CINTA RIMAU - 20
Hasya, I need some water please, lemah sekali suara Aggi yang terjaga dari pengsan gara-gara terperanjat melihat harimau berkeliaran di dalam rumah!

Aggi diberi apa yang dihajati dan selepas beberapa teguk air membasahi tekaknya, Hasya dengan tenang mengkhabarkan, My tiger is harmless. He looks after me...

Aggi mendengar dengan teliti dengan wajah yang pucat lesi; sama ada kepenatan dek penerbangan jauh yang teramat panjang atau kejutan terlihat harimau yang masih belum hilang, Hasya sendiri tidak pasti. but if you still worried, just try not to turn your back on him and Im not saying my tiger is dangerous.

Memang Keris tidak membahaya. Jauh sekali pernah membaham sesiapa. Namun, demi mengambil langkah berjaga-jaga, adalah menjadi amalan Hasya untuk tidak membelakangi Keris walau dalam apa keadaan sekali pun. Ini bertitik-tolak dari naluri harimau yang membaham mangsa dari belakang. Kedua-dua belah kaki belakang harimau yang lebih panjang daripada dua yang lain di bahagian depan, memudahkannya menerkam mangsa dengan jarak 30 kaki dengan hanya sekali lompatan sahaja! Manakala kuku panjang yang boleh dimasuk dan dikeluarkan dari tapak kaki harimau menjadi senjata bagi mencakar mangsa sebelum dilapah dengan rahang yang lebih pendek berbanding spesis kucing besar yang lain, namun memberi keperkasaan luar biasa dalam mencerut mangsa sehingga mati.

So, how long are you going to be on vacation this time

Pertanyaan itu sebenarnya sengaja dikemukakan Hasya bagi mengalih perhatian Aggi dari Keris Keris yang kini pasti sedang membawa diri, menyedari dirinya digeruni Aggi. Haiwan walau tidak punya perasaan, namun sensitifnya boleh tahan!

Oh my God now you tell me how long more you are going to keep your armpit hair, Hasya Guys feel disgusted by that, dont you know it already!

Terperanjat Aggi melihatkan ketiak Hasya yang berbulu lebat tatkala menggeliat sambil menguap; mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas, justeru jelas sekali terlihat disebabkan singlet yang dipakainya ketika itu. Hasya dengan selambanya menjawab, Well, if they dont want to date me just because of my hairy armpit, it only means that they are not worthy of me!

Aggi tersenyum kambing, gelihati melihat aksi Hasya,

Hasya, you are crazy.

because of my hairy armpit