KAMU SANG PENCULIK - 20
PAGI ini aku ke pejabat seperti biasa. Tapi, yang tak biasanya ialah apabila aku sampai ke Unit

Aset dan Hartanah. Rakan-rakan sekerjaku sibuk tersenyum sambil angkat kening. Apa hal pula dengan mereka ini

Sampai sahaja ke meja baru aku tahu puncanya. Sekotak besar coklat Ferrero Rocher menghiasi mejaku. Siapa pula yang hantar pagi-pagi begini Atau tersilap hantar

Kotak itu kuangkat dan kad kuning yang terlekat di atasnya kubuka. Berkerut terus dahiku saat nama pengirim dibaca. Hati mula tidak senang duduk.

Bila sudah sampai tahap bercoklat, berbunga bagai ini memang aku paling tak suka. Sudah gaya drama Melayu pula. Fikiranku ligat mengingati kisah dalam drama. Biasanya heroin akan buang pemberian orang atau sedekahkan pada yang lain. Tapi, sungguh tak baik jika dibuang. Hendak diberi pada orang, nanti kantoilah dengan semua orang. Tapi, rasanya sekarang pun sudah kantoi. Cuma mungkin mereka belum tahu siapa pemberinya.

Hello, Miss Coklat. Teguran Munirah menerpa gegendang telingaku. Aku terus menoleh.

Wau besaunya coklat. Siapakah secret admirer tu Munirah gelak. Tanganku terus ke telinga Munirah.

Fitri bos, bisikku.

Mata Munirah membulat.

Makin berani Fitri bos sekarang. Untunglah orang tu. Munirah yang terkejut kini tersengih lebar pula.

Tak untunglah. Tak suka macam ni. Aku tunjuk tanda protes.

Tak baiklah. Orang dah bagi kena bersyukur. Berterima kasih. Yang penting jangan buang. Munirah separuh berbisik. Memanglah aku tiada sekelumit pun niat hendak buang.

Akhirnya keputusanku ialah aku berikan dua biji seorang Ferrero Rocher untuk semua rakan seunitku. Sudah pasti mereka bertanya, tetapi jawapan selamatku ialah ada orang bagi sebagai tanda penghargaan. Bila ditanya siapa yang bagi, aku jawablah Hamba Allah. Terus mereka tidak bertanya lagi. Mujur juga Kak Rozi berkursus hari ini, jadi tiadalah tuduhan lain darinya.

Dalam kesibukan kerja sempat aku menghantar SMS pada Fitri. Nombornya kuambil dari Munirah. Isi SMS agak pendek tapi padat.

Aliya Shaqina:

Terima kasih banyak-banyak untuk coklat. Sangat saya hargai. Tapi, lain kali tak perlu bersusah-payah. Segan saya nak ambil. Harap Encik Fitri faham.

Hampir setengah jam kemudian baru dia balas SMSku. Maklumlah orang sibuk seperti Fitri manalah boleh menghadap telefon setiap masa.

Fitri:

Sama-sama. Yang penting awak suka. Tak perlu segan. Sebenarnya saya masih tunggu janji awak nak belanja saya tu. Akhirnya awak SMS juga saya. Lama saya tunggu.

Terkesima aku membaca SMS Fitri. Aduhlah, dia ingat lagi janji itu. Janji yang tersilap kubuat. Nak tarik balik, malu pula. Lagipun perlu fikir perasaan orang lain juga. SMS Fitri kubiarkan tanpa balasan dan aku sambung semula kerjaku. Tengah harinya barulah aku suarakan hasrat pada Munirah. Ketika kami menanti makanan yang ditempah sampai.

Kau kena tolong aku ni Mun.

Tolong apa Munirah merenungku dalam. Barangkali hairan kerana aku jarang sekali meminta tolong darinya.

Aku dah terjanji dengan orang yang tak sepatutnya aku berjanji. Aku tersilap orang nak bagi janji. Tunggang terbalik ayatku.

Apa berbelit sangat ayat kau ni. Tak faham langsung aku. Cuba jelaskan dengan lebih mudah. Permintaan Munirah kutunaikan.

Aku ceritakan tentang Fitri. Pendek sahaja penjelasanku kerana selebihnya Munirah telah tahu dari awal lagi. Lega hatiku kerana Munirah setuju untuk temankan aku makan tengahari dengan Fitri. Cuma masanya belum dapat ditentukan lagi.

