Lukisan Asmara - 20
Kesembilan Belas

MANA perempuan, ni Dah beberapa hari aku cuba call dia, langsung tak dapat. Pergi ke rumah pun, tak ada. Ke mana pula dia menghilang. Turun saja dari Genting, terus lesap Kena kebas dengan bunian ke

soal Alyssa dalam hatinya selepas rungsing apabila panggilannya gagal menembusi talian Elly. Semenjak Alyssa pulang awal dari Genting tempoh hari, mereka langsung tidak berhubungan lagi. Alyssa cuba juga menghubunginya di pejabat, namun teman-teman sekerjanya memberitahu bahawa Elly telah mengambil cuti kecemasan. Cuti kecemasan untuk apa, langsung tidak diketahuinya.

Mungkinkah Elly ni marah dengan aku, sebab balik awal hari tu

tekanya lagi. Berbagai teka-teki bermain di fikirannya, mengenai kehilangan Elly. Dia ada juga cuba menelefon rumah ibu Elly di kampung, juga tidak berjawab. Mahu sahaja rasanya dia singgah ke rumah Mak Cik Markonah di kampung itu, tetapi bimbang juga jika penjejakannya itu bakal sia-sia. Jika Elly ada di rumah ibunya, pastinya telefon rumah itu sudah bersambut. Lagi pun, apa gunanya Elly mematikan telefon tangannya juga.

Hari itu, Alyssa ada dua temujanji yang harus dihadirinya. Yang pertama, temujanjinya dengan Abang Bob, pemilik syarikat Bobs Interior Designer and Stylists. Nampak gayanya, peluangnya agak cerah untuk memenuhi jawatan yang bakal ditawarkan oleh Abang Bob itu. Memang itu harapannya untuk mengaplikasikan kebolehan yang ada pada dirinya dengan kariernya. Bolehlah dia memisahkan dirinya dari Tajul Holdings nanti. Temujanji yang satu lagi adalah undangan dari Kamal, peguam Tuan Fahreen yang memintanya hadir untuk satu arahan rasmi yang penting untuknya. Alyssa kurang pasti berkenaan perkara itu. Namun, menurut Kamal, perkara itu agak penting dan harus dilaksanakan dengan segera. Alyssa tidak memikirkan perkara yang lain dari kontrak perkahwinan gilanya dengan Tuan Fahreen itu.

Hai, Elly, manalah engkau ni, beb Kalau engkau ada, mesti aku ada teman untuk pergi kedua-dua temujanji itu. Urusan dengan Abang Bob, aku tak kisah sangat tetapi urusan dengan Encik Kamal tu yang buat aku resah sangat. Aku bimbang, ada rombakan mengenai jangka masa perkahwinan. Kalau dilanjutkan lagi matilah aku. Apa yang aku nak buat, ni Please Elly, tolonglah call aku sekarang,

keluhnya lagi.Namun, talian milik Elly tersebut masih lagi tidak aktif. Alyssa memerlukan Elly, di saat itu. Dia perlukan kekuatan dari Elly untuk berhadapan dengan Kamal petang nanti. Dia tidak mahu mengganggu masa Roziana dengan mengajak kakaknya itu menemaninya kerana sejak akhir-akhir ini, dia kelihatan sibuk. Jadi, buat masa ini, dia akan sendirian menghadapinya.

Setelah meneliti profil peribadi dan hasil-hasil karya seni yang Alyssa tinggalkan tempoh hari, saya percaya Alyssa merupakan satu-satunya capable artist yang mampu menjawat jawatan Interior Personal Stylists yang saya tawarkan itu. Lukisan dan lakaran awak ada gaya tersendiri yang bersesuaian dengan konsep yang ingin kami ketengahkan,

tutur Abang Bob. Sesungguhnya, pemilik syarikat yang bakal mengambil Alyssa bekerja itu, merupakan seorang lelaki yang sederhana dan santai sekali. Dia lebih mengutamakan karya yang berkualiti dari etika kerja yang lebih rumit. Dasar kerjanya mudah. Pekerjanya nanti mesti kreatif, rajin dan penuh inovasi. Tidak perlulah segala akta yang mengarut yang boleh membataskan idea-idea yang bernas. Cara dia menemuduga dan gaya dia yang bersahaja, sudah cukup untuk menceritakan betapa mudahnya bekerja dengan lelaki berjiwa seni itu. Malahan, dia lebih suka orang memanggilnya dengan panggilan Abang Bob sahaja. Itu lebih mesra, katanya.

Maknanya, adakah saya dapat kerja ini, Abang Bob

tanya Alyssa.

Kita jumpa minggu depan.

Tersenyum sahaja, lelaki sempoi bertubuh agak gempal itu. Dia tidak begitu banyak menuturkan kata-kata. Namun, renungan matanya bercerita lebih bagi pihaknya. Pandangan pertamanya terhadap Alyssa, sudah cukup untuk memberikan penilaian yang dinamik untuk wanita semuda itu. Dia percaya, bakat seni yang ada pada Alyssa itu bakal berkembang pesat jika digilap.

Alhamdulillah!

ucap Alyssa didalam hatinya. Akhirnya, Allah mengabulkan segala doa dan harapannya untuk bekerja di bawah majikan yang sejiwa dengan minatnya. Dari pengamatannya, Alyssa merasakan bahawa dia tidak akan berdepan dengan masalah apabila bekerja dengan Abang Bob kelak. Walaupun kakitangan di syarikat milik Abang Bob itu tidak seramai penjawat di Tajul Holdings, namun dia berasa senang untuk bekerja dalam suasana yang sedemikian. Idea seninya bakal berkembang dengan cemerlang. Di luar pejabat Abang Bob atau lebih dikenali sebagai Galeri Hiasan Indah, Alyssa sekali lagi cuba untuk menghubungi Elly.

Namun, jawapannya tetap serupa, tidak aktif. Lantas, Alyssa menghubungi Roziana untuk memberikan perkhabaran baik ini. Pastinya, dia menerima ucapan tahniah dari Roziana. Terbantut hasrat Alyssa untuk meminta bantuan Roziana menemaninya bertemu dengan Encik Kamal. Dengan kesibukan yang dihadapi oleh Roziana di tempat kerjanya, sudah pasti ia agak keberatan. Mahu atau tidak, dia harus ke sana sendirian. Tetapi, hatinya bergetar seperti sang pesalah yang bakal diheret ke mahkamah untuk dijatuhi hukuman. Walhal, Kamal hanya menjemputnya bagi melaksanakan amanah yang tertulis untuknya. Alangkah bagusnya jika hari itu tidak terjadi. Namun, dia tidak mampu mengundur jadual dan aturcara alam. Harap-harap segalanya berjalan lancar dan tiada lagi kejutan buatnya selepas ini.

Encik Kamal, Puan Alyssa sudah pun berada di sini. Boleh saya jemput dia masuk sekarang

tanya setiausaha Kamal yang bernama Suzana itu.

Boleh, jemput dia masuk sekarang. Saya memang sedang menunggu kedatangannya,

sahut Kamal. Tanpa membuang masa lagi, setiausaha Kamal yang manis itu, mempersilakan Alyssa masuk ke bilik majikannya itu. Pada ketika itu, jantung Alyssa berdebar dengan agak deras. Dia hanya sempat bertemu dengan Kamal beberapa kali sahaja sebelum ini. Itu pun secara tidak sengaja dan kebetulan pula Kamal bersama dengan Tuan Fahreen. Dari keakraban yang diperlihatkan kedua lelaki itu, Alyssa mengesyaki bahawa mereka bukan sekadar teman seperniagaan, namun lebih lagi. Mungkin juga Kamal merupakan sahabat baik kepada Tuan Fahreen, sama sepertinya dan Elly. Jika tidak, masakan dia sentiasa ada disamping Tuan Fahreen di kala acara-acara penting, termasuk semasa pernikahan Alyssa dan Tuan Fahreen dahulu.

Silakan Alyssa, jemput masuk. Jemput duduk,

sambut Kamal dengan ramahnya tatkala melihat Alyssa dibawa masuk oleh setiausahanya. Alyssa masih malu bercampur bimbang. Dia masih tidak mampu untuk merenung tepat ke wajah Kamal, walaupun setelah melabuhkan punggungnya di sofa empuk yang terletak di bilik Kamal itu. Tanpa membuang masa, Kamal mengeluarkan fail yang tertera segala butiran yang akan dibacakan untuk Alyssa, seketika nanti. Segala yang terkandung di dalamnya, sudah disahkan dan mendapat kelulusan dari Tuan Fahreen sendiri.

Ada apa Encik Kamal panggil saya ke mari

soal Alyssa yang akhirnya memberanikan diri membuka pertanyaan setelah melihat Kamal terdiam kerana leka dengan fail yang berada di tangannya itu.

Oh, maafkan saya Alyssa, oppss, Puan Alyssa,

jawab Kamal pula, sambil tangannya cuba menutup mulut yang tersasul sebentar tadi.

Sebenarnya, ada perkara penting perihal wasiat yang bakal diserahkan kepada puan,

sambung Kamal lagi.

