MY DARLING ANGEL - 20
JAM BARU sahaja menunjukkan angka sembilan malam tetapi suasana di rumah sudah pun mulai kelihatan sunyi kerana Haziq sudah masuk tidur. Hanya kedengaran bunyi televisyen sahaja yang sedang berkumandang. Kelihatan Encik Yusuf dan Puan Rahayu sedang bersantai sambil menonton siaran drama di televisyen.

Elzaara merapati mereka dan melabuhkan tubuhnya ke sebuah sofa panjang, Kejap tau ayah, ibu... El nak tengok info drama. Pantas punat alat kawalan jauh astro ditekan untuk melihat judul drama yang sedang ditayangkan.

Haziq mana El Tak nampak pun dia... soal Puan Rahayu.

Dah tidur, Bu. Letih kot dia hari ni. Dahlah siang tadi pergi lawat kubur arwah Mamanya.

Jawapn Elzaara menarik minat Encik Yusuf dan Puan Rahayu suami isteri.

Hah, macam mana lawat kubur Fira tadi Haziq okey tak Dia ada tanya apa je dekat El bertalu-talu soalan dikemuKakan oleh Puan Rahayu.

Erm, mula-mula okey lepas tu tak okey, Elzaara mengeluh.

Jawapan yang diberikan Elzaara bagaikan tidak serius sahaja sehingga Puan Rahayu menjeling tajam ke arahnya.

Apa yang okey, apa yang tak okeynya Gesa Puan Rahayu tidak sabar.

Mula-mula Haziq nampak okey je bila dekat kubur tu. Masa El suruh dia bagi tahu apa yang dia nak cakap dengan Mama dia time itulah dia mula sayu. Dia sedih sangat masa nak balik, sampaikan El ajak makan pun tak nak. Nasib baiklah El ada janji dengan Lyn, kalau tak rasanya memang Haziq mogok tak nak makan tengah harilah kot tadi. Murung je sepanjang jalan. El belikan aiskrim coklat pun dia macam endah tak endah je.

Habis tu yang ibu tengok dia ceria semacam tu masa balik tadi tu, macam mana pula tu

Hmmm, mujurlah tadi jumpa Kak Lisa dengan kawan dia. Lepas tu terus elok pula mood dia. Ceria habislah tadi, ujar Elzaara menyorokkan perkara sebenar tentang Brian yang sebenarnya memujuk Haziq.

Alhamdulillahlah Haziq tak adalah nak murung lama sangat. Ibu ni bukannya apa, risau kalau-kalau Haziq tu murung je memanjang. Takut terbantut pula tumbesaran dia nanti kalau dia mengalami kemurungan berpanjangan. Haziq tu baru enam tahun, banyak benda yang dia tak tahu lagi dalam hidup ni, komen Puan Rahayu.

Ayah fikir, kita kena terangkan dekat dia satu persatu baru dia faham. Hal ni sensitif, tak boleh nak main cerita je sebabnya ini berkaitan rapat dengan dia juga. Kena fikirkan perasaan Haziq juga, sampuk Encik Yusuf.

Elzaara dan Puan Rahayu mengangguk. Bersetuju dengan cadangan Encik Yusuf. Nampaknya Elzaara perlu akur dengan cadangan Lisa tadi. Sampai bila nak sorokkan perkara sebenar dari Haziq

Hah, sebut pasal Haziq je. El pula macam mana tadi Buat tak apa yang El janji dengan ibu pagi tadi

Buat Bu. El dah janji dengan ibu yang El cuba untuk kuatkan semangat dan cuba untuk bertahan demi Haziq. Alhamdulillah El berjaya buat semua tu tadi!

Alhamdulillah. Baguslah kalau macam tu. Maknanya El dah berjaya untuk lupakan kenangan pahit sikit demi sikit bersama arwah Elfira, Puan Rahayu tersenyum mendengar perkembangan terbaru itu.

Lupakan arwah Kakak Taklah, El mana pernah lupakan arwah Kak Fira. Tak pernahlah, Bu. El cuma bertahan untuk tak menangis je depan Haziq tadi.

Puan Rahayu mengeluh. Dia menyangKakan bahawa Elzaara sudah berjaya melupakan kenangan pahit itu tetapi ternyata sangkaannya meleset sama sekali. Elzaara tidak melupakan apa yang berlaku tetapi dia hanya menahan perasaannya demi Haziq.

