BULU tangkis dipukul kuat Airish. Selang beberapa pukulan yang berbalas antara sesama sendiri, akhirnya pukulan smash daripada Aidil menamatkan permainan ini. Nampaknya, permainan mereka akan bersambung sehingga ke set penentuan dengan game yang kedua berjaya dirampas Aidil dengan mata 21-18 dan 16-21.
Dahlah. Aku dah penat, beku sahaja suara Airish.
Airish kemudiannya terus meninggalkan gelanggang badminton itu. Aidil hanya menggeleng melihat gelagat rakannya.
Kau kenapa Takut kalah ke dengan aku set ketiga nanti, ya
Air mineral diteguk Airish rakus. Aidil hanya melihat gelagat Airish yang dirasakan agak berlainan sedikit hari itu. Mata lelaki itu agak layu sedikit.
Kau kenapa Tak boleh tidur Gaduh dengan bini ke
Aah, sepatah Airish menjawabnya.
Aah tu yang mana Tak boleh tidur Gaduh dengan bini ulang Aidil kembali.
Dua-dua sekali.
Alamak! Fiqa pukul kau ke Hebat betul sampai naik lebam mata kau ni.
Airish mengecilkan matanya pada Aidil.
Apa yang aku cakap tadi Aku lupalah.
Aidil mengawal keadaan kembali dengan melencong soalannya ke arah lain pula. Nampaknya lawaknya tersalah tempatlah. Suasana antara mereka bertukar sepi sebelum hembusan nafas pertama Airish memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
Macam mana kau boleh gaduh dengan Fiqa
Airish tiba-tiba tergelak sendiri. Its not very convenient to say.
Aidil mencebik. Huh. Something inconvenient to say about a man-woman relationship, isnt that obvious Apa dah jadi malam tadi
Aku dah cakap tak ada apa-apalah! Airish jadi sebal tiba-tiba. Air mineral itu diteguknya kembali. Rasa membara dalam hati cuba dipadamkan.
Ceh! Aku ingatkan dah jadi apa-apa malam tadi.
Erk! Tersedak Airish dibuatnya. Merah padam muka Airish dek terbatuk-batuk tanpa henti. Aidil di sebelah, turut membantu dengan menggosok-gosokkan belakang Airish.
Airish. Kau dah
Dah apa soal Airish kurang faham dengan kening Aidil yang terangkat berkali-kali itu.
Ehem-ehem ke sambung Aidil.
Hei! Berapa kali aku nak cakap. Tak! Tak! Taklah! Fiqa tu cantik apa, acah Aidil.
Setakat cantik pun tak cukup, jawab Airish mendatar.
Habis. Kau nak yang macam mana lagi Sebijik macam Dhia tu
Aidil terdiam tiba-tiba. Bibirnya digigit. Aduh! Apa pasal dia keluar topik Dhia tiba-tiba ni Airish di sebelah dijeling. Lelaki itu seperti sentap saja. Aidil semakin diburu rasa bersalah.
Airish, aku....
Kalau orang tanya kau, rasa sakitkah kalau hubungan kau terpisah dalam satu keadaan yang tidak terduga
Aidil hanya mendengar.
Sudah tentu rasanya sakit, sambung Airish lagi. Kepalanya menunduk sedikit.
Then you should try to forget her, at least, cadang Aidil.
Tapi, itu seolah-olah buat aku rasakan yang aku semakin cintakan dia, balas Airish tegas.
Cuba untuk melupakan Dhia Anna Cinta pertama dan satu-satunya Itu adalah perkara terakhir yang dia akan lakukan. Mustahil untuk lupakan cintanya yang pertama itu.
Kau tak nak beri peluang pada Fiqa
Tak!
Jadi, bila kau cadang nak lepaskan dia
Kenapa kau tanya soalan macam tu
Yelah. Buat apa kau nak simpan dia, kalau kau tak sayang Lagipun, kau tak pernah terfikir ke yang dia mesti nak juga rasa kebahagiaan dia sendiri
Airish terdiam.
