Kan ada bilik mandi lagi satu Rasa hendak marah Arissa.
Hakimi sengih.
Saja nak berebut-rebut dengan awak, usiknya.
Arissa menjeling.
Lena tidur
Lena.
Sedar tak saya tidur sebelah awak semalam. Sengaja dia hendak mengusik Arissa.
Tercengang Arissa memandang Hakimi.
Encik jangan nak main-main. Encik dah janji tau! Dia mengingatkan Hakimi tentang perjanjian mereka.
Dia membetulkan tuala yang menutupi bahunya.
Hakimi ketawa kuat.
Fahamlah Arissa dengan tawa lelaki itu. Ia sekadar usikan sahaja namun dia tetap tidak suka. Encik intai saya ya
Lebar senyuman Hakimi.
Intai pun tak salah kan Dah isteri saya. Selamba dia melangkah masuk ke dalam bilik mandi dengan tawa nakal.
Arissa mencebik sambil memberi laluan kepada Hakimi. Bukan tak ada bilik mandi lain. Bilik mandi kat sebelah tu pun Hakimi boleh mandi. Sengaja je lelaki itu hendak membuat dia terkejut dan mengelabah.
Saya ni temporary wife je! kuat Arissa bersuara.
Tiba-tiba tersembul wajah Hakimi di sebalik pintu bilik mandi.
Tapi masih bertitle wife, ya, Puan Arissa! dia ketawa sambil mengisyarat tanda pembuka kata.
Astaghfirulahalazim, terkejut saya! Marah Arissa.
Hakimi ketawa dan kembali menutup pintu bilik mandi.
Kita solat jemaah! pekik Hakimi dari dalam.
Ya! balas Arissa mula berlari anak hendak mengenakan pakaian sebelum Hakimi keluar dari bilik mandi. Selesai berpakaian dia bertelekung dan mula membentang sejadahnya dan Hakimi di ruang bilik tidur yang luas.
Dia memandang sekeliling. Selepas ini bilik tidur ini akan tinggal kenangan. Tak apa, sekurangkurangnya dia pernah mendiami bilik semewah ini.
Hmm... dah bentang.
Arissa memandang Hakimi yang sudah memakai baju Melayu kolar johor berwarna hijau tua dan berkain pelekat berkotak-kotak sedondon warna bajunya. Entah bila Hakimi keluar dari bilik mandi dia pun tidak sedar. Jauh sungguh lamunannya.
Lena tidur kat situ Sekali lagi Hakimi bertanya.
Memandang Arissa sambil membetulkan butang bajunya.
Mengantuk sangat, kat mana pun boleh lena.
Risau awak tak selesa je.
Tempat lebih teruk daripada papan pun saya pernah tidur Encik. Letak tikar atas tanah. Masa tu rumah anak-anak yatim daif sangat-sangat. Tak macam sekarang ada orang-orang kaya sponsor, cerita Arissa ringkas tentang kehidupan lalunya.
Melirik mata Hakimi memandang Arissa. Tiba-tiba dia rasa sebak dengan cerita gadis itu.
Malam ni tidur atas katil. Saya tidur atas sofa tu. Arissa senyap.
Tolong betulkan butang ni. Hakimi menghampiri Arissa.
Arissa bangun.
Encik jangan sentuh saya tau! pesannya. Malas dia hendak mengambil wuduk lagi.
Tak.
Arissa segera membetulkan butang baju Hakimi yang sudah berputar-putar benangnya. Patutlah tak boleh masuk, desisnya sendiri.
Umi ada cakap apa-apa dengan awak tak Kesempatan itu diambil untuk menyoal Arissa.
Cakap yang macam mana
Masakan dia hendak bercerita. Lagipun kehidupan mereka adalah sebahagian daripada lakonan dan dia tidak perlu ambil hati walaupun memang terasa hati dengan kata-kata Puan Hanim semalam.
Saya tahu perangai Umi saya Arissa. Saya minta maaf kalau ada kata-katanya yang menyinggung perasaan awak. Dia memandang gadis itu yang masih membetulkan butang bajunya.
