BERLARI DARI JOGJA UNTUK CHRISTIANA - 20
Begitu banyak hidup orang berubah lantaran sebuah pertemuan. Disebabkan hal itu, umat Islam disarankan melihat banyak tempat dan bertemu dengan banyak orang supaya nasibnya berubah. Andrea Hirata, Padang Bulan.

KETIKA tulisan ini ditaip aku baru pulang dari sebuah kawasan pertanian sawah padi 40km di pinggir bandar Phnom Penh. Aku menangguhkan perjalanan ke Siem Reap (walau tiket sudah dibeli) kerana diajak oleh Fran seorang backpacker dari Amerika yang sudah berkelana selama 8 bulan ke sebuah program sukarela; Choice Cambodia.

Choice Cambodia diuruskan oleh seorang veteran Australia, Russ sejak enam tahun yang lalu. Beliau mengambil inisiatif membina tadika, membeli rumah sebagai tapak operasi dan membeli sebuah trak yang boleh digunakan untuk mengangkut anak-anak dan juga menghantar bekalan air bersih.

Seawal jam 6 pagi, trak akan masuk ke dua perkampungan sawah padi tersebut untuk mengangkut anak-anak ke sekolah kerajaan yang terletak 15km jauhnya.

Ketika proses menghantar anak-anak tersebut pulang pada jam 11 pagi, bekalan air bersih disalurkan dari rumah ke rumah 2 liter setiap rumah yang akan memberi manfaat kepada lebih 200 keluarga dan ini dilakukan setiap hari. Untuk makluman, 200 keluarga di 2 buah perkampungan tersebut tidak mempunyai rumah sendiri, tanah mahupun bekalan air bersih.

Tenaga yang menggerakkan Choice Cambodia sepenuhnya didukung ekspatriat yang menetap di Cambodia dengan bantuan sukarelawan backpackers pada hari-hari biasa.

Aku bertemu Fran di Velkommen Backpackers, Phnom Penh sebuah hostel bajet yang menyediakan katil dormitori buat backpackers dengan harga serendah US$5 (RM15) semalam. Di sini juga aku bertemu Janica Nordling dan temannya dari Finland, yang baru selesai melakukan pengembaraan Trans Siberia dari Beijing melalui Mongolia ke Moskow selama 3 minggu sebelum ke Phnom Penh dan akan terus mengembara sekitar Asia Tenggara sehingga sekurang-kurangnya 8 bulan lagi. Janica dan rakannya baru berusia 20 tahun.

Ketika lawatan ke Killing Fields; secara tidak sengaja tuktuk yang kami kongsi semuanya dinaiki oleh guru Hus dari selatan London, seorang guru Pendidikan Jasmani, Marion dan Kathlyn guru high school di Jerman. Hus dalam rangka pengembaraan selama setahun, dengan baki perjalanan lebih lapan bulan lagi, manakalan Marion dan Kathlyn pula sedang mengembara selama dua bulan.

Pertemuan dengan Fran yang mencerahkan peluang kami menyertai program sukarela adalah cerita kecil tentang bagaimana manusia bertemu dan mencipta peluang di sebalik komuniti backpackers.

156 Berlari Dari Jogja Untuk Menemukan Si Dia Di Christiana

NORMA BACKPACKERS; MENGEMBARA VS MELANCONG

Kebanyakan orang menganggap melancong adalah perkara di luar kemampuan; kemewahan yang hanya dinikmati oleh golongan berada.

Malangnya; ia hanyalah mitos berdasarkan persepsi masyarakat yang melihat dari sudut kos penerbangan, jenis hotel dan lokasi. Menurut Louise Power di dalam makalahnya Bacpackers as a Subculture yang diterbitkan di dalam Socheolas Limerick Student Journal of Sociology, Volume 3 Issue 1, Disember 2010; norma, nilai dan artifak backpackers semuanya terikat dengan fenomena road status, membayar harga lokal, penawaran yang efektif, melancong lebih lama, menggambil jalan yang tidak dilalui orang lain serta pengalaman unik yang sukar didapati (Sorensen, 2003).

