Adik Maxis: Encik dah buat bayaran outstanding bill RM 362.32 Ini untuk bulan September dan Oktober.
Aku: Dah! Pagi tadi I bayar guna Maybank2u!
Adik Maxis: Ok, terima kasih encik!
Minggu lepas hari Rabu.
Adik Maxis: Maaf encik. Kami tak terima lagi bayaran. Masih ada outstanding bill RM 362.32 ni dalam sistem.
Aku: I dah bayar Isnin lepas. Maybank2U punya payment nak ke Maxis selalunya ambil masa 3 hari. You pun tahu kan Kalau tak hari ni, esok ada la tu.
Adik Maxis: Baiklah. Terima Kasih encik.
Hari Jumaat kelmarin.
Adik Maxis: Encik Firdaus. Saya dari Maxis ni. Erm, kami masih tak terima la bayaran outstanding bill RM 362.32. Encik boleh bagi nombor rujukan Kami akan buat semakan.
Aku: I dekat masjid nak sembahyang Jumaat ni. Nombor rujukan mana ada sekarang ni, kena buka internet. Ok macam ni. You boleh tengok track record sebelum-sebelum ni, semua bil I bayar ikut Maybank2U. Kadang-kadang Maybank2U ni pun boleh tahan lembab. Cuba tunggu
sikit lagi, mesti ada.
Adik Maxis: Tapi dah masuk 5 hari ni encik. Sepatutnya 3 hari bayaran dah boleh keluar dalam sistem.
Aku: Bersabar adik. Setahu I Maybank tak pernah menipu bab-bab pembayaran bil online ni.
Adik Maxis: Ok lah. Encik dapatkan nombor rujukan, nanti saya call balik.
Pukul 7 petang tadi masa aku di rumah.
Adik Maxis: Encik Firdaus, kami masih tak terima bayaran outstanding bill RM 362.32 dari pihak Maybank2U. Boleh bagi nombor rujukan
Aku: Tak dapat jugak lagi Ok boleh takde hal. Orang kata berani kerana benar. Bagi I 15 minit I kena akses ke Maybank2U. Just 15 minit. Later you call me back.
Adik Maxis: Baiklah!
Sejurus menyemak Maybank2U, aku terus matikan telefon. Persoalannya sekarang, syaitonnirrojim dari neraka mana yang tepis tangan aku pergi klik bayar RM 362.32 ke Lembaga Air Perak Aku bukannya ada kolam ternak ikan keli!