Tunggulah hujung bulan ini selepas gaji masuk. Aku niatkan belanja Fitri ini sebagai membalas pemberian Ferrero Rocher dan crme brulee cheese sebelum ini. Barulah rasa segan dan kurang enak di hatiku akan surut sedikit.

MAJALAH lanskap sudah separuh kubelek. Cukup seronok melihat pelbagai jenis perabot luaran atau taman yang dipaparkan di dalamnya. Tema untuk keluaran ini pula sememangnya perabot luaran. Reka bentuk pergola dan gazebo yang paling menarik perhatianku. Jika ada halaman rumah yang luas bolehlah gazebo menjadi penghias laman serta tempat bersantai.

Anganku terganggu apabila nada dering Samsung Galaxy A mula riang berbunyi. Senyuman nipis terukir di bibir apabila yang tertera di skrin tertulis Bad Boy Insaf. Baru sahaja aku tukar dari Bad Boy Nakal kepada yang ini.

Assalamualaikum. Salam kuberi.

Waalaikumussalam. Mak cik tengah buat apa Senada sahaja suara Niel.

Hatiku tercuit walau tiada apa yang lucu.

Tengah belek majalah aje. Kenapa Niel call akak Bukan main hebat kukawal suara agar kedengaran acuh tak acuh.

Saya baru lepas bercakap dengan ummi. Ummi ada sebut tentang mak cik. Itu yang saya teringat nak call mak cik. Berbunga hatiku saat kisah Mak Cik Ruqayyah diutarakan.

Mak Cik Ruqayyah sihat Bila dia nak balik sini Nanti sampaikan salam akak dekat dia. Suaraku berubah ceria.

Alhamdulillah ummi sihat. Khamis depan ummi balik Kajang. Tapi, salam mak cik tu saya rasa tak mampu nak sampaikan. Mak cik lupa something ya

Oh ya juga, ummi Niel tak tahu tentang kita. Cepat aku membalas.

Niel diam tidak membalas. Eh, dia salah faham dengan ayatku ke

Tentang kita tu maksud akak tentang kaitan kita.

Macam mana kita boleh kenal dari awal. Jangan salah faham pula. Cepat-cepat aku betulkan. Nada suaraku cukup kelam-kabut.

Saya tak cakap apa-apa pun. Yang mak cik gelabah kenapa Atau hati mak cik dah terusik untuk saya Dah datang nakal tak terjangkanyalah tu.

Niel! Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. So annoying! Aku buat suara menyampah. Geram! Lima saat kami membisu.

Mak cik, boleh mak cik bercakap dengan saya sekejap Saya rasa nak bercakap dengan seseorang. Lain pula nada suara Niel yang ini.

Hmm... Dengan cukup malas aku membalas.

Kadang-kadang saya rasa semua ni mimpi. Pelik mendengar kata-kata Niel.

Aku beri dia ruang untuk menyambung ayatnya.

Semua yang berlaku ni saya tak pernah jangka. Saya dapat belajar banyak benda baru. Jumpa dengan ramai orang yang ikhlas nak berkawan dengan saya tanpa sebab dan dapat rasa titik peluh hasil usaha sendiri. Mungkin saya tak akan dapat rasa semua ni kalau saya tak jumpa mak cik, luah Niel dan aku dapat rasakan keikhlasannya.

Aku tersenyum lega.

Niel, ini semua takdir. Akak hanyalah insan yang muncul untuk mewarnai takdir Niel. Nada suaraku bertukar lembut.

Tapi, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Nasib saya mungkin akan lebih teruk andai mak cik tak tolong saya. Agak matang pula Niel.

Akak pun rasa senang hati dapat tolong Niel. Walau pertolongan tu kecil, tapi akak tahu Niel sangat hargai itu semua. Walaupun ianya tak terluah di bibir

Niel. Walaupun...

Terima kasih banyak-banyak untuk semua ni Aliya Shaqina. Untuk segala-galanya.

Terkesima aku saat ianya terluah dari Niel. Tidak berkelip mataku. Kelu lidah dan jantung bagai terhenti berdegup.

Mak cik! Jeritan Niel yang tiba-tiba ini membunuh semua rasa tadi. Berterabur semuanya entah ke mana.

Haish, akak tak pekak lagilah. Turunkan volume suara tu. Aku kembali normal.

Niel gelak jahat di hujung talian. Nampak sangat sengaja ingin kenakan aku. Nasib juga aku bukannya jenis yang melatah.