Ini menerangkan mengapa kebanyakan backpackers yang aku temui memilih untuk tidur di hostel yang menawarkan katil tidak lebih dari 10 US Dolar semalam bukan hotel mahal dengan sarapan pagi. Plug dan loker simpanan adalah optional, bukan keperluan.

Mereka sanggup bayar lebih rendah asalkan dapat mengembara lebih lama. Hus menaiki bas dari utara Vietnam ke selatan selama 14 jam menaiki bas. Berbanding kapal terbang, mengembara menggunakan bas lebih murah. Di Asia Tenggara, kebanyakan backpackers menggunakan jalan darat untuk menyeberangi sempadan kerana ianya lebih menjimatkan.

Kos penerbangan dari Ho Chi Minh ke Siem Reap misalnya pada hari biasa ialah US$100 tetapi dengan menaiki bas (5 jam perjalanan) tambangnya tidak lebih dari US$10 sahaja.

Menurut Louise Power lagi, kebanyakan backpacker menganggap perjalanan mereka sebagai pembelajaran tidak formal (Desforges 1998, OReilly 2006).

Beliau menambah pengalamannya sendiri melihat perkara sebegini terpancar melalui sebahagian masyarakat Barat yang percaya; pengetahuan, keprihatinan, kemahiran praktikal yang didapati semasa mengembara seperti masa dan pengurusan wang, kebertanggungjawaban terhadap sesuatu tindakan, penyesuaian diri serta kebolehan untuk menangani tekanan dan kesedaran budaya selalunya diambilkira sebagai ciri-ciri yang diperlukan oleh majikan pada masa depan serta dipandang tinggi oleh masyarakat dan institusi seperti universiti.

Ini menyebabkan mereka percaya dengan mengembara selain meningkatkan peluang diambil bekerja mereka juga mempunyai akses yang lebih baik untuk ke universiti.

Stephen, seorang backpacker dari Munich yang aku jumpa di hostel Saigon Backpackers, Ho Chi Minh menerangkan perkara yang sama kepada aku.

Beliau yang baru selesai pengajian universiti memilih untuk mengembara selama setahun berbanding mula bekerja kerana ingin melihat dunia dan mencari pengalaman selain percaya peluangnya mendapat pekerjaan lebih cerah sekembalinya dari mengembara. Ketika minum di

158 Berlari Dari Jogja Untuk Menemukan Si Dia Di Christiana

Pha Ngu Lao Road pada satu malam, beliau memberitahu baru pulang mendaki gunung di Kathmandu serta berada di India selama 3 minggu dan menceritakan perkaraperkara menarik yang terjadi kepadanya kepada aku.

Reon Nida, seorang backpacker dari Jepun pula menyatakan beliau berhenti belajar di universiti untuk mengembara. Aku bertemunya semasa beratur di sempadan Cambodia-Thailand, Poipet-Aranyaphratep untuk mengecop passport.

Beliau yang sedang dalam rangka pengembaraan selama 10 bulan mempunyai lebih dari 4 bulan lagi untuk menyelesaikan pengembaraannya ke India melalui jalan laut. Ketika ditanya mengenai perancangannya selepas pengembaraannya berakhir; jawapannya ringkas.

Kerja setahun sebelum membuat permohonan kembali ke universiti.

Dalam budaya backpackers; mengembara bukanlah seumpama melancong. Hidup seharian perlu diteruskan dengan baki wang yang ada malah perkara yang lebih penting adalah makna diri yang hadir selepas berakhirnya pengembaraan melalui pertukaran budaya dan sudut pandang yang lebih luas.

Manakala di dalam masyarakat kecil yang perkataan mengembara tidak wujud di dalam korpus budayanya; melancong dijadikan alasan sebagai melarikan diri dari tanggungjawab kehidupan seharian.

Oleh yang demikian melancong diasosiasikan dengan perkataan mahal.