Tak apalah Encik. Lagipun dia Umi encikkan. Janganlah berkasar dengan dia. Encik patut hormat dia. Dia ibu... Encik bertuah masih ada ibu lagi. Boleh dengar dia marah-marah, boleh dengar nasihat dia. Macam saya ni... tak ada siapa nak marah-marah nak nasihatkan saya, nasihat Arissa sambil melepaskan butang baju Hakimi yang sudah dibetulkan tadi.
Terpegun dia mendengar nasihat Arissa.
Saya kan ada...
Arissa memandang Hakimi.
Tolong marah-marah awak. Tolong nasihat awak. Dia ketawa dalam menyimpan rasa terharu yang begitu mendalam pada nasihat Arissa. Ya, terlalu mendalam nasihat yang berupa luahan hati tanpa sengaja oleh Arissa
Dahlah... Encik. Dah pukul 6.45 dah ni. Saya nak masak! gesa Arissa kepada Hakimi agar mempercepatkan solat mereka.
Ya-ya... segera Hakimi mengangkat takbirnya.
TAK boleh Umi! tekan Hakimi keras apabila perkara semalam dibangkitkan semula.
Sangkanya kisah itu tidak akan disebut lagi setelah mendengar suara Encik Razali semalam.
Puan Hanim menghela nafas beratnya.
Kenapa Umi tak beritahu Walid semalam Sengaja Hakimi menyoal begitu untuk melihat reaksi Puan Hanim.
Puan Hanim menjeling. Kalau dia beritahu kepada Encik Razali mahu meletup kemarahan lelaki itu. Karang lain pula jadi di sana. Sudahlah lelaki itu tidak berapa sihat.
Tak boleh ke beritahu short manpower kat sini Puan Hanim terus mendesak tidak berputus asa mahu juga meletak Wafa di Hotel Sweet Arena Pulau Pinang.
Hakimi meraup dagunya beberapa kali. Pusing kepalanya dengan permintaan wanita itu. Kereta yang dipandu oleh Badrul sudah pun di hadapan pintu masuk hotel. Dia memandang Badrul yang senyap sedari tadi.
Perkara macam ni kena bincang dengan management Umi. HR tak boleh suka-suka letak orang sana sini. Wafa pula dari Doha dan dia sepatutnya lapor diri di pejabat pengurusan KL sebelum lapor diri ke hotel! Hakimi berharap penjelasan itu dapat membuat Puan Hanim faham prosedur sebenar.
Puan Hanim senyap. Dia melempar pandang keluar. Tiba-tiba dia merasa tidak pasti dengan tindakannya. Pemandangan di kafe semalam masih berlegar-legar di fikirannya begitu dia masih cuba menidakkan akan apa yang difikirkan. Wafa tiada apa-apa hubungan dengan Naim, ayat-ayat itu sering diutarakan untuk menenangkan hatinya.
Umi nak naik ke Penthouse, kata Puan Hanim sebelum keluar dari kereta.
Dia mahu mengambil beberapa buah buku yang diletak di atas meja kopi semalam. Dia terlupa hendak meminta Badrul membawanya sekali.
Puan nak balik lepas tu ke Badrul bertanya sambil memandang Hakimi yang memandangnya.
Tak... saya ikut Kimi balik petang nanti. Kimi ada apa-apa appointment ke Tidak jadi Puan Hanim keluar. Dia memandang Hakimi yang berada di tempat duduk hadapan bersebelahan Badrul.
Tak.
Jadi lunch nanti kita lunch sama atau nak order makan kat penthouse je soal Puan Hanim memberi cadangannya.
Hakimi senyap dan masih memandang Badrul yang tidak memandangnya.
Nanti Kimi call Umi. Dia menoleh memandang Uminya.
Yalah...
Ada apa Umi ke sini Ada barang tinggal ke soal Hakimi. Dia keluar setelah melihat Puan Hanim keluar dari kereta.
Badrul memandang Hakimi kemudian beralih memandang kepada Puan Hanim.
Aah. Buku Umi. Puan Hanim mula melangkah meninggalkan Hakimi dan Badrul.
Bos! panggil Badrul sebaik Hakimi hendak melangkah mengikut Puan Hanim.
Ya... Hakimi menoleh.
Ada benda saya nak beritahu Bos ni.