Wasiat Wasiat apa

Ternyata Alyssa langsung tidak mengetahui hal tersebut. Pada hal Tuan Fahreen ada menyebut tentang perkara berkenaan, ketika mereka bertemu di rumah Roziana tempoh hari. Mungkin kerana perasaan yang masih dingin dan fikiran yang berkecamuk ketika itu, menyebabkan Alyssa tidak berapa perasankan hal berkenaan.

Nurul Alyssa binti Sulaiman Bakhtiar, dengan ini, saya selaku penasihat undang-undang kepada Tuan Fahreen Razeez bin Tuan Tajul, telah diamanahkan oleh pelanggan saya untuk menyampaikan satu amanah berupa harta dan kedudukan jawatan bagi syarikat yang diberi nama Wadi Afzan. Wadi Afzan merupakan pelaburan jangka panjang yang diwujudkan oleh Tuan Fahreen dan almarhum ayahnya, Tuan Tajul, hasil dari wang amanah yang ditinggalkan oleh arwah Dato Tuan Arifin untuk arwah Sulaiman Bakhtiar. Disebabkan arwah sudah tiada lagi di dunia ini, begitu juga dengan isterinya, arwah Mariana Idham, maka kamu, Nurul Alyssa akan menerima keseluruhan harta tersebut tanpa ragu-ragu lagi.

Berkerut dahi Alyssa mendengar wasiat tersebut lalu sempat mencelah dengan bertanya,

Siapakah Dato Tuan Ariffin itu Saya tak pernah dengar namanya, sebelum ini.

Dato Tuan Ariffin adalah jutawan yang amat terkenal di zamannya, bermula dari sebelum merdeka lagi. Almarhum telah banyak membuka bandar-bandar baru dan perkampungan-perkampungan tersusun, setelah negara mencapai kemerdekaan. Pada zaman sebelum merdeka, beliau merupakan salah seorang tauke bijih timah yang amat terkenal di Perak. Beliau juga merupakan datuk kepada Tuan Fahreen dan Puan Alyssa sendiri,

jelas Kamal.

Baru saya teringat yang Tuan Fahreen pernah bercerita tentangnya kepada saya. Tetapi, setahu saya, arwah papa saya cuma anak angkat sahaja. Mustahil, dia juga turut menerima bahagian dari harta bapa angkatnya.

Puan, kasih sayang tidak pernah mengenal keturunan dan darah daging. Kebiasaannya, ramai yang menganggap anak angkat ini tidak seistimewa anak kandung. Tetapi berbeza dengan Tuan Ariffin dan Tuan Tajul sendiri. Bagi mereka, arwah Sulaiman Bakhtiar juga merupakan keluarga mereka dan wajar mendapat bahagiannya,

sambung Kamal. Menurut Tuan Fahreen tempoh hari, papanya sendiri yang lari meninggalkan keluarga angkatnya itu, tanpa sebarang khabar berita. Semuanya terjadi akibat dari salah faham. Malahan, menurut telahannya papanya yang tidak dapat menerima hakikat yang dia adalah anak angkat, sedangkan keluarga angkatnya itu tidak pernah membezakannya. Begitu licik papanya menghilangkan diri, sehinggakan sukar untuk dijejaki sejak berpuluh tahun lamanya.

Puan, harta yang tergolong dalam Wadi Afzan ini, tidak kurang banyaknya. Wadi Afzan mempunyai banyak projek-projek yang menjurus kepada kemanusiaan seperti masjid, surau, rumah kebajikan, pembangunan Islam dan sebagainya. Sebelum ini, Tuan Fahreen merupakan proksi bagi jawatan pengerusi. Namun, setelah dia bertemu dengan waris Arwah Sulaiman Bakhtiar, dia berhasrat untuk mengakhiri jawatan tersebut dan menyerahkan semuanya kepada puan. Walau bagaimanapun, beliau akan terus berkhidmat sebagai penasihat kepada Wadi Afzan sehinggalah puan mampu menguruskan segala-galanya dengan sendiri,

jelas Kamal lagi, tanpa ragu-ragu. Alyssa tidak menyangka bahawa dia mempunyai harta warisan yang cukup banyak. Dia sukar untuk percaya bahawa nasibnya bakal berubah selepas ini. Dari kehidupan yang tidak punya apa-apa dia menerima habuan yang tidak terhingga nilainya. Apakah rezeki ini dianugerahkan kepadanya kerana pernikahannya yang dirancang dengan Tuan Fahreen Tetapi, di manakah Tuan Fahreen ketika itu Mengapa dia tidak berada bersama, ketika wasiat itu dibacakan oleh peguamnya sendiri

Encik Kamal, di manakah Tuan Fahreen Adakah dia rela dengan setiap harta yang diberi kepada saya ini Kalau dia tidak suka, saya akan serahkan kembali kepadanya.

Tuan Fahreen tidak mahu berada di sini kerana dia tidak mahu Puan Alyssa merasakan yang puan mendapatkan harta ini dari ehsannya. Sedangkan harta-harta itu semua sudah ditakdirkan menjadi milik Puan Alyssa. Beliau hanya melaksanakan amanah sahaja. Dan, walaupun apa-apa yang terjadi selepas ini, termasuk jika berlakunya perceraian antara kamu berdua, harta-harta tersebut tetap kekal di bawah milik Puan Alyssa. Di sini, ada beberapa dokumen untuk ditandatangani. Sebaik sahaja, tandatangan ini disahkan, seluruh harta tersebut akan terus berpindah milik kepada Puan Alyssa.

Oh ya, satu lagi. Saya perlukan nombor akaun Puan Alyssa untuk buat pengkreditan terus bagi wang tunai berjumlah lima perpuluhan lima juta ringgit. Ianya merupakan hasil dari perkongsian untung tahunan yang tidak dituntut sebelum ini. Selepas ini pula, segala elaun dan perkongsian untung akan dikreditkan terus ke akaun yang sama,

sambung Kamal. Ternyata kini, Alyssa boleh menggelarkan dirinya sebagai orang kaya baru dengan segala harta yang bakal diperolehinya, tidak lama lagi. Cuma dia tidak yakin, apakah dia mampu menerima perubahan drastik dalam hidupnya itu. Dia sendiri tidak tahu, bagaimana untuk mengaplikasikan wang dan harta yang berjuta itu di dalam kehidupannya. Sekelip mata sahaja, dia berubah jadi jutawan.

Satu sahaja pesanan saya, Puan Alyssa. Sebagai sahabat sejak dari kecil lagi, saya amat mengenali dan memahami hati budi Tuan Fahreen, sedalam-dalamnya. Dia merupakan seorang lelaki budiman yang tidak pernah angkuh dengan kekayaan yang dimilikinya. Dia juga, tidak pernah jatuh cinta dengan mana-mana wanita yang ditemuinya sebelum ini. Tetapi, setelah berjumpa dengan puan, dia terus jadi lelaki yang persis hamba cinta. Dia akan melakukan apa sahaja demi kasihnya. Tolonglah Puan Alyssa, tolong jangan siksa perasaannya terlalu lama. Mungkin dia telah melakukan kesalahan yang mencalar perasaan Puan Alyssa, tetapi saya yakin dia ada sebabnya yang tersendiri. Cubalah untuk belajar menyukai dia. Paling tidak pun, belajar untuk tinggal bersama dan memahami kehidupannya,

nasihat Kamal yang cuba membuka pintu hati Alyssa yang tertutup rapat. Pertemuan dengan Kamal petang itu, menjadi satu lagi titik tolak kepada perubahan dalam kehidupannya. Dia tidak menyangka, berita yang disampaikan oleh Kamal itu telah memberi sinar baru. Alangkah indahnya jika sinar bahagia itu dapat dikongsi bersama kesemua orang tuanya. Namun, mereka semua sudah tiada. Yang ada, hanya suaminya yang bernama Tuan Fahreen. Mungkinkah dia ditakdirkan berkongsi sinar itu bersama suaminya. Hanya masa yang menentukan segalanya.

Syukur Alhamdulillah, Lyssa. Tuhan telah melimpahkan rezeki yang tidak terhingga kepadamu. Siapa sangka, pertemuan dan perkahwinan dengan Tuan Fahreen telah mengubah segala-galanya buatmu, dik. Akak tumpang bahagia mendengarnya,

ujar Roziana yang agak terperanjat juga mendengar cerita Alyssa itu.

Kini, adik kakak ni sudah bergelar jutawan, tahu tak Akak berharap, selepas ini Alyssa akan bijak membawa diri. Jangan sekali-kali berubah jadi manusia yang angkuh dan kejam. Sudah banyak sangat akak tengok perubahan watak manusia yang berubah jadi buruk selepas mendapat rezeki dari Allah Taala. Kak Rozi harap, Alyssa tidak akan tergolong dalam golongan tersebut,

pesan Roziana lagi.

Insya-Allah Kak. Walau apa pun yang terjadi, Lyssa janji akan kekal begini. Lyssa tak akan lupa pada orang-orang yang banyak membantu memberikan kekuatan kepada Lyssa selama ini, iaitu Kak Rozi dan Elly.

Elly

tiba-tiba ingatannya kembali semula kepada sahabat baiknya itu. Ke mana Elly menghilang Sudah berapa lama mereka tidak berhubungan sehingga mencetuskan kerisauan di hati Alyssa.

Oh ya, akak terlupa nak beritahu Alyssa. Petang tadi, Elly ada call Kak Rozi. Dia cakap, dia cuba hubungi Alyssa pada mulanya, tetapi tidak berjawab.

