KARKUMA - 20
JAMENG berdendam hanya kerana cintanya terhadap Sirehpani tidak berbalas, hingga tergamak dia merancang untuk membunuh Sirehpani. Jameng menyangka perasaan cintanya itu boleh hilang jikalau Sirehpani mati, kerana dia tidak berupaya mencintai sesiapa pun kecuali Sirehpani. Kehadiran Karkuma dalam hidup Sirehpani telah merabakkan jiwa Jameng.

Dia menjadi lebih kejam, dan bertekad tidak membenarkan sesiapa pun memiliki cinta Sirehpani. Maka itu dendam Jameng terhadap Karkuma sepanjang hayat. Jameng seharusnya mengajar dirinya bahawa keadaan hidup manusia akan selalu berubah, tingkat demi tingkat. Setiap orang akan mengalami pertumbuhan peribadi melalui tingkat-tingkat ini sejak dari masa dia dalam kandungan ibu, sampai jadi tua dan sampai mati. Bangsa demi bangsa pun melalui tingkat demi tingkat ini.

Manusia keseluruhannya sebagai pemimpin zuriat, pun melalui tingkat demi tingkat, sehingga disebut orang zaman tembaga, zaman besi, zaman mesin, sampailah kepada zaman atom dan zaman internet sekarang ini, yang mana manusia umpama telah berada dalam alam makhluk halus. Maka kesedaran fikiran pun dipengaruhi tingkat demi tingkat kehidupan.

Jameng kehilangan fikirannya tentang itu, kerana dirasuk dendam kesumatnya terhadap Karkuma.

Andai turun hujan tatkala mana pun...dikau tadah sebanyaknya air hujan untuk dibuat bekal. Bergenang air mata Khaufli bila kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya. Lebih seminggu sudah mereka berlayar meninggalkan bumi Pulau Tanah Nabui.

Baharu Khaufli faham, rupa-rupanya setelah sehari hujan turun bererti di hari-hari berikutnya hujan tidak turun sekurang-kurang seminggu lamanya. Bayangkan kalau mereka tidak menadah air hujan hari itu, berkemungkinan mereka mati kehausan pada hari ini.

Perlayaran diteruskan sambil mengunyah daun sirih yang dibawa bersama mereka. Sehelai demi sehelai daun sirih menjadi kunyahan mereka di atas kapal. Khaufli sebak teringatkan ibunya, Sirehpani. Tahulah dia mengapa ayahnya menamakan pokok itu sebagai pokok sirih sempena nama ibunya, dia menghargai betapa besarnya jasa seorang ibu kepada anaknya. Kelebihan daun sirih boleh bertahan lebih seminggu lamanya, tidak kering-kering. Melihat seperti kasih sayang seorang ibu kepada anaknya tidak pernah akan kering.

Khaufli terpandang seguni kunyit hidup. Mengertilah dia mengapa ayahnya menggelarnya sebagai kunyit hidup. Selain mengingati peristiwa sekumpulan pokok kunyit yang bersujud pada kaki ayahnya berpuluh tahun dahulu, baru-baru ini Ladek telah diserang penyakit kulit mengelupas yang dahsyat. Pati kunyit hidup telah disapu pada tubuh Ladek yang mengelupas itu, lat beberapa hari kemudian dia pun sembuh.

Kalau tidak kerana kunyit itu sebagai ubat, barangkali Ladek akan mati. Bisik Khaufli pada dirinya sambil termenung jauh, memandang masa depan mereka.

Udah sekian lama kami berlayar, arah manakah hala tujuan kami, wahai Khaufli Tiba-tiba Ladek bertanya. Dengan penuh yakin Khaufli menjawab, Arah naiknya matahari, dan Khaufli tunjuk jarinya ke arah timur.

Dan sekelip mata kemudian, mereka ternampak kawasan darat. Tiada kata dapat diluahkan betapa gembiranya sembilan orang anak muda Nabui yang berada di atas kapal itu. Mereka serentak menadah tangan berterima kasih kepada Tuhan mereka. Sesungguhnya bumi inen amat luas. Kata Khaufli.

Mereka tersenyum dan senyum dengan penuh rasa lega. Semoga di situlah tempat kehidupan kami seterusnya. Ladek meluahkan perasaan.

Tiba-tiba Koisak bertanya, Apakah agaknya nama tempat di darat utu, ya

Dengan spontan dan tenang Khaufli menjawab, Tanah Melayu.

TAMAT.