Hari tu kan Niel guna telefon siapa ya nak call dan SMS akak Baru teringat nak tanya.

Saya pinjam telefon orang yang lalu-lalang dekat taman. Nasib baik muka handsome saya ni laku. Tapi, ada juga seorang mak cik ni takut. Siap lari bila saya cakap nak pinjam telefon. Agaknya dia ingat saya sindiket curi telefon. Muka sikit punya kacak dia takut. Tak faham sungguh saya.

Aku tergelak mendengar penjelasan Niel. Aduhlah, kalau memang spesies kuat perasan memang susahlah nak ubah.

Tak sangka dalam masa terdekat ni tiga kali saya bertukar telefon. Niel ketawa di hujung ayatnya.

Tiga

Yalah tiga. Handphone lama selamat masuk dalam laut sebab mak cik. Handphone yang kedua tu daddy dah ambil alih. Dan sekarang handphone ketiga, Abang Riz yang bagi. Berkerut dahiku mendengarkan jawapan Niel.

Kejap, kisah handphone lama tu akak tak berapa faham. Apa hal pula kaitannya dengan akak

Kisahnya siapalah yang kata saya ni mengganggu hidup dia. Buat hidup dia macam roller coaster. Tak bagi saya muncul dalam hidup dia Niel buat suara yang agak menjengkelkan.

Heh takkanlah sampai buang handphone dalam laut Sukar untuk kupercaya. Kini persoalanku tentang mengapa aku gagal menghubungi Niel beberapa minggu lepas terjawab. Ternyata telefon pintarnya selamat terjun ke laut.

Tengah bengang dan kebetulan memang tengah menghadap laut. Siapa yang tak bengang kalau ada orang tu cakap tanpa berlapik. Orang kosong perasaan aje yang tak rasa apa-apa. Berterus-terang sungguh Niel denganku.

Tapi, perkataan kosong perasaan itu memang istilah yang baru pertama kali kudengar.

Akak minta maaflah pasal tu. Kan akak dah terangkan. Macam permohonan maaf diterima suamsuam kuku aje. Ingatkan ikhlas betul dah maafkan.

Tak perlu nak buat suara macam kanak-kanak innocent tu. Harap aje umur dah suku abad, tapi kadang-kadang buat sesuatu tak rasional. Eh suka lalala Niel pula marahkan aku.

Yang Niel nak ungkit ni kenapa Nanti handphone akak pula yang akak campak dalam laut. Aku sengaja mengugut walau tak laku pun ugutanku.

Tolonglah, ada berani ke

Geramnya akak dengan Niel. Rasa macam hee... Heeeee... Sengaja Niel meniru gayaku.

Bibir kuketap kuat. Tetapi dalam hati sedang menyanyi riang. Kenapa pula denganku ini

Erm, esok akak cadang nak buat puding jagung resepi Inayah. Nanti lusa akak singgah bagi dekat Niel kejap. Lepas office hour, okey Tiba-tiba ideaku muncul. Walhal tiada niat pun untuk buat puding jagung esok.

Sedap macam Kak Inayah tak mak cik buat

Amboi tak nak sudah. Aku merengus sedikit.

Siapa cakap tak nak. Datanglah. Tak sabar nak rasa. Niel ketawa kecil di hujung ayatnya.

Alang-alang akak nak pergi tu, bolehlah akak bawa mempelam epal dengan CCT sekali. Mempelam epal banyak yang dah masak ranum ni.

Teringat pula kisah Niel dengan gelojohnya menghabiskan Cendawan Celup Tepung (CCT) beberapa hari yang lalu ketika aku mula memperkenalkannya.

Wah mak cik ingat perut saya tong dram Boleh makan banyak-banyak semua benda tu Suara Niel memang sedikit menyampah.

Eh, budak ni. Orang nak bagi tu cuba bersyukur sikit. Nadaku geram.

Janganlah marah. Saya main-main aje. Ya tak sabar saya nak makan mempelam epal dengan CCT yang mak cik akan bawa lusa. Suara Niel kembali sedap didengar. Memang macam sesumpah.

Kami membisu beberapa saat sebelum Niel kembali menyambung.