Memang pun, kerana ketika itulah Alyssa sedang bertemu dengan Kamal, peguamnya. Dia sengaja meletakkan telefonnya dalam mood senyap kerana tidak mahu mengganggu perbincangannya. Namun, dia terlupa hendak mengaktifkan bunyinya semula dan melihat kalau-kalau ada panggilan tidak berjawab tertera di skrin telefon bimbitnya itu.

Ha, ke mana minah tu menghilangkan dirinya Dah berapa lama dia tak melapor diri pada kita,

soal Alyssa berseloroh. Bukan berniat untuk mempersenda, tetapi dek kerana perasaan rindunya yang mendalam kepada sahabat baiknya itu. Banyak sekali cerita yang hendak disampaikan kepada Elly, kala bertemu dengannya nanti.

Ibunya sakit tenat di hospital. Dia tak sempat nak beritahu kita kerana terburu-buru pulang ke sana. Harap-harap, keadaan ibunya tidaklah seteruk mana, kan,

beritahu Roziana serius.

Apa Mak Cik Markonah sakit tenat Sakit apa kak

Entahlah Lyssa, dia tak sempat nak beritahu tadi. Dengar, macam kelam kabut saja keadaannya. Katanya, dah beberapa hari dia tak sempat nak chargekan handphonenya. Sebab itulah, taliannya tidak aktif. Dia suruh pesan pada Lyssa, yang dia akan menghubungi Lyssa bila ada kesempatan nanti,

ujar Roziana lagi. Ya Allah, kasihannya Elly. Alyssa tidak menyangka ibu Elly sedang menderita sakit. Tetapi, sakit apakah dia Sebelum ini pun, Alyssa memang sedia maklum akan ketidakstabilan kesihatan Mak Cik Markonah itu. Dia sering sakit-sakit dan Elly kerap berulang-alik ke kampung halamannya bagi menjenguk ibunya. Alyssa tidak menduga bahawa penyakit Mak Cik Markonah boleh melarat sehingga dia terpaksa dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Pagi itu, Tuan Fahreen tidak berselera untuk makan walaupun Mak Chom menyediakan menu sarapan yang menjadi kegemarannya, nasi lemak ayam merah.

Baru semalamnya, sahabat merangkap peguamnya iaitu Kamal menghubunginya bagi memaklumkan kepadanya bahawa segala urusan pertukaran hak milik Wadi Afzan, sudah pun selesai. Alyssa bakal menerima harta yang diwariskan atas namanya itu, tidak berapa lama lagi. Harta sudah di genggaman, keupayaan untuk bertindak semakin bertambah, maka tidak hairanlah jika Alyssa mengutuskan suatu dokumen pembubaran perkahwinan kepadanya kelak. Sememangnya itu yang diinginkan Alyssa sejak dari dahulu lagi, perakuan penceraian darinya. Bila surat tersebut sampai nanti, dia pastinya dengan keadaan terpaksa, akan menurunkan tandatangannya. Tuan Fahreen sedar, Alyssa tidak pernah cintakannya walau sekelumit pun. Jelas sekali, hanya perasaan benci dan dendam yang tertanam di jiwa Alyssa terhadap Tuan Fahreen.

Alyssa tidak merasakan kasih sayang suaminya, yang sudah tersemai semenjak sebelum pernikahan paksa mereka lagi. Jika sebelum ini, dia sering didodoikan dengan igauan hidup bersama Alyssa, tetapi kini ianya bakal jadi bayangan gurauan sahaja kepadanya. Tuan Fahreen hilang minat untuk langsung ke pejabatnya seperti selalu. Sebaik keluar dari istana indahnya itu, dia mengarahkan pemandunya menghantarkannya ke suatu tempat, bagi mencari ketenangan sementara untuk hari itu. Rasanya, tidak sesuai baginya membawa perasaan laranya menemani kesibukan hariannya di pejabat. Tempat itu adalah keringatnya dan tidak akan dicemari dengan jiwa kacau yang dialaminya sekarang. Kereta yang dinaiki oleh Tuan Fahreen itu berhenti bersinggah di Taman Orkid yang terletak di pinggir ibu kota. Kakinya terasa ringan sahaja untuk melangkah ke tengah persada taman yang dikelilingi anggerik indah dari pelbagai spesis, lalu berhenti melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi kayu yang disediakan di situ. Tuan Fahreen lantas terus-terusan melayan lamunannya di situ.

Dia hanya termenung dan terus bermenung. Abang Mat yang sering mengiringi perjalanan Tuan Fahreen, ke mana sahaja dia pergi hanya memerhatikan tingkah laku majikannya itu. Entah apalah yang sedang mendalangi pemikirannya sekarang. Luluh hati Abang Mat apabila menyaksikan Tuan Fahreen bermuram durja. Namun, perasaan itu terhenti di situ apabila dia menerima panggilan telefon dari seseorang. Sudah agak lama juga Tuan Fahreen bermain perasaan sendirian di situ. Entah mengapa, dia berasa begitu berat hati untuk berganjak dari tempat itu. Berat kakinya hendak mengatur langkah, berat lagi hatinya yang sedang parah itu. Berkali-kali panggilan telefon dari setiausahanya, Che Ros menerjah ke dinding panggilan masuk, namun langsung tidak dijawabnya. Berpusu-pusu juga sms mengisi kantung mesejnya, juga tidak dibaca. Fikirannya sedang sarat memikirkan Alyssa sahaja.

Abang Mat, pemandu peribadi dan beberapa pengawal yang lain turut setia menunggu tuan muda itu. Seorang pun tidak berganjak dari situ, membiarkan tuan mereka itu keseorangan. Mereka lebih mengutamakan keselamatan Tuan Fahreen dari perasaan bosan menunggu. Taikun hebat sepertinya, pasti punya ramai musuh perniagaan yang sering berniat tidak baik terhadapnya. Setelah sekian lama, Abang Mat akhirnya berjalan ke tempat Tuan Fahreen duduk termenung. Dia tidak sanggup membiarkan Tuan Fahreen terus menghumban lamunannya terlalu jauh sehingga tidak tercapai.

Tuan, Abang Mat rasa lebih baik kita pergi sekarang. Tak eloklah tuan bermenung lama-lama di sini. Takut banyak perkara yang akan terlepas nanti. Che Ros dah bising-bising telefon cari tuan. Menurutnya, banyak appointment yang tuan kena attend hari ni.

Maafkan saya kerana membuat Abang Mat dan yang lainnya menunggu. Saya langsung tidak punya perasaan untuk berurusan hari ini. Entah mengapa, saya rasa penat sangat,

keluh Tuan Fahreen.

Tuan, izinkan Abang Mat bercakap sikit,

pinta Abang Mat. Tuan Fahreen lalu merenung tepat ke wajah Abang Mat yang memangnya bersahaja itu. Senyuman tipis Abang Mat terkandung beribu pengalaman hidup. Abang Mat sudah mula berkhidmat untuk Tuan Tajul ketika Tuan Fahreen baru bertatih lagi. Tidak hairanlah, jika Abang Mat mampu membaca perasaan Tuan Fahreen yang lebih berpangkat anak kepadanya.

Dalam hidup kita, dan hidup orang seternama tuan khususnya, dikelilingi oleh berbagai jenis bunga. Puan Alyssa adalah ibarat bunga tulip, yang nampak seakan-akan bunga palsu, bila dilihat dari jauh. Tetapi bila didekati, keasliannya lebih cantik jika dibandingkan dari bunga pilihan ramai, iaitu bunga ros. Bukankah lebih baik jika tuan mendekati Puan Alyssa dengan sentuhan yang lebih dekat di hati. Kerana sentuhan dari hati itu, boleh menikam segala kepalsuan yang mengelilingi Puan Alyssa sekarang ini,

nasihat Abang Mat seperti seorang ayah. Amat mendalam sekali ungkapan yang dihamburkan oleh Abang Mat itu. Walaupun katanya agak puitis, namun Tuan Fahreen memahami sehingga terkesan di hatinya. Memang benar, selama ini Alyssa disogokkan dengan peristiwa-peristiwa yang meruntun kehidupannya. Banyak sekali penipuan dan kejutan yang tersemai sejak dia lahir. Sehinggakan dia tidak mampu menilai, yang mana permata dan yang mana batu. Dia terlalu mendendami malangnya sehingga tidak ternampak akan sinar kasih yang tersembunyi dalam kalangannya.

Tetapi Alyssa tidak pernah beri peluang untuk saya mendekatinya, apa lagi menyentuh hatinya. Segala kebaikan yang saya lakukan, tidak pernah terkesan di hatinya. Bagaimana untuk saya nyatakan perasaan saya yang teramat menyayanginya ini, Abang Mat

rintih Tuan Fahreen.