Tak apalah. Janji El dah cuba buat dan El dah pun berjaya buat. Pelan-pelan ya El Pujuk Puan Rahayu.

Tapi, kira baguslah Haziq tu tak murung lamalama, kan Jangan dia ikut perangai Acu dia yang asyik murung tu je sudahlah. Asyik murung tak fikir benda lain dah. Macam dunia ni dah gelap gelita sangat sampai orang lain asyik dok risaukan dia je, sinis tapi pedas ayat yang dilontarkan oleh Encik Yusuf!

Ayah! muncung empat belas Elzaara sudah keluar.

Abang ni...

Encik Yusuf ketawa kecil. Betullah apa yang dikatanya tu. Elzaara tu kalau dah murung, dia hanya akan terperap di dalam bilik tanpa mempedulikan orang lain yang berada disekelilingnya. Langsung tak peduli apa yang berlaku.

Ceritalah dekat kami apa yang Haziq buat masa dekat kubur tadi... Puan Rahayu mengalihkan perhatian Elzaara dan mematikan usikan Encik Yusuf terhadap Elzaara. Kalau dibiarkan, boleh meleret-leret nanti tu. Sudahlah Elzaara tu baru nak nampak okey.

Hurmm... Haziq sedih sebab Mama dia dah tak ada dengan dia. Papa dia pula entah ke mana tak datang-datang jenguk dia. Dia rasa papa dia tak sayangkan dia sebab tu tak pernah datang tengok dia dekat sini. Berkali-kali jugalah Haziq tanya El papa dia pergi mana Kenapa papa dia tak datang tengok dia papa dia dah tak ada ikut Mama dia dia juga ke Elzaara terhenti seketika.

Encik Yusuf dan Puan Rahayu cuba untuk tersenyum dalam sayu mendengar cerita Elzaara. Kasihan Haziq...

Ibu, ayah... kasihan betul Haziq tadi. Hampir je El menangis kalau tak kenangkan janji El pada ibu. Bila dia tak dapat jawapan daripada El, dia tanya Lyn. Kelu lidah kami nak jawab soalan dia. Takkan nak cakap yang papa dia dah masuk penjara sebab nak bunuh Mama dia Mahu terkejut budak tu nanti... Keluhan demi keluhan dilepaskan perlahan.

Puan Rahayu dan Encik Yusuf saling berpandangan sesama mereka. Langsung tidak menyangka bahawa Haziq akan bertanyakan soal papanya yang bagi mereka sudah lama mati. Sehingga kini mereka sekeluarga masih lagi tidak dapat memaafkan akan perbuatan Fauzi yang tidak waras dan diluar keperikemanusiaan itu.

Lyn ikut pergi kubur sekali ke tadi soal Encik Yusuf.

Taklah ayah. El dah janji dengan Lyn nak jumpa dia dekat kafe. Masa itulah Haziq tanya Lyn. Kebetulan masa kita orang tengah sembang-sembang, Kak Lisa

pun ada dekat situ juga.

El jawab apa Soal Puan Rahayu cemas.

El tak adalah jawab apa-apa sebabnya El sendiri pun tak ada jawapan nak bagi dekat Haziq pasal papa dia. Sebenarnya daripada malam tadi dia tanya masa El pujuk dia tu. Tapi dia asyik ulang-ulang kata yang dia rindu papa dia. Dia teringin nak jumpa papa dia.

Huh! Jantan keparat macam tu tak perlulah nak dirindu-rindu. Tak layak pun! Tak guna punya jantan! Nak jadi seorang ayah pun dia tak layak! Kalaulah Haziq tu boleh tak berbinkan papa tak guna dia tu dah lama ibu tukar nama papa dia. Kasihannya cucu aku, Ya Allah! Puan Rahayu melampiaskan kemarahannya.

