Les Criaturas - 20
PAST 9

Suamiku, izinkan aku bermain dengan anak kecil itu sebelum kamu masuk menyerang yang lain. Anak kecil itu tidak berdosa. Aku mohon jangan libatkan dia dalam masalah ini, rayu Anasztasia Bathory.

Suparman Mulia merenung tajam wajah isterinya. Rokok daun yang dihisap diletakkan di celah antara dua jari.

Apa kau yakin anak kecil itu bukan dari baka makhlukmakhluk

Aku yakin sekali. Selama aku bergurau dan bermain dengannya, aku yakin dia cuma anak kecil biasa yang dijaga oleh Makhluk Gelap Bersayap.

Aku berasa hairan. Bagaimana anak kecil manusia boleh berada dalam jagaan makhluk neraka seperti itu. Suparman Mulia menghembuskan nafasnya yang dipenuhi asap rokok. Anasztasia Bathory berfikir lama sebelum menjawab. Dia menghampiri Suparman Mulia dan duduk bersimpuh.

Biarkan kami bermain dahulu. Kemudian, aku akan hantarkan isyarat batin kepadamu supaya kau dengan Sudir sama Romli boleh menyerang. Izinkan aku tahu punca kekebalan kawasan pondok dan apa ancaman yang bakal kamu lalui. Suparman Mulia mengangguk-angguk tanda setuju.

Dicucuhkan rokok daun yang hampir habis ke dalam bekas yang diperbuat dari tempurung kelapa. Air liurnya diludah. Tekaknya terasa perit.

Tuangkan aku kopi. Cepat-cepat Anasztasia Bathory menuangkan air kopi dari dalam cerek perak ke dalam cawan buluh. Cawan itu dihulurkan kepada Suparman Mulia. Air kopi diteguk perlahan-lahan.

Mengapa kau seolah mahu menolongku Apa kau tidak berasa janggal Aku mahu membunuh teman sepermainanmu selama kau berada di sini. Apa yang kau cuba rencanakan Kau mahu membelakangi aku

Suparman Mulia menanggalkan sarung parang panjang.

Objek itu dihunuskan ke leher Anasztasia Bathory.

Tidak. Percayalah kata-kataku.

Apa yang kau cuba rencanakan Lebih baik kau berterus terang!

Sebenarnya, aku..

Tok! Tok!

Kedengaran suara Romli dan Sudir dari luar pondok. Suparman Mulia menyimpan kembali senjatanya.

Aku hanya mahu membela anak kecil itu. Setelah kau bunuh Makhluk Gelap Bersayap, aku akan menjadi ibu baru untuk anak kecil itu. Dia perlukan kasih sayang.

Kau mahu membela dia

Kalau diperkenankan olehmu.

Tok!

Sebentar, Romli! Tidak pandai kau menjaga sabarmu! Suparman Mulia menengking dari dalam pondok.

Kau betul-betul mahu menjadi seorang ibu

Ya.

Walau bukan dari jenis dan keturunanku

Ya. Pap!

Anasztasia Bathory menekup wajahnya. Pipinya sudah biasa diperlakukan begitu.

Aku tidak akan biarkan sesiapa hidup kali ini. Faham Aku tidak peduli anak kecil itu dari jenis baka keturunan mana sekalipun. Aku mahu mereka semua mampus!

Bukankah kau sendiri menyatakan yang Patimae itu gurumu Bukankah kau tidak mahu membunuhnya Itu sebelum aku tahu dia menyimpan Makhluk Gelap Bersayap. Makhluk Gelap Bersayap yang terakhir dari jenis keturunannya. Ayuh bergerak sekarang!

*****

Anasztasia Bathory menghampiri Raja Mawas yang sedang mengendong budak perempuan di tepi sungai. Makhluk Gelap Bersayap tidak turut sama kali ini. Raja Mawas membiarkan budak perempuan itu berlari-lari mendapatkan Anasztasia Bathory.

Anak comel, mahu makan apa kali ini Pisang lagi

Pisang. Pisang.

Anasztasia Bathory membelai-belai rambut budak perempuan itu dengan penuh perasaan kasih. Tidak sanggup dia mahu membiarkan anak kecil itu terkorban.