Wanita bersifat halus dan sensitif. Hatinya mudah patah dan terluka. Namun begitu, jiwa dan perasaannya mudah untuk kita ubati. Tuan, Puan Alyssa masih muda dan sering bertindak menurut hati sendiri. Kita semua tahu, bahawa hidupnya kosong dan sering menagih kasih dari orang luar. Dia kurang mampu membezakan buruk dan baik yang ada di luar itu. Padanya, sesiapa sahaja yang memberikan perhatian kepadanya, orang itulah yang boleh mempengaruhi hidupnya. Cuba tuan lakukan perkara yang dia tidak pernah rasa dalam hidupnya. Apa sahaja, asalkan dia dapat merasai yang dia begitu dihargai,

saran Abang Mat pula. Pendapat Abang Mat itu tiada salahnya. Selama ini, Tuan Fahreen hanya berusaha mencari jalan untuk melindungi Alyssa semata-mata. Namun, dia tidak pernah melakukan hal-hal yang boleh mengisi kegembiraan Alyssa. Dia tidak pernah ambil tahu apa yang Alyssa suka dan benci.

Abang Mat, saya memang berjaya dalam dunia korporat saya, tetapi saya jahil dalam mengenali isteri saya sendiri. Saya mencintainya, tetapi saya tidak pernah dapat membuatnya turut mencintai saya. Meranalah saya andainya dia sampai menagih penceraian dari saya. Saya tidak sanggup hendak melepaskannya,

keluh Tuan Fahreen lagi. Abang Mat hanya terdiam mendengar keluhkesah Tuan Fahreen itu. Dia tidak tahu di mana silapnya, bunga pilihan tuannya itu. Menurut persepsi Abang Mat, pasangan itu amat sepadan kerana si kacak bertemu dengan si jelita. Lantas mereka menikah, tetapi tidak menjalani kehidupan seperti pasangan lain. Walau bagaimanapun, Abang Mat percaya, pasti ada cinta yang terselit di sanubari masing-masing. Cuma, sukar diungkapkan dengan kata-kata dan malu untuk mencurahkannya.

Assalamualaikum!

Tuan Fahreen dan Abang Mat dikejutkan oleh suara sang pemberi salam. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba muncul sahaja di hadapan mereka. Terpaku seketika, kedua-duanya. Terkesima dengan kemunculan pemilik sang suara. Dia merupakan seorang wanita yang amat didambakan sang pria yang menunggu.

Waalaikumsalam,

jawab kedua-duanya serentak. Rupa-rupanya, Alyssa yang tercegat di hadapan mereka ketika itu. Tuan Fahreen tidak dapat melarikan pandangan matanya, dari terkaku mati memandang isterinya yang menawan itu. Dia tidak sangka akan bertemu dengan Alyssa di situ. Tidak pasti pula bagaimana Alyssa boleh mengetahui bahawa dia berada di situ. Namun, Abang Mat hanya tersenyum melihat sinar kebahagiaan dari mata si uda yang teruja bertemu dara pujaannya. Seakannya, dialah yang merancang pertemuan itu. Alyssa memandang Abang Mat dengan penuh makna, seraya berkata,

Abang Mat, boleh tak tinggalkan saya dengan tuan sebentar Ada perkara yang hendak saya bicarakan dengannya.

Sudah tentu. Abang Mat minta diri dulu. Tuan, Abang Mat dan yang lain tunggu dekat kereta. Kalau ada apa-apa, kami semua ada di sana,

pesan Abang Mat, masih tetap mengutamakan keselamatan dan kepentingan majikannya itu. Tuan Fahreen hanya mengangguk tanda faham, sebelum melihat Abang Mat mula berlalu meninggalkan mereka. Besar maknanya kehadiran Alyssa di depan matanya hari itu. Seperti Allah telah merencanakan mereka untuk bersua muka di situ. Patutlah, Tuan Fahreen berasa agak keberatan untuk masuk ke pejabatnya, pagi itu. Ya Allah, kacaknya lelaki ini, detik hati Alyssa. Semenjak menjadi isteri Tuan Fahreen, dia amat jarang sekali memandang tepat ke wajah lelaki tampan itu. Kali pertama hatinya terdetik, ketika mereka samasama bertatapan mata di Genting tempoh hari. Di mata Tuan Fahreen pula, Alyssa lebih hebat lagi. Keayuannya semakin terserlah, jika semakin kerap Tuan Fahreen merenung wajahnya. Alyssa telah lama mengisi igaunya dan menari-nari dalam mimpinya. Jika diturutkan hati, mahu dirangkulnya isterinya itu tetapi bimbang akan membuatkan Alyssa marah lagi.

Mengapa tuan tidak ada sekali semasa Encik Kamal membacakan wasiat yang diserahkan kepada saya tempoh hari

soal Alyssa setelah agak lama bertentang mata tanpa bicara dengan Tuan Fahreen. Tiada jawapan yang keluar dari mulut Tuan Fahreen. Lidahnya kelu tidak berdaya untuk mengeluarkan kata-kata. Perlukah dia memberitahu Alyssa bahawa dia tidak sanggup untuk menceraikan wanita itu Dia tidak mahu kehilangan Alyssa untuk selama-lamanya.

Kenapa tuan terlalu baik dengan saya Sedangkan saya tidak pernah bersikap yang sewajarnya kepada tuan Harta Wadi Afzan terlalu banyak buat saya. Tuan tak rasa rugi ke, menyerahkan segala-galanya kepada saya

soal Alyssa yang terus lancar berkata-kata.

Ianya milik kamu, Alyssa. Abang hanya menjalankan amanah yang ditinggalkan oleh arwah papa dan atuk. Tak perlulah rasa ragu-ragu kerana ianya milik Alyssa, sepenuhnya. Abang tak pernah rasa rugi pun,

balas Tuan Fahreen.

Yalah, dah bertahun-tahun tuan mencurahkan keringat untuk menaikkan Wadi Afzan. Semua projek di bawah Wadi Afzan pun, tuan yang dapatkan. Tapi, mengapa sesen pun keuntungannya, tidak tuan ambil Lagi pun, tuan boleh ambil kesemuanya, kalau tuan mahu, kan Arwah Tuan Tajul dan Tuan Arifin pun, sudah tiada lagi di dunia ini,

ujar Alyssa dengan tenang. Tidak pernah terlintas langsung untuk Tuan Fahreen menyeleweng amanah yang ditinggalkan oleh datuk dan ayahnya. Bagaimana Alyssa yang boleh terfikir sejauh itu Terlalu berat amanah yang digalasnya, tidak seberat tugas untuk menyempurnakannya.

Alyssa, abang tidak mahu harta orang lain, terutama sekali harta milik anak yatim seperti Alyssa. Harta abang sendiri sudah terlalu lebih dari cukup, sehingga berketurunan lamanya. Jadi, tidak wajar rasanya jika abang turut mengaut harta yang bukan milik abang. Abang cuma menubuhkan Wadi Afzan untuk mengembangkan lagi harta milik Pak Cik Sulaiman Bakhtiar, daripada terbiar begitu sahaja. Dan kini, setelah kematian Pak Cik Sulaiman, hanya tinggal Alyssa sahaja warisnya yang sah. Maka, Alyssa berhak untuk keseluruhan harta tersebut,

jelas Tuan Fahreen.

Saya tidak pernah bermimpi untuk jadi sekaya ini. Saya tidak mahu orang salah anggap nanti. Saya takut mereka fikir saya kahwin dengan tuan kerana harta kekayaan tuan. Saya tak mahu dipanggil perempuan pisau cukur,

jelas Alyssa. Sekali lagi Tuan Fahreen menggelengkan kepalanya dan berkata,

Mengapa nak difikirkan katakata orang. Dah sememangnya harta-harta tersebut termaktub untuk Alyssa, bukannya Alyssa kikis dari abang. Lagi pun, siapa sangatlah yang tahu bahawa kita telah bernikah

Sudah lebih setahun mereka bernikah, tetapi ianya masih kekal rahsia. Jadi, mengapa perlu dirisaukan pandangan orang lain. Tiada siapa yang akan percaya bahawa gadis biasa seperti Alyssa boleh menikahi lelaki ternama seperti Tuan Fahreen.

Tuan, sebenarnya ada tiga perkara yang ingin saya utarakan kepada tuan. Kerana itulah, saya berada di sini. Saya berharap sangat yang tuan akan memenuhi permintaan saya ini,

pinta Alyssa seterusnya. Permintaan apa pula ini Sekali lagi, ianya membangkitkan keresahan di hati Tuan Fahreen. Apakah Alyssa benar-benar mahu menuntutnya menamatkan usia perkahwinan mereka setakat itu sahaja Tidak! Dia tidak rela mendengarnya. Tetapi, sekarang Alyssa sudah benar-benar berdiri di hadapannya dan dia tidak mampu untuk mengelak lagi. Mahu atau tidak, dia mesti mendengar segala permintaan isterinya itu.

Apa dia Alyssa, cakap sahajalah Abang akan cuba penuhi permintaan Alyssa itu sedaya mampu,

ujar Tuan Fahreen pula, sugul.

Tuan, saya minta maaf sebab saya rasa, saya masih belum ada kemampuan untuk mengendalikan Wadi Afzan, sendirian. Saya terlalu naif soal-soal dunia perniagaan dan korporat. Lagi pun, itu semua bukan dunia saya. Kalau boleh, saya nak minta tuan tarik balik pengunduran tuan sebagai proksi pengerusi Wadi Afzan buat sementara waktu ini. Saya nak serahkan kembali Wadi Afzan kepada tuan dan Encik Kamal, untuk diuruskan. Saya tak mahu Wadi Afzan tumbang dengan cepat jika diuruskan oleh saya nanti. Saya akan kembali ke Wadi Afzan apabila sudah benar-benar bersedia.