Kau rasa Fiqa nak aku lepaskan dia satu hari nanti
Aidil menjungkitkan bahunya. Dia sendiri kurang pasti. Namun, baginya sesiapa sahaja di dunia ini inginkan kebahagiaan hidup sendiri. Jadi, mestilah Afiqa pun sama. Kan
MALAM sudah melabuhkan tirainya dan menenggelamkan sang matahari sejak satu jam lebih yang lepas. Tenang sungguh dirasakan Afiqa tika ini. Berdiri di laman membuatkan fikirannya tenang. Baru dia perasan betapa cantiknya rumah Airish ini. Penuh dengan bunga-bungaan di sekeliling halaman. Rasanya dia bukanlah minah bunga sangat, namun semenjak menjadi penghuni rumah ini, tatapannya sering terarah kepada bunga-bungaan ini.
Bunyi kicauan burung yang terkeluar dari jam dinding menyentakkan dirinya. Pandangannya pantas menunaki jam dinding itu. Sudah hampir sembilan malam. Mana Airish ni Lauk masakannya dipandang sepi. Penat dia memasak semua ni dengan harapan yang Airish akan pulang awal.
Afiqa mengeluh berat. Perasaan bosannya sukar untuk dibendung. Bella sudah pergi ke rumah kawannya. Katanya akan bermalam di sana sekali. Esok baru pulang. Tinggalah dia seorang diri di sini.
Ke manalah Airish ni pergi Dalam hati kecilnya, terdetik perasaan bimbang sebenarnya. Sudah seharian dia tidak bertemu dengan Airish. Rindukah dia Tak mungkin!
AIRISH membuka pintu rumah perlahan-lahan.
Dilihatnya suasana sunyi sepi. Sekeliling ruang tamu dipandangnya sehinggalah anak mata matanya tertancap pada sekujur tubuh yang berbaring di sofa. Airish mengukirkan senyuman. Dah tidur rupanya.
Matanya terhenti lama pada wajah Afiqa. Wajah putih bersih itu ditatap. Lama. Ditelitinya satu persatu. Dari keningnya yang lebat, turun pula matanya yang bundar, hidungnya yang mancung dan bibirnya yang terbelah. Nampak sangat menarik perempuan di hadapannya ini. Airish semakin ralit melayani perasaannya sendiri. Tanpa sedar, tangannya sendiri naik menyentuh pipi Afiqa. Pipi gadis itu diusap semahunya. Kulit yang sangat gebu. Wajahnya dirapatkan pada Afiqa tanpa dipinta. Airish memejamkan matanya. Haruman yang sangat memikat hati.
Dan buat kali yang keduanya, dahi Afiqa dikucup. Lama kucupan itu didaratkan dengan matanya terpejam. Airish tersenyum sendiri. Kepala Afiqa kemudiannya dibawa ke arahnya lalu disandarkan ke bahu. Tangan kecil Afiqa dicapai. Segala ruang-ruang antara jari-jari Afiqa dilengkapkan dengan jarinya. Padan! Kedua-dua tangan yang menggengam sesama sendiri nampak sangat sempurna.
Tudung Afiqa ingin ditarik Airish. Namun, niatnya terhenti. Bimbang mengamuk pula Afiqa dibuatnya nanti. Perempuan itu memang pantang jika ada yang memandang auratnya. Tapi, bagaimana dengan dia Kenapa perlu Afiqa menyorokkan auratnya, sedangkan ia halal di sisi agama
Atau.
Are you planning not to show to me because youll leave me soon Atau kau hanya mahu aurat kau dilihat oleh orang yang kau betul-betul sayang sahajakah Airish mengeluh. Kepala Afiqa dipandang. Kata-kata Aidil bermain kembali di mindanya.
Fiqa... kau bahagia ke hidup dengan aku terpacul soalan itu tanpa disedarinya sendiri.
Kepala Afiqa yang dibaluti dengan tudung itu dicium. Lambat-lambat, kepalanya menyandar pada sofa. Dekat dengan Afiqa. Terasa lapang dapat menghidu bauan daripada Afiqa.
Rasanya inilah kali pertama, dia tidur dalam keadaan serapat ini dengan Afiqa. Semalam, memanglah mereka berkongsi katil, namun tidaklah serapat ini. Airish bernafas tenang. Serius, berada dalam keadaan begini bersama Afiqa secara tidak langsung membuahkan satu perasan halus yang bagaikan sudah mahu meliar ke sekeliling tubuhnya.