Apa yang sedang membelenggu fikiranmu Raja Mawas menyedari perubahan wajah Anasztasia Bathory.

Anasztasia Bathory menggeleng dan tersenyum.

Tidak ada apa-apa. Di mana Makhluk Gelap Bersayap Dia menunggumu di pondok Patimae. Ayuh kita ke sana sekarang. Kamu sudah bersedia

*****

Raja Mawas dan Anasztasia Bathory menghampiri bulatan pertahanan yang mengelilingi pondok Patimae. Anasztasia kelihatan cemas. Budak perempuan itu dikendong kemas. Raja Mawas meletakkan tangannya pada bahu wanita tersebut.

Jangan khuatir. Bulatan ini bulatan jampi. Bulatan kesialan bagi mereka yang punya rasa hasad dengki yang meninggi. Aku yakin kamu bukan daripada golongan tersebut.

Raja Mawas melangkah masuk dan ia menghulurkan tangan ke arah Anasztasia Bathory.

Ayuh.

Anasztasia Bathory teragak-agak. Apalah nasib yang dia bakal tempuhi Adakah dia akan mati Adakah segalanya bakal berakhir di sini juga Semua persoalan itu berperang di dalam kotak fikirannya. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum melangkah masuk. Tiada apa-apa yang terjadi. Dia selamat.

Lihat Aku sudah bilang. Mari aku kenalkan kamu sama Patimae.

Raja Mawas dan Anasztasia Bathory berjalan beriringan. Budak perempuan itu sudah lama memeluk kaki Makhluk Gelap Bersayap. Ia berdiri di sebelah Patimae yang hanya tersenyum melihat tingkah laku Anasztasia Bathory.

Kamu selamat.

Anasztasia Bathory tersenyum kelat. Dia menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan. Salam itu bersambut.

Ini rupanya perempuan asing yang kamu berdua selalu ceritakan kepadaku. Cantik orangnya. Tetapi, kamu daripada

keturunan pembunuh, bukan

Anasztasia Bathory terkedu.

Aku boleh menghidu bau darah jauh sebelum kamu melangkah masuk ke dalam bulatan kesialanku. Kamu juga punya sakti. Tetapi, tidak terlalu ampuh. Cukup untuk pertahankan diri. Patimae, usah dibanding susur galur keturunannya. Dia merantau ke sini untuk membersihkan nama keluarganya. Kau terlalu baik hati sehingga tidak langsung menyedari yang semua ini hanya perangkap dari mantan suamiku Anasztasia Bathory akhirnya berterus terang. Matanya merah menahan sebak. Makhluk Gelap Bersayap terus memeluk budak perempuan itu dan terbang masuk ke dalam pondok sebaik sahaja mendengar pengakuan Anasztasia Bathory. Raja Mawas memandang wanita itu dengan perasaan yang bercelaru.

Apa benar ini semua Kau mahu memerangkap kami Anasztasia Bathory mengangguk perlahan. Air matanya tumpah. Patimae membacakan sesuatu dan cahaya hijau mula terbit dari pergelangan tangan kanannya.

Sebelum aku menghabiskan riwayat kau, apa lagi yang perlu aku tahu Nada suara Patimae bertukar kasar.

Maafkan aku. Aku tidak bermaksud mahu.. Tangan kanan Patimae semakin menghampiri kepala Anasztasia Bathory. Patimae tiba-tiba berhenti. Makhluk Gelap Bersayap mengeluarkan bunyi seolah-olah mempertahankan Anasztasia Bathory.

Kamu betul-betul sudah hilang akal Herdik Patimae.

Tidak, Patimae. Aku rasa apa yang diperkatakan oleh Makhluk Gelap Bersayap ada benarnya.

Kamu juga, Raja Mawas

Kalau Ana punya niat yang buruk, mengapa dia tidak mati ketika melangkah masuk ke dalam bulatan kesialan kamu Mungkin dia dilindungi azimat daripada mantan suamiku Bangun,perempuan asing!