Yang kedua, saya nak mengundurkan diri dari Tajul Holdings. Saya sudah berjumpa dengan majikan baru yang boleh memberi galakan untuk saya memperkembangkan minat saya dalam bidang seni. Saya akan mula bekerja di sebuah syarikat hiasan dalaman yang baru, bermula esok. Saya harap, tuan boleh meluluskan perletakan jawatan saya dengan segera.

Dan, yang terakhir sekali, saya mahu menebus segala kesilapan dan kesalah fahaman saya terhadap tuan selama ini. Saya mengaku, saya masih lagi marah dan tak boleh maafkan tuan lagi. Tetapi, saya bukannya jenis yang mudah lupa daratan. Saya akan balas segala budi yang tuan telah taburkan untuk saya. Saya bersetuju untuk pindah ke rumah tuan, pada bila-bila masa sahaja tapi bersyarat. Saya mahukan bilik saya sendiri. Mungkin kita boleh berkongsi rumah, namun saya belum bersedia untuk berkongsi bilik dengan tuan. Saya harap tuan setuju. Itu pun, jika tuan benar-benar inginkan saya pindah ke rumah tuan, seperti mana yang tuan harapkan semasa kita bernikah dahulu,

tutur Alyssa satu per satu sambil mengharapkan pengertian dari Tuan Fahreen. Sekali lagi, Tuan Fahreen hanya menganggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan segala permintaan Alyssa itu. Tiada kata yang mampu diluahkannya. Keputusan Alyssa untuk berpindah ke mahligai indahnya merupakan suatu keputusan yang di luar dugaannya. Dia tidak kisah jika Alyssa tidak mahu sebilik dengannya, sebumbung pun sudah memadai. Yang pentingnya, dia boleh menatap wajah wanita pujaannya itu, setiap hari.

Saya rasa, saya dah cakap semua yang saya hendak beritahu pada tuan. Kalau tuan pun dah bersetuju, saya minta diri dahulu. Insya-Allah, kita akan sering bertemu selepas ini. Assalamualaikum!

tutur Alyssa seraya bangun dari bangku duduknya. Alyssa mula mengatur langkah untuk pergi dari situ. Dia tidak mahu menoleh pada Tuan Fahreen lagi kerana perbuatan tersebut akan mengundang keterpesonaan yang tidak terhingga sekali lagi, kepada suaminya. Takut pula akan mematikan langkahnya. Namun, ketika mula bergerak selangkah dua, Alyssa terdengar namanya dipanggil Tuan Fahreen.

Alyssa!

Alyssa segera menoleh. Dia mengharapkan sesuatu keluar dari mulut Tuan Fahreen yang kaku berbicara tadi.

Pemandu abang akan datang untuk ambil Alyssa esok, selepas waktu kerja.

Ringkas sahaja perkataan Tuan Fahreen itu. Tetapi, Alyssa mudah mengerti dan dia akan memastikan bahawa dia sudah bersedia tatkala pemandu Tuan Fahreen itu tiba di rumah Roziana, esok hari. Tiada apa lagi yang hendak diperkatakan oleh Tuan Fahreen. Jika dia bersuara banyak, dia bimbang akan melukakan hati Alyssa lagi. Takut pula membantutkan hasrat Alyssa untuk berpindah ke rumahnya. Maka, biarlah untuk hari itu, dia membawa haluannya dan Alyssa mengikut tujuannya sendiri.

Malam itu, Alyssa sibuk mengemaskan barangbarangnya untuk diusung ke rumah barunya. Alyssa sendiri sebenarnya tidak faham, mengapa dia boleh mengambil keputusan sebegitu. Tinggal sebumbung dengan Tuan Fahreen, merupakan perkara yang agak mustahil untuk difikirkannya sebelum itu. Tetapi mengapa sekarang, dia berubah hati Mungkin Tuhan sudah membukakan pintu hatinya untuk menerima Tuan Fahreen sedikit demi sedikit. Roziana pula memandangnya dengan penuh rasa sayu. Esok petang, Alyssa bukan lagi penghuni bersama, rumahnya. Dan mulai lusa, kelibat Alyssa akan jarang-jarang kelihatan di situ. Tidak sanggup rasanya dia melepaskan Alyssa pindah keluar dari rumahnya. Namun, apakan dayanya, Alyssa milik orang lain.

Ala Kak Rozi, janganlah tenung Lyssa macam tu, rasa sedih pula. Kak Rozi berat hati nak lepaskan Lyssa pergi, kan

Roziana yang sedari tadi, bermastautin di muka pintu bilik Alyssa sahaja, lantas mendekati bagi menghulurkan bantuan mengemas apa yang perlu. Walaupun hiba, bibirnya tetap menguntum senyuman.

Kak Rozi janganlah bimbang. Lyssa pasti akan datang jenguk akak bila ada masa nanti,

tambah Alyssa, cuba meredakan keresahan kakaknya itu.

Tak sangka ya, rasanya baru semalam Kak Rozi bawa Lyssa tinggal di sini, selepas pemergian arwah papa Lyssa. Tup tup, esok Lyssa nak pergi pula. Tinggallah Kak Rozi kembali, seorang diri. Pasti sunyi hidup akak nanti,

keluh Roziana. Alyssa lantas terhenti dari perbuatan mengemasnya tadi dan menumpukan sepenuh pandangannya kepada Roziana. Dia sedar, selama ini, kepada Kak Rozianalah dia banyak mengadu nasib dan menumpang berteduh. Jasa Roziana, cukup banyak, sejak zaman persekolahannya lagi. Untuk meninggalkan Roziana sendirian, merupakan keputusan yang paling sukar diambil Alyssa.

Kak Rozi, Lyssa mahu akak berterus-terang saja. Kalau Kak Rozi tak rela Lyssa pergi, Lyssa tak akan pindah. Bagi Lyssa, Kak Rozi lebih penting dari Tuan Fahreen, dan ikhlasnya, Lyssa menyayangi Kak Rozi lebih dari segala-galanya. Cakap saja kak,

soal Alyssa yang benar-benar mengharapkan jawapan ikhlas dari Roziana. Roziana lantas kembali tersenyum, cuba menyembunyikan perasaannya. Walaupun pedih, dia tidak mahu Alyssa berganjak dari keputusannya. Keputusan yang dibuat Alyssa kali ini adalah matang dan tepat sekali. Dia tidak mahu memperkecilkan keputusan tersebut.

Tidak Lyssa, jangan salah anggap. Akak ikhlas lepaskan Lyssa pergi. Lagi pun, akak sudah menduga dari awal lagi, bahawa suatu hari nanti, Alyssa akan pergi juga meninggalkan akak. Lyssakan isteri orang. Dia lebih berhak untuk bersama Lyssa berbanding dengan akak. Jadi, jangan cuba-cuba nak berganjak dari keputusan yang sudah Lyssa buat. By the way, akak okey, sebab kita tetap boleh berjumpa selalu. Office kita pun bukannya jauh sangat.

Alyssa lega mendengar pengakuan ikhlas Roziana itu. Dia sentiasa berdoa agar suatu hari nanti, Roziana akan dikurniakan seorang lelaki yang ikhlas dalam hidupnya. Mungkin waktunya sahaja yang belum tiba. Kelak, jika ditakdirkan bertemu jodoh, maka akan bertemanlah kakak kesayangannya itu.

Alyssa, ini bilik kamu. Di sini meja tulis kamu dan ruangan di sebelah situ adalah tempat untuk kamu melukis dan menghasilkan karya seni kamu. Selamat datang ke Bobs Interior Designer and Stylists. Abang Bob berharap, Alyssa akan dapat memberikan karya terbaik untuk kami. Sekali lagi, just call me Abang Bob, okay,

ujar Abang Bob kepada Alyssa. Hari itu merupakan hari pertama Alyssa melapor diri sebagai pekerja baru di syarikat milik lelaki yang pernah merantau mencari pengalaman dan rezeki di luar negeri itu. Jelas sekali, lelaki yang bernama Abang Bob itu merupakan seorang yang sederhana dan tidak banyak kerenah. Alyssa dapat merasakan keserasian mereka untuk bekerja bersama.

Besarnya bilik saya ni, Abang Bob. Rasa macam tak sesuai dengan saya pula,

komen Alyssa.

Okeylah ni. Memang sengaja Abang Bob sediakan ruang yang luas untuk Alyssa. Seseorang yang bekerja dengan imaginasi, memerlukan ruang yang luas untuk mendapatkan idea yang luas. Kalau ruangnya sempit, maka sempitlah pemikiran kamu, betul tak Lagi pun, pejabat ini luas lagi. Maklumlah, sewanyapun murah. Ha ha ha,

ketawa besar menyembur dari mulut Abang Bob. Ketawanya sebesar orangnya. Abang Bob juga seorang yang amat lucu dan sentiasa berfikiran terbuka untuk menerima idea-idea baru yang dinamik. Rasarasanya, Alyssa tidak akan berdepan dengan apa-apa masalah bila bekerja denganya kelak.

