Tika Cinta Berbisik - 20
Bab 19

SUDAH tiga hari Nurul mengatur rancangan untuk menyatakan keputusannya kepada

Harlina. Bukan dia mahu melengahlengahkan masa tetapi Harlina sentiasa sibuk dan pulang sudah larut malam. Nurul tidak mahu mengganggu Harlina dalam keadaan dia penat. Nanti tidak pasal-pasal anginnya berubah menjadi ribut taufan.

Walaupun begitu, Nurul tidak boleh biarkan masa berlalu begitu sahaja. Tiba-tiba Nurul berasa takut. Menyesal bertubi-tubi menghambat diri.

Pagi itu Nurul kembali menyiapkan sarapan. Kain baju pun sudah dibasuh selepas selesai solat subuh. Nurul tidak mahu terus berada dalam tekanan. Dia bertekad mahu berbincang dengan Harlina hari ini juga.

Pukul 10 pagi, Harlina menuruni anak tangga menghala ke ruang dapur. Dia tersenyum melihat nasi lemak yang masih panas berwap. Dicedoknya nasi tiga sudip dan diletaknya sambal serta ikan bilis. Dia bangun kembali mengambil surat khabar yang terletak di meja kecil berhampiran kabinet dapur.

Nurul hanya memerhatikan setiap pergerakan Harlina. Mahu melihat sama ada anginnya baik atau tidak. Kenyataannya nanti tentunya mengundang risiko besar. Perlahan-lahan Nurul merapati Harlina yang sedang enak mengunyah nasi lemak.

Kak Lina....

Ada apa Harlina menjawab tanpa memandang ke arah Nurul.

Saya tak mahu meneruskan perjanjian kita.

Saya....

Apa Harlina terjerit kecil. Mungkin terperanjat dan tidak menduga akan mendengar kata-kata itu. Nurul melangkah sedikit ke belakang. Mengambil langkah berwaspada andai sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Mencerlang mata Harlina memerhatikan Nurul. Apa kamu kata Harlina menyoal kembali.

Saya... saya... tak mahu teruskan lagi. Saya tak mahu.

Awak jangan lupa, Nurul. Kita dah sain kontrak dan awak tak boleh langgar syarat!

Tidak, kak. Saya bukan nak langgar syarat. Tapi saya tersilap langkah. Cara ini salah, tak wa jar. Saya tahu kerana terlalu terdesak, saya me lakukannya tanpa berfikir panjang. Maruah saya yang jadi taruhan. Sebagai perempuan, adakah akak sendiri sanggup melakukan ini semua semata-mata kerana wang tanya Nurul dengan perlahan. Nada suaranya dituturkan lembut, separuh memujuk.

Harlina mengeluh. Dia kembali duduk dan mengusap-ngusap mukanya. Nurul mengambil pe luang untuk terus menerangkan hal sebenar.

Kak, saya sanggup sebab adik saya perlu dibedah. Saya perlukan wang. Saya rela melakukan apa saja untuk Anis. Tapi saya silap. Kak, kita sama-sama terdesak sampai sanggup buat perjanjian yang terkutuk ni. Kita berdua terlupa yang kita hidup bertuhan. Saya terlupa sujud dan berdoa kepada-Nya supaya menunjukkan saya jalan untuk mencari wang. Akak juga terlupa untuk berdoa supaya dikurniakan anak dengan cara yang betul, Nurul terus berkata-kata. Dia mula sebak.

Harlina juga sedang menahan tangisnya. Memang benar, selama ini dia dan Khairul tidak pernah sujud di atas sejadah. Tidak terfikir langsung untuk bermunajat memohon pada Yang Esa.

Akak.... Harlina tak terdaya meneruskan kata. Terasa bertimpa-timpa perasaan bersalah dan berdosa yang menghantuinya.

Mohonlah pada Allah, kak. Dialah Maha Pemberi Keadilan. Doa hamba yang benar-benar berada di dalam kepayahan dan kesedihan amat mudah termakbul.

Nurul memeluk bahu Harlina dengan erat. Dia tahu wanita itu sedang tenggelam dalam emosi yang meruntuhkan jiwa. Nurul ingin memberikan kekuatan kepadanya. Dia mahu perkara ini selesai dengan baik.

Nurul mahu mulakan hidup baru dengan azam yang baru. Dia juga mahukan Harlina turut membina kehidupan yang baru bersama Khairul. Mungkin mereka bertiga boleh menganggap apa yang terjadi selama ini sebagai mimpi yang ngeri sahaja.

Akak sedar akak salah. Sebenarnya, Abang Khairul juga tak setuju langsung dengan perkara ni. Tapi akak nak teruskan juga. Akak takut nak berhadapan dengan kenyataan. Akak tak berani berdepan dengan ibu mentua akak.... Harlina ber suara sayu.