Entah kenapa waktu saya rasa betul-betul sendirian, mak cik yang saya ingat. Mungkin sebab ummi dan Kak Inayah jauh di Tanah Suci. Sedangkan kawan-kawan saya sendiri pun tak ada seorang yang mampu muncul di fikiran saya. Mungkin juga sebab saya tahu, kawan-kawan saya cuma suka dengan apa yang saya ada. Bukan betul-betul ikhlas berkawan. Tapi, bila dengan mak cik, saya betul-betul dapat rasakan keikhlasan tu. Saya rasa saya betul-betul perlukan mak cik.

Sungguh aku terkedu mendengarkan luahan Niel ini. Bantal di sisi kucapai dan kupeluk kemas. Cuba untuk mengawal perasaan yang sedang berjoget aneh di dalam hati.

Mak cik! Tidur ke Jeritan Niel lebih kuat kali

ini. Bingit telingaku. Habis terbang ke mana perasaan aneh tadi.

Tolonglah faham yang akak ni ada gegendang telinga yang perlu dijaga. Sesuka hati menjerit tu kenapa Memanglah dah mengantuk nak tidur ni.

Yalah pergi tidur. Tapi, mak cik jadi singgah bengkel lusa ni, kan Saya tunggu. Agak lembut suara Niel. Kedengaran seakan dia mengharapkan kehadiranku.

Ya, akak singgah. Tapi, sekejap ajelah. Tak boleh lama-lama. Dah bye. Assalamualaikum.

Waalaikumussalam. Usai Niel membalas salam, aku terus matikan talian.

Bibir kuketap dan bantal kupeluk makin kemas. Hatiku mula rasa semacam. Jantungku bagai bergetar seakan diketuk sesuatu.

Ya Allah, kenapa dengan aku Apakah perasaan ini Jika ianya perasaan yang tidak harus wujud, bantulah hamba-Mu ini membuangnya jauh-jauh. Tenangkanlah kembali jantung dan hatiku.

SEPERTI yang dijanjikan, aku singgah ke bengkel Mukhriz. Jam sudah ke angka 5.40 petang ketika aku keluar dari pejabat. Puding jagung yang kusimpan di dalam peti sejuk di pantri sempat kuambil. Sengaja kubawa banyak hari ini untuk rakan-rakan sekerjaku juga. Satu tupperware kecil aku simpankan untuk Niel. Mempelam epal pula aku tinggalkan di dalam but kereta.

Aku singgah di gerai berhampiran syarikat untuk membeli CCT. Kali ini lebih banyak aku beli. Maklumlah budak yang seorang itu sudah jatuh cinta benar dengan CCT. Sambil menunggu mak cik gerai mengisi CCT, bibirku entah kenapa mengukir senyuman. Teringat cara Niel yang kadangkala mencuit hatiku atau membuatku geram.

Namun, apa yang pasti jauh di sudut hati aku selesa dengannya. Mungkin benar aku sudah mampu menganggapnya sebagai adik sendiri. Perasaan aneh yang berjoget sebelum ini hanyalah mainan perasaan sahaja.

Nak, Panggilan itu mengalihkan tumpuanku. Aku mendongak ke arah mak cik gerai. Mak cik panggil dari tadi anak tak dengar. Mak cik gerai mengerutkan dahinya.

Maaf mak cik. Aku senyum bersalah.

Ini mesti teringat boyfriend. Terkejut aku mendengar sangkaan mak cik ini. Wajahnya terhias dengan senyuman mengusik pula.

Eh tak adalah mak cik. Terima kasih ya, sangkalku sambil menghulurkan wang. Kemudian terus memandu ke bengkel Mukhriz.

Aku parkir Iriz jauh sedikit dari bengkel. Langkahku berserta senyuman dan tangan penuh dengan puding jagung, mempelam epal dan CCT. Namun senyuman itu mati ketika aku sudah hampir sampai ke hadapan bengkel. Hanya dipisahkan oleh dua buah lot kedai.

Tidak berkelip mataku melihat adegan di hadapanku ini. Niel langsung tidak menyedari kehadiranku. Lama kakiku terkaku saat melihat Niel masuk ke dalam Mercedes Benz berwarna hitam. Dua orang lelaki berkot lengkap mengiringinya. Aku tahu tiada paksaan fizikal untuk Niel.

Namun dari riak wajahnya aku tahu ada paksaan jiwa yang menuntunnya masuk ke dalam kereta mewah itu. Tiada apa yang mampu kulakukan. Hanya mampu memerhati hingga kereta mewah itu meluncur pergi. Hatiku jadi gamam.