Okey Alyssa, kalau tak ada apa-apa lagi, Abang Bob keluar dulu. So, please suit yourself. Kalau ada apaapa, Abang Bob ada dalam bilik. Kalau tak, kamu boleh bertanya dengan Rahim sahaja. Dia pun sama-sama artis seperti kamu.

Lelaki bertubuh gempal itu segera meninggalkan Alyssa di situ, tanpa memberi kesempatan untuk Alyssa bertanya lebih. Dia kelihatan buru-buru seperti mengejar sesuatu. Barangkali ada temujanji dengan pelanggan, fikir Alyssa.

Besarnya bilik aku ni, rasa macam bos pula,

kata Alyssa sendirian, sambil matanya melilau memandang keadaan sekeliling biliknya. Baik sungguh bos barunya itu, yang memahami jiwa orang seni sepertinya. Maklumlah, Abang Bob juga orang seni. Namun, di sebalik kesenian yang dimilikinya, terselit perangainya yang lucu. Dia juga agak kalut orangnya dan terkadang kekalutan itu mengundang senda tawa. Sememangnya pejabat itu agak sunyi kerana pekerjanya tidak ramai. Namun, ketenangan dan suasana serta kedudukannya, amat sesuai untuk orang berkarya. Hari pertama, pastinya agak kekok dan sedikit bosan bagi pekerja baru seperti Alyssa. Dia tidak punya banyak kerja untuk dilaksanakan. Dia hanya diberi katalog-katalog ciptaan dan gaya hiasan terkini untuk dikaji dan diapplikasikan ke dalam lukisannya kelak.

Alamak, boringnya. Apa aku nak buat, ha

ujar hati kecilnya lagi. Alyssa lantas menghidupkan komputer di atas mejanya. Rupa-rupanya, komputer tersebut turut dibekalkan dengan applikasi internet. Alyssa mengambil peluang itu untuk memeriksa akaun yahoonya. Banyak juga mesej yang masuk ke dalam akaunnya. Tiba-tiba, dia teringat kepada sahabatnya, Elly. Sudah agak lama dia tidak mendengar khabar berita Elly. Cuma sekali sahaja Elly menghubunginya, itu pun tidak dapat berbicara sendiri dengannya. Jika dengan komunikasi telefon dan sms tidak berjaya mendapatkan Elly, mengapa tidak dicuba dengan cara menghantar e-mail sahaja. Manalah tahu, tiba-tiba Elly memeriksa mesej dari e-mailnya pula. Tiada salahnya jika mencuba. Alyssa langsung terus mengklikkan tetikusnya ke ruangan mesej baru. Lantas, dia menuliskan alamat e-mail Elly di ruangan penerima mesej.

Ke hadapan sahabatku Elly, maafkan aku beb, andainya kehadiran e-mail ini mengganggu kesibukanmu dalam menguruskan ibumu. Aku cuma terpingin untuk tahu keadaan kesihatan Mak Cik Markonah. Apakah dia masih sakit ataupun sudah pulih seperti sediakala. Elly, sebenarnya aku teramat merinduimu, beb. Terlalu banyak rasanya, engkau terlepas cerita-cerita sensasi tentang diriku. Pelbagai peristiwa sudah kulalui selama engkau tidak ada di sini. Sesungguhnya, aku tidak sabar untuk berkongsi segala cerita itu dengan engkau, Elly. Aku mohon maaf kerana tidak dapat bersamasama berkongsi kesedihanmu sekarang. Apa yang aku harapkan, semoga ibu engkau segera sembuh. Tolong beritahu aku seandainya engkau punyai sebarang masalah dan memerlukan bantuan aku. Insya-Allah, aku akan cuba bantu engkau sedaya yang mampu. Akhirnya, salam rindu aku untuk satu-satunya sahabatku yang bernama Nor Ellyna. Semoga kita dapat ketemu semula dalam masa yang terdekat ini. Sembah salam buat ibumu...Wassalam.

Selepas selesai segala kata-kata yang ditaipnya, dia langsung menekan butang hantar. Alyssa berharap Elly mempunyai kesempatan untuk membaca e-mail yang dikirimkannya itu. Sesunggunya, ketiadaan Elly di sisi, amat-amat dirasai oleh Alyssa. Ding dong. Bunyi loceng pintu rumah Roziana ditekan orang. Seketika kemudian, ada orang yang membuka pintunya bagi menyambut tetamu yang datang. Jelas sekali, Alyssa yang berada di muka pintu tersebut. Roziana masih belum pulang ke rumah kerana terpaksa bekerja lebih masa. Terlalu banyak kerja yang yang harus dibereskan dengan segera.

Selamat petang Puan Alyssa. Saya diarahkan oleh Tuan Fahreen untuk menjemput puan. Boleh saya dapatkan barang-barang, puan

tanya lelaki berpakaian kemas yang berdiri didepan pintu itu. Rupa-rupanya, pemandu dan salah seorang pengawal peribadi Tuan Fahreen yang tiba seperti dijanjikan untuk membawa Alyssa berpindah ke mahligai barunya. Semua barangan Alyssa yang sudah siap untuk di bawa ke rumah Tuan Fahreen, diangkat oleh kedua-dua orang tersebut. Sebelum melangkah keluar dari rumah milik Roziana itu, Alyssa sempat merenung sekelilingnya. Itulah rumah tempat dia tumpang berteduh dan berlindung selepas pemergian papanya. Rumah itu juga saksi tangisannya terhadap segala masalah hidup yang sering menimpanya. Roziana telah menjaganya dengan baik dan mencurahkan kasih sayang persis seorang ibu dan kakak kepadanya, di rumah itu.

Hari itu, Alyssa akan melangkah keluar untuk memulakan hidup yang baru di rumah suaminya. Terlalu banyak kenangan yang ingin dibawanya bersama. Alyssa tahu yang Roziana sengaja mengelak dari menyaksikan dia keluar dari rumah itu kerana tidak tersanggup menanggung hibanya, bukan kerana kerja. Itu hanya sebagai satu alasan sahaja. Bagi Alyssa pula, ada baiknya juga dia pergi ketika ketiadaan Roziana kerana dia bimbang keputusannya bakal berubah andainya dia melihat tangisan wanita itu nanti. Sepanjang perjalanan menaiki kenderaan yang dihantar oleh Tuan Fahreen itu, Alyssa termenung panjang. Satu demi satu lamunan bermain di fikirannya.

Tetapi, lamunan itu berlalu pergi mengikut putaran roda yang berpusing menggeser aspal jalan. Alyssa tidak pasti, bagaimana hari-hari yang akan dilaluinya di rumah Tuan Fahreen kelak. Dapatkah dia bertemu dengan kebahagiaan yang dicarinya selama ini. Jika tiada kebahagiaan yang datang bertandang sekalipun, Alyssa tetap akur dan akan cuba meneruskan kehidupannya dengan penuh kesabaran. Setibanya di mahligai indah Tuan Fahreen itu, hari hampir senja. Walau bagaimanapun, Mak Chom sudah sedia menunggu Alyssa di hadapan mahligai tersebut bagi menyambut kedatangan penghuni baru itu. Senyuman yang diukir wanita separuh umur itu, sudah cukup memberikan petanda yang baik kepada Alyssa, yang kedatangannya amat dihargai di situ.

Assalamualaikum, selamat datang Puan Alyssa,

ucapnya dengan ramah.

Waalaikumsalam. Ini mestinya Mak Chom, kan

jawab Alyssa pula sambil menghadiahkan senyuman ceria buat Mak Chom juga.

Betullah tu. Kitakan pernah bertemu pada hari pernikahan Puan Alyssa dengan Tuan Fahreen. Jemput masuk, Puan Alyssa.

Mak Chom, tak perlulah berpuan-puan dengan saya. Panggil saja Alyssa, saya lebih selesa,

pinta Alyssa yang berasa agak janggal apabila dia digelar puan di situ.

Tak boleh, puan. Puan adalah isteri kepada Tuan Fahreen, maka puan adalah mem besar dalam rumah ini. Jadi, selayaknya puan dihormati di sini. Kami semua kena menghormati puan dengan panggilan itu, jika tidak kami akan dimarahi oleh Tuan Fahreen,

jelas Mak Chom pula. Alyssa terpaksa akur dengan pengenalan barunya itu.Rupa-rupanya, di rumah besar itu, dia punyai darjat baru yang harus dipatuhi oleh semua pekerjanya. Walaupun berasa kekok, namun Alyssa tidak boleh mengubah posisi yang disediakan untuknya. Keistimewaan yang dimilikinya kerana bergelar isteri kepada pemilik rumah tidak dapat disangkal lagi. Patutlah ramai wanita yang gila hendak menjadi isteri Tuan Fahreen, fikir Alyssa lagi.

Silakan puan, kita ke atas. Mak Chom tunjukkan bilik tidur puan,

jemput Mak Chom lagi.

Alamak, Mak Chom ni tahu tak yang aku hendakkan bilik sendiri,

bisik Alyssa dalam hatinya. Buatnya Mak Chom menempatkannya sebilik dengan Tuan Fahreen pula nanti, haru jadinya. Sesungguhnya jika dikira dari segi logiknya, bila sudah bernikah dan sebumbung, perlulah juga tidur sebilik. Sudah namanya suami isteri, mestilah berkongsi segala-galanya.