Anasztasia Bathory cepat-cepat bangun. Air matanya diseka. Dia menarik nafas panjang. Dia perlu mengawal emosinya. Aku bersumpah atas nama keturunanku. Tidak ada sebarang azimat yang suamiku berikan kepadaku. Aku kemari hanya mahu menyelamatkan kamu semua daripada perbuatan

kejam Suparman Mulia.

Apa aku tersilap dengar Kau mahu menyelamatkan kami semua Adakah ini semua tipu helah mantan suamiku Patimae masih lagi ragu-ragu. Dia tidak akan mudah percaya dengan katakata perempuan yang baru dikenalinya.

Aku tidak akan sesekali akan membiarkan suamiku membunuh anak kecil itu!

Argh!

Dari jauh kelihatan bulatan kesialan yang dibuat oleh Patimae sedang rakus meratah tubuh dua orang lelaki. Bunyi tulang-temulang patah dan raungan kesakitan jelas kedengaran.

Patimae!

Jeritan Suparman Mulia bergema. Dia yang membawa jamung api sambil menunggang biawak gergasi peliharaannya menghampiri pondok Patimae. Anasztasia Bathory cepat-cepat mengeluarkan cermin kecil yang disimpan di celah pinggangnya. Lekas, masa sudah suntuk! Suparman Mulia memandang Patimae dengan pandangan bengis.

Apa maksudmu lekas

Aku tahu kau memang menantikan saat ini, bukan Ayuh kita beradu tenaga!

Patimae tidak mengendahkan provokasi daripada mantan suaminya. Dia memandang Anasztasia Bathory dengan pandangan keliru.

Apa yang ada di tanganmu itu

Ini cermin sakti. Pendamping setia susur galur keturunanku. Cermin ini boleh menyelamatkan nyawa kalian semua, balas Anasztasia Bathory perlahan. Dia tidak mahu Suparman Mulia tahu tentang cermin sakti itu.

Ah! Bergurau ada masanya.

Aku tidak bergurau. Aku bersumpah ini bukan gurauan. Suparman Mulia turun dari belakang badan biawak

peliharaannya. Dia duduk bersila di atas tanah sambil menghentakhentak kedua-dua belah tangannya ke permukaan tanah. Satu gegaran berlaku sebaik sahaja tangannya mencecah bumi.

Kau tidak boleh lari lagi!

Hentakan demi hentakan yang dibuat oleh Suparman Mulia mula menampakkan hasil. Bulatan kesialan yang mengelilingi pondok Patimae mula merekah.

Aku berasal bukan dari tanah sini. Aku berasal dari suatu tempat yang bernama Hungary. Di sana kami tidak bercakap di dalam bahasa pelik seperti ini. Kami punya bahasa dan budaya tersendiri. Kami tidak berpakaian nipis kerana suhu dan keadaan negara kami berlainan. Dan ini

Anasztasia Bathory menunjukkan cermin kecil di tapak tangannya.

Aku ke mari menggunakan ini. Cermin sakti pendamping setia keturunanku. Keturunan Bathory. Izinkan aku untuk membantu kau.

Patimae tidak bersuara. Raja Mawas dan Makhluk Gelap Bersayap sudah bersedia untuk bertarung. Sebelah tangannya memeluk kemas budak perempuan itu.

Patimae memandang wajah budak perempuan yang dipeluk oleh Makhluk Gelap Bersayap. Wajah bersih yang masih tidak tahu celaka terajang dunia.

Baik. Aku izinkan.. Patimae akhirnya mengalah. Cahaya hijau dari telapak tangan Patimae perlahan-lahan hilang. Makhluk Gelap Bersayap dan Raja Mawas mendekati Patimae.

Cermin, aku bebaskan kau supaya kau boleh membantu saudaraku. Kau tidak lagi terikat dengan susur galur Bathory. Sekarang, kau kepunyaan saudaraku.

Anasztasia Bathory memandang mereka bertiga. Matanya beralih melihat anak kecil yang tidak mengetahui akan apa yang sedang terjadi.

Cermin kecil itu berpusing-pusing seraya mengeluarkan cahaya putih. Semakin lama pusingan itu semakin laju dan cahaya putih mula memenuhi kawasan luar pondok Patimae. Keadaan menjadi sunyi sepi. Tiada sebarang pergerakan berlaku. Semua yang berada di dalam lingkungan cahaya putih yang dikeluarkan oleh cermin kecil milik Anasztasia Bathory tidak bergerak. Kaku seperti patung.

