Dengan mulut yang dimuncungkan, dia duduk di hadapan Jaejoong, mengambil roti dan menyapu kepingan roti itu dengan jem strawberi. Matanya memerhatikan hiasan dalaman apartmen itu yang kelihatan mewah, sesuai dengan kedudukan Jaejoong sebagai salah seorang daripada anak muda paling kaya di Korea Selatan.
Matanya terpaku pada sekeping gambarnya yang tergantung di dinding di satu sudut ruangan. Entah bila Jaejoong mengambil gambar hitam putih itu, dia tidak pasti. Dan ternyata bukan cuma satu gambar yang ada. Ada beberapa lagi potretnya dalam pelbagai riak dan ekspresi tergantung di seluruh apartmen. Dia melirik ke arah Jaejoong yang sedang tersenyum senang memandangnya.
Dengan sekelip mata perempuan itu membuat dunianya kembali cerah. Agak menakutkan bila dia memikirkan kesan dan pengaruh gadis itu kepada emosinya.
Awak nak bincang pasal tadi soalnya.
Kening Abriel berkerut. Pasal Chaekyong
Jaejoong mengangkat bahu. Kalau awak nak.
Abriel mengetap bibir. Yoohwan kata perkara tu terjadi kerana pengaruh alkohol. Dan awak pun cakap benda yang sama. Kamu berdua berkomplot
Kali ini giliran Jaejoong yang mengerutkan kening.
Yoohwan
Mungkin awak tak tahu, malam tu saya ada di situ. Dan
Yoohwan dah menyelamatkan saya.
Malam tu
Abriel merenung tepat ke mata Jaejoong. Malam awak mencium perempuan tu. Dia tak cerita pada awak
Jaejoong menggeleng. Yoohwan menyembunyikan perkara ini darinya Patutkah dia merasa curiga.
Dia kata perasaan awak pada saya terlalu kuat sampai awak hilang pertimbangan. Macamlah saya percaya.
Dia kata begitu Kali ini Jaejoong lebih lega. Yoohwan membelanya. Bermakna tadi dia cemburu tanpa alasan.
Abriel tertawa mengejek. Betul. Menyakitkan hati. Dia bangun dan mencuci piring dan cawan yang digunakannya tadi. Mata Jaejoong memerhatikan gerak-gerinya. Apa lagi yang dia cakap
Abriel diam, tidak menjawab.
Ada dia cakap saya cintakan awak
Abriel berpaling dan senyum mengejek. Rasanya mungkin dia lupa cakap benda tu.
Jaejoong tertawa riang. Awak tahu saya cintakan awak kan soalnya. Dia berjalan mendekati Abriel yang berdiri di depan singki dan memeluk bahunya.
Betul ke Awak tak pernah cakap pun usik Abriel dengan nada manja.
Jaejoong mencubit pinggang Abriel, membuat gadis itu mengaduh kecil. Awak nak saya cakap berapa kali sehari soalnya. Sekali Sepuluh kali Seratus kali Seribu kali, sahut Abriel sambil tertawa.
Jaejoong mendekatkan bibirnya ke telinga Abriel dan mula berbisik. Saya cintakan awak, saya cintakan awak. Berkalikali tanpa jemu. Hati Abriel berbunga-bunga bahagia. Lupa pada kata-kata Chaekyong. Lupa pada cemuhan-cemuhan Puan Park. Yang ada kini cuma mereka berdua.
Telefon bimbit Abriel berdering. Tidak dipedulikan. Deringan itu kemudian berakhir sendiri. Diikuti deringan kali kedua. Juga tidak di peduli. Sepasang kekasih itu hanyut dalam dunia mereka sendiri. Kemudian telefon Jaejoong pula berbunyi. Masih tidak dipedulikan. Akhir sekali telefon rumah yang berbunyi. Jaejoong mengeluh bosan. Kalau telefon rumah yang berbunyi mungkin ada sesuatu yang penting.
Helo
Aku harap benda ni sangat penting, getus Jaejoong kesal.
ErJaejoong soal suara itu lagi.
Jaejoong tersentak. Suara Ilwoo. Ya, ini aku. Ada apa
Kau dah lupa kita ada rakaman hari ni Semua orang dah ada di sini. Cuma tunggu kau.
Jaejoong melirik jam di dinding rumahnya. Benar, dia sudah terlewat 15 minit. Okey. Aku ke sana sekarang, ujarnya. Maaf aku lupa.
Kau kena pergi sekarang ke soal Abriel yang mendengar perbualan itu. Jaejoong mengangguk pantas.
Kau dengan perempuan tu ke soal Ilwoo di seberang talian.
Ya, sahut Jaejoong pendek.
Aku rasa aku tak perlu ingatkan kau untuk berhati-hati masa kau keluar nanti.
Aku tahu, ujar Jaejoong singkat.
Yoohwan yang mendengar perbualan itu di sebelah Ilwoo tiba-tiba tersenyum pahit. Ilwoo memaut bahunya, seakan memberi semangat. Bukankah itu yang aku inginkan Untuk Jaejoong hyung gembira semula Namun hatinya tetap sakit saat mengetahui Abriel bermalam bersama Jaejoong.