Mmmmppphhh...sebenarnya Mak Chom, saya ada beritahu Tuan Fahreen yang saya mahu bilik saya sendiri sebab barang-barang saya banyak. Tuan ada beritahu pada Mak Chom, tak

Ada... jangan bimbang Puan Alyssa, pembantu kami dah sediakan bilik untuk puan. Ayuh, kita ke atas. Mak Chom hantarkan ke bilik puan, ya

pinta Mak Chom. Lega rasanya bila Mak Chom memberitahunya begitu. Alyssa pun mula bergerak mengikut langkah Mak Chom menaiki tangga untuk ke atas. Semasa berada di aras atas itu, Alyssa dapat melihat sebuh bilik besar yang ditutupi dengan pintu kayu indah yang berwarna putih bersih dengan pemegang yang berkilat persis disaluti emas. Alyssa dapat membayangkan, tentunya perhiasan yang terkandung di dalamnya juga cantik seperti perhiasan dan perabot yang lain di rumah itu, malahan lebih istimewa lagi.

Puan Alyssa, bilik berpintu putih ini adalah bilik Tuan Fahreen,

beritahu Mak Chom apabila melihat mata Alyssa banyak tertumpu kepada pintu bilik itu.

Ohhh, patutlah. Bilik tuan rumah, sudah semestinya indah,

desis hati Alyssa pula.

Ha, yang ini bilik puan. Cantik tak

Alyssa merenung ke dalam bilik itu apabila pintunya dibuka oleh Mak Chom.

Cantik. Selesa sangat.

Betul

soal Mak Chom lagi, meminta kepastian. Alyssa hanya menganggukkan kepalanya. Dia tidak pernah mendiami bilik yang sebegitu cantik dan selesa seperti hotel lima bintang. Kerana itulah, dia berasa tidak betah untuk bersungut atau mengadu akan apa-apa kekurangan untuk kamar yang disediakan untuknya itu. Segala-galanya sudah cukup sempurna baginya.

Kalau begitu, nanti Mak Chom suruh orang untuk bawakan semua barang-barang puan ke sini, ya Selepas itu, pembantu akan datang untuk mengemaskan barang-barang puan nanti.

Tak perlu, Mak Chom. Saya boleh kemaskan sendiri. Mak Chom boleh berikan saya sedikit privacy untuk itu, kan

pinta Alyssa lagi. Mak Chom tersenyum dengan permintaan Alyssa itu. Kali ini, dia membiarkan sahaja kepada Alyssa untuk meyusun atur barang-barang yang dibawanya. Mungkin ada banyak barang-barang yang disayangi Alyssa yang tidak boleh disentuh oleh orang lain. Mak Chom mengerti keadaan itu, lalu berlalu dari situ untuk memberi ruang kepada Alyssa menyesuaikan diri dengan bilik barunya. Selepas Mak Chom berlalu, Alyssa sempat merenung kembali kepada pintu putih yang terletak tidak jauh dari biliknya itu. Bilik Tuan Fahreen itu kelihatan gah, sehebat pemiliknya.

Tetapi, mengapa biliknya ditempatkan betul-betul berhadapan dengan bilik Tuan Fahreen Barangkali, kerana kebimbangan Tuan Fahreen yang terlalu tinggi terhadap keselamatan Alyssa, maka dia tidak berapa yakin juga untuk meletakkan Alyssa jauh darinya, walaupun di dalam rumah. Mungkin Alyssa tidak sebilik dengannya, namun keselamatan Alyssa tetap dalam genggamannya. Sedikit demi sedikit, Alyssa akur akan kasih sayang yang tersemat dalam hati Tuan Fahreen, mula meruntun hati wanitanya. Tidak lama selepas itu, kedengaran enjin kereta yang dinaiki Tuan Fahreen memasuki perkarangan rumahnya. Tuan besar itu telah pulang selepas seharian memerah keringat demi kemajuan perniagaanya. Selalunya, memang di waktu itulah, Tuan Fahreen sampai sama ada mencecah maghrib atau selepasnya. Jarang sekali, dia dapat pulang awal. Seperti biasa, kepulangan Tuan Fahreen disambut mesra oleh Mak Chom. Senyuman yang terukir di wajah Mak Chom, menjadi pengubat keletihannya. Sinar kasih yang terpancar di muka Mak Chom persis kasih arwah ibunya. Sekurang-kurangnya, terubat jua rindu Tuan Fahreen kepada arwah ibunya setiap kali menatap wajah Mak Chom yang penuh dengan kasih sayang itu.

Tuan, Puan Alyssa dah ada di sini,

beritahu Mak Chom dengan cerianya.

Oh ya Di mana dia

soal balas dari Tuan Fahreen yang sebenarnya sudah diberitahu tentang ketibaan Alyssa di rumah itu oleh pemandunya tadi.

Ada di atas, sedang mengemaskan barangbarangnya,

jawab Mak Chom pula, sambil mengambil beg dan kot dari tangan Tuan Fahreen. Memandangkan Tuan Fahreen hanya berdiam diri sahaja, Mak Chom menyambung lagi,

Mak Chom dah siapkan makan malam. Bolehlah tuan makan bersama isteri tuan malam ni.

Tuan Fahreen hanya mampu tersenyum apabila digiat oleh Mak Chom. Sebenarnya, Tuan Fahreen masih lagi musykil dengan tindakan Alyssa itu. Mungkin ada perkara yang dirancang oleh wanita itu. Jika tidak, mengapa dia bersetuju untuk berpindah ke kediaman itu tetapi tidak mahu sebilik dengan Tuan Fahreen. Sedangkan, hampir kesemua pekerja di situ tahu akan hubungan suami isteri yang terjalin antara pasangan itu.

Baiklah Mak Chom. Saya naik atas, bersihkan diri dahulu. Sekejap lagi, saya turun untuk makan malam,

ujar Tuan Fahreen lalu terus melangkah ke atas untuk ke biliknya. Ketika berada di muka pintu biliknya, Tuan Fahreen sempat melihat ke arah bilik Alyssa. Pintu bilik Alyssa kelihatan agak renggang sedikit. Entah mengapa, tiba-tiba Tuan Fahreen berasa kepingin untuk mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh Alyssa. Dia cuba mengintai Alyssa menerusi ruang yang terhad itu. Apa yang dapat dilihatnya, Alyssa sedang menunaikan solat maghrib dengan begitu khusyuk sekali.

Wajah Alyssa kelihatan lebih cantik kerana sinar yang terpancar akibat nikmat dari air sembahyang. Bergelodak jiwa lelakinya. Alyssa tetap cantik tidak kira dalam apa jua keadaannya. Hari itu, Tuan Fahreen juga agak lewat menunaikan solat maghribnya. Sementara menunggu azan isyak, dia membanyakkan zikir dan tafakur. Ketika sedang khusyuk bertafakur, tiba-tiba wajah Alyssa muncul dalam gambaran fikirannya, membuatkan mata Tuan Fahreen yang terpejam sebentar tadi, terbuka semula.

Ya Allah, Engkau telah mengutuskan seorang wanita yang mengisi setiap ruang kehidupanku. Engkau telah meletakkan dia di mana-mana sahaja, sehinggakan ketika aku memejam mata dan bertafakur kepadaMu, engkau hidangkan keindahan wajahnya.

Ya Allah, andainya benarlah dia merupakan jodoh yang sesuai denganku, aku pohonkan supaya Engkau satukanlah kami berdua. Tolonglah buka pintu hatinya untuk menerimaku sepenuh jiwanya. Tetapi, jika dia bukan untukku, aku reda di atas setiap ketentuanMu. Aku bersyukur kerana sekurangkurangnya, Engkau telah memberi peluang kepadaku untuk mengenali dan mendekati ciptaanMu yang indah itu. Aku hanyalah hambaMu yang lemah. Hidup, mati, rezeki dan jodohku, semuanya tergantung kepada ehsanMu, Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,

doa tulus Tuan Fahreen sehingga mengalir air matanya. Tuan Fahreen tidak pernah sehiba itu ketika mengadap Yang Maha Kuasa, kecuali ketika dia mendoakan kesejahteraan orang-orang yang disayanginya dan telah pergi meninggalkannya. Selama ini, jiwanya kosong. Tetapi, kehadiran Alyssa telah mencambahkan kembali benih-benih jiwa yang mempersonakan. Selesai sahaja solat isyak, Alyssa terus turun dan menuju ke dapur. Niat di hatinya, untuk sama-sama membantu menyediakan makan malam. Dia tidak betah untuk duduk goyang kaki sahaja. Namun begitu, belum sempat dia melakukan apa-apa, salah seorang pembantu rumah itu terus menegahnya.

Minta maaf, puan. Puan tak boleh buat kerja ni semua. Biar kami yang uruskan.

Apa salahnya saya nak tolong. Lagi pun, saya dah biasa dengan kerja-kerja dapur,

beritahu Alyssa yang agak terkejut dengan tegahan pembantu tersebut, ketika dia mahu membantu menatang pinggan untuk di bawa ke meja makan.

Tak boleh puan, kalau Mak Chom tahu, mesti dia marah. Kalau Tuan Fahreen tahu pun, dia lagi marah,

tegah pembantu itu lagi.