Kita tak boleh putuskan hubungan darah dagin mereka, Ayu. Haziq berhak untuk rindukan ayah dia walaupun perangai ayahnya tu tak betul. Jangan disebabkan perangai ayahnya yang menjengkelkan, Haziq pula yang kena terima hukumannya. Tak betul tu. Berdosa kalau kita pisahkan mereka anak-beranak. Lebih-lebih lagi Haziq tu anak yatim. Kita ni dah kira berdosa kalau menganiaya anak yatim tau. Tak baik kita menafikan hak papa dia terhadap Haziq. Dia tetap ada hak ke atas Haziq, tegur Encik Yusuf.

Ye saya tau tu bang tapi Abang tak ingat ke apa yang jantan keparat tu dah buat dekat anak kita, Elfira Dekat Elzaara Saya takkan maafkan dan takkan terima dia dalam keluarga kita semula selamanya sampailah saya mati. Tak akan! Haziq tu pun tak sepatutnya ada rasa rindu dekat papa dia sebabnya dia memang tak layak dapat belas ihsan daripada Haziq pun! Puan Rahayu melampiaskan kemarahannya yang tiba-tiba memuncak.

Abang tak kata Abang tak ingat dan Abang juga tak kata yang Abang terima dia tapi awak kena ingat Ayu yang hubungan Haziq dengan Fauzi tu ayah dengan anak. Hubungan mereka takkan terputus selamanya walaupun awak menafikan hal tu. Hubungan mereka sah di sisi Islam. Berdosa kita pisahkan mereka anakberanak! Tegas Encik Yusuf.

Elzaara sekadar memerhati. Nak menyampuk macam tak elok pula.

Jangan sebab dia awak campak iman awak entah ke mana. Tak betul bila awak nak tukarkan nama Haziq yang berbinkan Fauzi tu. Kalau kot ye pun awak berdendam sangat dengan dia, janganlah sampai melanggar syariat Islam, nasihat Encik Yusuf.

Astagfirullahalazim... cepat-cepat Puan Rahayu beristighfar memohon kemaafan dari Allah.

Awak kena ingat juga, yang salah ayah dia, bukannya Haziq. Sudah-sudahlah tu berdendam, awak tak kasihan ke dekat cucu kita Mungkin ada hikmahnya kenapa Haziq merindukan papa dia. Agaknya inilah pengajaran buat kita semua supaya beringat terlalu berdendam. Iyalah, awak berdendam dengan papa Haziq, tapi Haziq pula rindukan papa dia. Takkan awak nak halang perasaan rindu dia tu Fikirfikirkanlah apa yang Abang cakap ni.

Elzaara hanya diam membisu mendengar perdebatan di antara ibu dan ayahnya. Dia amat bersetuju dengan tindakan Puan Rahayu kerana baginya lelaki yang bernama Fauzi itu telah merosak dan menggelapkan masa depan mereka sekeluarga. Tetapi, dia tidak berani membantah terang-terang kerana takut disembur oleh ayahnya. Ayahnya kalau dapat bercakap kalah tuan peguam yang sedang berdebat di bilik prosiding. Cukuplah dia hanya menjadi pemerhati dalam perkara ini.

El...

Ya ayah Elzaara tersentak apabila Encik Yusuf memanggil namanya dengan nada yang lembut.

Ayah rasa satu-satunya jalan untuk selesaikan masalah ni ialah El kahwinlah. El nak membesarkan Haziq seorang diri macam ni El takkan mampu. Percayalah cakap ayah. Haziq tu sebenarnya perlukan sebuah keluarga yang sempurna untuk dia membesar.

Elzaara telan air liur. Dia sudah dapat mengagak ke mana arah perbualan ini.

Ayah dan ibu tak halang El nak besarkan Haziq sendiri sebab El kata itu amanah Elfira. Tapi, El kena fikirkan juga masa depan Haziq dan El sendiri. Bukan mudah nak besarkan anak tanpa suami dan Haziq sendiri mendambakan kasih sayang seorang papa. El kahwinlah. Bagi dia rasa macam mana ada seorang papa. Gembirakan hati Haziq, saran Encik Yusuf.

Liur ditelan. Permintaan Encik Yusuf macam hukuman bunuh ke atasnya. Nafas dihela perlahan.

Ayah tau kan apa yang dah jadi dengan arwah Kak Fira lepas dia kahwin dulu Arwah Akak menderita, dia terseksa ayah! El tak nak rasa sama macam apa yang arwah Kak Fira rasa. El tak nak, El tak nak. Ayah sanggup ke tengok anak bongsu ayah menderita ayah sanggup nak rasa benda yang sama, nak tengok pisang berbuah dua kali ayah sanggup ibu sanggup Bentak Elzaara.