Kuasa apakah ini Tanya Raja Mawas. Dia tidak pernah melihat kuasa seperti itu sebelum ini.

Keadaan masih lagi sunyi.

Adakah kita semua sudah mati Raja Mawas sekali lagi bertanya.

Tidak. Perlahan suara Anasztasia Bathory menjawab. Suaranya kedengaran lemah.

Makhluk Gelap Bersayap, Raja Mawas dan Patimae memandang ke arah Anasztasia Bathory yang terduduk di permukaan tanah. Wajahnya pucat. Hidungnya berdarah.

Apa yang kau lihat tadi itu dipanggil sumpahan masa. Segala jenis kehidupan yang berada dalam lingkungan cahaya putih akan berhenti bergerak dan bernafas.

Jika kau punya kuasa sehebat ini, mengapa kau masih tunduk kepada lelaki kejam seperti Suparman Mulia Patimae mengelengkan kepalanya. Dia seperti kesal dengan apa yang berlaku.

Ini bukan kuasa. Ini.. Ini.. Anasztasia Bathory rebah. Darah membuak-buak keluar dari hidungnya. Bajunya lencun bermandikan darah.

Ana! Raja Mawas memangku tubuh Anasztasia Bathory. Dia mengusap perlahan rambut wanita tersebut.

Kau sungguh baik hati. Jangan risau, aku belum mahu mati lagi. Aku cuma disumpah kerana menggunakan sumpahan masa. Ini ialah harga yang perlu aku bayar. Aku sanggup mati demi kamu semua. Kamu semua sahabatku. Anasztasia Bathory memandang Makhluk Gelap Bersayap.

Makhluk Gelap Bersayap, dengar pesanku. Jagalah anak comel itu sebaiknya. Aku tahu kamu sangat menyayanginya. Raja Mawas, aku amanahkan kau untuk menjaga seluruh keturunanmu. Tidak kira apa jenis baka. Kamu perlu menolong dan membimbing mereka. Ajari mereka nilai kemanusiaan. Buktikan pada mereka bahawa makhluk seperti kalian juga punya roh yang sama walau jasadnya berbeza.

Ana sakit Budak perempuan itu menghampiri Anasztasia Bathory.

Aku tidak sakit, anak comel. Aku cuma kehilangan tenaga. Raja Mawas, bantu aku untuk bangun.

Raja Mawas memapah Anasztasia Bathory. Keadaan fizikalnya terlalu lemah disebabkan kehilangan banyak darah. Budak perempuan itu duduk di sisi Anasztasia Bathory. Tangannya sibuk membersihkan sisa darah pada pipi mulus wanita itu.

Anasztasia Bathory mengucup lembut tangan budak perempuan itu. Dia terlalu sayangkan anak comel yang berjaya mencuri hati dan menjentik naluri keibuannya.

Patimae, terima kasih kerana mempercayaiku. Ini adalah budi baktiku yang terakhir sebelum aku menjadi gelap dan hina kembali.

Apa maksudmu Sampuk Raja Mawas. Aku akan meneruskan tradisi berdarah susur galur keturunan Bathory.

Sudah lama engkau merantau untuk membersihkan nama keluargamu. Aku tidak izinkan!

Aku tidak pohon untuk kau memahami. Tetapi, aku pohon supaya kau berhenti mengambil berat tentang diriku yang hina ini. Maut bakal menjemputku sebentar lagi. Sebelum itu.. Anasztasia Bathory perlahan-lahan bangun.

Wahai cermin, berikan kunci zamrud kepadaku. Cermin kecil yang terapung kembali ke tapak tangan Anasztasia Bathory. Perlahan-lahan imej sebentuk kunci timbul dari permukaan cermin.

Ini kunci zamrud. Juga peninggalan susur galur keturunanku. Aku datang ke sini menggunakan kuasa kunci zamrud ini. Raja Mawas, aku wasiatkan kunci ini kepadamu. Apa yang perlu kamu lakukan adalah menanam niat di dalam hati, di mana tempat dan siapa yang kamu mahu berjumpa. Kunci zamrud ini bakal membawa kamu semua jauh dari sini. Mulakan hidup baru. Ayuh, kamu semua tidak punya masa lagi. Kunci zamrud bertukar tangan.