Mengapa mereka nak marah Tangan saya bukannya ada najis. Lagi pun saya cuma nak bantu sediakan makanan sahaja, bukannya nak pasang bom,

ujar Alyssa yang mulai bengang. Alyssa merasakan, tidak salah jika dia kepingin membantu pekerjaan di dapur. Mengapa dia harus ditegah Dia perempuan dan seorang perempuan sememangnya cocok dengan pekerjaan rumah. Alyssa hanya mahu membiasakan dirinya dengan kediaman barunya itu. Jadi, tidak perlulah dia meminta bantuan pembantu untuk urusan yang remeh-temeh. Dia rimas jika sentiasa mengharapkan bantuan orang, terutamanya tentang perkara-perkara kecil. Tiba-tiba Mak Chom muncul, lalu bertanya,

Ada apa ni Puan Alyssa, kenapa berada di dapur ni

Mak Chom, Puan Alyssa ni nak tolong buat kerja di dapur ni, tapi saya tak benarkan,

jawab pembantu tersebut.

Saya cuma nak tolong buat kerja di dapur saja, bukannya nak merompak rumah orang,

balas Alyssa pula, dengan suara agak tinggi, semakin berang.

Puan, maafkan Leha ni sebab dia hanya menurut arahan dan peraturan rumah ini sahaja. Memang benar, Tuan Fahreen tak izinkan puan buat sebarang kerja pun dalam rumah ini. Semuanya akan disediakan oleh pembantu. Jadi, puan tak perlu risau kerana kedudukan puan sebagai isteri kepada tuan besar rumah ini, sudah membuatkan puan cukup istimewa kepada kami semua. Arwah Puan Suhaila, ibu kepada Tuan Fahreen juga, tidak pernah buat kerja-kerja di rumah ini,

terang Mak Chom dengan tenang supaya Alyssa tidak tersalah anggap. Alyssa kelihatan agak reda dengan penjelasan Mak Chom itu. Kalau diikutkan hati bengangnya, tentu pembantu yang bernama Leha tadi sudah makan marahnya. Cuma Alyssa merasa kekok kerana dia tidak pernah berada di kedudukan seistimewa itu. Mungkin lama-kelamaan nanti, dia akan dapat membiasakan dirinya dengan gaya hidup orang-orang atasan itu.

Saya bosanlah Mak Chom. Apa yang saya nak buat sekarang ni

Begini sajalah puan, apa kata kalau Puan Alyssa pergi ke bilik sebelah kanan tu. Dekat situ ada banyak buku-buku untuk bacaan. Puan relax di situ dulu, bila semuanya dah sedia, Mak Chom akan panggil puan,

cadang Mak Chom. Satu per satu judul buku yang tersimpan di bilik bacaan ruangan bawah itu, diteliti oleh Alyssa. Kebanyakannya dari jenis fiksyen dan sejarah. Mungkin Tuan Fahreen gemar dengan jenis-jenis buku yang sedemikian, fikir Alyssa. Namun, bola matanya tibatiba tertarik dengan dua buah lukisan yang tergantung di dinding bilik tersebut. Satu lukisan memaparkan pemandangan kapal yang sedang terumbang-ambing di lautan, manakala yang satu lagi pula dilukiskan gambar seorang kanak-kanak kecil yang sedang merangkak. Pada pandangan Alyssa, kedua-dua lukisan tersebut memaparkan keaslian yang tersendiri.

Sang pelukisnya cukup pandai bermain dengan tona warna, sehingga menampakkan lukisan itu benar-benar hidup. Teringin rasanya Alyssa bertanya, dari manakah lukisan-lukisan itu dibeli. Tetapi, tunggulah satu masa yang sesuai nanti. Sedang dia leka meneliti lukisan-lukisan tersebut, Alyssa terdengar namanya dipanggil oleh Mak Chom. Barangkali, makanan sudah sedia, sebab itulah Mak Chom memanggilnya untuk ke ruang makan. Belum puas dia menikmati kecantikan bahan tontonannya itu, tetapi ditinggalkannya juga. Mungkin Tuan Fahreen juga sudah menunggu untuk makan bersamanya. Memang benar bagai diduga, Tuan Fahreen sudah terpacul di meja makan. Dia hanya tersenyum memandang Alyssa. Selama mereka bernikah, inilah kali pertama mereka akan makan bersama. Pada mulanya, Alyssa berasa agak janggal namun segera memujuk perasaannya dengan menyangka bahawa Mak Chom akan turut menemani mereka berdua.

Silakan tuan, puan. Malam ni, Mak Chom sediakan hidangan special untuk tuan berdua,

ujar Mak Chom ketika menyendukkan nasi ke pinggan mereka.

Jemput makan sekali, Mak Chom,

pelawa Alyssa pula, sambil mengerling ke arah Tuan Fahreen.

Tak apalah, puan. Puan saja makan dengan tuan. Mak Chom belum lapar lagi. Nantilah, Mak Chom makan dengan pembantu yang lain. Lagipun, Mak Chom tak mahulah kacau pengantin baru nak makan,

usik Mak Chom yang menolak pelawaan Alyssa itu. Sekali lagi, Alyssa berasa kekok kerana dia terpaksa makan malam berdua sahaja dengan Tuan Fahreen. Perasaan malu yang teramat sangat mula menerjah hatinya. Dia tidak pernah makan bersama suaminya itu, apa lagi dalam suasana yang diberi nama candle-light dinner. Rasa tidak tertelan makanan yang masuk ke kerongkongnya itu.

Kenapa Alyssa tak ambil lauk Malu ke

tanya Tuan Fahreen setelah agak lama menjeling kelakuan Alyssa yang agak pemalu itu.

Taklah

jawab Alyssa ringkas. Jawapan Alyssa itu diiringi dengan senyuman yang teramat manis dari Tuan Fahreen. Tiada soalan lanjut yang keluar dari mulutnya. Namun, senyuman tadi sudah cukup untuk membangkitkan keterujaan Alyssa. Bagi Alyssa, Tuan Fahreen kelihatan lebih tampan lagi dalam kostum ringkas, iaitu baju melayu dan kain pelikat. Alyssa tidak pernah punya kesempatan menyaksikan kesederhanaan lelaki terhormat itu, sebelum ini. Hanya sekarang dia punya peluang. Itu pun kerana dia sudah pun bersetuju untuk serumah dengan lelaki itu.

Tuan, saya minta maaf kerana saya telah menyelak satu per satu buku milik tuan di bilik bacaan tadi,

ujar Alyssa, seolah-olah sengaja mencari bahan kosong untuk dibualkan, menemani makan malam mereka itu. Alyssa tidak biasa makan dalam keadaan sunyi seperti itu. Biasanya, dia menggunakan masa makan untuk layan bercerita dengan Roziana dan Elly. Baginya, tidak enak menikmati hidangan jika suasananya sunyi sepi sahaja. Tetapi berbeza dengan Tuan Fahreen yang lebih gemar mendiamkan diri ketika makan. Apakah itu caranya beradab ketika makan ataupun kerana dia sendiri tidak punya bahan bicara dengan Alyssa Maklumlah, masing-masing masih malu dan kekok. Melihatkan keadaan Tuan Fahreen yang masih menyepi, Alyssa mengambil peluang untuk membuka kata lagi.

Ehm tuan, tadi saya masuk...

Alyssa! Alyssa adalah isteri abang dan puan besar dalam rumah ini. Tiada sekatan untuk Alyssa memasuki mana-mana ruang pun di dalam rumah ini, termasuk bilik tidur abang. Jadi, Alyssa tak perlu minta izin atau memaklumkan apa-apa,

potong Tuan Fahreen segera, seolah-olah sudah dapat menduga apa yang hendak diperkatakan oleh isterinya itu. Alyssa terus mendiamkan dirinya apabila mendengar jawapan Tuan Fahreen itu. Dia berasa bersalah kerana bertanyakan soalan yang tidak kena pada tempatnya. Kemungkinan, Tuan Fahreen tidak berasa selesa dengan soalan-soalan bodohnya itu. Tidak banyak makanan yang masuk ke perut Alyssa malam itu. Dia berasa teramat segan dengan Tuan Fahreen. Ditambah pula dengan sikap Tuan Fahreen yang agak serius di meja makan. Tetapi Alyssa tidak tahu, sebenarnya Tuan Fahreen yang agak teruja berduaan dengannya untuk makan malam itu. Tuan Fahreen bimbang yang dia tidak mampu untuk makan setiap kali menatap wajah Alyssa itu. Kerana menatap wajah Alyssa sahaja, sudah cukup untuk mengenyangkannya. Sebelum masuk tidur pula, sekali lagi mereka bertembung di ruang atas berhampiran dengan bilik masing-masing.

Ketika itu, mereka sama-sama baru hendak masuk tidur. Apabila mata bertentangan, lidah bagaikan terkunci untuk berkata kerana dada rasa bergetar. Tuan Fahreen merenung Alyssa dengan penuh keinginan untuk menikmati rasa cinta. Namun, rasa cinta itu hanya dipendamkan sahaja kerana sejarah tempoh hari banyak mengajarnya erti kesabaran. Semoga selepas ini malam mereka bakal berkembang indah. Akhirnya mereka masuk tidur dengan perasaan berbunga. Barangkali masing-masing sudah tertarik antara satu sama lain, namun kebisuan mereka memendamkan segalanya.