Nurul mengesat air mata di pipi Harlina. Dia dapat memahami tekanan yang terpaksa ditanggung oleh wanita itu. Sejak tinggal di rumah ini, Nurul sudah dapat membaca situasi sebenar yang mereka alami. Semuanya disebabkan ibu Khairul. Harlina sering menjadi mangsa kemarahan yang sengaja dicipta untuk mengeruhkan hubungan mereka suami isteri.

Harlina segera memeluk Nurul dengan erat. Dia berasa bersalah kerana mengheret gadis itu ke dalam masalahnya. Keegoannya benar-benar luntur.

Maafkan akak....

Nurul membalas pelukan Harlina. Dia memu juk agar Harlina bersabar menerima dugaan Tuhan. Secara tidak langsung, dia turut menyabarkan dirinya sendiri. Nurul bertekad tidak akan bertindak terburu-buru dalam membuat keputusan selepas ini. Cukuplah pengajaran kali ini memberi hikmah yang besar buatnya.

Malam itu, Harlina memanggil Nurul. Harlina serta Khairul sedang menunggu Nurul di ruang tamu.

Duduk, Nurul, pinta Khairul.

Nurul memilih kerusi yang saling berhadapan dengan Harlina bagi memudahkannya untuk bercakap. Dia berasa selesa begitu.

Begini, saya mahu dengar dari mulut Nurul sendiri sama ada benar atau tidak Nurul mahu menamatkan kontrak ini

Nurul menarik nafas panjang. Cuba bertenang dan memberi perhatian pada pertanyaan suami Harlina itu. Kemudian dia menjawab, Ya, saya tak mahu meneruskan kontrak ini.

Harlina telah menceritakan segalanya pada saya. Tentang perjanjian ini pun sebenarnya di luar pengetahuan saya. Tapi saya tak marah kerana saya tahu tindakan yang dilakukannya kerana rasa sayangnya pada saya.

Encik Khairul, Kak Lina seorang isteri yang baik. Dia sanggup melakukan semua ini kerana mahu membahagiakan encik.

Tidak ada seorang isteri pun yang akan sanggup menyerahkan suami pada wanita lain sematamata kerana seorang anak. Harlina begitu istimewa di mata saya. Apa yang dilakukann ya pada saya telah menambah rasa sayang saya kepadanya. Khairul menoleh memandang isterinya. Harlina ter sipu-sipu menahan malu.

Ya, Nurul. Saya sedar kesilapan saya. Kerana terlalu mengikut kata hati saya sanggup mengorbankan perasaan sendiri. Padahal Abang Khairul tak kisah pun semua itu. Ternyata dia suami yang amat berharga buat saya. Nasib baiklah dia tak terpikat pada Nurul.

Khairul memandang wajah isterinya. Dikucup dahi Harlina sebagai lambang cintanya yang mendalam. Bergenang air mata Harlina mendengar pengakuan Khairul. Tak disangka suaminya mencintainya sebegitu dalam.

Saya juga nak ucapkan terima kasih pada Nurul kerana mengingatkan kami pada Tuhan. Kami terlalu leka dan alpa mengejar kekayaan dunia sehingga lupa pada Maha Pencipta. Seelokeloknya kepada Dia tempat kami mengadu dan berserah.

Sama-sama. Saya juga begitu. Terima kasih kerana tidak memusuhi saya atas keputusan yang telah saya buat.

Nurul..., Harlina bersuara. Kami mahu mem berikan sesuatu pada Nurul.

Harlina mengeluarkan sepucuk sampul surat berwarna coklat. Diserahkannya surat itu kepada Nurul. Dalam teragak-agak, gadis itu mengambilnya.

Ambillah, Nurul. Ini sumbangan peribadi daripada kami. Tiada niat lain. Kami ikhlas ingin membantu meringankan beban Nurul.

Terima kasih, kak. Jasa akak sekeluarga tak mampu saya balas.

Mengalir air matanya melihat sekeping cek di dalam sampul surat itu. Nilai yang tertulis di situ benar-benar membuatkan Nurul terhutang budi kepada pasangan suami isteri itu. Sepanjang hidupnya belum pernah dia memegang duit sebanyak itu. Nurul terlalu bersyukur kepada Allah SWT Yang Maha Esa.

Malam itu, segala-galanya selesai di antara Nurul dengan Harlina. Mereka berdua bertekad akan mengenang kontrak itu sebagai masa silam yang mengajar mereka erti kehidupan yang sebenar. Mereka berdua bersyukur kerana mimpi ngeri ini telah berakhir.

Esok adalah hari baru yang lebih indah.

Insya-Allah.