Krik!

Permukaan cermin mula retak. Suparman Mulia mula bergerak perlahan-lahan.

Pergi!Tinggalkan tempat ini! Arah Anasztasia Bathory. Wajahnya kelihatan cemas.

Patimae menghampiri Anasztasia Bathory lantas memeluk perempuan asing itu. Dia memandang Anasztasia Bathory dengan suatu renungan yang penuh bermakna.

Aku faham sekarang. Aku mengerti mengapa kau enggan berlawan. Sebaliknya, kau memilih untuk menyelamatkan kami semua. Naluri keibuanmu sangat kuat.

Aku tidak tahu bagaimana nasib bayi ini. Bagaimana nasib dia.. Anasztasia mengusap perutnya.

Mereka.. Sampuk Patimae.

Maksud kau Adakah bayi ini..

Ya, mereka. Rezeki kamu, perempuan asing. Mereka sepasang.

Dum!

Patimae! Kau takkan selamat. Suparman Mulia akhirnya bersuara. Tangannya dihentakkan ke permukaan tanah.

Semoga kau menjadi ibu yang baik. Patimae memandang tepat wajah Anasztasia Bathory.

Bulatan kesialan semakin meretak! Suara Raja Mawas kedengaran cemas.

Ikut apa yang aku ajar sebentar tadi. Tanamkan niat kamu mahu ke mana. Kemudian, campakkan kunci zamrud itu sekuat hati. Raja Mawas memejamkan mata kemudian melontarkan kunci zamrud itu ke tanah. Satu lohong cahaya berwarna-warni timbul dari tempat kunci itu dilontar.

Lekas! Masuk ke dalam! Jerit Anasztasia Bathory. Mereka bertiga bergegas masuk ke dalam lohong cahaya tersebut. Makhluk Gelap Bersayap sempat memandang wanita itu untuk kali terakhir. Ia merendahkan kepalanya seolah-olah memberikan suatu tanda penghormatan dan terima kasih kepada Anasztasia Bathory.

Kasih sayangku tetap bersama kamu semua, bisik

Anasztasia Bathory. Air matanya tumpah.

Lohong cahaya berwana-warni lesap sebaik Makhluk Gelap Bersayap melompat masuk. Keadaan sekeliling kembali normal. Bulatan kesialan Patimae beransur-ansur merekah. Suparman Mulia menghayunkan langkahnya ke arah Anasztasia Bathory. Wajahnya kelihatan bengis.

Sial! Kau menolong mereka Ramalanku benar. Mampus kau, pengkhianat!

Suparman Mulia mengangkat tinggi parang panjang untuk menetak leher Anasztasia Bathory.

Suamiku, aku mengandung. Anak ini dari benihmu.

Parang panjang jatuh ke tanah. Suparman Mulia mencengkam leher Anasztasia Bathory sekuat hatinya.

Mengandung

Benar. Aku mohon kau lepaskan aku.

Cengkaman dilepaskan. Anasztasia Bathory mengurut lehernya perlahan dan menarik nafas lega.

Aku mengandungkan zuriatmu. Kembar sepasang daripada mereka.

Lelaki dan perempuan

Ya. Mereka bakal mewarisi keturunan Bathory dan Mulia. Bakal mewarisi segala ilmu kita berdua.

Aku akan mencincang lumat tubuhmu jikalau mereka

bukan sepasang dari mereka. Kau jangan fikir kau sudah selamat. Aku rela dibunuh andai aku menipu. Bukan itu sahaja,suamiku..

Apa lagi berita gembira yang kau mahu sampaikan Aku akan perturunkan ilmu susur galur keluargaku. Ilmu yang akan membuatkan kau sentiasa kelihatan muda dan gagah perkasa.

Ilmu yang bagaimana Lebih dari ilmu kebatinanku

Ya. Ilmu dari keturunan Elizabeth Bathory. Segala pujian ke atas roh beliau di langit dan di bumi.