Karang boleh tak... saya ada hal ni. Dia menoleh memandang kepada Puan Hanim yang melangkah laju masuk ke ruang legar Hotel Sweet Arena. Entah apa yang dikejar oleh Uminya di Penthouse tu. Ingatkan mahu menyangi wanita itu.
Badrul senyap.
Hakimi cuba mengejar Puan Hanim, sebaik berada di lobi wanita itu tidak kelihatan di mana-mana.
Cepatnya orang tua ni berjalan, keluhnya sendiri.
Kimi!
Hakimi menoleh. Terkejut dia melihat Naim di situ. Bila masa dia ke sini Soalnya sendiri.
Mahu tak mahu terpaksa juga dia melangkah menghampiri sepupunya yang tersenyum tersengih berdiri di ruang legar hotel yang luas.
Kau buat apa kat sini soal Hakimi sedikit keras.
Berat hendak menyambut tangan Naim yang sudah dihulur kepadanya. Cuak melihat lelaki itu sudah menjejak kaki ke Pulau ini.
Saja bercuti di sini. Naim senyum lebar. Malam ni aku nak makan malam kat rumah kau. Umi pun ada kan
Berkerut dahinya memandang Naim.
Mana kau tahu Umi balik soal Hakimi.
Aku kan banyak spy! Naim ketawa kuat.
Hakimi senyap. Teringat kata Encik Razali semalam. Dato Azizan yang bagi tahu tentang pernikahannya. Dari mana pula Dato Azizan tahu kalau tidak dari lelaki ini. Dan bagaimana Naim tahu Mustahil Umi yang beritahu. Wafa Dia tidak pasti samada keduanya saling mengenali.
Lagipun kaukan pengantin baru. Teringin nak kenal dengan isteri kau. Eh, yang aku tengok kat telefon bimbit kan Yang mana satu isteri kau soal Naim.
Terangkat kening Hakimi menatap wajah sepupunya, Kau nak apa sebenarnya
Hakimi sudah bercekak pinggang memandang Naim. Tiba-tiba sahaja pagi yang sejuk itu menjadi hangat dengan kehadiran Naim.
Kan aku kata... aku ke sini sebab bercuti Bercuti dengan tujuan lain! Naim ketawa lagi.
Sambil menyelam minum air. Rasanya tak salah kan balas Naim bersahaja. Hakimi senyap.
Mana Umi
Dah naik ke Penthouse. Acuh tak acuh je Hakimi menjawab.
Bos!
Hakimi menoleh sebaik mendengar suara Badrul memanggilnya. Siapa lagi yang dipanggil oleh Badrul di situ. Orang lain memanggilnya Encik Hakimi.
Langkah Badrul sedikit perlahan sebaik melihat Naim. Naim memandang Badrul dengan senyuman.
Beg! Badrul menghulurkan beg komputer riba kepada Hakimi.
Ooo... terima kasih.
Badrul mengangguk dan segera melangkah meninggalkan mereka berdua di situ. Entah berapa kali dia menoleh memandang kedua lelaki itu.
Tak nak naik ke atas ke Jumpa Umi Sengaja dia berbasa basi dengan lelaki itu.
Tak apalah... aku dah hal. Dia sudah ada rancangannya sendiri. Dia pun baru turun dari tingkat atas sekejap tadi sebelum kembali ke biliknya.
Hakimi mengangguk.
Aku naik dulu. Tanpa mendengar balasan Naim, Hakimi terus menuju ke lif yang terletak di tengahtengah bangunan hotel itu.
Lantak kau nak pergi ke mana pun, Naim. Ada aku kisah!
Hakimi mula melangkah menuju ke lif untuk ke tingkat atas.
LAMA Puan Hanim memandang pemegang pintu Penthousenya. Kad di tangan erat dipegang. Cuba diusir pelbagai prasangka terhadap Wafa. Tak baik bersangka buruk terhadap gadis yang sudah dikenali sedari kecil lagi.
Nafas ditarik dalam-dalam sebagai menenangkan hatinya yang gusar tidak menentu. Seketika dia meletak kad magnetik di tempat pemegang pintu dan lampu hijau di pintu menyala menandakan pintu boleh dibuka secara automatik.
