleh! Saya sangat senang hati bos! Jelas ada senyuman gembira di bibir Zaki.
Bos boleh tanya apa saja. Mana saya tahu, saya akan cuba jawab, insyaAllah! Zaki senyum semakin lebar.
InsyaAllah Sekali lagi Daniel tercengang.
Err..apa makna insyaAllah
InsyaAllah tu..dengan izin Allah atau lebih tepat kalimah insya Allah bermakna jika Allah menghendaki. Selalunya ia berkaitan dengan janji.
Maknanya, segala kejadian yang belum berlaku, akan terjadi dengan izin Allah. Sepandai apapun seorang manusia, ia hanya boleh merancang dan berharap.. Allah juga yang akan menentukan apakah rancangan dan harapan itu boleh terlaksana ataukah tidak Jika kita usaha macam mana sekalipun tapi kalau Allah tak izinkan, benda tu tetap tak akan jadi. Jadi di sinilah umat Islam memegang pada kepercayaan kepada Allah dan berharap kepada Allah setelah segala usaha dilakukan. Ucapan ini melambangkan kesedaran hamba akan hakikat dirinya yang serba kekurangan dan jahil. Sekaligus mengiktiraf kekuasaan Allah swt yang Maha Kuasa dalam menentukan setiap yang berlaku di alam semesta ini. Zaki melihat riak muka Daniel yang sudah berkerut dahi.
Maksudnya... tuhan Allah itu lebih dulu tahu apa yang bakal berlaku Daniel mula menyoal.
Zaki angguk.
Jadi..tuhan Allah itu juga boleh jadikan sesuatu in future itu tidak akan berlaku dengan kehendakNya
Sekali lagi Zaki mengangguk. Nampaknya Daniel cepat menangkap maksudnya.
Daniel diam seketika. Dia teringat segala apa yang terjadi di dalam hidupnya. Segala usaha yang dilakukan selama ini dianggap adalah hasil kerja kerasnya. Tapi jika ada yang tidak berjaya, dia sering menyalahkan takdir. Menyalahkan orang lain. Kematian mak dan ayah. Kejadian dia memerangkap Arissa. Adakah itu semua juga dikira atas izin Allah Walaupun perkara jahat yang dilakukan
Boleh saya tahu kenapa perkara jahat tetap berlakuDaniel sekali lagi lontarkan soalan.
Zaki terdiam seketika. Soalan bos mudanya dirasakan sukar untuknya menjawab. Ini soal akidah dan tauhid. Silap beri jawapan akan menyebabkan dia sendiri terpesong. Nauzubillah!
Manusia dikurniakan akal oleh Allah untuk memilih mana yang baik dan mana yang buruk. Maka setiap perbuatan manusia samada baik atau jahat adalah atas pilihan manusia sendiri berdasarkan akal. Oleh kerana itu, semua perbuatan yang dilakukan oleh manusia, manusia akan ditanya dan diminta pertanggungjawabkan. Contoh yang jelas, kita dikurniakan nafsu, dalam Islam, seks adalah dilarang sebelum nikah. Jadi jika seseorang melakukannya juga sebelum nikah, bermakna dia telah melanggar syariat Allah, maka perbuatan itu adalah dikira jahat dan buruk. Dalam kes ni, dia telah menggunakan akal untuk memilih jalan yang salah.. Terang Zaki lagi.
Daniel terdiam. Itulah yang dia lakukan selama ini.
Hanya orang yang yakin kepada hari akhirat akan mengatur hidupnya dengan keyakinan bahawa setiap perbuatannya akan diberi pembalasan oleh Allah di akhirat. Ada pahala, ada dosa. Ada syurga, ada neraka. Itulah kawalan dari dalam dirinya untuk tidak melakukan kejahatan sama ada di hadapan atau di belakang orang! Kerana dia yakin Allah Maha Melihat. Tambah Zaki lagi.
Kenapa dalam Islam seks dilarang sebelum nikah Daniel mula serius. Selama ini dia biasa melakukannya tanpa terikat dengan sebuah ikatan pernikahan.
Seks sebelum nikah itu adalah zina. Ada hikmahnya kenapa Allah melarang zina. Dalam al Quran banyak ayat yang melarang melakukan zina.
Dalam surah al-Isra ayat 32 : Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. Ayat ini bukan saja melarang berzina tetapi mendekati zina juga. Wanita adalah insan yang perlu dihormati dan ikatan pernikahan adalah cara terbaik untuk menghormati dan seterusnya menikmati seks secara tenang. Pernikahan juga sebenarnya menjadikan seorang lelaki itu lebih bertanggungjawab. Banyak gejala penyakit akibat seks yang sering bertukar pasangan. Munculnya anak hasil seks luar nikah tadi yang tidak diakui statusnya dan tidak diterima masyarakat. Zaki bersandar di kerusi. Soalan bertubi dari Daniel nyata sudah semakin mendalam.
Daniel tunduk. Dia bersyukur kerana pada malam itu dia tidak mengapa-apakan Arissa walaupun jiwa lelakinya cukup bernafsu melihat tubuh gadis itu yang sudah tiada seurat benang ketika itu.
Saya masih tak faham tentang ni. Jadi tak boleh bebas Kena nikah dulu baru boleh rasa semua tu Jika dilakukan suka sama suka, adakah dikira zina juga Daniel pandang Zaki tak berkelip.
Zaki senyum. Ternyata bos mudanya masih berminat soal seks. Bukan jatuh hukum apa pun pada Daniel yang terang bukan beragama Islam! Bukan dia tidak tahu kehidupan Daniel selama ini. Perempuan keliling pinggang. Tidak hairan baginya kerana Daniel bukan seorang muslim, dikurniakan wajah kacak dan kaya raya. Itu lumrah seorang yang kacak dan berharta menjadi rebutan dan didampingi perempuan!
Islam telah menggariskan panduan yang jelas dalam al quran. Soalan bos tadi tu saya pasti mesti atas dasar rela merelakan. Macam nilah...cuba fikir, seandainya bebas melakukan seks sebelum nikah dengan sesiapa saja tak kira rela atau paksa, maka akan lahir anak yang tidak berbapa, yang dinafikan haknya sebagai pewaris dan yang lebih ketara, kita seolah tak ubah seperti haiwan. Mahukah kita disamakan dengan haiwan Zaki pulangkan semula soalan pada Daniel.
Daniel terdiam. Otaknya mula ligat berfikir. Dalam agama lain pun pernikahan digalakkan untuk anak itu layak mendapat harta dari warisan ibubapa yang sah menikah. Hanya segelintir sahaja yang tidak mahu sebuah komitmen dalam erti kata sebuah ikatan pernikahan sepertinya. Seolah ingin lari dari tanggungjawab.
Oh..dah hampir tengah malam. Tak mengantuk ke Daniel jeling jam. Makcik Fatimah sudah lama masuk bilik.
Mengantuk jugak..esok ke mana kita Zaki mula bertanya. Boleh la dia bersedia lebih awal.
Ke Pulau Nami. I need some rest there and please bring along our food. Saya tak nak nasi goncang lagi! Daniel gelak.
Zaki turut ketawa.