Hidungnya kempas kempis menahan kemarahan daripada meletus. Elzaara yang tidak berjaya menahan kemarahan terus sahaja meletup bagaikan lava gunung berapi yang meletus.

El, betul cakap ayah tu, nak besarkan anak seorang diri bukan senang El. Banyak cabaran yang El kena lalui. Masa kecil ni cabarannya lain, esok lusa dah besar lain pula cabarannya. Lagipun El tak teringin ke nak ada keluarga sendiri, ada anak sendiri. El tak sunyi ke tengok orang lain semuanya hidup berteman, tapi El hidup bersendirian Pujuk Puan Rahayu sambil mengusap bahu Elzaara.

Ibu sendiri pun bencikan jantan tak guna tu. Ibu juga yang tak boleh nak maafkan perangai syaitan dia tu. Tapi kenapa ibu tiba-tiba sokong cadangan ayah ibu suka ke kalau El jadi macam arwah Akak bidas Elzaara.

Bukan macam tu sayang. Memang ibu benci dan tak nak maafkan apa yang jantan keparat tu dah lakukan pada keluarga kita. Tapi, tak bermakna ibu boleh sekat kebahagiaan anak ibu. Tak ada ibu yang nakkan hidup anaknya terumbang-ambing El. Ibu dan ayah nakkan hidup El bahagia. Nak tengok kebahagiaan rumah tangga El. Itu aja, lembut suara Puan Rahayu memujuk.

Apa yang berlaku pada arwah Elfira itu kita tak boleh nak jangka, tapi kali ni ibu dan ayah akan carikan calon yang sesuai untuk El. Ibu dengan ayah berjanji, yang kami akan pastikan El akan dapat kebahagiaan dan Haziq akan dapat kehidupan yang sempurna, Insya-Allah! Itu janji ibu dengan ayah pada El. Ayah dengan ibu nak sangat tengok El hidup bahagia, ada keluarga, ada anak, ada suami yang boleh jaga El, giliran Encik Yusuf pula berlembut.

Air mata yang mengalir di pipi tidak dihiraukan. Sampai hati ibu dan ayah!

El, cuba El fikir kalau ibu dengan ayah dah tak ada nanti Siapa nak jaga sakit pening El nanti

El boleh jaga diri El sendiri! Bentaknya.

Menggeleng kepala Encik Yusuf mendengar suara keras Elzaara.

Kita doa yang baik-baik, minta pertolongan daripada Allah, jangan lupakan Allah, Insya-Allah, Allah akan bantu kita. El kahwin ya pujuk Encik Yusuf sekali lagi.

Elzaara menyapu air matanya. Tangkai hatinya bagaikan disiat-siat dengan sebilah belati mendengarkan kata-kata nasihat daripada ibu dan ayahnya.

Ibu, ayah, El tak nak! El sendiri dah selesa hidup macam ni. Bagi El, cukuplah keluarga kita je yang membesarkan Haziq, tak perlu orang lain dalam hidup kita. Apa yang berlaku pada arwah Kak Fira dulu cukup mengajar El untuk berhati-hati dan El tak nak perkara yang sama berulang kembali pada keluarga kita. Keputusan El muktamad. El tak nak! ibu dengan ayah tak boleh paksa El untuk berkahwin. Maaf ibu, ayah! Elzaara membentak lalu bangun meninggalkan ruang tamu tersebut.

Puan Rahayu hanya termangu manakala Encik Yusuf pula hanya menggelengkan kepalanya.

Abang tengoklah tu. Kita baru cakap sikit dia dah memberontak. Langsung tak fikirkan tentang Haziq. Benda dah jadi depan mata tapi dia masih lagi buat-buat tak faham. Kata nak jaga Haziq, nak bagi kebahagiaan pada Haziq tapi ini ke caranya Kita ni nak tolong ringankan beban dia tapi dia...

Kita doa dan minta pada Allah nanti. Mudahmudahan dia akan faham sendiri kenapa dia perlu berkahwin. Ringkas sahaja jawapan daripada Encik Yusuf.