Dia menolak pintu kayu itu perlahan-lahan kemudian di tutup rapat pintu itu. Dia memandang kasut Wafa yang kemas terletak di situ. Seperti tidak berganjak ke mana-mana.
Puan Hanim senyum sendiri lalu melangkah ke bilik yang diduduki oleh Wafa. Wafa!
Dia mengetuk pintu bilik yang diduduki oleh Wafa. Namun tiada apa-apa bunyi dari dalam dan sekali lagi dia mengetuk pintu kayu kalis bunyi.
Wafa! panggilnya.
Beberapa ketika pintu terbuka. Wafa senyum.
Umi, sebutnya seperti terkejut. Merah padam wajahnya. Tidak tahu mengapa.
Baru mandi ke soal Puan Hanim dengan senyuman sebaik melihat rambut Wafa yang kuyup seperti tikus jatuh di dalam air.
Aah... bangun lambat. Gugup dia dengan soalan Puan Hanim. Begitu pun ada rasa lega di hatinya sedikit.
Ini dah sarapan ke belum soal Puan Hanim ingin tahu.
Belum lagi Umi, keluh Wafa.
Puan Hanim senyap lalu melangkah ke sofa. Dia memandang buku-bukunya yang sedikit berselerakan. Rasa bergegar jantungnya. Tidak tahu mengapa. Nafas ditarik perlahan. Cuba ditenangkan hatinya. Mungkin Wafa membacanya semalam, bisiknya sebagai mahu menjauhkan sangkaan tidak elok terhadap gadis itu.
Pukul berapa balik semalam lepas pergi QB Puan Hanim memandang Wafa.
Lebih kurang pukul 3.30 macam tulah. Ya, memang ketika itu dia berada di situ bersama Naim.
Puan Hanim mengangguk-anggukkan kepalanya.
Umi. Wafa menghampiri Puan Hanim lalu memegang tangan wanita itu.
Puan Hanim tidak menyahut tetapi bibirnya mengulum senyuman pahit.
Esok Wafa nak balik KL, beritahu Wafa dan berharap wanita itu faham.
Kenapa Umi tengah cuba pujuk Kimi nak dapat tempat Wafa kat sini.
Mana-mana pun sama Umi.
Tak... tak sama! keras suara Puan Hanim.
Wafa menahan rasa marahnya.
Kimi dah nikah. Untuk apa Wafa terhegeh-hegeh pada orang tak mahu Wafa. Umi jamin ke yang Wafa boleh bahagia dengan Kimi! suara Wafa pula keras menentang Puan Hanim.
Wafa!
Wafa pun ada pilihan Wafa sendiri!
Tergamam Puan Hanim mendengar pengakuan gadis yang sudah dianggap seperti anaknya. Tiba-tiba wajah Naim muncul di ruang mata sebaik mendengar pengakuan Wafa. Dadanya mula berdebar-debar.
Si... siapa lelaki tu bergetar suaranya menyoal dan ingin tahu.
Tak perlulah Umi tahu siapa dia! tingkah Wafa. Tapi, kita dah janji, Wafa!
Janji Itu antara Umi dan mama. Wafa tak tahu apa-apa. Lagipun Kimi dah mungkiri janji. Itu tanda dia tak setuju dengan pilihan Umi. Boleh tak Umi faham perasaan kami balas Wafa.
Bosan kerana terpaksa mengikut sahaja telunjuk wanita itu, padahal Puan Hanim sekadar teman baik mamanya sahaja. Mama ni pun satu, diserah dirinya bulat-bulat kepada Puan Hanim untuk masa depannya.
Wafa! rasa bergoyang tubuhnya. Cepat-cepat dia memegang kepala sofa yang berada berhampirannya.
Umi, suka atau tak... Wafa tetap balik esok! Wafa akan minta mama dan papa putuskan pertunangan kami! Wafa melangkah ke bilik yang di duduki.
Terduduk Puan Hanim sebaik sahaja mendengar keputusan Wafa. Dia hanya mampu memandang Wafa hilang masuk ke dalam bilik yang didudukinya. Nampaknya dia terpaksa berdepan dengan Encik
Razali kelak. Matilah dia...